BERSIH: Yayasan Terengganu Perlu Siasat Dahulu Pegawai Sebelum Siasat Pelajar


Baru-baru ini kecoh apabila Bersih 2.0 diadakan Mesir, diantara mereka yang hadir adalah pelajar-pelajar daripada negeri Terengganu, berdasarkan gambar yang terdapat di laman sosial facebook. Maka, pihak pengurusan Yayasan Terengganu mengarahkan Pegawai Tadbir Asrama Darul Iman di Mesir menyiasat mereka-mereka yang terlibat untuk dikenakan tindakan seperti mana yang dilaporkan diportal-portal berita tanah air.


Amat melucukan apabila Yayasan Teregganu, mengarahkan pegawainya untuk menyiasat pelajar-pelajar tajaan mereka yang terlibat dengan Bersih 2.0 Mesir. Kerana Pegawai HEP sendiri sudah 4 bulan tidak berada di Mesir. Keprihatinan Pengarah Yayasan Terengganu untuk memantau setiap aktiviti anak-anak Terengganu di Mesir amatlah dihargai dan jutaan terima kasih diucapkan, kerana menunjukkan mereka begitu mengambil berat dengan segala aktiviti anak-anak Terengganu di Mesir. Tetapi apa yang menghairankan adalah mereka hanya mengambil berat sehingga mengeluarkan kenyataan di akhbar apabila pelajar-pelajar ini terlibat dengan Bersih 2.0.

Tetapi tidak pula cakna apabila anak-anak Terengganu ini dinafikan hak mereka untuk mendapat zakat dan begitu juga pinjaman seperti yang berlaku tahun lepas (Boleh baca disini & disini) :

Secara ringkasnya apa yang berlaku pada 28 November tahun lalu :

  • Pengambilan zakat kali kedua bagi salah seorang mahasiswa dinafikan atas sebab keterlibatan beliau dalam Gerakan Tuntut Hak Asnaf Zakat (GERTHAK)
  • Bayaran zakat yang sepatutnya diterima penuh (RM 5,000) dikurangkan dengan alasan mahasiswa muadalah tersebut melebih dari 2 tahun. Tanpa sebarang surat tunjuk sebab dan siatan terperinci kepada pelajar tersebut.
  • Pegawai tidak membenarkan wakil bagi penerima zakat yang telah pulang ke Malaysia untuk mengambil wang zakat tersebut walaupun telah disertakan surat tawkil.
  • Seorang pelajar tajaan Yayasan Terengganu tidak dibernarkan untuk mengambil duit pinjamannya atas alasan mengeluarkan komen dan menyokong page Gerakan Tuntut Hak Asnaf Zakat (GERTHAK) di laman sosial facebook.
  • Program pemberian zakat diadakan di Iskandariah, tanpa disediakan pengangkutan. Walhal, majoriti anak-anak Terengganu menetap di Kaherah.
  • Pegawai mengeluarkan surat yang di s.k (salinan kepada) Yang Dipertua (YDP) Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT, sebuah persatuan anak negeri disini) menyatakan program pemberian zakat, tetapi surat tersebut tidak pernah diserahkan, sekadar ditampal di papan kenyataan serta tiada sebarang perbincangan diadakan dengan wakil pelajar.
  • Kenyataan yang pernah dikeluarkan "Sebab kamu lawan saya, saya taknak beri duit zakat kamu"
Kini, hampir genap 4 bulan selepas penghantaran semula anak-anak Terengganu ke Mesir selepas proses Evakuasi pada bulan Mac yang lalu. Pegawai Tadbir Hal Ehwal Pelajar Terengganu Di Mesir, En. Kamal bin Abdullah, tidak kelihatan dan begitu juga Pejabat Pengurusan Pentadbiran Siswa/wi Terengganu Timur Tengah (PPSTTT) tidak dibuka untuk sebarang urusan.


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1157.snc4/149928_177993975560896_100000508851984_565010_3471166_n.jpg

Tindakan selanjutnya telah dilaksanakan oleh persatuan pelajar dengan menghantar memorandum dan surat aduan salah laku pegawai kepada pegawai Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, Pegawai Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM) tetapi sehingga sekarang tiada sebarang proses atau tindakan lanjut baik MAIDAM dan Yayasan Terengganu sendiri.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1150.snc4/149205_177912432235717_100000508851984_564430_6916624_n.jpg

Maka, dalam hal ini, adalah lebih baik dan penting pihak Yayasan Terengganu menyiasat terlebih dahulu salah laku pegawai mereka sebelum ingin menjatuhkan hukum dan menyiasat pelajar yang terlibat dengan Bersih 2.0. Kerana penglibatan pelajar sedikitpun tidak merugikan mana-mana pihak. Sedangkan, ketiadaaan pegawai HEP Timur Tengah hampir 4 bulan menjadi tanda tanya anak-anak Terengganu disini.

Pegawai lebih sibuk dengan Kelab UMNO Kaherah, berbanding menyelesaikan hal ehwal pelajar.

Jangan kerana politik, habis pelajar dihukum tetapi salah laku pegawai sendiri tidak ambil kisah. Lebih rela menghukum pelajar daripada menghukum pegawai sendiri. Dimana sikap dan kredibiliti Yayasan Terengganu untuk dijadikan contoh kepada anak-anak Terengganu? Dimana sikap profesionalisma pegawai Yayasan Terengganu dalam melaksanakan agenda menjaga kebajikan anak-anak Terengganu di Timur Tengah?

Selain itu apa fungsi sebenar bangunan Galeri Ulul Albab yang kini dijadikan tempat/bilik istirehat bagi pengawal yang mengawal bangunan Asrama Darul Iman disini dan dibiarkan terbengkalai?


Permasaalahan lain adalah, Bilik IT/Cyber di Maktabah Darul Iman sehingga kini tidak berfungsi kerana sudah hampir 2 tahun perkhidmatan internet tidak disambung semula. Pelbagai masalah lain lagi seperti kerosakkan kemudahan dibangunan, kebocoran tangki asrama pelajar perempuan yang sehingga kini mengalamai masalah kadangkala terputus bekalan air dan lain-lain yang tidak diberikan perhatian.

Apakah masalah politik/pelajar yang terlibat dengan Bersih 2.0 lebih besar daripada masalah-masalah kebajikan pelajar ini yang langsung tidak diberikan perhatian? Sama-sama kita fikirkan profesionalisma pegawai Yayasan Terengganu ini. Duit itu hak rakyat yang diamanahkan kepada Yayasan Terengganu untuk disalurkan kepada pelajar bukan Hak Mutlak Yayasan Terengganu, pimpinan Kerajaan Barisan Nasional.

1 komen mengomen :: BERSIH: Yayasan Terengganu Perlu Siasat Dahulu Pegawai Sebelum Siasat Pelajar

  1. mohon izin mengopy..:)

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers