Salam AidilAdha Ye Semua... Kullu Am Wa Antum Bikhaer..

Alhamdulillah, beraya jugak tahun ni. Walaupun untuk kali keduanya beraya di bumi arab Mesir. Sekurang-kurangnya Allah masih mengurniakan kesempatan untuk berada di hari yang mulia ini. Bagi aku, sama je beraya kat mana-mana pun. Apa yang penting penghayatan disebalik makna perayaan tersebut. Ramai yang hanya sekadar menyambut sebagai adat dan bukan dilihat dari sudut ibadah. Ramai mana orang yang sibuk mengucapkan selamat itu dan ini, tak kurang juga yang mengorbankan haiwan korban tetapi tidak memahami kenapa dan apa hikmah berlakunya setiap peristiwa tersebut.

Agak rugi bilamana kita sekadar menyambut sesuatu perayaan itu sekadar adat. Duit habis dibelanjakan untuk sekadar perhiasan. Hikmah pensyariatan korban adalah untuk menguji tahap keimanan kita selaku hamba Allah s.w.t. seperti kisah yang berlaku keatas Nabi Allah Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. Roh dan semangat itulah yang perlu kita ambil sebenarnya disamping melaksanakan ibadah korban. Menyembelih haiwan ternakan dan memberikannya kepada faqir miskin.

Setiap tahun kita menyambut 2 hari raya ini, namun apakah kesan kepada rohani dan pengabdian kita kepada Allah? Berapa banyak yang kita telah korbankan untuk Islam? Apakah nikmat sihat yang Allah taala berikan kita korbankan untuk Islam? Bila sakit pula, adakah ia kerana kita melaksanakan serta mengorbankan diri untuk Islam? Kalau jawapannya tidak, tidak mengapa kerana kita masih ada waktu untuk melaksanakannya selagi mana nyawa masih dikandung badan.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1180.snc4/150209_173666155993678_100000508851984_533639_6516433_n.jpg

Keberadaan di negara orang, berjauhan dengan keluarga, habis ribuan ringgit, bukanlah suatu pengorbanan yang cukup besar kerana selagi mana ia tidak dibuktikan dengan ilmu dan amal kepada masyarakat itu belum dapat dikatakan sebagai sebuah pengorbanan. Kerana tujuan utama berada dibumi orang adalah untuk menuntut ilmu dan kembali ke tanah air mengislah masyarakat. Jangan cepat berbangga dan meletakkan titlte nama kita sebagai pejuang agama, sebagai seorang penuntut ilmu agama kalau diri sendiri masih terumbang ambing, ilmu yang dipelajari masih belum dilaksana, usaha untuk mengislah masyarakat belum mampu dibina, dan banyak lagi yang perlu kita muhasabah bersama. Kalau kita kata kita sudah banyak berkorban, dimana hasilnya? Dimana kayu pengukur pengorbanan tersebut?

Ramai mana orang tertipu dengan gelaran dan pujian yang diberikan. Hakikatnya ia hanya omongan kosong semata. Sama-sama kita fikirkan, Islam tidak hanya tertegak dengan kata-kata tetapi dengan pengorbanan jiwa-jiwa pemuda.

3 komen mengomen :: Salam AidilAdha Ye Semua... Kullu Am Wa Antum Bikhaer..

  1. ada something wrong kat banner tu..haha

  2. Uish.. senyap2 sudah.. haha...

  3. salam aidiladha...semoga kita mengambil iktibar di sebalik pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers