Info Terkini Pelajar Malaysia di Jeddah

Maklumat daripada wakil Persatuan di Mekah

Visa

Saya sendiri tengok apa yang tertulis di dalam pasport mereka ialah 'Visa ziarah di bawah selia Konsulat dan hanya tertakluk di kawasan jeddah sahaja'.Jadi pertama mereka memang tidak di benarkan keluar dari Jeddah walau untuk ke Mekah dan kedua dari segi keselamatan jika apa-apa terjadi pada mereka ,maka Konsulat Malaysia yang bertanggungjawap.Maka,di harap jangan ada waris cuba bawa keluar mereka dari penempatan sekarang secara senyap-senyap tanpa memaklumkan pada pihak konsulat (atas budi bicara).

Tempoh visa mereka adalah 7 hari bermula tarikh mereka masuk ke Jeddah.Maka sayugilah kerajaan Malaysia perlu mengurukan para pelajar ini sewajarnya.

Pelajar-pelajar ini memang tidak di boleh keluar dari kawasan pagar asrama mereka,jadi bagi sesiapa yang mempunyai warisan di kalangan pelajar,mereka boleh datang berjumpa mereka di dalam kawasan asrama.

Bilangan

Sehingga malam inii,jumlah keseluruhan para pelajar lelaki,perempuan (berkahwain dan bujang)mungkin boleh mencecah 3000 orang lebih dan akan meningkat pada setiap hari.Kapasiti di sini seramai 7000 orang.

Senarai nama pelajar yang sudah berada di sini masih di kemaskini.

Keadaan

Asrama yang menempatkan para pelajar ini di Jeddah ialah di Madinatuh Hujjat.Bagi mereka yang pernah datang haji,ini adalah tempat transit' sementara bagi jemaah haji sebelum berlepas balik ke tanahair.

Pengurusan

Sekarang yang berkuasa penuh ialah Konsulat Jeddah di bantu oleh Tabung Haji.Malam tadi saya dan ahli KMJ dapat berjumpa dan berbual-bual dengan CEO Tabung hai Datuk Ismi.Ada juga staff tabung haji dari Malaysia (pihak atasan) yang datang.Kaunter kesihatan sudah di buka.Kaunter tiket MAS ada di buka tapi tempat amatlah terhad.(ini maklumat dari staff MAS yang ada di sana).

KMJ (kelab Malaysia Jeddah) malam tadi sudah membuka satu kaunter sumbangan.KMJ akan mewakili seluruh warga Saudi yang ingin memberi apa jua bentuk sumbangan.Tujuan KMJ ialah bagi membantu secara sukarela dan percuma kepada para pelajar.KMJ sudah ada senarai barang keperluan pelajar(yang di tulis sendiri oleh pelajar) dan akan di beli dengan jumlah yang banyak,kemudian pelajar boleh ambik secara percuma di kaunter KMJ.Malam tadi sudah bermula pelajar menerima sumbangan KMJ

Makanan

Para pelajar di beri makan percuma 3 kali sehari.Ada kedai mamak kecil di dataran asrama mereka.Di sini mereka berbelanja sendiri.

Kepulangan

Seperti yang di sebut di dalam berita di Malaysia,dan petang tadi di kuatkan lagi oleh kenyataan Dato Sri Jamil Khair ketika memberi taklimat di sini di hadapan para pelajar,dia memberitahu yang kerajaan Malaysia akan menanggung tiket pulang dari Jeddah ke Malaysia.Berita yang saya dapat tadi dari wakil pelajar,sudah ada yang berlepas pulang bagi mereka yang di kira kritikal seperti yang ada keluarga,anak dan yang kurang sihat.

Ada pun yang ingin membelikan tiket kepada pelajar,lebih sesuai membeli tiket dari Malaysia dan menghantar 'confirmatian number' kepada pelajar.Kita mengharapkan agar kenyataan yang di keluarkan menjadi kenyataan.Amin

Sumber disini.

6 komen mengomen :: Info Terkini Pelajar Malaysia di Jeddah

  1. amin. nanti balik sini, datang lah kuis. solat kat masjid al-azhar kuis je. hikhik. semoga semua pelajar malaysia selamat kembali ke malaysia. btw, link belog i takde ke? hekhek. insyaallah. allah kan sentiasa berada dengan orang yang benar. jangan risau. allah mesti tolong. lagi2 bumi barakah. berdoalah banyak2. insyaallah. AMINN.

  2. http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30708:pandangan-kedua-bawa-pulang-bawa-kesan-negatif&catid=1:utama&Itemid=50

    apa komen saudara mengenai pandangan ini?

    adakah pihak berwajib mementingkan diri dengan membawa pulang rakyat malaysia..??

  3. Saya terkilan dengan artikel dalam harakah online, usaha murni kerajaan malaysia dipandang enteng oleh sesetengah pihak. Perlu diakui memang di mesir suasana politiknya tidak menentu, utamakan keselamatan terlebih dahulu, apa guna kalau keselamatan tidak terjamin apatah lagi untuk meneruskan pengajian dinegara yang sedang bergolak.

  4. bleh tolong bg senarai nama pelajar yang akan berlepas ke klia dan jadual penerbangan mereka? utk semakan keluarga mereka doi malaysia. tq

  5. semak dalam laman web

    Majlis Keselamatan Negara

    www.mkn.gov.my

  6. semak dalam laman web

    Majlis Keselamatan Negara

    www.mkn.gov.my

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers