Kami Tidak Mahu Mereka Yang Tidak Mahu Ditarbiyah


KAHERAH 3 Nov - Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime menegaskan bahawa PMRAM memerlukan pemimpin yang mahu mentarbiyah masyarakat dan mereka sedia ditarbiyah.

Sehubungan itu, beliau selaku pengisi slot 'Fiqh Al-Aulawiyat Buat Pimpinan Mahasiswa/i' dalam Konvensyen PMRAM 2010 tidak mahu pimimpin PMRAM Cawangan hanya ingin mentarbiyah masyarakat manakala diri mereka tidak sanggup ditarbiyah.

Katanya, pimpinan yang tidak sanggup diri mereka ditarbiyah bakal menghasilkan masyarakat yang pincang dan natijah yang tidak sempurna.

Justeru tambahnya, PMRAM begitu serius mengubah sikap dan mentaliti pimpinan di semua peringkat sebelum mengubah sistem pengurusan ke arah lebih baik. Beliau menyebutkan kaedah tersebut berdasarkan sirah perjalanan dakwah Baginda Rasulullah SAW di Mekah dan Madinah.

"Nabi Muhammad SAW mengubah minda dan sikap masyarakat jahiliyah selama 13 tahun di Mekah kemudian barulah baginda mengubah sistem melalui syariat Allah SWT. PMRAM mengambil kaedah ini sebagai panduan keutamaan dalam melaksanakan sesebuah agenda". Ujar beliau ketika pembentangan slot Fiqh Al-Aulawiyat.

Ini, katanya kerana PMRAM mensasarkan 3 matlamat utama dalam Konvensyen PMRAM kali ini iaitu SIKAP, SEDAR dan SISTEM.

Beliau menjelaskan, kalaulah sikap dan mentaliti pimpinan tidak berubah maka percayalah bahawa sehebat mana pun sistem yang dicipta pasti tidak akan terlaksana.

Beliau menambah, pimpinan PMRAM Pusat mahupun Cawangan hendaklah sentiasa ditarbiyah bagi meneruskan perjuangan Islam bagi meruntuhkan jahiliyah, Oleh itu, setiap pimpinan perlu mengikuti muzakarah berkelompok serta manhaj yang telah ditetapkan.

Sesungguhnya fikrah dan kefahaman yang jelas di kalangan pimpinan bakal mengembalikan jati diri dan integriti dalam jiwa umat Islam.

0 komen mengomen :: Kami Tidak Mahu Mereka Yang Tidak Mahu Ditarbiyah

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers