Saya Sayang Muslimah

Bismillahirrahmanirrahim, muslimahku sayang..

Sabda Nabi s.a.w.
dalam sebuah hadis yang sahih yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, nabi berkata,

“Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Jesteru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan).”


Dikesempatan musim sejuk, musim cuti sekolah, musim peperiksaan, musim kenduri kawen, musim yang macam-macam musim la. Sudah pasti ramai yang akan berjalan-jalan bersama keluarga dan rakan-rakan, oleh itu sempena dengan tajuk diatas, dengan ini aminmenulis menyeru seluruh muslimat, terutama kepada ahli keluarga, ibu, kakak2, adik2, sanak saudara dan seluruh wanita Islam yang berada di atas muka bumi ini untuk sama-sama menutup aurat.

http://lh4.ggpht.com/_Qz39A4RhExA/TQeT4Q_XBEI/AAAAAAAABTs/wOyjIP733ro/COVER%20UR%20AURAT_thumb%5B2%5D.jpg?imgmax=800

Dengan cara berpakaian dengan pakaian yang dianjurkan Islam,
1. Menutup keseluruhan anggota badan kecuali muka dan tangan.
2. Pakai pakaian yang longgar sehingga tidak menampakkan bentuk/anggota badan.
3. Pakai pakaian yang tebal/tidak jarang.
4. Memakai stokin tangan dan kaki.
5. Memakai tudung yang labuh melebihi paras siku/bawah dada.
6. Fabrik/kain yang tidak memudaratkan.
7. Pakai pakaian yang warnanya tidaklah terlalu menarik perhatian lelaki ajnabi.
8. Tidak memakai wangian yang semerbak.
9. Elakkan memakai kasut/pakaian yang tidak melambangkan ciri-ciri wanita yang baik/solehah supaya anda dikenali sebagai wanita yang baik serta didoakan oleh para penduduk langit dan bumi serta diredhai Allah..

Ini adalah antara ciri-ciri pakaian seorang wanita muslimah yang solelah, mungkin banyak lagi ciri-ciri wanita solehah, dan menutup aurat adalah salah satunya. Alangkah indah dunia ini jika semua wanita memakai pakaian yang sopan kerana sabda Nabi s.a.w. Wanita itu hiasan dunia, maka seindah hiasan adalah wanita solehah.

So, sebab saya sayangkan muslimah, maka saya menyeru kepada semua pembaca agar dapat menjaga dan menutup aurat masing-masing. Bukan apa, saya takut Allah soal saya nanti bila hari akhirat kelak, apa yang saya buat dengan blog yang saya ada. Kenapa tak tegur orang lain ke arah kebaikan? Apa guna blog aminmenulis? Suka2? Jadi, selagi nyawa masih dikandung badan, saya menyeru kepada semua muslimah,
1. Berpakaian menutup aurat.
2. Remove/delete gambar2 anda yang tidak menutup aurat di internet.
3. Elakkan bergambar dengan pakaian yg tidak menutup aurat.
4. Jangan letakkan gambar dimerata-rata.

Kerana selama mana aurat/gambar kita yang tidak menutup aurat dilihat oleh lelaki ajnabi/bukan mahram. Selama itulah dosa kita akan masuk kedalam akaun secara berterusan. Semakin hari semakin tinggi dan saham dosa semakin naik.

Kalian semua tahu, wanita itu hiasan dunia, maka seindah hiasan adalah wanita solehah. Maka saya mahu kalian salah seorang daripada wanita solehah yang disabdakan oleh Nabi s.a.w.

Mungkin ringkas, harap ianya bermakna. Sayang anak, tangan-tangankan, sayang muslimah tegur dan lindung2kan..

4 komen mengomen :: Saya Sayang Muslimah

  1. salam. Nak tanya sket,

    "selama mana aurat/gambar kita yang tidak menutup aurat dilihat oleh lelaki ajnabi/bukan mahram. Selama itulah dosa kita akan masuk kedalam akaun secara berterusan"

    mcm mana kalau gambar tu gambar masa kecik?? @ sblm baligh?
    ade org kate xpe, tp ade jugak kate xleh..
    konpius2..

  2. amin.. gud points here.. knp xkamu support kempen ni?? ni link:

    http://thepotpetking.blogspot.com/2010/12/cover-your-aurat-campaign-show-your.html

    thanx~ ^_^

  3. atieyka : yup.. gambar masa kanak2/sebelum baligh tidak dikira sebagai aurat. Kerana pada masa tersebut belum tertaklif keatasnya kewajipan menutup aurat.

    Sabda Nabi s.a.w.:
    Terangkat kalam atas 3 keadaan;
    1. Kanak2 sehinggalah di bermimpi/baligh.
    2. Org yg tidur sehingga dia terjaga.
    3. Org yg gila hinggalah dia beraqal.

    Dalam keadaan ketiga2 ini, tidak terbeban keatas mereka apa2 taklifan ataupun dosa. Wallahua'lam.

  4. atieyka : Tapi sebaiknya tak perlu la siarkan gambar kita tak tutup aurat, itu lebih selamat dan kehormatan kita lebih terpelihara.

    Keen: tak sempat nak support apa2 kempen, jarang blogwalking ni. Selalu online tgk isu semasa je.

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers