Refreshment

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillah.. Mintak maaf sebab lama tak update blog aminmenulis ni. Kan dah tulis, kalau ade mase je. Hehehe..

"Tomatim nisf kilo bi kem ya ammu?"(Tomata, sekilo berapa junaih pakcik?) tanya aku dekat penjual kedai sayur-sayuran di gami'. Sejenak dia berkira-kira dan berfikir lalu menjawab "Sittah genih!!" (6 junaih). Aku dan Halim terkejut besar. Mahalnya?? Dahla tomato yang kami beli tu 6 biji je. Harga tomato dah naik ke? Rasanya la kat Mesir ni, tomato la yang paling murah lepas sayur gargil.. Sebab dah kepenatan menyusuri jalan daripada imarah ke gamik, gamik ke imarah, daripada satu kedai, ke satu kedai. Kami pun berlalu bergitu saje. Malas dah nak gaduh dengan arab..

Dah lama jugak aku tak bershoping beli barang-barang rumah dengan Ust Halim. Kali terakhir masa kami duduk serumah dulu. Teringat masa bawak adik-adik baru (Walaupun sama umur, eheh. Rasa macam dah otai sangat je) minggu lepas. Aku gaduh dan tengking balik arab yang jual buah anggur. Ye la, kitorang nak beli mestilah nak pilih buah yang elok kan. Ada ke dia nak pilih sendiri, pastu amik yang tak elok. Dia marah aku belek-belek anggur dia, skali tak pasal-pasal aku tengking dia balik. Terkejut budak-budak ni tengok, sekali dengan arab-arab kat area tu. Huhu.. Bila dah duduk lama kat Mesir ni, jadi berani la nak tengking balik arab, sebab faham perangai dan apa yang diorang cakap, walaupun tak seratus peratus.

Banyak barang mentah dah naik, tapi ada jugak yang turun, mungkin musim raya baru ni je naik. Daging dah Le28 sekilo, ayam 26 sekor (ikut atas berat, tak tengok plak berapa kilo) Bawang masih lagi sama dalam lingkungan Le3 sekilo. Kentang LE3.50 sekilo.

Sejak pegang Pengarah Kem Latihan Penulis (KELAP) PMRAM, Ketua Unit Fotografi PMC, Krew & Designer Al-Fityan, masa semakin singkat aku rasa. Perlu bahagi masa sebaiknya. Yela, amanah ni kena pikul sebaiknya, kalau ikutkan mahu je tolak jawatan ni dan tumpukan pada belajar, takut tak dapat laksanakan sebaik mungkin. Tapi sebagai orang yang faham, maka jawatan yang diberi adalah berkhidmat untuk Islam. Dan amanah atau jawatan ini bukanlah satu kemulian dan kebangaan kerana setiap apa yang kita lakukan akan dipersoalkan oleh Allah kelak. Kat dunia je manusia dah soal kita macam-macam, kenapa itu tak buat, ini tak lengkap, dan sebagainya. Akhirat kelak macamana la agaknya? Astaghfirullah..

Kalau nak ikut susah, memang susah la. Lebih-lebih lagi kita orang baru di bumi Mesir, baru setahun duduk dah diberi jawatan Pengarah. Apapun aku ambil sebagai satu cabaran bahawa, inilah medan perjuangan aku, bukan nak tunggu balik Malaysia baru nak amal dan belajar bagaimana mengurus dan mengepalai sesuatu organisasi. Aku hadir ke Mesir ni bukan untuk belajar semata-mata. Tapi untuk memasakkan lagi ilmu yang aku belajar. Bagaiamana menjadi seorang pemimpin. Bagaimana kita nak buat sesuatu keputusan dalam masa yang sama kita perlu berfikir agar ia membawa kebaikan dan kelangsungan Islam itu sendiri.

Bila kita menjadi pemimpin, kita akan sering dikritik, ditekan dan bermacam-macam lagi. Dan itulah sebenarnya yang mematangkan kita. Walaupun kadang kita terpaksa berpenat lelah, terpaksa berkorban masa, jiwa dan tenaga. Tapi itulah medan sebenar kita, kalau kita tidak bersusah payah untuk Islam siapa lagi? Biar kita tidak reti, atau biar kita kurang kemahiran, tetapi jangan biar sesuatu urusan itu jatuh kepada orang yang bukan ahlinya. Bukan ahli disini bukanlah bermaksud, tidak pandai atau tiada pengalaman. Tetapi orang yang bila diberi kuasa mereka tidak mampu untuk menggunakan platform yang dia ada itu untuk tujuan dakwah dan kepentingan Islam.

Kalau nak kira ahlinya dari segi kemahiran, maka ramai mana orang bukan Islam lebih mahir dalam sesuatu bidang itu. Tapi adakah ia menyumbang kepada Islam? Memang kita tak nafikan, pengalaman, kemahiran itu penting, tapi ia boleh diasah dan boleh belajar dan diajar walaupun mungkin memakan masa sedikit. Namun, yang paling penting fikrah dan kefahaman dalam gerak kerja Islam itu perlu lebih diberi keutamaan.

Aku sedar dalam setiap mesyuarat dan gerak kerja yang dilakukan pasti ada kekurangan dan ketempangan yang berlaku. Ada yang tidak berpuas hati, ada yang merajuk dan bermacam-macam lagi kerenah yang terpaksa ditelan dan dikunyah saban hari. Namun, kita selaku orang yang beriman harus ada rasa berlapang dada dan redha, bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan anggaplah ia merupakan satu tarbiyyah daripada Allah. Dan memang Allah ciptakan manusia ini berbeza dan berbangsa untuk kita saling kenal mengenal diantara satu sama lain. Dan kunci penyatuan mereka semua adalah kembali kepada ajaran Islam. Itu konsep yang paling mudah untuk kita aplikasikan dalam kehidupan seharian.

Teringat sirah dan kisah Abu Dzar Al-Ghifari yang meminta jawatan daripada Rasulullah s.a.w. lantas Rasulullah menjawab sesungguhnya engkau tidak mampu untuk memikulnya.

4 komen mengomen :: Refreshment

  1. Saya semakin sayang Us Al-Amin,moga ukhuwwah terus terjalin

  2. (",)..

    Salam dik..
    Semoga Allah memberikan keberkatan waktu pada adek, dan semoga Allah sentiasa memujuk hati adek untuk sentiasa bahagia dengan tarbiyahNYA..

    Amin Ya Rabb..(~_^)

  3. Ust Syuk : Hehe.. Sayang ada makne ke? Maklum la, lepasni dh berdua. Saya juga semakin sayang Us Syuk, walaupun Us Syuk dah ada org yang tersayang lepasni. Moga ukhuwwah yg kita bina, akan menatijahkan hingga ke syurga.

  4. Ukhti :

    InsyaAllah, amin. Mohon doanya sentiasa.

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers