Muslimah Sekarang Murahan.. Boleh dapat kat tepi2 jalan..

Mungkin pedas mungkin keras tajuk yang saya letakkan.. teruskan membaca muslimah harapan..

Terkadang bila melayari facebook dan weblog rakan-rakan, saya merasa hairan melihat sesetengah facebook dan weblog muslimah yang bertudung dan yang menutup aurat; mereka tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.

Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda wahai muslimah sekalian, namun sayangnya anda terlupa bahawa gambar yang anda letak itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu yang enggan melihat wajah-wajah itu dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ia ditutup dari pandangan umum?

Muslimahku, dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya.

Dikalangan mereka, ada yang bagus; yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur yang bermaksud:

"Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan-Nya tentang apa Yang mereka kerjakan."

Hati Yang Sakit Bertambah Sakit.. Kasihanilah Masyarakat..

Namun, kita harus akui bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.

Muslimahku, kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih pantas; sesegera mee segera.

Alangkah malangnya andai wajah-wajah yang terpamer itu mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki. Lelaki yang mantap imannya akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda... untuk menikahi anda tidak mengapa, tetapi jika sekadar mahu memuaskan nafsu?

Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin ia juga fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi dan dengan perkongsian itu, secara tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, berhati-hatilah!

Jalan Penyelesaian?

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya.

Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Adakah memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?

Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan perkongsian atau posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar kepada rakan muslimah anda itu.

Ingat, wajah anda adalah anugerah Allah SWT.

Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja.

Selamat bermujahadah sahabat muslimahku!

Dipetik dari Iluvislam.

Agak lama juga saya mengkaji isu ini, dan sifir saya pasti sudah ada yang menulis berkenaannya. Berkenaan isu muslimah dan laman sosial. Alhamdulillah, saya terjumpa artikel diatas lalu saya ambil terus, kerana apa yang ingin disampaikan lebih kurang sahaja. Namun ada yang mahu saya tambahkan, sedikit kebimbangan yang melanda jiwa adalah kehormatan kalian.

Pertamanya, pernahkah anda terfikir, dimana agaknya gambar-gambar yang anda uploadkan samaada di facebook atau mana-mana laman sosial? Cuba renung kembali, setiap sesuatu perkara atau operasi yang ingin dilakukan secara bersar-besaran memerlukan ia untuk mempunyai satu center/pusat untuk mengemaskini dan menyelaras segala maklumat. Maka, begitu juga gambar-gambar yang anda uploadkan. Walaupun anda membuat blog, facebook atau apa jua akaun secara private. Tetapi sedarlah bahawa maklumat tersebut akan dihantar ke suatu pusat dan sudah pasti ada yang menyelenggara pusat tersebut.

Saya bagi contoh mudah, kepada mana-mana yang mempunyai blog atau pernah mengupload gambar khususnya buat pengguna akaun google. Sila buka dan login www.picasa.com. Anda pasti terkejut, jumlah dan gambar-gambar yang anda pernah upload selama ini walaupun telah didelete namun masih tersimpan kemas disitu. Jumlahnya boleh mencecah ribuan keping malah anda sudah lupa bila dan kenapa gambar tersebut diupload.

Sekadar renungan bersama. Dimana maruah seorang wanita? andai gambar disepahkan merata-rata? Berharganya sesuatu barang kerana payah untuk diperolehi dan jarang dilihat orang, berharganya wanita anda fikir sendiri.. adakah lebih murah atau sudah tidak ada nilai disisi pencipta?

Sayang sahabat ingat-ingatkan, sayang muslimah lindung-lindungkan..

Kepada yang berpurdah jaga akhlak kalian, kepada yang bertudung tingkatkan amalan, kepada yang freehair masih belum terlambat untuk kembali ke pangkal jalan, kepada lelaki andalah yang akan dipertanggungjawabkan!!


4 komen mengomen :: Muslimah Sekarang Murahan.. Boleh dapat kat tepi2 jalan..

  1. sudah berbuih pun mulut menasihati.

    sudah melenguh juga tangan yang menulis.

    mungkin jawapannya adalah iman yang bakal menyelamatkan kamu, wahai muslimahku!

  2. fuhhh~~ ayat mmg kasar.. tp utk kebaikan, xpe2..
    btw, thanx sbb ingatkn~ xkn buat lg~ T_____T

  3. Ust Naim : Sabar jelah, kerja kita bukan nak perkara tu terus jadi, nak berubah memang susah. Jadi kita terang dan sampaikan jelah. Mana tau, Allah nak bagi hidayah. Sape tau.. Yang penting kita dah usaha.

  4. Nusana : saje nak provoke. Sebab manusia ni kalau kita tak provoke diorang susah sket nak sedar. Moga2 Allah bagi hidayah kat kita semua..
    Dan matikan kita dalam khusnul khatimah..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers