Memori Seminar & Bengkel Penulisan

Syukur

1. Alhamdulillah, semalam berjaya juga menganjurkan Seminar & Bengkel Penulisan anjuran Kem Latihan Penulis PMRAM. Selaku pengarah, saya mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada peserta yang telah menjayakan program ini serta memberi komitmen yang tinggi.

2. Sepanjang satu hari seminar berlangsung, disana saya nampak, hadirnya sejalur cahaya dan nusrah daripada Allah s.w.t. Ramai peserta yang hadir dari kalangan siswi, namun walaupun siswa hanyalah 37 orang. Prestasi mereka amat membanggakan dan ramai daripada kalangan mereka yang berbakat.

3. Kehadiran peserta kali ini amat memberangsangkan, walaupun pada 2 hari sebelum program, adhoc pelaksana sangat cemas, takut program ini tidak mendapat sambutan. Anggaran awal kami selaku adhoc pelaksana hanyalah sekitar 40-50 orang sahaja. Namun, saya cukup optimis sejak daripada permulaan mesyuarat lagi bahawa kehadiran kali ini boleh mencapai 100orang peserta. Dan Alhamdulillah, 100fail peserta yang kami sediakan habis dan kehadiran mereka penuh daripada pagi sampai ke petang.

4. Apa yang cukup mengharukan saya adalah kehadiran peserta ikhwah, untuk mencapai bilangan 50orang memang payah, namun bukan bilangan yang saya ingin perkatakan. Tetapi semangat dan komitmen yang mereka tunjukkan. Terus terang saya katakan, saya cukup berbangga dengan mereka kerana dapat bertahan dan terus mengikuti program walaupun keadaan dewan yang agak panas dan pengisian yang cukup berat.

5. Bilangan peserta yang ramai bukanlah satu kunci atau kayu pengukur keberkesanan atau kejayaan sesuatu program, tetapi bagaimana kita menguruskan mereka dan melatih mereka selepas daripada program. Kerana sirah telah membuktikan dalam peperangan badar, dimana walaupun tentera Islam bilangannya kecil namun mampu menewaskan kaum kafir yang berlipat kali ganda bilangannya. Begitu juga dengan adhoc yang telah bersama-sama menjayakan program pada kali ini. Walaupun sedikit yang bekerja, namun hasilnya Alhamdulillah. Allah memudahkan segala urusan kami.

6. Saya akur dengan beberapa orang adhoc yang tidak dapat hadir kerana ada perkara yang perlu di aulakan, walaupun pada awalnya agak bimbang perjalanan program bakal tergendala. Namun, alhamdulillah. Program berjalan dengan lancar. Terima kasih dan syabas saya ucapakan.

Keracunan Makanan & Moderator Slot

1. Sebaik bangun untuk solat subuh, perut tiba-tiba meragam. Entah apa yang saya tersilap makan semalam sehingga keracunan. Maka, atas faktor itulah saya dan beberapa orang adhoc kelewatan untuk berada di tempat program seperti yang dirancangkan. Maaf kepada peserta dan adhoc yang hadir tepat pada waktunya.

2. Agak sukar untuk mencari mereka yang mampu untuk menjadi modertaor dan mampu mengendalikan majlis. Puas saya cari untuk mengisi ruang kekosongan tersebut. Namun, saya sudah bersedia dengan beberapa perancangan termasuk meletakkan diri saya sebagai salah seorang moderator program.

3. Sakit perut yang saya alami, saya tahan sepanjang program berjalan. Mungkin ramai yang tidak tahu kecuali beberapa orang adhoc. Alhamdulillah, untuk slot Talkshow dapat saya kendalikan. Namun agak terkilan kerana terpaksa mengubah plan pada slot forum yang sepatutnya dikendalikan oleh seorang sahabat, tetapi beliau tidak dapat hadir pada saat-saat akhir dan saya yang sepatutnya menggantikan. Namun, atas faktor kesihatan, terpaksa memohon daripada pihak siswi mencari seorang pengganti. Alhamdulillah, kalau Allah mahukan ia mudah, ia akan menjadi mudah. Jazkillahukhairan saya ucapakan kepada seorang siswi merangkap adhoc kerana mampu memikul tanggungjawab ini walaupun dimaklumkan 5 minit sebelum program bermula.

Ahli Panel yag mantap

1. Untuk seminar dan program kali ini, KELAP cuba membawa semula pembawaan asal penubuhan kelap. Iaitu satu unit yang bertanggungjawab memberi pendedahan kepada mahasiswa/wi Mesir tentang teknik dan asa penulisan. Walaupun program kali ini difokuskan kepada penulisan kreatif. Namun kami cuba menyeimbangkan dengan menjemput ahli panel yang tersidi daripada pelbagai latar pendidikan dan bidang penulisan. Kami membawakan panel khas untuk peserta yang terdiri daripada penulis kreatif dan non-kreatif.

2. Untuk program kali ini, KELAP menampilkan beberapa orang ahli panel yang sudah tidak asing lagi di bumi Mesir. Mereka adalah Ust Zuhaili Saiman (Timb Presiden PMRAM) Ust Mohd Zaki Mohd Noor (Penulis dan Moderator berpengalaman yang paling lama dalam KELAP) Ust Mohd Mujahid Mohd Fadzil (Penulis dan aktivis PMRAM) Ustzh Sammaituha Najwa (Penulis, Moderator dan Tetamu jemputan) dan Ustzh Azlina (Penulis dan Moderator KELAP)

3. Slot yang paling mencuit hati peserta adalah talkshow dan forum. Dimana setiap ahli panel membawakan satu pendekatan yang berbeza dan menarik disamping input-input penting yang diberikan kepada para peserta.

Ketandusan Moderator dan "Follow Up"

1. KELAP sekarang sudah ketandusan pelapis terutamanya mereka yang mampu untuk menjadi seorang moderator penulis. Tanggungjawab seorang moderator amat penting dalam dunia penulisan, kerana merekalah yang akan memberikan tunjuk ajar kepada penulis-penulis baru sekaligus menajdi figure dalam sesebuah kumpulan penulisan.

2. Untuk melahirkan pelapis dan penerus pejuangan dalam dunia penulisan. Tidak dapat tidak, kita perlu sentiasa mengadakan follow-up atau mengikuti perkembangan para peserta selepas daripada program.

3. Apa yang saya lihat, kegagalan melahirkan pelapis adalah kegagalan kita untuk membuat "follow-up" kepada para peserta. Satu kerugian yang amat apabila kita menganjurkan sesuatu program, dan program tersebut sudah pasti, mereka yang hadir adalah mereka-mereka yang berminat dalam dunia penulisan. Maka amat tidak bertanggungjawab jika kita membiarkan bakat dan komitmen yang ada pada mereka untuk kita asah dan asuh untuk lebih berjaya.

4. InsyaAllah, pada tahun ini saya cuba seboleh yang mungkin untuk mengadakan pertemuan dan bengkel intensif dengan lebih kerap bagi memastikan bekalan dan tenaga yang ada tidak terputus begitu sahaja. Moga Allah memakbulkan doa saya dan memudahkan jalannya. Dan impian ini tidak akan menjadi satu kenyataan andai saya sahaja yang mengerakkannya. Saya harap semua adhoc dan semua yang rasa mahu menyumbang kepada Islam agar sama-sama kita berganding bahu bagi menjayakan impian ini. Kerana ia sebuah perjuangan untuk melahirkan para penulis yang berjuang dan berdakwah melalui mata pena.

1 komen mengomen :: Memori Seminar & Bengkel Penulisan

  1. tahniah atas oenganjuran seminar penulisan kelap!
    teruskan usaha antum utk Islam!

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers