Kawen Muda, apa pendapat anda? Adakah sama atau sebaliknya?

Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah, barakallahulakuma wabaraka alaikuma wa jama'a bainakuma fil khair. Sengaja saya mengepost entri ini lambat, kerana tiada mood untuk menulis yang agak lama. Sebelum terlupa, tahniah saya ucapkan kepada sahabat seperjuangan Ust Mohd Azarul Aiman yang kini telah bergelar seorang suami, juga kepada sahabiah seperjuangan dengan saya dulu Ustzh Nor Eina bt M.Ali di SMAASZA dan kini di Universiti Al-Azhar. Semoga berbahagia dan dapat menjadi contoh keluarga muslim yang berjaya. Berjaya menjadi suami yang baik, berjaya melahirkan generasi pelapis dan ummat Nabi Muhammad Sollallahu alaihi wasalam.

Beliau bukanlah yang pertama di antara sahabat2 saya yang telah berkahwin muda. Jika mengikut batch/peringkat umur. Beliau adalah yang keempat. Selepas yang pertama Ust Ahmad Muzani (Ex-Kostaq Besut, Imtiaz Dungun & Smaasza, kini Universiti Al-Azhar, Mesir), yang kedua Ust Fadhil Abd Hamid (Ex-Kostaq Besut & Imtiaz Dungun kini menuntut di Yaman). yang ketiga Ust Mohd Raziqin Zakaria (Ex-SMA Mahmudiah & Smaasza, kini di Universiti Al-Azhar, mesir) Seingat saya baru mereka berempat sahaja dalam kategori atau batch yg sama dengan saya yang telah berjaya menamatkan zaman bujang dalam usia yang muda. Sungguh hebat mereka ini kerana telah menyempurnakan sebahagian daripada agama. Dalam dunia yang penuh dengan fitnah dan cabaran ini, teramat aula dan ianya sudah menjadi satu yang perlu dipercepatkan.

InsyaAllah, saya juga bakal mengikut jejak langkah mereka kelak. Doakan agar ianya dipermudahkan Allah, cuma masa, ketika dan calonnya hanya Allah swt yang Maha mengetahui. Soal calon, itu mungkin bukan perkara besar, jika ada kemahuan dan kesungguhan ia boleh dicari, walaupun saya bukanlah seseorang yang dikategorikan diminati ramai. Lebih-lebih lagi mempunyai kisah silam yang agak buruk dulu. InsyaAllah, saya percaya dan yakin dengan jodoh dan ketentuan Allah. Andai Allah sudah tetapkan, bila, dan ketiknya ia pasti hadir walau tidak diminta.

Moga Allah memberikan jodoh yang terbaik buat saya, bukan mahukan yang sempurna tetapi cukuplah sekadar pelengkap kekurangan saya dan yang paling penting mempunyai akhak dan fikrah Islam yang jelas. Kerana Rasulullah Sollallahu alaihi wasalam telah bersabda, mafhumnya "Sesungguhnya wanita itu dinikahi kerana empat perkara. 1. Kerana kecantikannya. 2.Kerana Hartanya. 3.Kerana nasab keturunannya 4. Kerana Agama. dan berbahagialah mereka yang berkahwin kerana agamanya. Nescaya mereka akan selamat di dunia dan akhirat."

Jujur saya katakan, memang lelaki inginkan perempuan yang cantik. Tetapi cantik itu abstrak/umum. Maka, neraca/indikator yang paling baik untuk mengukur kecantikan wanita itu, ialah melalui sudut pandangan agama. Maka, wanita yang paling cantik adalah mereka yang solehah. Yang menjaga akhlak, adab, aurat, tingkah laku, berilmu dan lain-lain lagi. Apa makna muka cantik kalau tiada akhlak? Tidak menutup aurat? Apa makna kaya kalau tidak pernah merasa cukup dengan apa yang ada? Apa makna dan gunanya nasab keturunan yang baik andai sombong dan takabbur kerana merasa diri lebih mulia daripada orang lain?

Maka, carilah mereka yang berilmu dan beragama. Selain dapat menjaga maruah diri dan agama, dapat juga mendidik anak-anak dengan didikan agama, serta dapat menegur suami andai ada cacat cela dan kekurangan dalam melaksanakan tuntutan agama. Itulah isteri yang solehah. Noktah.

Dalam post yang lepas berkenaan Nikah Khitbah, ada juga yang bertanya bagaimana hendak memahamkan kedua ibu bapa tentang kepentingan atau keperluan untuk berkahwin pada usia yang muda. Bagi saya selaku orang muda, memang ketika ini nafsu sedang menggila, inginkan keseronokan, hiburan, kasih sayang dan sebagainya. Jujur saya katakan, melihat sahabat/biah dapat mendirikan rumah tangga pada usia yang muda membuatkan diri rasa ingin juga seperti mereka. Bukan semata-mata kerana hawa nafsu. Tetapi ingin mencontohi Rasulullah Sollallahu alaihi wasallam. Selain dapat menyempurnakan sebahagian agama, dapat menjaga kemaluan, nafsu, pandangan mata, mengelak daripada berzina hati, pergaulan bebas dan pelbagai lagi perkara yang tidak elok. Dan jujur juga saya katakan, memang dalam dunia kini ia satu keperluan yang perlu disegerakan.

Maka, timbul persoalan bagaimana ingin menyara keluarga, sedangkan masih lagi belajar. Bagaimana ingin membahagikan masa untuk belajar dan tugasan keluarga. Urusan mencari nafkah dan sebagainya. Bukankah elok habiskan belajar dahulu, cari kerja, kemudian barulah berkahwin. Nanti gagal sebab tak dapat bahagikan masa untuk belajar.

Sebelum meneruskan lebih lanjut tentang perkara ini, mari sama-sama kita kembali bertanyakan iman kita dalam beberapa perkara dan persoalan.

1. Rezeki itu siapa yang memberi dan menjadi penentunya? Sudah pasti Allah.
2. Jodoh itu ketentuan siapa? Allah pastinya.
3. Mencari yang halal itu suruhan siapa? Allah.
4. Siapa yang melarang mendekati perkara yang membawa kepada permulaan zina? Tentulah Allah.
5. Perkahwinan di usia muda itu sunnah siapa? Sunnah Rasulullah.
6. Ramai mana yang tidak berkahwin gagal dalam pelajaran?
7. Ramai mana yang sudah puluhan tahun berkahwin akhirnya bercerai?


Tetapi mereka mendatangkan pula dalil hadith bahawa "Barangsiapa yang mampu berkahwin, berkahwinlah, sesungguhnya ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan, dan barang siapa yang masih belum mampu hendaklah berpuasa."

Berpuasalah jawapannya yang akan mereka gunakan. Langsung tidak melihat hikmah dan kebaikan menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan yang lebih besar faedahnya dan lebih sedih mudharatnya.

Maka, sebaiknya perkara ini dibawa berbincang secara baik dengan kedua ibu bapa, kerana apa yang anak mereka mahukan adakah perkara yang disuruh agama dan untuk menjaga diri mereka daripada terus terjebak kedalam kancah kemaksiatan. Dan untuk menjauhkan kepada zina yang dimurkai Allah. Nauzubillahiminzalik.

Ibu bapa tidak sepatutnya menegah dan memberikan seribu alasan tanpa jalan penyelesaian dan pilihan buat mereka. Bila anak-anak ini mohon secara baik, dan minta pendapat mereka untuk melangsungkan perkahwinan. Jangan ditolak mentah-mentah atas alasan masih belajar di universiti, belum ada pekerjaan tetap, belum itu ini dan sebagainya. Sebaliknya terangkan secara baik pro dan kontra bila akad nikah dilangsungkan ketika waktu belajar, dan berikanlah cadangan serta perancangan buat mereka, andai betul-betul mereka mahu dan berkemampuan untuk memimpin sebuah keluarga.

Betul, ibu dan ayah lebih berpengalaman dalam isu rumah tangga. Mereka lebih arif dan sudah masak dengan selok belok alam perkahwinan. Justeru itu, berilah peluang dan pendapat buat anak-anak agar mereka mengerti dan memahami tanggunjawab sebuah perkahwinan yang sebenarnya. Kerana saya yakin mereka yang meminta untuk berkahwin di usia yang muda ini adalah mereka yang faham dan ingin mengikut tuntutan agama.

Jika tidak, sudah pasti mereka tidak meminta untuk berkahwin pada usia yang muda. Kerana tanpa perkahwinan mereka lebih seronok untuk berfoya-foya, tak perlu fikir soal nafkah, soal agama, soal maruah, soal dosa, pahala dan segala-galanya. Justeru itu, bila mereka meminta untuk berkahwin awal, bermakna mereka ada kefahaman dan kemahuan untuk mengikut suruhan agama. Cuma, kemahuan itu perlu kita pandu dan bawa ia dengan sebaiknya bukan membangkang membati buta.

Apa respon anda? Setuju atau tidak berkahwin pada usia muda/semasa belajar? Bagaimana untuk mengatasi dan memahamkan kedua ibu bapa dan masyarakat disekeliling anda? atau ada perkara-perkara lain yang ingin ditambah atau perlu diperbetulkan? Silakan. Kita berbincang dan berkongsi pendapat secara ilmiah dan agama.

13 komen mengomen :: Kawen Muda, apa pendapat anda? Adakah sama atau sebaliknya?

  1. utk mnjadi satu -satunya dalam family dan pecah rekod kahwin masa belajar, amat-amatlah susah nak diterangkan.

  2. tgk ni..http://atieyika.blogspot.com/2010/11/kahwin-muda-part-2.html

  3. emm..suke tengok orang kahwin..tapi rasa tak mahu kahwin lagi..apa-apa pun, perkara ini bergantung kepada individu masing-masing..masing-masing lebih memahami diri sendiri..terpulangggg...

  4. pasti ramai yg nak kawen muda kan....namun setiap orang itu ujian kehidupan berbeza ada yg senang ada yg susah...tp nk kawen...bila dh suka pulak kt yg lebih matang dr adam..bukan semua kedua ibu bapa boleh terima anak kawen muda..dah tu pulak ngn lebih umor...cmn ye..nk tolong sahabat yg bermasaalah mcm tu..

  5. Kawen muda tu mmg ada baiknya, tapi kena faham maksud al-baah secara mendalam dan menyeluruh, masa org suruh belajar ni, belajar lah dulu takut2 menyusahkan mak ayah di kampong tu... pemuda kan sampai umur 40 kan? fikir2kanlah!!

  6. SUkma Atiqah: Really interesting artikel about early marriage.

    Yup, mmg agak sukar sebenarnya, apatah lagi jika dikira melangkah bendul.

    Tapi kalau ada keyakinan dan kemahuan, insyaAllah ia tidak menjadi masalah. asalkan matlamat dan dasar perkahwinan adalah kerana Allah, insyaAllah.

    Allah akan mempermudahkan segala urusan.

  7. Pemerhati: Yup, sebenarnya terpulang kepada individu. Sebab tu ada istilah dah sampai seru dan sebagainya. Bila sampai satu tahap, mmg tak boleh dah nak tahan, atau kita kata tahap wajib untuk berkahwin. Maka sebaiknya diberikan peluang untuk berkahwin. Bagi mereka yang rasa tiada keperluan untuk kahwin awal. Tiada masalah. Sbb mmg sudah menjadi perkara biasa berkahwin lewat.

    Anonymous: Yup, mmg perlu difahami maksud al-baah dengan secara mendalam, bukan sahaja berkemampuan untuk berkahwin, tetapi daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar2nya.

    Sbb itu sy katakan dalam tulisan ini, apa-apa sekali pun bawa berbincang dengan keluarga, cari penyelesaian yang terbaik buat anak-anak yang ingin kahwin muda.

    Saya tak katakan, bila anak tersebut menyatakan nak kawen muda, maka perkahwinan tersebut perlu dilakukan sesegera yang mungkin, apa yg saya maksudkan, jika sudah ada kemahuan dan keinginan, maka fikirkanlah perancangan yang bagaimana harus dibuat oleh anak dan ibu bapa. Mungkin setahun dua lagi, dll.

    Jika kita faham konsep nikah gantung/nikah khitbah. Ia sebenarnya tiada masalah. Bujang atau berkahwin, anak tetap tanggungjawab dan masih lagi seorang anak.

    Bila nikah khitbah berlaku, apa yg membezakan mereka adalah status atau title mereka adalah berkahwin. Mungkin tidak perlu duduk sebumbung buat masa ni. Cuma, bila2 masa pasangan ingin keluar, tiada masalah kerana mereka sudah sah sebagai suami isteri.

    Ingatlah hadaf perkahwinan adalah untuk menyempurnakan fitrah kejadian manusia yang diciptakan berpasang-pasangan. Melakukan hubungan dengan cara yang halal dan dibenarkan syarak. Isteri adalah pakaian kepada suami dan begitu juga sebaliknya.

  8. Anon (pasangan lebih matang/tua):

    Pertamanya moga Allah mempermudahkan urusan anda. YUp, mmg tidak semua ibu bapa dapat menerima anak untuk berkahwin di usia yang muda. Apatah lagi jika pasangan terutama, calon isteri lebih tua daripada suami.

    Bagi saya sebenarnya tiada masalah, dan saya setuju tidak kira berapa pun beza umur diantara pasangan. Itulah yang dinamakan jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Andai kita bijak merancang dan mengawal keadaan.

    Pertama sekali, kebiasaannya halangan bagi pasangan adalah kefahaman ibu bapa dan masyarakat. Mereka sudah terbiasa dengan adat, bahawa perkahwinan perlu sama umur diantara pasangan. Perlu habis belajar dan mempunyai kerjaya. dan sebagainya. memang tak dinafikan itulah mentaliti masyarakat sekarang.

    Maka, kita sendiri perlu memahamkan mereka apakah matlamat dan tujuan utama perkahwinan dalam agama. Iaitu Islam menggalakkan perkahwinan (aqad nikah) agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal. Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia.

    Firman Allah swt yang bermaksud :

    "Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui." (Surah An-Nuur : Ayat 32)

    Maka, saya amat tidak bersetuju dengan mereka yang tidak bersetuju perkahwinan diantara pasangan yang mana salah seorang daripada mereka lebih tua daripada pasangannya. Contoh yang paling baik adalah Rasulullah Sollallahu alaihi wasalam.

  9. Cuba baca kt sini...http://saifulislam.com/4200

  10. suker bcer dilaman ini kalau bab kahwin...http://hafizquran.blogspot.com/

    http://hafizquran.blogspot.com/2011/04/kahwin-muda-langkah-mayat-aku-dulu.html

    http://hafizquran.blogspot.com/2011/04/kahwin-muda-dan-tahap-wajib-kahwin.html

    sekdar berkongsi...

  11. InsyaAllah xlame lg jln la...hihihi ;p ku rela dan redha....lampu dah kuning ni...nk tggu sikit je lg ijau...

  12. assalamualaikum w.b.t

    "Apa respon anda? Setuju atau tidak berkahwin pada usia muda/semasa belajar?"

    jawapannya:

    setuju! sbnrnya semua tindakan yg kita ambil ad kesan positif & negatifnya.tp atas kita la pulak nk jadikan ia baik @ dop.
    kahwin muda,bagi ibu bapa mgkin negatif.ya,sebabnya mereka sygkn kita.xnak anak2 mereka merana @ derita esok hari.kahwin ms belajar ni isu yg biasa dibahaskn ialah masih belajar.xkerja lagi.bgaimana nk tmpung famili esok2
    tapi ibu bapa kena faham jgk dan tgk dr sudut kita sbg anaknya.mcm saudara ckp,kebiasaanya yg memohon utk kwin awl ni mereka yg dh faham & nk ikut tuntutan agama.rasanya dh byk contoh yg kita blh tgk skg.ili sndri ad sorg senior yg khwin awal yaknis slps hbis matrik.tp baitul muslim mereka Alhamdulillah,ok dan dikurniakan 2 org cahaya mata ^^
    tambahan,ada juga yg menjadi better person slps khwin.menjadikn mereka lebih bertanggungjawab & matang
    wallahualam

  13. cepat atau lambat, semuanya kerja Allah..alhamdulillah, mama & ayah saya tiada halangan. tapi pasangannya pula belum ada.

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers