Isu Zakat Trg Mesir, "Siapa yang lawan saya, takkan dapat Zakat!!"-Pegawai HEP Trg Mesir.

solat hajat & penerangan zakat

Hayyu Asyier, Kaherah, 29 November- Pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir dengan rasa bertanggungjawab telah mengadakan Majlis Solat Hajat Perdana dan Penerangan Isu Zakat yang hangat diperkatakan oleh Mahasiswa Terengganu Mesir.

Majlis ini dianjurkan bertujuan untuk memohon kehadrat Allah s.w.t agar dipermudahkan segala urusan penerima-penerima zakat MAIDAM bagi sesi ini yang dinafikan hak dan menanam kesedaran dikalangan mahasiswa Terengganu Mesir terhadap semangat kerjasama dan keprihatinan.

Majlis yang dipengerusikan oleh Saudara Ahmad Ulwan bin Hassim selaku Naib Setiausaha KPT Mesir dimulakan dengan penerangan tentang isu-isu yang berlaku dan kronologi isu zakat yang telah didokumentasikan.

Majlis seterusnya membuka peluang kepada mana-mana ahli untuk berkongsi masalah yang dihadapi dan beberapa aduan berkaitan sikap tidak professional pegawai. Antara aduan yang diluahkan semasa majlis tersebut adalah seperti berikut :

  • Pengambilan zakat kali kedua bagi salah seorang mahasiswa dinafikan atas sebab keterlibatan beliau dalam Gerakan Tuntut Hak Asnaf Zakat (GERTHAK).
  • Bayaran zakat yang sepatutnya diterima penuh (RM 5,000) dikurangkan dengan alasan mahasiswa muadalah tersebut melebih dari 2 tahun.
  • Pegawai tidak membenarkan wakil bagi penerima zakat yang telah pulang ke Malaysia untuk mengambil wang zakat tersebut walaupun telah disertakan surat tawkil.

Beberapa cadangan turut dilontarkan yang membuktikan keprihatinan dan kesatuan ahli bagi membantu pihak KPT Mesir dalam menyelesaikan masalah yang berlaku. Antara cadangan yang dilontarkan oleh mahasiswa pada malam tersebut adalah seperti berikut:

  • Mendokumentasikan permasalahan-permasalahan ini dan menghantar memorandum terhadap salah laku pegawai kepada pihak berwajib antaranya SPRM, Menteri Besar Terengganu, MAIDAM, Yayasan Terengganu.
  • Meminta khidmat nasihat guaman dan mengambil tindakan undang-undang.

Dalam masalah ini, pihak KPT Mesir menyarankan agar mahasiswa-mahasiswa yang terlibat agar melaporkan perkara ini kepada pihak yang berwajib dan tidak lupa mengisi borang aduan yang telah disediakan.

Pihak KPT Mesir juga berharap agar seluruh mahasiswa bersedia untuk berganding bahu bersama pihak kepimpinan KPT Mesir bagi menjayakan cadangan-cadangan ini dan berharap semua ahli bersabar, terus berdoa serta bijak dalam melakukan apa-apa tindakan.

Pihak KPT Mesir mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh mahasiswa yang telah melontarkan cadangan dan menunjukkan kebersamaan dalam menangani isu ini. Pihak KPT Mesir akan berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan isu ini dengan pihak berwajib.

aminmenulis : Bila seorang yang bergelar "Ustaz", boleh melakukan perkara macam ni, tak mustahil orang yang tidak bergelar ustaz boleh lakukan lebih lagi. Inilah yang orang kata, "Kerana 'ustaz' seorang habis rosak ustaz-ustaz sebelanga."


Kami tidak mempertikaikan peribadi kamu, tetapi kami mempertikaikan kerja kurang profesional yang kamu lakukan. Apatah lagi dalam bab Zakat yang terkandung didalam rukun Islam. Lebih-lebih lagi kamu dibayar gaji oleh rakyat Terengganu. Maka, laksanakanlah tanggungjawab sebaik mungkin. Kami bukan meminta duit gaji kamu, tapi duit yang dibayar oleh rakyat Terengganu untuk diagihkan kepada penerimanya yang berhak!!

Amat kasihan bila seorang yang tahu agama, boleh mengatakan kepada seorang penerima zakat yang telah diluluskan oleh MAIDAM "Sebab kamu lawan saya, saya taknak bagi zakat. Kamu boleh keluar sekarang!" mungkin lebih kurang beginilah yang dikatakan kepada si penerima tadi. Adakah zakat milik individu? Walhal Allah telah jamin mereka-mereka yang berhak menerima zakat. Kalau zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq dahulu, beliau memerangi golongan yang tidak membayar zakat. Hatta seseorang itu sahabat yg pernah hidup sezaman dengan Rasulullah s.a.w.

Adakah kerana dendam di facebook, blog menjadi lesen buat kamu utk menyekat bantuan zakat anak-anak Terengganu walhal ia telah diluluskan oleh MAIDAM? Dimana profesionalisma seorang pegawai yang diamanahkan menajga kebajikan pelajar? Kami tidak akan mengata atau menyentuh kamu sedikit pun kalau kerja yang diamanahkan berjalan dengan baik dan profesional. Lihat contoh pegawai Selangor, Kedah, Pahang, Johor. Walaupun ideologi politik yang berbeza, amanah tetap amanah. Buka pejabat mengikut waktunya. Sentiasa memantau kebajikan pelajar dan lain-lain lagi.

Khalifah Islam yang pertama(Abu Bakar ra) pernah berkata "Jika seutas tali pengikat unta hilang pun dari jagaan saya, saya akan dapatinya dalam Al-Quran".

Beliau telah memerangi orang-orang yang enggan mengeluarkan zakat dan menyifatkan mereka itu sebagai murtad kerana meruntuhkan salah satu rukun sistem ini. Beliau mengatakan, "Demi Allah kalau mereka itu enggan menunaikan kepada ku seutas tali pengikat unta seperti yang telah ditunaikan kepada Rasulullah saw, pasti aku akan perangi mereka selagi pedang masih berada di tanganku".

Maka, zakat adalah sesuatu yang wajib ditunaikan oleh mereka yang berkemampuan. Barangsiapa yang menunaikan solat, tetapi memisahkan zakat, bermakna dia telah mengisytiharkan perang terhadap Allah s.w.t. dan keimanannya terbatal dan dikira sebagai murtad.

InsyaAllah, cakap-cakap telah kedengaran bahawa perkara ini akan dibawa dan dipanjangkan kepada Duli Yang Teramat Mulia, Yang Di-Pertuan Agong yang juga merupakan Tuanku Al-Sultan Terengganu. Kerana baginda merupakan ketua agama bagi Malaysia dan Negeri Terengganu Darul Iman.

p/s : Kalau beliau nak print screen posting saya ni. Silakan. Kalau boleh post dalam mana2 web pun bagus. Sebarkan kat orang ramai. Kamu ingat boleh ugut dengan cara tu? Kamu nak pukul, nak bunuh saya ke silakan!! Kamu ingatlah, sekarang kamu boleh bersenang lenang, pergi melancong sana sini, sedangkan Orang yang dizalimi ikat perut kerana tidak mendapat hak, tidak tidur malam mencari susu untuk si anak. Kuasa yang kamu ada sekejap je. Kalau tak dapat balasan kat dunia. Tunggulah kat akhirat nanti. Janji Allah itu pasti!!! Didunia kamu mungkin selamat, tapi di akhirat belum tentu!!

Kamu merancang Allah jua merancang, ingatlah Allah adalah sebaik-baik perancang!!

0 komen mengomen :: Isu Zakat Trg Mesir, "Siapa yang lawan saya, takkan dapat Zakat!!"-Pegawai HEP Trg Mesir.

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers