Catatan di bumi Malaysia

Bismillah, walhamdulillah. Pertamanya mohon jutaan kemaafan kepada pembaca sekalian yang sudi membaca kerana blog ini sudah lama tidak dikemaskini dengan info dan berita terkini. Maaf juga kerana belum dapat menunaikan janji untuk berkongsi gambar-gambar sepanjan g permusafiran saya melalui detik-detik indah dipindahkan daripada bumi Mesir ke Jeddah dan kemudiaanya kembali ke Tanah Air Malaysia yang tercinta. Kesukaran mendapatkan akses internet menyukarkan saya untuk mengemaskini dan berkongsi dengan sahabat-sahabat berita, cerita, pengalaman dan gambar yang sempat saya rakamkan.

Detik terakhir sebelum meninggalkan bumi Mesir..


Internet kat rumah dah lama dihentikan, sebab kemudahan streamyx yang diberikan kurang memuaskan menyebabkan ibu serta keluarga sebulat suara bersetuju untuk menghentikan penggunaan streamyx di rumah dan beralih menggunakan broadband.

Alhamdulillah, pada 14 Januari lepas saya selamat sampai ke KLIA bersama hampir 400 orang pelajar Malaysia daripada Jeddah menaiki penerbangan pesawat Boeing 747-400 milik Malaysia Airlines System (MAS) MH 8031. Suasana hangat dan ceria keluarga dan sahabat handai kerana dapat bertemu kembali ahli keluarga masing-masing setelah berita yang digembar-gemburkan oleh media tempatan seolah-olah kami begitu kritikal dan terancam disana.

Apapun, seperti yang kita ketahui, Regim Husni Mubarak berjaya dijatuhkan oleh kebangkitan suara rakyat yang mahu beliau turun daripada tampuk pemerintahan, setelah 30tahun memerintah dan mengisytiharkan undang-undang darurat bagi seluruh rakyat Mesir. Dimana, hak untuk berhimpun, menyuarakan pandangan, dan sebagainya disekat. Dalam tempoh itu juga, rakyat tidak mendapat banyak manfaat atau perubahan yang dilakukan oleh Husni selaku presiden Republik Arab Mesir.

Pengalaman paling indah ketika proses evakuasi ini adalah saya berjaya mengerjakan umrah di tanah suci Mekkah. Sesuatu yang tidak pernah saya jangkakan dalam hidup dapat pergi secara percuma. Yelah, masa di Mesir, orang lain sibuk mengemas dan mahu pulang ke Malaysia, saya antara insan yang tetap berkeras mahu tinggal di sana. Tetapi atas desakan keluarga dan sahabat handai serta pimpinan Badan Kebajikan Anak Negeri. Akhirnya saya akur dan mengikut arahan demi memastikan keselamatan diri terjaga.

Barang-barang keperluan untuk balik saya kemas ala kadar sahaja, berat hati dan perasaan malas untuk mengemas barang pulang ke Malaysia sangat tebal. Namun, itulah hikmah Allah menerbangkan saya ke bumi Jeddah, dengan pesawat tentera diraja Malaysia. Charlie C-130 (Hercules). Walaupun kaki dan punggung terasa kebas duduk bersila selama 3 jam daripada Cairo ke Jeddah. Namun, pengalaman seperti inilah yang saya ingin rasakan, walhal jika diberikan peluang sekali lagi untuk menaiki pesawat tersebut pulang ke Malaysia juga saya sanggup dengan syarat dapat duduk di tingkat atas (kokpit) melihat juruterbang menerbangkan pesawat.

Sampai di Jeddah, kami disapa angin panas gurun sahara, walaupun pesawat mendarat pada waktu malam. Bahang panas masih terasa dan keringat peluh berjuraian turun membasahi tubuh. Alhamdulillah, kami selamat mendarat di Lapangan Terbang King Abdul Aziz. Kami diberikan makanan tentera sebelum dibawa masuk ke terminal menaiki shutter bas yang disedikan. Selepas tiba di dalam terminal, masing-masing perlu menyerahkan passport untuk mendapatkan visa khas. Visa tersebut bukanlah visa ziarah biasa tetapi visa untuk menziarahi pejabat konsulat Malaysia di Jeddah. Kami hanya diberikan tempoh 7 hari untuk menetap disana.

Hari pertama dan kedua di Madinatul Hujjaj, Jeddah memang menyeksakan, dengan suhu yang panas dan terpaksa bersesak-sesak dengan ribuan pelajar Malaysia yang lain, mendidik jiwa bagaimana rasanya jemaah haji Malaysia ketika mengerjakan haji disini. Terpaksa bertolak ansur dan sabar dalam apa jua aktiviti yang dilakukan. Berkongsi tanda perkara biasa, tetapi amat perit sekiranya terpaksa beratur dan menunggu berjam-jam bersama ratusan, malah ribuan pelajar lain yang ingin menggunakan kemudahan tersebut.

Alhamdulillah, hari ke-3 disana, bayu sejuk mula menyapa. Terasa begitu nyaman dan hening hingga terpaksa mengenakan baju sejuk dan selimut apabila hendak kemana-mana. Hairan, kipas yang sentiasa dihidupkan kaku tidak benyawa. Tanda aras betapa sejuknya bumi Jeddah buat hari ini dan seterusnya. Dalam kesejukan tersebut, terdapat segelintir pelajar yang mencari dan mencuri peluang untuk mengerjakan ibadah umrah, baik dengan bantuan saudara mara yang ada disana, mahupun bantuan rakan yang belajar disana. Ada yang sanggup memanjat pagar, buat muka selamber bila disoal pengawal keselamatan dan bermacam cara lagi semata-mata untuk menuju dan mengadapap baitullahilharam di Mekkah.

Saya antara kalangan mereka yang curi-curi ke sana. Saya nekad dan bertekad, walau apapun yang berlaku saya tetap mahu kesana. Disamping hati memohon kepada Allah, agar peluang dan ruang menjadi tetamu-Nya menjadi kenyataan. Namun, percubaan pertama dan kedua untuk keluar secara halal gagal. Hati sedikit hiba, pada ketika itu terasa betapa diri ini terlalu hina dihadapan Allah s.w.t. kerana tidak terpilih untuk menjadi tetamu-Nya. Allah... Benarlah kisah dan pengalaman jemaah haji yang saya pernah baca. Kalau Allah mahu kita menjadi tetamunya, pasti mudah belaka. Tetapi sekiranya Allah tidak mahu menjemput kita, usahalah bagaimana sekalipun, pasti kegagalan natijahnya.

Alhamdulillah, pada malam tersebut saya berjaya keluar dan menunaikan umrah wajib buat diri saya bersama beberapa orang rakan yang lain, dengan bantuan Abg Khairuddin yang menetap dan bekerja di sana. Kami menaiki sebuah pacuan empat roda. Dalam perjalanan, beliau singgah di kedai berhampiran untuk membeli kain ihram dan beberapa keperluan untuk menunaikan umrah dan berniat miqat di sebuah masjid di tepi jalan. Setelah mandi sunat ihram, dan sedikit tunjuk ajar daripada beliau. Kami berjaya berihram. Setelah selesai, kami meneruskan perjalanan dan sepanjang perjalanan, mulut kami kumat kamit melaungkan kalimah talbiah memuji Allah sambil mata dan tangan meneliti buku panduan mengerjakan umrah.

Sayu dan kagum serta rasa tidak percaya bila kenderaan yang kami naiki, mula memasuki sempadan tanah haram. Lebih hebat, hati berombak bila dapat melihat Masjidil Haram dan kaabah tersergam indah dihadapan mata. Allah, sungguh nikmat dan teruja melihat bangunan hijau setinggi 4 tingkat. Berlatar belakangkan menara jam yang baru siap dibina. Sampai didalam Masjidil Haram kami melakukan tawaf disekeliling kaabah. Mengikut apa yang diterangkan oleh Abg Din tentang cara-cara menunaikan umrah, tidaklah sesusah yang disangka selama ini. Setelah selesai, kami sujud syukur dan solat sunat tawaf dan berdoa ditempat mustajab antara multazam.

Berlatarbelakang Ka'abah dan Menara Jam


Berehat kemudian, meneruskan lagi rukun yang belum terlaksana. Sa'ie. Jika tawaf memakan masa hampir setengah jam. Sa'ie memakan masa hampir 45minit hingga sejam untuk menyempurnakan 7 kali perjalanan daripada bukit Safa ke Marwah. Berlari-lari anak diantara lampu hijau dan kemudian mendaki bukit Safa dan Marwa dan begitulah ulang alik sebanyak tujuh kali. Lenguh.. Itulah antara perasaan ketika menunaikan rukun Sa'ie. Alhamdulillah, setelah selesai rukun sa'ie, tiblah rukun yang terakhir sebelum kami bebas melakukan 13perkara yang diharamkan ketika berihram. Iaitu bertahalul/bercukur. Kami memilih untuk mengunting sedikit sahaja rambut, memandangkan jam sudah hampir pukul 1 pagi. Seterusnya begerak pualng ke Madinatul Hujjah.

Malam tersebut, dengan hanya membawa salinan pasport, saya bertawakkal kepada Allah s.w.t. Kerana jika ditangkap atau diperiksa oleh polis, tiada pengenalan diri. Hukuman yang akan dikenakan cukup berat. Alhamdulillah, dalam perjalanan melalui 2 pos di sempadan Jeddah-Mekkah, polis tidak melakukan pemeriksaan secara terperinci dan kami melalui pos polis dengan mudah sekali. Selesai buat umrah, masing-masing baru on dan chek handfon masing-masing. Berpuluh-puluh 'miss call' kami terima daripada shabat-sahabat yang sedang mencari. Ingat kami hilang. Sampai ada kawan bagitau, laporan polis telah dibuat. Hati berkocak hebat. Takut juga karang takdapat balik Malaysia.

Paling hebat saya menerima satu sms keesokkan paginya daripada nombor yg tidak dikenali, namun jangkaan saya adalah pegawai tabung haji di Madinatul Hujjaj. Kebetulan, handfon saya mati semalam, dan mesej itu masuk pagi esoknya. Sms tersebut berbunyi begini "Salam, anda diminta balik ke markaz dengan segera sebelum tindakan polis diambil. Disini, ingin saya ingatkan kalau jadi kes polis..'' sms terhenti setakat itu sahaja.

Fuh.. Memang siries. Tapi nak wat camna, perkara dah lepas. Hehe..

Keesokkan paginya, saya dibawa mengadap Datuk Duta Malaysia disana. Beliau sekadar ingin memastikan tiada apa-apa yang berlaku kepada saya dan rakan-rakan yang diberitakan semalam hilang/tertinggal coster di tengah bandar Jeddah. Alhamdulillah, Datuk Duta sangat ramah dan mesra. Soalan pertama beliau ketika bertemu kami, "Dah makan ke belum?" Hehe.. Beliau mengucapkan syukur kerana kami selamat kembali. Berita kononnya laporan polis telah dibuat hanyalah ugutan atau acahan pihak pengurusan untuk saya pulang segera ke Madinatul Hujjaj.

OK, nak cerita pasal evakuasi pun mungkin dah basi rasanya. Dah hampir dua minggu saya bermukim dan menetap di bumi Malaysia. Pelbagai aktiviti harian sepanjang keberadaan di Malaysia. Seluruh ahli keluarga kini sudah boleh tidur nyenyak dan menarik lafaz lega, kerana saya betul-betul selamat dan tiada apa-apa sepanjang revolusi yang berlaku di Mesir. Alhamdulillah. Kini, sudah ada rakan-rakan pelajar yang pulang ke Mesir bagi meneruskan pegajian disana. Doakan kami agar selamat sampai dan selamat kembali semula ke tanah tumpah darah tercinta. Apa yang saya rindukan sekarang adalah kelas-kelas pengajian selain makan dan cuaca di bumi Mesir yang masih lagi berada dalam musim sejuk.

Charlie...

Beginilah susana dalam pesawat Charlie.. (gambar curi walaupun dilarang, yela, mugnkin sekali seumur hidup macam ni. Takkan lepaskan peluang)

Dalam terminal di Jeddah, menunggu visa untuk masuk ke Jeddah.

Madinatul Hujjaj..


7 komen mengomen :: Catatan di bumi Malaysia

  1. SUBHANALLAH...saudara dapat melakukan umrah disana..

    bilalah FS akan dapat peluang sebegitu...

  2. Alhamdulillah. Syukur. Dapat jugak walaupun risikonya sampai pihak pengurusan tabung haji ugut untuk lapor pada polis. Hehe..

    InsyaAllah, ada rezeki Allah akan jemput dengan cara yang paling mudah. Doa la banyak2.. Sbb itu kan rumah Allah, jadi Allah la yang paling berhak untuk jemput sapa-sapa yang Dia nak.

  3. Alhamdulillah.. syukur dapat jugak buat umrah..

    persoalannya.. apa sudah jadi dengan kain ihram yang dibeli.. hehe~

  4. Kain ihram tinggal kat Jeddah la.. Bg kat tuan yang beli tu. Lepasni boleh singgah lagi. Takyah dah bawak kain ihram. hehe...

  5. walaweyhhh~ hampir-dah jadi kes polis.. bahaya betul la.. tp, bila ingt2 blek, mesti kelakar~ ^_^

    woooO~ tetibe teringin nk naik charlie~~ T_T

  6. Hehe.. Hampir jadi kes polis. Pasal laporan tu diorang acah je. Tak buat pun.. Saje nak suh kitorang balik cepat.

    Hehe.. Pegi libya or yaman. Nanti dapat naik charlie masa proses evakuasi..

  7. Are you tired of seeking loans and Mortgages,have you been turned down constantly By your banks and other financial institutions,We offer any form of loan to individuals and corporate bodies at low interest rate.If you are interested in taking a loan,feel free to contact us today,we promise to offer you the best services ever.Just give us a try,because a trial will convince you.What are your Financial needs?Do you need a business loan?Do you need a personal loan?Do you want to buy a car?Do you want to refinance?Do you need a mortgage loan?Do you need a huge capital to start off your business proposal or expansion? Have you lost hope and you think there is no way out, and your financial burdens still persists? Contact us (gaincreditloan1@gmail.com)

    Your Name:...............
    Your Country:...............
    Your Occupation:...............
    Loan Amount Needed:...............
    Loan Duration...............
    Monthly Income:...............
    Your Telephone Number:.....................
    Business Plan/Use Of Your Loan:...............
    Contact Us At : gaincreditloan1@gmail.com
    Phone number :+44-75967-81743 (WhatsApp Only)

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers