Lawak Pecah Perut: Peniaga Karipap Rugi RM56.89juta Sebab BERSIH

Kuala Lumpur, 10 Julai – Para peniaga di sekitar Kuala Lumpur hari ini mendakwa mereka kerugian hampir mencecah RM 40 billion gara-gara perhimpunan haram BERSIH semalam.

Makcik Ros, seorang peniaga karipap mendakwa beliau kerugian kira-kira RM 56.89 juta selepas perniagaan terpaksa ditutup bagi mengelakkan bertembung oleh peserta perhimpunan haram BERSIH.

”Selalunya Makcik buka jam 8 pagi dekat Central Market, tutup jam 12 tengah hari dengan jualan purata RM 30 juta hari biasa, dan RM 50 juta hari minggu”, kata Makcik Ros dengan nada kecewa kepada wartawan PemudaGombak.com.

Manakala seorang penjaja aiskrim, En Din Yasin, merungut jualannya merosot mendadak daripada RM 7 billion setiap hari, tetapi semalam hanya RM 68.90 sahaja.

Selalunya pada hujung minggu ramai kanak-kanak akan membeli aiskrim miliknya, tapi semalam ia berkurangan.

”Saya amat marah kepada BERSIH”, kata En Din Yasin dengan nada tegas.

“Selalunya jualan kami mencecah RM 37 juta sehari, tapi hari ini terpaksa makan sendiri sahaja…”, kata Kak Ros dan Pak Jib ketika membuat sidang media selepas BERSIH.
Peniaga cendol, Pak Jib pula hampir sama ceritanya, beliau menganggarkan kerugian yang dialami semalam kira-kira RM 65 juta untuk cendol biasa, RM 38 untuk cendol special serta RM 96 untuk cendol aiskrim.

”Semalam saya tidak berani untuk membuka gerai cendol saya di Puduraya”, kata Pak Jib kesedihan.

Sementara itu, Persatuan Peniaga Roti Canai Kuala Lumpur (PERCOKAI) Encik Ebrehem Alikatak berkata, setakat laporan yang diperoleh lewat petang semalam, anggaran kerugian penjaja-penjaja roti canai seluruh Kuala Lumpur dianggarkan RM 28 billion.

”Ia adalah anggaran sahaja untuk roti canai biasa, dan tidak termasuk roti telur, roti sardin, roti tirai, roti pelempang dan lain-lain”, kata Encik Ebrehem Alikatak sambil menepuk meja dan menjegilkan mata ke arah wartawan PemudaGombak.com

3 komen mengomen :: Lawak Pecah Perut: Peniaga Karipap Rugi RM56.89juta Sebab BERSIH

  1. karipap sebijik RM1000 ek makcik?? hahaha

  2. Haha.. Giler mahal makcik ros jual. Maklumlah, nak beli cincin n gelang kot. muehehe..

  3. ketawa..ketawa lah lagi..
    tahu kah kamu peniaga2 melayu hilang mata pencarian..tahukah kamu teksi2 melayu tak ada rezeki...
    jgn ingat semua org melayu sukakan bersih..pergilah ke masjid india..tanya peniaga di situ...dan cakap.."saya org BERSIH" pastinya kamu ditampar..
    selepas BERSIH 2..peniaga2 melayu muak dan jemu ..tunggulah PRU 13 nanti

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers