Kerana Roadtax Mati, Dipukul Hampir Separuh Mati..

1. Sebak , sayu , pilu dan geram serba berbaur rasa tatkala saya membaca berita mengenai kisah mangsa belasahan pihak polis . Chia Buang Hing mendakwa beliau ditumbuk bertubi - tubi , digari , ditendang dan dipijak semata - mata beliau enggan menyogok pihak polis dengan rasuah ketika ditahan kerana cukai jalan kereta isteri yang dipandunya telah melewati tarikh luput .

2. Beliau turut diugut untuk diletakkan dadah dan parang di dalam keretanya serta keselamatan diri , keluarga dan perniagaannya terancam seandainya beliau membuat laporan polis sebaliknya beliau dipaksa supaya laporan bahawa kecederaan yang beliau alami adalah disebabkan kemalangan jalanraya . Berita lanjut boleh baca di sini [http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=1728]

3. Apa sudah jadi pada anggota keselamatan negara kita ini ? sebelum ini negara gempar dengan kisah adik Aminurrasyid yang ditembak mati oleh pihak polis kerana di dakwa memandu secara merbahaya dan mencurigakan. Malah negara masih belum lupa kes Kugan yang mati dalam tahanan polis sebagaimana Teoh Beng Hock mati dalam siasatan SPRM . Kes Suwandi yang ditembak oleh polis dalam satu himpunan aman di terengganu jua masih menjadi igauan umum dan membentuk persepsi negatif rakyat terhadap pasukan keselamatan

4. Kisah keganasan pihak keselamatan bukan lagi menjadi isu terpencil dalam negara kita sebaliknya ia telah meninggalkan kesan trauma kepada masyarakat awam walaupun tidak semua pihak polis terlibat dalam melakukan keganasan seperti itu. Sungguhpun demikian , nama baik PDRM kini tercalar teruk ditambah pula dengan perlakuan tanpa belas simpati pihak polis membelasah rakyat dalam siri himpunan aman yang dianjurkan oleh rakyat tatkala mereka memperjuangkan satu - satu isu yang melibatkan kepentingan mereka .

5. Saya mengesyorkan agar PDRM perlu lebih dekat dengan agama dan menghayati agama seperti menubuhkan Kor Agama PDRM agar mereka tidaklah berwatak bengis dan kasar terhadap rakyat sendiri , justeru mereka adalah anggota keselamatan yang bertanggungjawab meletakkan rakyat dalam keadaan aman dan sejahtera buka resah , gelisah dan takut terhadap pasukan keselamatan itu sendiri.

6. Saya yakin melalui pendidikan dan penghayatan agama , pihak PDRM akan jadi lebih bertanggungjawab terhadap tugas dan amanah mereka serta bekerja dengan lebih dedikasi terutama membebaskan diri dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang ada pada mereka.

Boleh juga baca disini.



Adakah ini yang dikatakan Polis Di Raja Malaysia atau Polis Raja Di Malaysia?

2 komen mengomen :: Kerana Roadtax Mati, Dipukul Hampir Separuh Mati..

  1. polis ni mmg perasan ada kuasa..ye la ada pistol..
    ish..geram nih..

    btul tu..polis2 kne lebih dekat + mghayati agama..

  2. tu la, kalau sape2 pun kerja tak ikut cara Islam, mmg camni la jadinya..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers