Perkara yang paling ditakuti UMNO telah berlaku



Penerangan dari YB Teo Nie Ching berkaitan isu "Tazkirah" beliau.

Kenyataan penuh Teo Nie Ching bersama TV PAS selepas bertemu Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kuala Lumpur.

"Memang perjumpaan ini adalah disusun oleh kawan-kawan saya dalam PAS lah. Mereka cakap bahawa Tok Guru ada di Kuala Lumpur pada hari ini, dia cakap "why not" , macamana kalau saya boleh datang berjumpa dengan Tok Guru dan mintak sedikit nasihat ke atau panduan daripada beliau lah. Jadi saya datang ke sini, jumpa dengan Tok Guru, memang Tok Guru saya rasa beliau seorang yang ramah dan "open minded". Beliau jelaskan pada saya memang dari segi Islam memang bukan satu isu untuk orang bukan Muslim masuk ke surau atau masuk ke masjid.

Dan Beliau cakap bahwa, menjelaskan "history" kepada sayalah, ajar saya bahawa memang dahulunya, sebenarnya pada zaman Nabi orang bukan Islam jugak selalu masuk ke surau ataupun masjid untuk berjumpa dengan Nabi. Jadi beliau jelaskan kepada saya dan beliau juga menyatakan bahawa, setakat ini, terutama di Malaysia, rasanya sekarang UMNO yang telah menggunakan Islam untuk menakutkan orang yang bukan Islam.

Bagi dia(Tok Guru) Islam adalah "inclusive" punya, yang jaga orang Muslim jugak jaga orang yang bukan Muslim. Tetapi sekarang UMNO cara mereka buat telah menjadikan bahawa "Eh, orang bukan Islam jugak sekarang dah tak pasti samaada mereka boleh masuk ke surau atau tak boleh masuk, samaada mereka boleh guna perkataan Allah atau tak boleh guna perkataan Allah.

Jadi dia(Tok Guru) rasa ini akan membuat orang yang bukan Islam/Muslim takut tentang Islam. Jadi dia(Tok Guru) memang rasa ini sedih la atau kesal lah untuk lmeihat macam ini. Jadi saya memang rasa gembiralah, berbesar hati kerana pada hari ini boleh berjumpa dengan beliau dan belajar daripada beliau.


3 komen mengomen :: Perkara yang paling ditakuti UMNO telah berlaku

  1. terbaek r dakwah tok guru~!

  2. semoga dia dpt hidayah berkat kata2 Tok Guru.. ^_^

  3. aisyah : Yup, Tok Guru mmg best. Sikap ini yang perlu kita ada, bukan menghukum tetapi menerang biar org faham.

    Keen : Yup.. Moga2 Allah beri hidayah kat dia. Sebgai seorang wakil rakyat, ia membawa satu pengaruh yg agak besar kalau dia masuk Islam.

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers