Cubaan Samun Pelajar Malaysia di Mesir


photo0522.jpgKAHERAH, 14 April - Satu kejadian cubaan samun berlaku sekali lagi pada warga Malaysia di Mesir. Semalam, seorang pelajar Selangor Mohamed Salman Mohd Azam (15 tahun) cuba disamun oleh beberapa warga tempatan arab Mesir.

Kejadian berlaku pada waktu tengah hari, ketika pelajar terbabit baru pulang dari kelas pengajian secara bersendirian. Dia kemudian dihampiri sebuah kereta dan 2 orang warga tempatan tersebut berpura-pura menyatakan dirinya sebagai perisik polis (mabahis) lalu mengajak pelajar terbabit ke dalam kereta tersebut.

Tiba-tiba, kereta terbabit memecut laju akibat terkejut apabila cermin belakang keretanya dilempar dengan batu oleh individu tidak dikenali. Pelajar tersebut kemudian cuba untuk melarikan diri tetapi ditahan beberapa kali oleh penyamun terbabit dan akhirnya menurunkan pelajar tersebut di Suq Sayyarat.

Saudara Mohd Yazid Ahmad, YDP BKASM sejurus mendapat maklumat tersebut daripada PMRAM terus ke rumah mangsa yang terletak di Walidain, Hayyu ‘Asyir. Turut bersama beliau ialah Pegawai HEP Selangor, En Mohd Faryzan Subkhi, TYDP 1 BKASM, saudara Abdul Hakim Sazali dan TSU 1, saudara Mohd Saifullah Abu Bakar.

Dalam masa yang sama, turut kelihatan di rumah mangsa ialah Presiden PMRAM, saudara Shahrizan Mohd Hazimie, Timb. Presiden saudara Muhammad Zuhaili Saiman dan Naib Presiden 1, saudara Mohd Adlan Mokhtarudin, YDP Badan Kebajikan Anak Wilayah Mesir (BKAWM) saudara Mohd Adly Bohari serta ahli BKASM photo0504.jpgyang lain.

YDP BKASM, saudara Mohd Yazid mengingatkan agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada terhadap individu tempatan yang mengaku sebagai perisik polis agar tidak menjadi mangsa samun.

Dalam pada itu, Presiden PMRAM juga turut mengingatkan agar mahasiswa Malaysia di Mesir supaya sentiasa mengambil cakna tentang keselamatan diri dan supaya dapat berhubung terus kepada Presiden PMRAM, YDP BKAN atau Pegawai Anak Negeri sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

Selesai melawat mangsa, Pegawai HEP Selangor diiringi saudara Mohd Yazid serta beberapa AJKT BKASM dan Badan Pengurus PMRAM bersama mangsa terbabit ke pejabat polis di Madinah Nasr untuk membuat laporan pada jam 4 petang.

Terima kasih diucapkan kepada PMRAM dan BKASM serta Pegawai HEP Selangor Mesir, En Mohd Faryzan Subkhi atas keprihatinan mereka dalam isu-isu kebajikan ahli khususnya Selangor di Mesir.

Berita diatas dipetik daripada Laman Web Rasmi Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.

Berita AminMenulis:

Semalam (Jumaat, 15 April 2011) Kompleks Asrama Pelajar Terengganu Mesir pula dipecah masuk oleh 2 orang warga arab Mesir. Menyebabkan kehilangan sebuah telefon bimbit dan kamera digital.

Kejadian berlaku ketika pelajar-pelajar lelaki sedang bersiap untuk menunaikan solat Jumaat. Kejadian yang berlaku di tingkap 5 tersebut disedari oleh seorang pelajar lelaki ,lalu menyergah kedua-dua penyamun tersebut yang sedang menggeladah salah sebuah rumah di kompleks tersebut.


Akibat terlalu panik, penyamun tersebut terus melarikan diri dan hanya sempat melarikan sebuah telefon bimbit dan kamera digital. Manakala, satu beg galas yang disyaki digunakan untuk mengumpulkan barangan yang dicuri ditinggalkan. Selepas diperiksa, beg tersebut merupakan beg salah seorang mangsa dan didalamnya terdapat external hardisk dan beberapa barangan yang cuba dicuri.

Pihak persatuan pelajar, Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir, menyeru agar semua ahli meningkatkan tahap keselamatan rumah penginapan masing-masing dan memastikan pintu utama ditutup 24jam. Walaupun sudah ada pengawal keselamatan yang ditugaskan untuk menjaga bangunan tersebut. Pihak KPT Mesir juga mengingatkan ahli supaya berhati-hati dalam membuat kunci pendua dikedai-kedai yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Kedai yang disyaki adalah disekitar (gami'). Kerana sudah ada kes yang melibatkan Asrama Pelajar Sarawak baru-baru ini, penyamun yang cuba melarikan diri tercicir sejambak kunci, dan setelah diperiksa, ternyata kunci tersebut boleh membuka hampir keseluruhan rumah di bangunan tersebut.

Diingatkan kepada semua mahasiswa Malaysia, agar lebih berhati-hati selepas ini kerana dalam fatrah Mesir yang masih berada dibawah pentadbiran tentera. Kes jenayah meningkat hampir 200% kerana had kuasa polis terhad dan untuk menangani kes-kes jenayah dalam masa yang singkat amat mustahil. Terutama kepada mahasiswi agar tidak berjalan sendirian walaupun disiang hari. Juga disarankan agar semua mahasiswa mendaftarkan diri dengan persatuan anak negeri masing-masing agar sebarang maklumat dan tindakan pantas dapat diambil sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Tindakan pantas Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) baru-baru ini, dengan segera dapat mengesan dan menyelamatkan ahli mereka yang cuba disamun dan dilarikan(diculik). Maka, kerjasama daripada semua pihak amat diharapkan agar mendaftar dengan persatuan anak negeri masing-masing sesegera yang mungkin. Pastikan juga anda memberitahu rakan terdekat destinasi yang dituju jika hendak keluar dan memberikan nombor telefon yang boleh dihubungi jika berlaku kecemasan. Sentiasa membawa kad pelajar atau passport ketika keluar daripada rumah.


2 komen mengomen :: Cubaan Samun Pelajar Malaysia di Mesir

  1. moga setiap penuntut disana berada dalam keadaan selamat

  2. InsyaAllah, mohon doakan selalu, moga kami semua disini sentiasa selamat. InsyaAllah..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers