Memang Sumpah Laknat Ada Dalam Islam Tapi Hanya Untuk Suami Isteri

1 komen mengomen

Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay hari ini melafaz sumpah laknat dengan memegang naskah Al-Quran terbalik, sebelum diperbetulkan oleh seorang pendakwah bebas di Masjid Amru Al-As Sentul petang tadi.

Beliau bagaimanapun gagal mncapai hasrat mengambil sumpah bahawa Anwar adalah pelaku dalam video lucah yang ditayangkannya selepas dinasihati oleh pendakwah Firdaus Supri mengenai nas-nas Islam.

"Saya nak beritahu, sumpah ini tidak boleh digunakan dalam menuduh seseorang berzina kerana ia tiada dalam syariat Islam," kata beliau kepada Eskay sebelum menyerahkan senaskah buku mengenai hukum Qazaf kepada ahli perniagaan itu.

Firdaus kemudian membetulkan cara Eskay memegang Al-Quran sebelum ahli perniagaan itu menyempurnakan sumpah laknat bahawa beliau ada dalam rakaman video lucah yang diedarkan menerusi Internet sejak 4 April lalu.

Eskay, bekas Ketua Menteri Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim hadir di masjid itu memakai baju kalis peluru seolah-olah keselamatan mereka terancam.

Rahim semalam berkata beliau dan Shuib telah mewakilkan Eskay untuk membuat sumpah laknat itu bagi pihak mereka.

Terdahulu, Pengerusi Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul, Abdul Razak Hussin mengesahkan bahawa majlis sumpah laknat itu dibatalkan apabila gandingan Datuk T itu tidak hadir.

Selesai upacara mengangkat sumpah laknat, tiga Datuk T itu bergegas meninggalkan masjid tanpa menjawab soalan pemberita.

Terdahulu keadaan selepas solat Jumaat menjadi kecoh seketika apabila sekumpulan jemaah memasuki ruang solat dan menuntut penangkapan Eskay kerana menabur fitnah bersabit video lucah itu.

Hadir bersama mereka adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan Samsul Iskandar Md Akin.

Shamsul Iskandar Md Akin berkata Eskay memperalatkan sumpah laknat dan membelakangkan hukum Qazaf yang jauh lebih sesuai untuk kes-kes fitnah.

AMK telah menfailkan pertuduhan Qazaf terhadap Datuk T, kerana menfitnah Anwar dan isterinya yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Shamsul kesal kerana pihak berkuasa Islam seolah-olah merestui sumpah laknat Eskay.

"Saya hairan dengan kehadiran pegawai Jawi sedangkan penyiasatan dikatakan sedang dilakukan oleh Jawi tentang kes Qazaf saya.

"Ini bukan caranya, kita ada Mahkamah dan (sumpah) ini bukan cara yang betul," kata Shamsul kepada media.


Surah Al-Munafiqun Ayat 1 hingga 4
[1] Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: “Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau – sebenar-benarnya Rasul Allah”. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.

[2] Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.

[3] (Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah).

[4] Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelalukannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya – dari kebenaran)? [Alquran-melayu]

Info Mesir: Hari ini cuti Syammu Nasim, Esok Cuti Tahrir Saina'(Sina')

3 komen mengomen




“Syammu Nasim ( شم النسيم) merupakan salah satu perayaan Mesir Purba dan dikenali juga perayaan Musim Bunga, perayaan Kebangkitan Kehidupan dan perayaan Permulaan Zaman (kewujudan alam). Oleh kerana itu, mereka berpegang dan percaya bahawa perayaan yang disambut pada hari ini diumpamakan permulaan kejadian. Dakwaan mereka juga ialah salah satu Tuhan mereka yang bernama Ra' (رع) berlegar-legar di langit Mesir dengan menaiki pesawat (سفينته المقدسة) sehingga mendarat di atas Ahram yang paling besar di Giza untuk membangkitkan kehidupan kepada seluruh makhluk dan memberitahu kematian Tuhan yang bernama Sith(ست) tentang keburukan di sisi mereka.

Antara upacara keagamaan mereka juga pada hari ini, 'makan telur' mereka percaya dunia ini bentuknya menyerupai telur besar yang terbahagi kepada dua bahagian, langit di bahagian atas dan bumi di bahagian bawah. Berdasarkan kepercayaan inilah kita dapat saksikan pada hari ini, mereka menghiasi telur tersebut dengan berwarna-warni. Kemudian diletakkan di atas bakul bertangkai tanda memuliakan bagi mendapat keberkatan cahaya Tuhan (keamanan) ketika terbenamnya matahari.!!!!

Antara kesan upacara keagamaan mereka yang dapat disaksikan pada hari ini ialah "makan bawang". Perbuatan tersebut ada kaitan dengan cerita dongeng atau mitos, pada suatu ketika seorang anak raja pada zaman itu ditimpa penyakit. Setelah itu bomoh yang mengubati anak raja tersebut meletakkan bunga-bunga bawang di bawah kepala mangsa dan memerintahkan mereka supaya menggantungkan bawang di pintu-pintu istana dan rumah-rumah untuk menghalau ruh-ruh jahat. Rentetan dari kepercayaan itulah, mereka menjadikannya sebagai satu upacara keagamaan.

Pada hari ini mereka memakan ikan yang diawet di tempat lapang sebagai satu kepercayaan yang melambangkan (ikan yang diawet) tersebut sebagai Tuhan mereka (حعبى) . Ikan yang dimaksudkan itu terdapat di dalam Sungai Nil dan dijadikan ikan tersebut sebagai satu penyembahan atau pemujaan bukannya Allah s.w.t. Mereka menangkap spesis ikan ini dan diawet serta dijadikan makanan ketika perayaan tersebut.

Perayaan ( شم النسيم) ini merebak daripada kepercayaan golongan atasan Raja-raja Mesir (الفراعنة) kepada Bani Israel. Mereka menjadikan perayaan ini sebagai perayaan bersama. Ketika mana mereka keluar dari Negara Mesir, mereka bersepakat akan keluar pada hari perayaan tersebut dan dikenali sebagai Yaumul Fasih- (يوم الفصيح) perkataan Yahudi- iaitu keluar atau menyeberangi. Mereka menjadikan hari tersebut sebagai permulaan tahun Yahudi sebagai sambutan mengenang kejayaan dan permulaan hidup yang baru.



Kemudian perayaan (عيد الفصيح) ini merebak kepada golongan Nasrani dan mereka menjadikannya bertepatan dengan apa yang didakwa sebagai hari kebangkitan Masih (المسيح) yang disalib pada hari Jumaat mengikut kepercayaan mereka. Kemudian kelihatan cahaya pada hari Sabtu yang dikenali sebagai -سبت النور- dan mereka bangkit pada hari Ahad, setelah itu pada hari Isnin mereka berbuka daripada puasa setelah beberapa hari tidak makan beberapa jenis makanan yang diharamkan ke atas mereka seperti ikan yang diawet, telur dan sebagainya.

Hukum Menyambut Perayaan Syammun Nasim…..

1. Adakah kamu setuju (redho) untuk bersekongkol dengan Orientalis dalam menyambut perayaan yang diada-adakan dan dipuja dengan apa yang disembah oleh mereka selain Allah s.w.t.

2. Adakah kamu bersetuju (redho) untuk menyambut dan menyokong dengan apa yang mereka jadikan lambang salib( Agama Kristian). Ini merupakan pendustaan yang jelas terhadap al-Quran sebagaimana firmannya : وما قتلوه وماصلبوه ولكن شبه لهم.

Sesungguhnya Allah s.w.t menghendaki bagi orang Islam menjadi Imam yang memimpin bukannya yang dipimpin sebagaimana sesetengah daripada umat Islam yang ingkar perintah Allah s.w.t. Pada masa yang sama mereka mengikut golongan yang dimurkai dan dilaknat oleh Allah s.w.t yang terdiri dari golongan Yahudi dan Nasrani. Oleh kerana itulah mereka merasa bangga kerana dapat mengaburi mata umat Islam.

3. Maka, apakah kamu juga turut sama dalam menyambut perayaan ini??

Jawapannya ialah, tidak boleh menyertai perayaan tersebut, tidak boleh keluar untuk memberi sokongan kerana pada hari yang mendatang kita akan berhadapan lebih-lebih lagi dengan perayaan agama kita iaitu Hari Raya Fitri dan Hari Raya Adha. Kenapakah kita sibuk dengan benda-benda sebegini.

Tidak boleh makan makanan yang mereka puja tanda bantahan kita terhadap perayaan tersebut. Kalau nak makan terserah lah, tetapi mestilah ingat, mesti jauh daripada melakukan maksiat kepada Allah s.w.t.

Kalau boleh cuba kita buat sesuatu perkara yang menyalahi amalan bid'ah mereka pada hari tersebut. Kalau tak mampu juga katakanlah kepada anak-anak atau sahabat-sahabat kita bahawa ليس يومنا وليس عيدنا ketika perayaan tersebut.

Tidak boleh kita ucapkan tahniah kepada sahabat kita sempena perayaan tersebut.Sekiranya di sana ada mengikuti, maka hendaklah kita nasihatkan dan ajarkan dia. Sebagaimana kalam ulama' ) (أما التهنيئة بشعائر الكفر المختصة به فحرام بالاتفاق
(.فمن هنأ عبدا بمعصية أو بدعة أو كفر فقد تعرض لمقت الله وسخطه

والله نسال ان يرد الامة الى دينها ردا جميلا وان يعلمنا ما جهلنا وان يجعلنا معظمين لشعائر الله

اعداد:
القسم العلمى بدارالوطن
Terjemahan oleh:
http//tokselehor.blogspot.com
pukul 02.52 pg. 24/04/2008 Akhri Said.Tanta
©Sebarang permasalahan boleh merujuk terus pada http//tokselehor.blogspot.com


Semoga Cepat Sembuh Hakim..

0 komen mengomen
Aku dan beberapa orang sahabat yang sempat melawat Hakim semalam.

Alhamdulillah, petang tadi sempat melawat sahabat Noorahmad Hakim Mohd Nor@Ngah di ICU Hospital Universiti Ains Sham, Kaherah, Mesir. Beliau kelihatan semakin stabil dan sudah boleh duduk, berbanding semalam yg tenat dan hanya boleh baring.

Keadaan semalam. 21/04/2011 Hakim di ICU ain syams...(T_T)....


Mohon doa, solat hajat daripada sahabat2 dan mereka yang mengenali, juga mohon hulurkan sumbangan untuk meringan beban kos rawatan beliau. Tadi semasa di hospital. Saya diberitahu, kosnya mencecah LE17000 (17Ribu) hanya untuk 4 hari. Allohurobbi.

Penyakit beliau dikatakan 1 dalam 40000. Penyakit yang jarang ditemui. Ia berkaitan saraf. Secara tepat penyakitnya saya tak tahu. Tetapi anggota badannya lemah dan sukar untuk digerakkan. Terutama bahagian pinggang ke bawah.

Noorahmad Hakim yang berasal daripada Kg. Seberang Takir, K.Trganu, adalah bekas pelajar di SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Burok, dan kini sedang menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Tahun 2 Jabatan Syariah Islamiyah. Merupakan Exco Kebudayaan, Kesenian dan Sukan, Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir.

Untuk makluman, ayah beliau sudah 3hari berada di Mesir untuk melihat dan menguruskannya. Sumbangan daripada sahabat2 amat diperlukan. Sumbangan boleh dihulurkan melalui Biro/Unit Kebajikan KPT Mesir; Saudara Mohd Farezuan b Mat Azahar [+20143877883] atau Saudari Shazazierra bt Sharif [+20112871396]. Terima kasih atas keprihatinan anda!!

Cara Memakai Cincin Menurut Sunnah

1 komen mengomen

Bagaimana Memakai Cincin Menurut Sunnah?

Ada seorang sahabat yang sangat mencintai sunnah Baginda sallallahu alaihi wasallam telah bertanya kepada saya tentang cara pemakaian cincin menurut sunnah Baginda sallallahu alaihi wasallam.

Saya tidak ingin menjawab dengan pandangan saya yang sangat faqir di dalam ilmu, namun saya akan memberikan jawapan yang telah diberikan oleh al-Imam Jalaluddin al-Suyuti rahimahullah dan para ulama yang lain. Jawapan daripada para ulama ini akan saya ringkaskan agar mudah difahami oleh para pembaca.

Ada beberapa perkara yang akan terlintas di dalam persoalan berkaitan cincin :

1. Adakah terdapat berat yang khusus untuk memakai cincin?

2. Adakah kita boleh mengambil segala jenis logam untuk dijadikan cincin seperti tembaga, besi dan lain-lain?

3. Adakah harus bagi kita memakai lebih daripada satu cincin perak di tangan bagi lelaki?

4. Adakah cincin yang dipakai oleh Baginda sallallahu alaihi wasallam mempunyai batu? Apakah jenis batunya?

5. Di jari manakah Baginda sallallahu alaihi wasallam memakai cincin , kanan atau kiri? Dan bagaimana pula keadaan batu cincin Baginda sallallahu alaihi wasallam, samada dipusingkan ke tapak tangan atau tidak?
Ini antara soalan yang terlintas di dalam pemikiran kita. Sekarang kita lihat pula bagaimana para ulama memberikan jawapan bagi permasalahan ini. Jawapan yang akan saya kemukakan adalah menurut turutan soalan di atas. Di harap para pembaca mengambil perhatian terhadap perkara ini.

JAWAPAN

BERAT CINCIN

1. Para ulama berbeza pandangan di dalam permasalahan berat cincin yang dibenarkan. Al-Imam Haskafi rahimahullah, ulama bermazhab Abu Hanifah mengatakan bahawa sesebuah cincin tidak boleh melebihi berat satu Mithqal yang bersamaan 4.680 gram. Al-Imam Ibn Abidin yang merupakan ulama bermazhab Abu Hanifah juga merajihkan pandangan pengarang kitab al-Zhaqirah bahawa berat yang dibenarkan hanya satu Mithqal.

2. Para ulama Malikiyah pula berpandangan dibenarkan untuk seseorang memakai cincin dengan kadar 2 dirham ke bawah. Berat dua dirham menurut pengiraan moden ialah 3.125 gram × 2 = 6.25 gram

3. Para ulama Syafieyah pula mengatakan bahawa berat cincin bergantung kepada adat atau uruf setempat. Jika melebihi daripada adat tempat tersebut maka ianya dianggap membazir.

4. Para ulama Hanabilah pula berpandangan tiada masalah untuk memakai cincin yang beratnya melebihi satu mithqal. Tetapi dengan syarat tidak terkeluar daripada uruf atau adat setempat yang ditetapkan. Jika melebihi uruf maka hukumnya adalah haram.

LOGAM YANG DIBENARKAN UNTUK MEMBUAT CINCIN

EMAS

1. Para ulama bersepakat mengatakan bahawa emas dibenarkan kepada wanita untuk memakainya, manakala bagi lelaki ianya adalah haram.

2. Manakala untuk kanak-kanak yang belum baligh, para ulama Syafieyah di dalam pandangan muktamad di dalam mazhab berpendapat bahawa dibenarkan bagi mereka untuk memakai emas samaada kanak-kanak lelaki atau perempuan.

PERAK

1. Para ulama bersepakat mengatakan bahawa cincin perak dibenarkan kepada wanita. Manakala bagi lelaki pula terdapat perincian oleh para ulama .

2. Para ulama Hanafiyah mengatakan bahawa harus bagi lelaki memakai cincin perak. Ianya menjadi sunnah kepada para sultan, para qadhi dan yang seumpama dengannya. Manakala kepada selain sultan, qadhi dan yang seumpama dengannya terlebih afdhal bagi mereka tidak memakai cincin perak.

3. Para ulama Malikiyah pula berpandangan bahawa memakai cincin perak bagi lelaki adalah harus dan jika dipakai dengan tujuan mengikut sunnah Baginda sallallahu alaihi wasallam hukumnya adalah sunnah dan haram memakainya dengan tujuan berbangga diri.

4. Para ulama Syafieyah pula berpandangan bahawa disunatkan kepada sesiapa sahaja untuk memakai cincin perak bukan dikhususkan kepada sultan dan qadhi semata-mata.
5. Para ulama Hanabilah berpandangan bahawa memakai cincin perak bagi lelaki adalah harus.

SELAIN DARIPADA EMAS & PERAK

1. Para ulama Malikiyah ( dalam pandangan yang muktamad ) dan ulama Hanabilah berpandangan bahawa memakai cincin daripada besi, tembaga dan seumpama dengannya adalah makruh berdasarkan larangan Baginda sallallahu alaihi wasallam di dalam hadis. Hukuman ini merangkumi lelaki dan wanita.

2. Para ulama Malikiyah berpandangan bahawa mengambil cincin daripada kayu, kulit dan batu adalah harus bagi lelaki dan wanita. Manakala para ulama Hanabilah pula berpandangan diharuskan bagi lelaki dan wanita memakai cincin daripada zamrud, yaqut, jed dan lain-lain jenis batu.

3. Para ulama Syafieyah pula mempunyai dua pandangan di dalam permasalahan ini. Sebahagian mengatakan bahawa hukumnya makruh memakai cincin selain emas dan perak. Manakala sebahagian lagi mengatakan tidak makruh. Al-Imam Nawawi rahimahullah berpandangan dengan mengatakan tidak makruh memakai cincin daripada selain emas dan perak . al-Imam Qalyubi di dalam Hasyiyahnya juga mengatakan bahawa tiada masalah untuk memakai cincin daripada tembaga , besi dan lain-lain.

4. Para ulama Hanafiyah pula seperti al-Imam Ibn Abidin rahimahullah mengatakan bahawa dihalalkan bagi lelaki memakai cincin perak dan diharamkan memakai cincin emas, tembaga atau besi. Manakala mengambil cincin daripada batu adalah dibenarkan khususnya batu aqiq.

Syaikh al-Allamah Abdullah Fad aq hafizahullah..Lihat pemakaian cincin pada jarinya

HUKUM BERBILANG-BILANG CINCIN

1. Para ulama Malikiyah mengatakan bahawa diharamkan bagi seseorang lelaki memakai lebih daripada satu cincin.

2. Para ulama Syafieyah pula berpandangan bahawa dibenarkan untuk memakai 2 bentuk cincin perak dalam satu masa. Ini seperti yang disebutkan oleh al-Imam Jalaluddin al-Suyuti rahimahullah. Makruh hukumnya memakai lebih daripada 2 bentuk cincin. Al-Imam Isnawi rahimahullah juga berpandangan sedemikian dan kata al-Imam Khawarizmi di dalam al-Kafi : Makruh memakai kedua-dua cincin tersebut pada satu jari.

3. Para ulama Hanabilah pula berpandangan bahawa dibenarkan bagi lelaki memakai dua cincin dan lebih selagi mana tidak keluar daripada adat setempat.

4. Manakala para ulama Hanafiyah tidak pula kedapatan mereka mengeluarkan pandangan di dalam masalah ini.


BENTUK CINCIN RASULULLAH

1. Cincin Baginda sallallahu alaihi wasallam ada dua jenis. Ada yang diukir perkataan “ Muhammad Rasulullah” dan ada yang diletakkan batu.

2. Jenis batunya menjadi perbahasan para ulama, sebahagian mengatakan bahawa ianya adalah jenis aqiq dan al-Imam Jalaluddin al-Suyuthi mengatakan bahawa beliau melihat di dalam kitab Mufradat fi al-Tibb
karangan Ibn al-Baithar bahawa jenis batu tersebut adalah zabarjad.

JARI YANG SUNNAH DILETAKKAN CINCIN

1. Bagi wanita tiada tempat yang khusus diletakkan. Terpulang kepada mereka untuk memakai cincin dimana sahaja anggota. Samada di kesemua jari tangan atau jari kaki sekalipun. Ini kerana itu adalah perhiasan bagi mereka.

2. Para ulama berbeza pandangan tentang kedudukan jari yang sunnah dipakaikan cincin bagi lelaki. Para ulama Hanafiyah mengatakan bahawa disunnahkan bagi lelaki untuk memakai cincin di jari kelingking sebelah kiri dan bukan pada jari lain walaupun kanan. Sebahagian daripada ulama Hanafiyah mengatakan bahawa diharuskan untuk memakai cincin pada jari kelingking kanan.

3. Manakala al-Imam Malik radhiyallahu anhu, guru kepada al-Imam al-Syafie radhiyallahu anhu mengatakan bahawa disunnahkan memakai cincin di jari kelingking kiri dan beliau sendiri memakai cincin di jari kelingking kiri. Al-Imam Ibn al-Arabi al-Maliki mengatakan bahawa sunnah memakai cincin pada jari kelingking kiri dan makruh memakainya pada kelingking kanan.

4. Para ulama Syafieyah mengatakan bahawa harus untuk dipakai cincin pada jari kelingking kanan atau kiri sekalipun. Tetapi pandangan yang masyhur ialah memakainya pada jari kelingking kanan kerana ianya merupakan tempat untuk berhias. Manakala memakai cincin pada jari manis adalah dibenarkan. Jari tengah, telunjuk dan ibu jari adalah dilarang bagi kaum lelaki untuk meletakkan cincin padanya. Ini kerana terdapat larangan daripada Baginda sallallahu alaihi wasallam kepada Sayyiduna Ali radhiyallahu anhu untuk memakai cincin pada jari-jari tersebut.

5. Para ulama Hanabilah pula berpandangan bahawa afdhal memakai cincin pada jari kelingking kiri. Mereka juga berpandangan bahawa dibenarkan untuk memakai cincin pada jari manis dan ibu jari. Manakala jari telunjuk dan jari tengah adalah dilarang untuk meletakkan cincin padanya kerana terdapat larangan yang jelas daripada Baginda sallallahu alaihi wasallam.



KE ARAH MANAKAH BATU CINCIN DIPUSING?

1. Para ulama mengatakan bahawa dibenarkan untuk kita menzahirkan batu cincin ke atas. Namun yang lebih afdhalnya menurut sunnah Baginda sallallahu alaihi wasallam adalah dengan memusingkan arah batu tersebut ke telapak tangan.

Semoga kita semua dapat mengambil manfaat dengan perbahasan ini bagi menghidupkan sunnah Baginda sallallahu alaihi wasallam.

RUJUKAN :

1. Mausu’ah al-Kuwaitiyah Jilid 11

2. Al-Hawi lil Fatawi oleh al-Imam Jalaluddin al-Suyuthi radhiyallahu anhu , jilid 1 mukasurat 75-76 cetakan Darul Kutub Ilmiyah tahun 1982



Mohd Nazrul Abd Nasir,
Penuntut Ilmu Masjid al-Azhar al-Syarif & Masjid al-Asyraff,
Rumah Ayah & Bonda di Pedu,
Kedah, Malaysia

Blog Ust Nazrul Abd Nasir

Tambahan daripada saya yang di copy pasted Daripada Kitab As-Syamail Al-Muhammadiah.


Anas bin Malik berkata: "Ketika Rasulullah SAW menulis surat kepada Kisra (Raja Parsi), Kaisar (Raja Rom), dan Najasyi (Raja Habsyah), ada yang memberitahu kepada baginda SAW, pembesar-pembesar itu tidak menerima surat kecuali diletakkan cap (mohor). Oleh itu, Rasulullah SAW menempah sebentuk cincin yang diperbuat daripada perak dan diukir Muhammad Rasulullah.
(Diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Imam Muslim | As-Syamail Al-Muhammadiah: 90)

Hadith ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Nashr bin Ali al-Jahdhani, daripada Nuh bin Qeis, daripada Khalid bin Qeis, daripada Qatadah bersumber daripada Anas bin Malik. Menurut Imam Bukhari, laporan daripada Nuh bin Qeis dan Khalis bin Qeis tidak sahih. Namun, Imam Muslim menerima riwayat ini.

Anas bin Malik berkata lagi: "Apabila Rasulullah SAW hendak masuk ke bilik air, baginda menanggalkan cincinnya." (Diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, Abu Daud & Ibnu Majah | As-Syamail Al-Muhammadiah: 91)

Berdasarkan hadith daripada Ibnu Umar ra:

"Rasulullah SAW menempah sebentuk cincin daripada perak. Cincin itu dipakai di jari baginda SAW. Selepas Rasulullah SAW wafat, cincin itu berpindah ke tangan Abu Bakar, kemudian ke ta...ngan Umar, kemudian ke tangan Uthman sehingga akhirnya ia jatuh ke perigi Aris yang terletak dekat Masjid Quba. Ukiran pada cincin itu adalah Muhammad Rasulullah SAW." (As-Syamail Al-Muhammadiah : 92)

Hadith
ini bertaraf sahih. Diriwayatkan oleh Ishaq bin Mashur, daripada
Abdullah bin Numair, daripada Abdullah bin Umar, daripada Nafi' yang bersumber daripada Ibnu Umar.

Drpd Ibnu Umar ra berkata: "Rasulullah SAW membuat cincin drpd perak. Apabila memakainya, Rasulullah SAW mengahadapkan batu cincin itu ke telapak tangan baginda SAW. Terdapat ukiran Muhammad Rasulullah pada cincin itu. Baginda melarang sesi...apa pun menambah ukiran pada cincin itu. Cincin itulah yang jatuh daripada tangan Mu'aiqib ke dalam perigi Aris. (Riwayat Imam Tirmizi, Muslim, Abu Dawud dan Ibnu Majah) (as-Syamail Al-Muhammadiah)

Wallahua'lam siapa mu'aiqib.

Replika cincin ini ada dijual di Tarim, Hadhramaut Yaman. Dikatakan utk muslimat pula ia dibuat rantai.

Kepada pemilik cincin diatas, bilakah kamu mahu menghadiahkannya kepada saya? ^^,

Tau tak? Khurafat itu nama seorang lelaki sebenarnya,

9 komen mengomen

Apa Itu Khurafat? Masyarakat kita ni seringkali mengaitkan sesuatu yang bertentangan dengan Islam sebagai khurafat. Dan aku juga memegang kepercayaan seperti itu sejak dari kecil sampai ke hari ini. Bahawa amalan2 yang songsang sesetengah orang memanggilnya dengan amalan khurafat. Tetapi kepercayaan itu berubah, bilamana aku membaca sebuah kitab Hadith, berkenaan keperibadian Rasulullah SAW. Kitab As-Syamail Al-Muhammadiah.

Aku percaya, ramai daripada pembaca sekalian pun memegang kefahaman makna khurafat dalam konteks yang hampir sama. Walhal hakikat sebenarnya tidak. Ia bukanlah satu amalan tetapi khurafat adalah nama seorang lelaki daripada kabilah 'Udzrah. Kisahnya seperti dibawah.

Pada suatu malam, Rasulullah SAW berbual-bual dengan isteri-isteri baginda. Seorang daripada mereka berkata: 'Perbualan ini seperti perbualan khurafat.' Rasulullah SAW membalas: "Adakah kamu semua tahu apa itu khurafat?.

Khurafat/khurafah adalah nama seorang lelaki daripada kabilah 'Udzrah yang ditawan oleh jin pada zaman jahiliyah. Dia tinggal bersama-sama jin dalam jangka masa yang lama. Kemudian, apabila jin mengembalikannya semula ke alam manusia, Khurafah menceritakan kepada manusia mengenai perkara-perkara yang ajaib yang dia lihat di alam jin. Oleh itu, manusia menyebut 'itu cerita khurafat' ".

(As-Syamail Al-Muhammadiah : 243 Diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi dan Imam Ahmad)

Aku percaya, ramai yang baru mengetahui pasal khurafat ni atau mungkin aku sorang je. Sebab tu la aku nak berkongsi kat sini. Biar setiap kepercayaan kita itu ada dalil dan ilmu.

Cubaan Samun Pelajar Malaysia di Mesir

2 komen mengomen

photo0522.jpgKAHERAH, 14 April - Satu kejadian cubaan samun berlaku sekali lagi pada warga Malaysia di Mesir. Semalam, seorang pelajar Selangor Mohamed Salman Mohd Azam (15 tahun) cuba disamun oleh beberapa warga tempatan arab Mesir.

Kejadian berlaku pada waktu tengah hari, ketika pelajar terbabit baru pulang dari kelas pengajian secara bersendirian. Dia kemudian dihampiri sebuah kereta dan 2 orang warga tempatan tersebut berpura-pura menyatakan dirinya sebagai perisik polis (mabahis) lalu mengajak pelajar terbabit ke dalam kereta tersebut.

Tiba-tiba, kereta terbabit memecut laju akibat terkejut apabila cermin belakang keretanya dilempar dengan batu oleh individu tidak dikenali. Pelajar tersebut kemudian cuba untuk melarikan diri tetapi ditahan beberapa kali oleh penyamun terbabit dan akhirnya menurunkan pelajar tersebut di Suq Sayyarat.

Saudara Mohd Yazid Ahmad, YDP BKASM sejurus mendapat maklumat tersebut daripada PMRAM terus ke rumah mangsa yang terletak di Walidain, Hayyu ‘Asyir. Turut bersama beliau ialah Pegawai HEP Selangor, En Mohd Faryzan Subkhi, TYDP 1 BKASM, saudara Abdul Hakim Sazali dan TSU 1, saudara Mohd Saifullah Abu Bakar.

Dalam masa yang sama, turut kelihatan di rumah mangsa ialah Presiden PMRAM, saudara Shahrizan Mohd Hazimie, Timb. Presiden saudara Muhammad Zuhaili Saiman dan Naib Presiden 1, saudara Mohd Adlan Mokhtarudin, YDP Badan Kebajikan Anak Wilayah Mesir (BKAWM) saudara Mohd Adly Bohari serta ahli BKASM photo0504.jpgyang lain.

YDP BKASM, saudara Mohd Yazid mengingatkan agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada terhadap individu tempatan yang mengaku sebagai perisik polis agar tidak menjadi mangsa samun.

Dalam pada itu, Presiden PMRAM juga turut mengingatkan agar mahasiswa Malaysia di Mesir supaya sentiasa mengambil cakna tentang keselamatan diri dan supaya dapat berhubung terus kepada Presiden PMRAM, YDP BKAN atau Pegawai Anak Negeri sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

Selesai melawat mangsa, Pegawai HEP Selangor diiringi saudara Mohd Yazid serta beberapa AJKT BKASM dan Badan Pengurus PMRAM bersama mangsa terbabit ke pejabat polis di Madinah Nasr untuk membuat laporan pada jam 4 petang.

Terima kasih diucapkan kepada PMRAM dan BKASM serta Pegawai HEP Selangor Mesir, En Mohd Faryzan Subkhi atas keprihatinan mereka dalam isu-isu kebajikan ahli khususnya Selangor di Mesir.

Berita diatas dipetik daripada Laman Web Rasmi Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.

Berita AminMenulis:

Semalam (Jumaat, 15 April 2011) Kompleks Asrama Pelajar Terengganu Mesir pula dipecah masuk oleh 2 orang warga arab Mesir. Menyebabkan kehilangan sebuah telefon bimbit dan kamera digital.

Kejadian berlaku ketika pelajar-pelajar lelaki sedang bersiap untuk menunaikan solat Jumaat. Kejadian yang berlaku di tingkap 5 tersebut disedari oleh seorang pelajar lelaki ,lalu menyergah kedua-dua penyamun tersebut yang sedang menggeladah salah sebuah rumah di kompleks tersebut.


Akibat terlalu panik, penyamun tersebut terus melarikan diri dan hanya sempat melarikan sebuah telefon bimbit dan kamera digital. Manakala, satu beg galas yang disyaki digunakan untuk mengumpulkan barangan yang dicuri ditinggalkan. Selepas diperiksa, beg tersebut merupakan beg salah seorang mangsa dan didalamnya terdapat external hardisk dan beberapa barangan yang cuba dicuri.

Pihak persatuan pelajar, Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir, menyeru agar semua ahli meningkatkan tahap keselamatan rumah penginapan masing-masing dan memastikan pintu utama ditutup 24jam. Walaupun sudah ada pengawal keselamatan yang ditugaskan untuk menjaga bangunan tersebut. Pihak KPT Mesir juga mengingatkan ahli supaya berhati-hati dalam membuat kunci pendua dikedai-kedai yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Kedai yang disyaki adalah disekitar (gami'). Kerana sudah ada kes yang melibatkan Asrama Pelajar Sarawak baru-baru ini, penyamun yang cuba melarikan diri tercicir sejambak kunci, dan setelah diperiksa, ternyata kunci tersebut boleh membuka hampir keseluruhan rumah di bangunan tersebut.

Diingatkan kepada semua mahasiswa Malaysia, agar lebih berhati-hati selepas ini kerana dalam fatrah Mesir yang masih berada dibawah pentadbiran tentera. Kes jenayah meningkat hampir 200% kerana had kuasa polis terhad dan untuk menangani kes-kes jenayah dalam masa yang singkat amat mustahil. Terutama kepada mahasiswi agar tidak berjalan sendirian walaupun disiang hari. Juga disarankan agar semua mahasiswa mendaftarkan diri dengan persatuan anak negeri masing-masing agar sebarang maklumat dan tindakan pantas dapat diambil sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Tindakan pantas Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) baru-baru ini, dengan segera dapat mengesan dan menyelamatkan ahli mereka yang cuba disamun dan dilarikan(diculik). Maka, kerjasama daripada semua pihak amat diharapkan agar mendaftar dengan persatuan anak negeri masing-masing sesegera yang mungkin. Pastikan juga anda memberitahu rakan terdekat destinasi yang dituju jika hendak keluar dan memberikan nombor telefon yang boleh dihubungi jika berlaku kecemasan. Sentiasa membawa kad pelajar atau passport ketika keluar daripada rumah.


Kisah Handset Saya

5 komen mengomen


Tadi bila terbaca status seorang sahabat pasal handphone, teringat plak mula-mula pakai handset dulu. Mula dengan handset warisan nokia model ape tah. Besar jgk la, ada kat rumah.Lepastu guna Nokia 3315. Handset tu dah jual kat kawan. Samsung handset ke-3. Rosak sbb jatuh n anak sedara main, skali jumpe dalam mesin basuh. Haha.. Basuh... baju skali dengan handset tu. Tp masih bernyawa.

Hanset ke-4: Nokia Express Music 5800 Special Edition. Rosak jugak sebab jatuh. Beli lepas SPM sbb dpt result cemerlang. Hehe..Handset ke5: Myiman. Handset Al-Quran. Sbb masa tu ada offer n tengah cari handset yg memudahkan utk baca Al-Quran. Rosak jgk sebab banyak kali jatuh. Sudah tak bernyawa. Tengok dah terkopak housing dia. Beli sebelum pergi Mesir.

Handset ke-6. Sony Ericsson W205. Yang ni beli kat Mesir. Murah je. Harga dia LE400. Lebih kurang RM200 je. Tu pun dah tak berapa betul sangat.

Handset terkini, Alhamdulillah, biasa je. Nokia C3. Kekasih hati bg masa balik Malaysia evakuasi baru-baru ni.

Yang tak sangkanya, semua masih disimpan dan tak tertinggal kat mana2. Hehe.. Siap bawak ke Mesir lagi. Adeh.. Persamaan semua handset ni adalah ianya tidak pernah melebihi harga RM400 ringgit. Kelemahan sy adalah malas nak bawak handset ke mana2. Hehe.. Tp tabiat tu dah berubah sikit demi sikit sbb keperluan.

Apa yang penting, handset yg sy guna ni boleh call masuk n keluar, boleh hantar mesej. Itu tujuan utama handphone dicipta kan? Hehe.. Internet pe sume tambahan tu len cita.

Saya tidaklah kaya ttp bersyukur dan senang dengan apa yang ada. Walaupun ada jgk keinginan nak pakai blackberry/ipad/iphone.

Itu semua tak perlu kita kejar, kalau Allah nak bagi bila2 masa je. Kan Allah dah kata, Kalau kita bersyukur nescaya Allah akan tambah nikmatnya. ^^,. Ceria dan senyumlah dalam menghayati dan mentadabbur nikmatnya. Pasti kita akan bahagia. (n_n)

Fotografi: Bokeh Pah Ceroh

1 komen mengomen

Bokeh Pah Cerohs. Menggunakan Canon EOS 550D.


Dalam dunia fotografi, ada satu istilah yang dipanggil bokeh. Perkataan bokeh pula berasal daripada Jepun (Read>Boke). Ia terhasil apabila cahaya2 halus yang berada dibelakang sesuatu objek terkeluar daripada titik fokus (out of focus). Maka akan terhasillah satu imej yang kabur(blur) tetapi mempunyai bentuk dan corak ...(bulat, 6segi, 5segi dll). Ia adalah satu seni dan mempunyai nilai estetika yang tersendiri dalam dunia fotografi. Ramai dari kalangan ahli baru dalam dunia fotografi tidak memahami istilah ini. Bokeh amat berbeza dengan blur. Blur hanya sekadar blur(kabur) tetapi tidak mempunyai bentuk seperti bokeh.

Bokeh yang terhasil berbeza mengikut titik kedudukan cahaya tersebut dan lens yang digunakan dalam sesebuah gambar. Bokeh hanya terhasil apabila cahaya yang ada dibelakang objek tersebut memancar secara tidak langsung. Seperti gambar diatas, bokeh terhasil apabila cahaya matahari terpancar dicelah-celah daun pokok. Dan ia menghasilkan warna dan corak yang cantik.

Anda mahu tahu lebih lanjut? Search di google > Bokeh.


Daurah Kitab Syamail Muhammadiah di Ruwak Al-Atrak, Masjid Al-Azhar

0 komen mengomen
Alhamdulillah, tadi berkesempatan lagi untuk bersama dengan Fadhilatul Syeikh Usamah Syed Mahmud Al-Azhari untuk mengikuti daurah/majlis pembacaan kitab Syamail Muhammadiah. Hari ni masuk hari kedua Syeikh membacakan kitab tersebut. Untuk sama-sama kita kenali dan hayati sifat keperibadian Rasulullah s.a.w. Kepada siapa yang ada kelapangan masa, dijemput untuk sama-sama menghadirkan diri ke kelas pengajian ini.




Syeikh Usamah Syed Mahmud Al-Azhari, ketika sesi soal jawab selepas membacakan matan dan sanad sempena daurah Syamail Muhammadiah di ruwak Al-Atrak, Masjid Al-Azhar pagi tadi. InsyaAllah, syeikh akan menyambung bacaan Syamail Muhammadiah esok jam 7.30-9.30 pagi.

Syeikh Usamah Syed Mahmud Al-Azhari sedang menghuraikan persoalan yang diajukan anak muridnya Ibrahim.


The Tahrir Book Fair

4 komen mengomen
Sambil-sambil baca dan tengok gambar. Layan video klip nih. Best sangat-sangat.!! Sautu Hurriyah. Gembira tengok arab gembira. Kita pun rasa gembira.



Alhamdulillah, semalam dapat berpeluang untuk berkunjung dan bersiar-siar di sekitar Tahrir Square. Sebab kebetulan ada Pameran Buku oleh American University In Cairo Press (AUC). AUC tu sebelah je dengan Mugammak Tahrir(tempat buat passport, visa dll) tempat dimana berlakunya himpunan besar-besaran rakyat Mesir bagi menjatuhkan Husni Mubarak. Perjalanan hampir sejam daripada hostel student Malaysia di Hayyu 10. Bagi sapa-sapa yang nak ke sana. Pengangkutan awam banyak dan untuk ke sana sangat mudah.




Naik tremco/bas ke Ramses dengan tambang LE1.50, kemudian ambil Metro(train bawah tanah) dengan tambang LE1.00. Pastikan laluan anda mengarah ke Giza. Kemudian turun di stesen Anuar Sadat. Jalan paling cepat dan dekat untuk sampai ke Tahrir/AUC ni. Lepas turun tu carilah exit ke American Universiti. Memang exit tu betul-betul tepi pintu pagar AUC ni. So, takyah nak pening-pening cari kat mana AUC. TTBF yang berlangsung selama 4 hari bermula semalam (31Mac2011) hingga 4Mac ini. Mula dibuka pada jam 10pagi - 6 petang. Masuk adalah percuma.

Sebelum masuk ke TTBF


Pesta buku ni bukan macam Pesta Buku Antarabangsa Kaherah/Maarad Kutub yang biasa tu. Sebab TTBF ni banyak pameran buku-buku bahasa inggeris. Macam novel, psycology, motivasi, sejarah dll. So, jangan excited la nak beli kitab-kitab tafsir ke, feqah dan lain-lain sebab memang takde or mungkin tak banyak kat sini.

Women are crazy! Men are stupid!! No.. i dont agree about the men.. haha..



Haha.. kebetulan tengah duk tengok2 ternampak buku ni. Keh3.. Spesel utk korang jgk..


Lagi buku-buku yang terdapat kat sana. Novel dan bacaan ilmiah.

Textbook. LE10 je.. Cepat beli!!

Terjumpe majalah bapak sedara angkat korang.. Muahaha.. Ada iras la..

Siap ada konsert lagi.. Adeh. Ramai pulak tu yg tgk duk joget tepuk2 tangan..

Pameran buku dibahagian dalam AUC

Gerai2 di sekitar AUC..

Azan maghrib je kitorang blah la. Sebab dia sampai pukul 6 je. Sampai sana pun dah lewat. Pukul 5 lebih. So, tak sempat nak berlenggang kangkung berkampung tengok buku kat sini. Sekadar survey dan beli beberapa buku je. Antaranya kalendar yang ada gambar-gambar revolusi dan buku peristiwa revolusi. Buku tu dalam bahasa arab. LE15 je. Kalendar Le20. Berbaloi gak la beli. Keluar je dari AUC ni terus cari kedai air buah(asir) untuk berbuka puasa dan solat maghrib. Sambil-sambil tu sempat la beli 2,3 helai t-shirt 25 Januari, button dan bendera kecik Mesir. Hehe..

Gembiranya rakyat Mesir dengan jatuhnya Husni Mubarak. Sehingga tarikh 25 Januari diabadikan disegenap pelusuk negara, didinding2, pada tiang lampu, dan pada baju ini. Deretan baju ini seolah2 mewakili setiap daerah yang ada di Mesir. Tanda kesatuan dan kegembiraan mereka dengan kejayaan ini.

Tengok!! Ada lagi muzaharat/demonstrasi kat Tahrir Square tadi. Gagaga.. Mungkin sebab esok jumaat n ada himpunan sejuta rakyat Mesir kot..

InsyaAllah, kalau ada rezeki nak pergi solat jumaat kat sana. Dengar kata harini ada muzaharat/demo Sejuta Rakyat Mesir. Hehe.. Leh pergi AUC lagi, sambil-sambil tengok orang berdemo. Haha..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers