Mekah kini memiliki perkhidmatan kereta api..


Kereta api Mashair atasi kesesakan

MAKKAH: Perkhidmatan kereta api Mashair berharga 6.5 bilion Riyal Saudi (RM5.4 bilion) yang beroperasi dari Arafah, Muzdalifah dan Mina di Makkah, mampu mengurangkan kesesakan di jalan raya pada musim haji ini, berbanding jika menggunakan 3,000 bas.

Ketua Jawatankuasa Dewan Perusahaan dan Perindustrian Jeddah (JCCI) Abdul Gadier Al-Jabarti berkata, perkhidmatan kereta api laju itu sangat berkesan untuk menangani masalah kesesakan jalan raya yang teruk di tanah suci ketika musim haji.

Projek kereta api Mashair akan mengurangkan kesesakan jalan raya kerana 3,000 bas tidak lagi digunakan apabila keseluruhan projek itu siap sepenuhnya pada tahun depan, katanya yang dilaporkan dalam akhbar Saudi Gazette.

Beliau berkata, operasi kereta api itu yang kini 35 peratus dan hanya dibuka untuk kegunaan jemaah haji tahun ini dari Arab Saudi dan negara Teluk lain, apabila siap, ia mampu mengangkut 70,000 jemaah haji sejam.

Katanya, projek kereta api itu menyumbang kepada pembangunan Muzdalifah dan juga membolehkan beberapa jemaah bermalam di sana. - Bernama

2 komen mengomen :: Mekah kini memiliki perkhidmatan kereta api..

  1. Alhamdulillah. moga kemudahan baru ini menambah rasa syukur kepada para jemaah bukannya menambah ego dan rasa bermewah-mewah.

  2. Yup.. betul tu. Semakin canggih zaman, sebenarnya hanya untuk memudahkan bukan membuat kita makin malas beribadah, merungut itu dan ini tidak kena dengan selera mereka dll adalah satu sikap yg tidak sepatutnya ada bg orang Islam kerana Islam memang mengajar umat dia erti kesusahan agar kita tidak mudah leka dengan kemewahan dunia.

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers