Tersedar selepas tercampak keluar dari tremco : 6 Mahasiswa Malaysia Kemalangan DI Mesir


TANTA, 25 Nov - Lafaz syukur sahaja yang mampu dilafazkan bagi semua mangsa kemalangan yang terselamat dalam nahas tersebut semalam. 6 orang mahasiswa Tanta yang dalam perjalanan pulang dari Lapangan Terbang Kaherah setelah menjemput pulang sahabat mereka telah terlibat dalam nahas kemalangan tersebut.

Mereka yang menaiki kenderaan awam (tramco) yang ditempah tercampak keluar dari kenderaan tersebut apabila ianya gagal dikawal lalu terbabas setelah merempuh pembahu jalan dan tiang lampu jalan raya.

Kejadian yang berlaku selepas susur keluar bandar Shibin el Kom tersebut berlaku sekitar selepas waktu Isyak. Semua mangsa dihantar ke hospital berdekatan iaitu hospital Quaisina untuk mendapatkan rawatan sebelum seorang darinya dihantar ke Hospital Universiti Shibin untuk rawatan lanjut.

http://pmram.org/images/stories/accident%201.jpg

Saudara Mohd Ridhuan b Abdullah dihantar ke Hospital Universiti Shibin setelah mendapati luka di telinga kanannya agak parah dan selesai menjalankan pembedahan sedikit.

Bagi tiga orang mangsa pula, saudara Nurhaliz Syafiq Zakaria, saudara Mohd Fakhrullah B Abdul halim dan Mohd Kamel Abdul rahman dibawa ke Hospital Universiti Tanta untuk mendapatkan rawatan lanjut. Saudara Nurhaliz Syafiq cedera dibahagian kiri mukanya menerima beberapa jahitan. Jari tangannya juga menerima jahitan apabila terkoyak ketika kejadian.

Manakala saudara Mohd Kamel dan saudara Mohd Fakhrullah pula hanya cedera ringan dan menerima rawatan pesakit luar serta didapati selamat dari sebarang kecederaan dalaman setelah menjalani ujian sinar x-ray. Dua terakhir dari mereka pula selamat dari kecederaan serius dalam kejadian tersebut.

Naib Presiden III Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM, saudara Mohd Farkhan Md Zain yang bergegas ke Hospital Universiti Shibin mengulas, keadaan mangsa yang terlibat berdasarkan keadaan kejadian amat berbeza. Rezeki mereka apabila dipelihara oleh Allah masing-masing yang tercampak keluar tidak dilanggar oleh kenderaan yang melalui jalan tersebut.

Paling disyukuri, dua mangsa yang tercampak keluar ke bahagian jalan yang bertentangan cepat sedar dan bangun untuk selamatkan diri dari kenderaan yang melalui jalan tersebut. Turut serta dalam lawatan tersebut saudara Firdauz B noh, Bendahari Kehormat PMRAM serta saudara Faqrurazi Abdullah Penasihat PMRAM Cawangan Pulau Pinang.

Sedikit sumbangan dihulurkan dari peringkat PMRAM Pusat bagi meringankan bebanan. Seluruh kepimpinan PMRAM dan HEWI PMRAM mengucapkan takziah atas musibah yang menimpa dan mendoakan agar dipermudahkan segala urusan mangsa untuk cepat sembuh serta tenang dalam membuat persediaan peperiksaan.

PMRAM juga mengucapkan tahniah atas kerjasama dari taakhi Tanta, Shibin el Kom yang banyak membantu pihak Tanta dalam menguruskan mangsa yang dimasukkan ke Hospital Universiti Shibin.

Sumber : www.pmram.org

0 komen mengomen :: Tersedar selepas tercampak keluar dari tremco : 6 Mahasiswa Malaysia Kemalangan DI Mesir

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers