Info Mesir: Hari ini cuti Syammu Nasim, Esok Cuti Tahrir Saina'(Sina')





“Syammu Nasim ( شم النسيم) merupakan salah satu perayaan Mesir Purba dan dikenali juga perayaan Musim Bunga, perayaan Kebangkitan Kehidupan dan perayaan Permulaan Zaman (kewujudan alam). Oleh kerana itu, mereka berpegang dan percaya bahawa perayaan yang disambut pada hari ini diumpamakan permulaan kejadian. Dakwaan mereka juga ialah salah satu Tuhan mereka yang bernama Ra' (رع) berlegar-legar di langit Mesir dengan menaiki pesawat (سفينته المقدسة) sehingga mendarat di atas Ahram yang paling besar di Giza untuk membangkitkan kehidupan kepada seluruh makhluk dan memberitahu kematian Tuhan yang bernama Sith(ست) tentang keburukan di sisi mereka.

Antara upacara keagamaan mereka juga pada hari ini, 'makan telur' mereka percaya dunia ini bentuknya menyerupai telur besar yang terbahagi kepada dua bahagian, langit di bahagian atas dan bumi di bahagian bawah. Berdasarkan kepercayaan inilah kita dapat saksikan pada hari ini, mereka menghiasi telur tersebut dengan berwarna-warni. Kemudian diletakkan di atas bakul bertangkai tanda memuliakan bagi mendapat keberkatan cahaya Tuhan (keamanan) ketika terbenamnya matahari.!!!!

Antara kesan upacara keagamaan mereka yang dapat disaksikan pada hari ini ialah "makan bawang". Perbuatan tersebut ada kaitan dengan cerita dongeng atau mitos, pada suatu ketika seorang anak raja pada zaman itu ditimpa penyakit. Setelah itu bomoh yang mengubati anak raja tersebut meletakkan bunga-bunga bawang di bawah kepala mangsa dan memerintahkan mereka supaya menggantungkan bawang di pintu-pintu istana dan rumah-rumah untuk menghalau ruh-ruh jahat. Rentetan dari kepercayaan itulah, mereka menjadikannya sebagai satu upacara keagamaan.

Pada hari ini mereka memakan ikan yang diawet di tempat lapang sebagai satu kepercayaan yang melambangkan (ikan yang diawet) tersebut sebagai Tuhan mereka (حعبى) . Ikan yang dimaksudkan itu terdapat di dalam Sungai Nil dan dijadikan ikan tersebut sebagai satu penyembahan atau pemujaan bukannya Allah s.w.t. Mereka menangkap spesis ikan ini dan diawet serta dijadikan makanan ketika perayaan tersebut.

Perayaan ( شم النسيم) ini merebak daripada kepercayaan golongan atasan Raja-raja Mesir (الفراعنة) kepada Bani Israel. Mereka menjadikan perayaan ini sebagai perayaan bersama. Ketika mana mereka keluar dari Negara Mesir, mereka bersepakat akan keluar pada hari perayaan tersebut dan dikenali sebagai Yaumul Fasih- (يوم الفصيح) perkataan Yahudi- iaitu keluar atau menyeberangi. Mereka menjadikan hari tersebut sebagai permulaan tahun Yahudi sebagai sambutan mengenang kejayaan dan permulaan hidup yang baru.



Kemudian perayaan (عيد الفصيح) ini merebak kepada golongan Nasrani dan mereka menjadikannya bertepatan dengan apa yang didakwa sebagai hari kebangkitan Masih (المسيح) yang disalib pada hari Jumaat mengikut kepercayaan mereka. Kemudian kelihatan cahaya pada hari Sabtu yang dikenali sebagai -سبت النور- dan mereka bangkit pada hari Ahad, setelah itu pada hari Isnin mereka berbuka daripada puasa setelah beberapa hari tidak makan beberapa jenis makanan yang diharamkan ke atas mereka seperti ikan yang diawet, telur dan sebagainya.

Hukum Menyambut Perayaan Syammun Nasim…..

1. Adakah kamu setuju (redho) untuk bersekongkol dengan Orientalis dalam menyambut perayaan yang diada-adakan dan dipuja dengan apa yang disembah oleh mereka selain Allah s.w.t.

2. Adakah kamu bersetuju (redho) untuk menyambut dan menyokong dengan apa yang mereka jadikan lambang salib( Agama Kristian). Ini merupakan pendustaan yang jelas terhadap al-Quran sebagaimana firmannya : وما قتلوه وماصلبوه ولكن شبه لهم.

Sesungguhnya Allah s.w.t menghendaki bagi orang Islam menjadi Imam yang memimpin bukannya yang dipimpin sebagaimana sesetengah daripada umat Islam yang ingkar perintah Allah s.w.t. Pada masa yang sama mereka mengikut golongan yang dimurkai dan dilaknat oleh Allah s.w.t yang terdiri dari golongan Yahudi dan Nasrani. Oleh kerana itulah mereka merasa bangga kerana dapat mengaburi mata umat Islam.

3. Maka, apakah kamu juga turut sama dalam menyambut perayaan ini??

Jawapannya ialah, tidak boleh menyertai perayaan tersebut, tidak boleh keluar untuk memberi sokongan kerana pada hari yang mendatang kita akan berhadapan lebih-lebih lagi dengan perayaan agama kita iaitu Hari Raya Fitri dan Hari Raya Adha. Kenapakah kita sibuk dengan benda-benda sebegini.

Tidak boleh makan makanan yang mereka puja tanda bantahan kita terhadap perayaan tersebut. Kalau nak makan terserah lah, tetapi mestilah ingat, mesti jauh daripada melakukan maksiat kepada Allah s.w.t.

Kalau boleh cuba kita buat sesuatu perkara yang menyalahi amalan bid'ah mereka pada hari tersebut. Kalau tak mampu juga katakanlah kepada anak-anak atau sahabat-sahabat kita bahawa ليس يومنا وليس عيدنا ketika perayaan tersebut.

Tidak boleh kita ucapkan tahniah kepada sahabat kita sempena perayaan tersebut.Sekiranya di sana ada mengikuti, maka hendaklah kita nasihatkan dan ajarkan dia. Sebagaimana kalam ulama' ) (أما التهنيئة بشعائر الكفر المختصة به فحرام بالاتفاق
(.فمن هنأ عبدا بمعصية أو بدعة أو كفر فقد تعرض لمقت الله وسخطه

والله نسال ان يرد الامة الى دينها ردا جميلا وان يعلمنا ما جهلنا وان يجعلنا معظمين لشعائر الله

اعداد:
القسم العلمى بدارالوطن
Terjemahan oleh:
http//tokselehor.blogspot.com
pukul 02.52 pg. 24/04/2008 Akhri Said.Tanta
©Sebarang permasalahan boleh merujuk terus pada http//tokselehor.blogspot.com


3 komen mengomen :: Info Mesir: Hari ini cuti Syammu Nasim, Esok Cuti Tahrir Saina'(Sina')

  1. Selamat bercuti. Hehehe.

  2. Hehe.. Syukran2. Selamat jugak ye..

  3. tulisan arab tu kecil lah ustaz amin...sakit mata ambe yang memang do berapa reti bace arab.heh :D

    terbayang ikan ala-ala kering,tp dok berapa nok kering yang arab makan n ade jual kat suoq tu..huhu

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers