Konvensyen PR : PAS tetap konsisten Menegakkan Islam -Presiden PAS

Alhamdulillah, semalam konvensyen Pakatan Rakyat berlangsung dengan jayanya di Kepala Batas. Kesemua parti yang membentuk Pakatan Rakyat bersetuju untuk terus memperkukuhkan lagi kedudukan dan kekuatan gabungan yang dibina. Namun dalam kebersamaan itu, PAS masih lagi konsisten dengan agenda perjuangan Islam yang telah sekian lama diperjuangkan sejak awal penubuhan PAS dan berkerjasama dalam menjayakan agenda memerangi kezaliman sepertimana yang telah dipersetujui bersama di atas prinsip tahaluf siyasi.

Sejarah PAS cukup panjang dan masih lagi konsisten sehingga kini, PAS pernah keseorangan, pernamenag dan kalah, pernah membentuk gabungan Barisan Alternatif suatu ketika dahulu, samkin hari musuh semakin membenci dan memusuhi PAS, baik daripada dalam mahupun luaran. PAS terus dipelihara oleh ALlah s.w.t untuk membawa agenda perjuangan Islam yang syumul dan tulen.


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs467.ash1/25655_385687298490_825323490_3746998_3474225_n.jpg

Berikut petikan daripada Ucapan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam,

7. Dalam hal ini, PAS akan terus menjadi penjaga amanah bagi memperkasakan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, di mana perubahan kita adalah dalam ruang lingkup undang-undang negara dengan mengambilkira Islam sebagai agama rasmi negara, dengan meletakkan Islam berdasarkan kepada maknanya yang sebenar. Dalam masa yang sama agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana sahaja di negara kita ini.

8. PAS percaya bahawa kekeliruan terhadap Islam yang adil yang ingin dibawa oleh PAS berlaku kerana contoh dan tafsiran salah terhadap Islam yang ditunjukkan oleh UMNO selama ini, sehingga melahirkan pemimpin yang tidak amanah, dan berkuasa melalui rasuah serta penipuan.

9. PAS percaya bahawa keadilan sejagat Islam yang sememangnya bersesuaian dengan fitrah manusia boleh menjadi tiang seri yang mampu untuk menyatukan hati manusia. Kita mesti menyedari bahawa di sana ada perkara yang sama dan berbeza dalam kalangan manusia yang perlu diraikan. Islam mengiktiraf kewujudan pelbagai kaum, dan perpaduan itu mestilah berteraskan rasa saling hormat menghormati dan kenal mengenal di atas sifat kemanusiaan serta dilayan dengan adil, walaupun berbeza agama dan kaum.


Firman Allah SWT :

Maksudnya :
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. [49:13]

10. Kita juga telah bersetuju untuk terus melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153, mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan, memartabatkan pengunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, dan dalam masa yang sama melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.


Baca ucapan penuh disini


Melihat perkembangan ini, ramai kawan dan lawan mengakui bahawa PAS sebuah parti dan gerakan Islam tanah air yang terus utuh dan teguh dengan prinsip perjuangannya dari dahulu sehingga ke hari ini. Walaupun PAS dihujum dengan pelbagai fitnah dan tohmahan, hakikaktnya PAS berjaya membuktikan bahawa ahli Parlimen dan ADUN PAS tidak boleh dibeli dengan berapa pun nilainya. Negeri Kelantan telah membuktikan bahawa, dengan majoriti satu kerusi, tetapi masih mampu mengekalkan pentadbiran dan kemenangan yang telah dicapai. Selepas pilihanraya 2008, tiada seorangpun wakil rakyat PAS yang melompat pari ataupun dibeli oleh mana-mana pihak. Maka, kepada JIM, ISMA dan lain2 yang menolak dan cuba merosakkan PAS. Awas!! Setiap tindakan yang anda lakukan pasti Allah akan membalasnya, kalau tidak didunia, pasti diakhirat kelak.

Jangan kerana kuasa dan jawatan, Islam terkorban dan dikorbankan. Biar kita keseorangan, biar kita dikecam dan diperangi musuh kawan dan lawan!! Apalah erti sebuah kemenangan tanpa keredhaan daripada Allah s.w.t.

http://presiden.pas.org.my/v2/images/tghh1.jpg

7 komen mengomen :: Konvensyen PR : PAS tetap konsisten Menegakkan Islam -Presiden PAS

  1. ada seseorg pernah berdebat dgn keen.. " knp kita perlu mengundi?? ahli politik ni buknnya betul sgt pon.. nk kuasa je.. ".. lalu keen jwb.. " melalui p'antaraan pas, insya-Allah, islam pasti m'bangun..".. dan dia mrh.. dia kata " pas?? pas sama je ngan pasti lain.. islam xm'bangun pon.. klu semua parti xb'guna, knp kita perlu mngundi?? xpyh mngundi.. tunggu time khilafah naik nnti, barulah kita mngundi.. "..
    perdebatan semakin pnjg. tetapi dia tetap dgn keputusan dia.. nk mengundi smpai la islam m'bngun.. persoalannya.. bleh k cam2?? =.="

  2. PAS bersifat Rabbani dan syumul .

    Rabbani :
    ·Islam sebagai dasar perjuangan.
    ·Bercita - cita menegakkan Daulah Islamiyyah dan melaksanakan hukum -hakam Allah.
    Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

    Syumul :
    ·Memperjuangkan Syariah Islamiyyah yang merangkumi aspek politik , perundangan , hukum , sistem kemasyarakatan , pembangunan , ekonomi , hubungan antarabangsa , akhlak , tentera , pendidikan dan ehwal yang berkaitan dengan keperluan hidup manusia .
    ·Membentuk tasawwur Islami yang jelas merangkai kehidupan di dunia dengan akhirat .

    PAS sebagai Harakah Islamiyyah dan parti politik Islam .
    ·Islam sewajibnya diperjuangkan , pembentukkan Harakah Islamiyyah adalah untuk menunaikan kewajiban tersebut .
    ·Kuasa politik adalah keperluan asas dan mutlak bagi merealisasikan perundangan Islam dan pembentukkan perlembagaannya .
    ·Mengambil ruang dalam sistem demokrasi berparlimen yang membenarkan penubuhan parti politik dan aktiviti penerangannya ·Mengambil pendekatan perjuangan yang selamat dan aman .

    ( مواجهة سلمية )

  3. haaa.. betol tuh.. tp dia ni degil la.. rasa cam nk je piat2 telinga dia.. hik3~ dia kata, xpyh nk mengundi sbb semua parti teruk.. duk kt rumah je.. tunggu smpai islam kmbali m'bangun.. adesss.. camne islam nk m'bngun klu kita sendiri xm'dirikn ngr islam?? huk3~ =.="

  4. takyah layan sangat org mcm ni, ni lah antara kemucup dlm perjuangan, mereka tahu pentingnya sebuah pemerintahan Islam, tetapi tidak berusaha utk kearah sebuah pemerintahan Islam.

    Dia igt khilafah tu magic kot, tiba2 muncul mcmtu je..

  5. Amin,
    Akak nak tanye pendapat amin skit pasal imtiaz,anak akak dapat masuk imtiaz,tapi akak tak tahu samaada dia boleh follow tak cara imtiaz...komen skit.

  6. Wasalam kak,
    huhu.. amin bukanlah orang yang paling layak nak jawab soalan ni, tp bagi amin la, Alhamdulillah dan tahniah kerana anak akak dapat masuk imtiaz. Dari segi sistem memang teramat baik kerana sistem pembelajaran disana mmg efektif. Sebabnya menyeimbangkan antara akademik dan agama+hafazan Al-Quran.
    Walaupun sistem dulu dengan sekarang ada sedikit perbezaan, tapi still antara yg terbaik pernah dilaksanakan.
    1. Waktu pembelajaran 7.00-12 tengahari. 12-2 rehat. 2-4 petang sambung balik.
    2. Waktu pertama setiap hari persekolahan dimulakan dengan subjek hafazan al-quran.
    3. Fasiliti antara yg terbaik.

    InsyaAllah, amin yakin anak akak boleh follow cara imtiaz. Sbb nak banding dengan tempat lain memang jarang kaedah ini digunakan. Kebanyakkannya bermula 7pagi-2 petang menyebabkan pelajar terlalu letih, dan masa pada sebelah petang dihabiskan dengan tido, walaupun dikhususkan utk waktu study/ulangkaji pelajaran. Sebab waktu yg paling baik utk rehat nabi sebut tidur seketika sebelum zuhur.

    Apapun bergantung pada diri seseorang la. Dari sudut teori/sistem mmg boleh dipuji. Mungkin perlukan masa utk sesuaikan diri, kalau tak dapat ikut sepenuhnya pun, insyaAllah dapat jugak sedikit ilmu agama dan kotemporari. selain hafiz Al-Quran.

    Anak akak dapat masuk imtiaz mana? Apa yg akak nak anak akak jadi besar nanti? Kalau seorang yg profesional & ustaz insyaAllah, tepat tempat yg anak akak dapat.

    Cuma kita perlu yakinkanlah anak kita dan terapkan kefahaman Islam yg jelas, seorang hafiz dan anak yg soleh akan menjadi syafaat kepada kita dialam kubur dan hari akhirat kelak. Dengan dunia sekarang yg semakin teruk, maka golongan ini yg perlu kita didik sebaiknya pasa usia muda dgn agama dan kefahaman Islam. Jangan biarkan anak kita seratus peratus diserahkan kepada sekolah tapi kitalah yg bertanggungjawab penuh sebenarnya.

    Mungkin sekadar tu dulu respon dari amin. Amin mintak maaf kalau respon tidak menepati apa yg akak nak. Sebab ibu dgn ayah ni lebih tahu anak mereka dan mereka yg lebih berhak utk corak dan bentuk anak2 utk jadi apa yg mereka nak. Kalau ada apa2 mungkin boleh berhubung di ym : aminislamic@yahoo.com.

  7. Salam. Antara MTS Kelantan dan Imtiaz Terengganu, mana yg lebih baik? Anak saya dapat kedua-dua tawaran. Apa pandangan saudara?

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers