Alhamdulillah, tahniah Kerajaan Selangor & Pulau Pinang. Urus tadbir yang baik. Rakyat rasa aman.

Selangor - paling banyak terima FDI pada Q1

Selangor terus menjadi negeri yang mencatatkan pelaburan langsung asing (FDI) tertinggi bagi sektor pembuatannya bagi suku pertama tahun ini, menurut perangkaan Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (Mida).

Dalam kenyataan media hari ini, ahli exco Selangor Teresa Kok berkata statistik Mida menunjukkan kelulusan FDI bagi sektor pembuatan berjumlah RM1.01 bilion, bagi tempoh Januari hingga Mac.

Kok juga berkata Mida mencatatkan Selangor sebagai negeri dengan projek industri tertinggi iaitu 59, - kira-kira satu pertiga daripada jumlah projek keseluruhan di negara ini yang diluluskan sepanjang tempoh berkenaan.

“Jumlah FDI dan projek membuktikan bahawa ekonomi Selangor adalah kukuh dan ia adalah destinasi popular pelabur luar negara dan juga tempatan,” kata Kok.

Data Mida juga menunjukkan bahawa Johor adalah negeri utama dari segi jumlah pelaburan kapital dengan jumlah RM3.3 bilion dengan RM2.6 bilion datangnya dari pelaburan dalam negara pada tempoh yang sama.

Dari segi pelaburan kapital, Selangor berada di nombor tiga di belakang Sarawak.

Pulau Pinang pula berada di tangga kedua dalam pelaburan langsung asing dan di tangga keempat dari segi jumlah pelaburan kapital. -mk

Selangor Capai Jumlah Pelaburan Asing Tertinggi Bagi Tempoh Januari - Mac 2011


SHAH ALAM 25 MEI : Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Teresa Kok berkata jumlah pelaburan asing dan projek perindustrian yang tertinggi di Malaysia menunjukkan bahawa ekonomi Selangor terus mantap dan merupakan destinasi pelaburan popular bagi pelabur asing dan tempatan.


Menurut Teresa statistik terkini MIDA (Malaysia Industrial Development Authority) mengenai pelaburan perindustrian di Malaysia bagi tempoh Januari hingga Mac 2011 mengikut negeri menunjukkan bahawa Selangor mencapai jumlah pelaburan perindustrian yang diluluskan sebanyak RM 2.5 billion bagi tempoh tersebut.


Selangor juga berjaya mencapai jumlah pelaburan asing yang tertinggi di Malaysia berbanding negeri-negeri lain iaitu sebanyak RM 1.5 billion. Angka ini merupakan dua kali ganda negeri di tempat kedua iaitu Johor yang memperolehi nilai pelaburan asing sebanyak RM 766 juta.Ia diikuti oleh Sarawak di tempat ketiga dengan pelaburan asing sebanyak RM 656 juta.


Tambah Teresa, Selangor juga mencapai jumlah projek perindustrian yang diluluskan yang tertinggi di Malaysia dengan 59 projek perindustrian. Angka ini merupakan 32 peratus daripada jumlah projek bagi seluruh Malaysia.


"Daripada 59 projek perindustrian yang diluluskan di Selangor, 43 merupakan projek baru manakala baki 16 merupakan projek yang diperkembangkan,Selangor diikuti oleh Johor di tempat kedua dengan 51 projek dan Pulau Pinang di tempat ketiga dengan 20 projek," katanya.


Menurut Teresa lagi, Selangor mencapai jumlah peluang pekerjaan yang dihasilkan yang kedua tertinggi di Malaysia dengan 3,880 pekerjaan.


Sementara itu RM 1.5 billion atau 60 peratus daripada pelaburan di Selangor terdiri daripada pelaburan asing manakala 40 peratus atau RM 1 billion terdiri daripada pelaburan tempatan.


"Ini menunjukkan bahawa pelabur tempatan juga berpuas hati dengan Kerajaan Negeri Selangor, maka mereka sudi melabur di Selangor.


Di kalangan pelaburan asing di Selangor, Korea Selatan menanam pelaburan yang paling banyak dengan nilai pelaburan sebanyak RM637 juta, diikuti oleh Singapura dengan RM 485 juta, dan Australia dengan RM102 juta." katanya. -tvsnews

Tahniah Selangor, tahniah Tan Sri Khalid Ibrahim, tahniah YB-YB PR Selangor. Begitu juga Pulau Pinang. Anda membuktikan PR BOLEH dan menutup terus pintu kritikan para menteri UMNO BN yang selama ini memburuk-buruk pemerintahan PR kononnya PR tidak tahu dan tidak pandai mengurus dan mentadbir kerajaan.

Diharap juga tuan-tuan dapat membantu menggalakkan juga para pelabur untuk melabur di negeri PR yang lain seperti Kedah dan Kelantan dengan bermodalkan "GOOD GOVERNANCE" dan "GOOD GOVERNMENTS" di mana-mana negeri yang diperintah PR. -GB

0 komen mengomen :: Alhamdulillah, tahniah Kerajaan Selangor & Pulau Pinang. Urus tadbir yang baik. Rakyat rasa aman.

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers