Pelajar Malaysia Meninggal Keracunan Gas Pemanas Air : Alfatihah

Iskandariah,17 Jan : Seorang pelajar akhawat, Nurul Iman binti Ab Alim telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.15 pagi tadi. Arwah yang berasal dari Kelantan pada mulanya ditemui berada dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 9.15 pagi di dalam bilik air oleh 2 orang ikhwah yang mendapat panggilan kecemasan daripada ahli rumah beliau.

Anak ke 2 daripada 10 adik-beradik ini dipercayai telah masuk ke bilik air pada jam 8.00 pagi. Selepas lebih satu jam tidak keluar, ahli rumah mengesyaki sesuatu berlaku kerana tiada sahutan apabila pintu bilik air diketuk, dan kemudiannya mereka menghubungi ikhwah yang berada berdekatan. Ikhwah yang tiba ditempat kejadian lantas membawa mangsa ke Hospital Salamah apabila melihat mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri, dan mereka mengesyaki kemungkinan mangsa mengalami keracunan gas yang berpunca daripada kebocoran gas yang digunakan untuk memanaskan air selepas terbau gas semasa berada dalam bilik air tersebut.

Kira-kira jam 9.45 pagi, mereka tiba di Hospital Salamah dan membawa mangsa untuk dirawat di wad kecemasan. Pengarah MARA Timur Tengah, Ustaz Isahak Othman serta pegawai tiba di hospital kira-kira 5 minit kemudian selepas dihubungi oleh ikhwah terbabit. Jam 10.15pagi, doktor yang merawat mangsa telah mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat keracunan gas (Carbon Monoxide Poisoning). Atase Pendidikan(Khas) JPMK Iskandariah, Ustazah Zakiah binti Zaidon tiba bersama Pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah, Abdul Rahim Suhaini kira-kira jam 11.15 pagi selepas mendapat makluman.Mereka kini sedang menguruskan proses untuk mengeluarkan jenazah daripada hospital.

Arwah merupakan pelajar tahun 3 jurusan perubatan yang kini sedang menghadapi peperiksaan akhir semester berbaki 7 kertas daripada 10 dimana kertas ke-4 akan diduduki pada esok hari. Sehingga saat berita ini ditulis jenazah masih berada di hospital dan menunggu urusan untuk dikeluarkan.

Semua warga PERUBATAN Iskandariah dijemput bersama-sama ke Asrama MARA selepas maghrib hari ini untuk melaksanakan solat jenazah buat arwah.

Al-fatihah untuk arwah,semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin.

Makluman untuk semua pelajar tahun 3 IUMP, berikutan kejadian yang berlaku, exam pathology esok (18/1/2011) akan ditangguhkan daripada pukul 9pagi ke 12tengahhari.

Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa – mediaPERUBATAN

aminmenulis : Takziah buat keluarga dan sahabat arwah, sama-samalah kita berdoa dan sedekahkan Al-fatihah buat beliau. Semoga pemergiaanya dikira oleh Allah s.w.t. sebagai syahid menuntut Ilmu di jalan Allah, dan ditempatkan bersama para syuhada' serta orang-orang yang beriman. ameen~

7 komen mengomen :: Pelajar Malaysia Meninggal Keracunan Gas Pemanas Air : Alfatihah

  1. ucapan takziah dari jauh... bagaimana, adakah jenazah akan di semadikan di sana atau di bawa pulang ke kelantan

  2. Inna Lillah wa inna ilaiHi roji'un.

    al-Fatihah..

  3. bintang27 : Syukran. Wallahua'lam jenazah insyaAllah akan dikebumikan di kaherah hari atau esok. Doakan segala urusan pengebumian nanti dipermudahakan Allah. ameen~

  4. Seimura : Kematian itu pasti.. kita pulak kena siap-siap lepasni...

  5. maknanya jenazah tidak akan dibwa pulang ke malaysia ka ye

  6. yup.. tak, kebumi kat tanah perkuburan kedutaan Malaysia dekat cairo ni.. Sebab mak ayah Allahyarhamah suruh kedutaan uruskan. So, diorg tgh bincang la skrg ni, bila boleh wat urusan..

  7. Allahu Allah..

    Inna lillahi wa inna ilaihi roji'uun..

    Muhasabah buat insan yang masih hidup..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers