Diari: Aku dan Blog, Apekah?

Salam, Allahumma solli Ala Muhammad.

Pergh.. Lama giler tak update, takde semangat dan idea la nak update. Sori la kepada semua yang rajin lawat blog ni. Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke 22 Ramadhan. Terasa nak update jugak blog ni, baru datang semangat nak update, lepas ajar adik-adik bina blog tadi. Fuh, asalnya sejam setengah je waktu yang diberi. Sekali jadi empat jam setengah. Mau tak kering tekak ni, nak aje minum air. Nasib baik puasa. Sabar.. Sharing is caring kan..

Sabda Nabi Solallahu Alaihi Wasalam, "Sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada manusia lain." Alhamdulillah, bukan setakat berkongsi ilmu yang sikit ni macamana nak reka dan design blog. Tapi sampai masuk kepada bab adobe photoshop. Nasib baik tak masuk bab fotografi. Mau pengsan aku dibuatnya.

Alhamdulillah, Allah masih hidupkan lagi aku hari ini, moga esok juga begitu. Sebab banyak lagi amalan tak dibuat untuk menghadapi hari kebangkitan semula nanti. Aminn.. Terasa Ramadhan kali ini di Mesir lebih mencabar daripada Ramadhan yang lepas. Terlalu padat dengan aktiviti dan program. Tak kurang juga ujian hawa nafsu yang menakutkan hingga buat aku rasa sia-sia Ramadhan kali ini. Astaghfirullahal azim, moga Allah terima taubat aku.



Ini kali pertama aku bentang dan menjadi pengajar tentang bengkel cara membuat blog. Walaupun nampak macam senang, tapi nak terang satu persatu tu, mau tercabut gigi gigi dibuatnya. Huhu.. Alhamdulillah, Allah permudahkan. Terima kasih kepada adik-adik junior yang sudi hadir dan mendengar syarahan yang berterabur tadi.

Bulan Ramadhan kali ini memang cukup padat. Semalam sempat join kejap je program anjuran PERUBATAN Mesir. KUNTUM, Kembara Ukhuwwah dan Thaqafah "Aina Anta Fi Sautil Falastin" bertempat di ARMA. Alhamdulillah, pengisian yang diberikan mantap dan membuka minda kita untuk lebih peka terhadap isu umat Islam di Palestin. Bagaimana sejarah dan konflik yang berlaku hampir ratusan tahun, tetapi sehingga kita tiada kesudahan. Dimanakah kesatuan umat Islam sebenarnya?

Pada sebelah petang pulak terpaksa berehat dan tidak dapat serta dalam LDK, kerana ada tugasan disebelah malam. Menjadi photografer bagi program Ramah Mesra bersama Dr. Syeikh Muszaphar Shukor, yang dikenali ramai sebagai angkasawan negara. Walaupun hakikatnya ramai yang tidak bersetuju dengan gelaran yang diberikan tersebut. Sebab bukan senang nak jadi angkasawan. Mustahil dalam masa setahun lebih latihan sudah membolehkan beliau menjadi angkasawan. Ramai sahabat yang memberikan respon, beliau hanyalah sekadar pelancong atau penumpang kapal angkasa. Korang setuju atau tidak, sila kaji dengan sendiri apa takrif seorang angkasawan yang sebenarnya.




Ok la, dah letih ni. Nak solat n rehat sekejap. Petang nanti ada program ramah mesra dan ifthor jama'ie pulak. Memang non-stop action la. Apapun, moga apa yang aku buat ni dikira oleh Allah sebagai amal kebajikan. Yela, nak pergi Palestin perang, tak mampu lagi. Cukuplah laksanakan gerak kerja Islam walaupun hanya sebagai penyapu sampah. Masing-masing ada tugasan masing-masing.

Teringat kisah pengasas Ikhwan Muslimin di Mesir, As-Syahid Imam Hassan Al-Banna ketika mana beliau dijemput untuk menyampaikan ceramah disuatu kawasan, yang mana, tiada seorang pun kenalan yang mengenali beliau. Ketika beliau sampai, kebetulan, beliau melihat orang ramai sedang menyiapkan pentas, manakala wakil penganjur yang menjemput beliau tiada. Lantas beliau menolong mereka sekali, disebabkan orang setempat di mengenali beliau. Maka, tiada yang berasa pelik dan terus melakukan tugas masing-masing. Setelah siap semua kerja yang perlu dilakukan. Wakil pengajur yang menjemput beliau sampai, ternyata terkejut melihat Imam Hassan Al-Banna baru selesai membantu menyiapkan pentas. Lantas beliau bertanya, kenapa sang imam sanggup melakukan kerja-kerja berat sedemikian, kerana beliau adalah tetamu dan sebentar lagi akan menyampai ucapakan. Lalu, jawab si Imam, "Aku tidak tahu amal manakah yang Allah terima, boleh jadi dengan aku mengangkat kerusi ini, inilah pahala yang dikira oleh Allah"

Allah, kagum dengan sikap pemimpin Islam seperti ini. Bukan macam sekarang, semua mahu dilayan seperti raja. Moga-moga Allah kurniakan aku sifat tawadhuk dan merendah diri seperti beliau. Selamat berpuasa dan berbuka semua. Selamat juga bertemu dengan malam lailatul qadar.

Kepada peserta-peserta yang baca posting ni. Sila komen ye. Ingin juga melihat hasil penat lelah mengajar tadi membuahkan hasil. Semoga amal ibadah kita diterima Allah, dan segala ilmu yang kita adalah digunakan sebaiknya kearah kebaikan dan membawa keuntungan kepada Islam.

7 komen mengomen :: Diari: Aku dan Blog, Apekah?

  1. hehe..lama sgt la mnanti entri t'baru ustz ftografi ^^,
    lps ni bleh lah ltk entri blajr sal photoshop skali erk..

  2. menanti ke? sori la. Tak sempat nak menulis. Err.. InsyaAllah, kalau sempat nak jugak buat tutorial. Tp lg best kalau ajar dlm bengkel. ^^,

  3. teringat blog kerepekselipar .....

  4. Farhana: ^^, kamu rupanya yg komen. Tu yg pelik semacam. Baru je buat blog tu utk kelas. Aik, dh ada org komen. Tp cam bleh bau je mesti org dlm kelas tu. He =P

  5. Ana wakil pihak penganjur mengucapkan jazakAllahukhairan jazak bt ust kerana bersusah-payah ambil masa 4 jam setengah bentangkan pengisian tempoh hari. Maaf atas segala kekurangan dan kesulitan.. Memang terbaik, macam yg ana kata haritu, ada yang tanya kalau2 boleh buat lagi bengkel lanjutan ttg blog. Alhamdulillah ada yang dah buat blog selepas kelas ust. (Ana tak ingat urlnya). Ana je yg tak sempat2 nak belajar lagi..huhu.

  6. kak hidayah, saya boleh ajarkan..
    alang2 dah ade akhawat yg dah reti buat blog, beeter minx tolong akhawat hehe....
    utz amin jgn mare ...u r still our tutor... =]

  7. Ustzh Hidayah: INsyaAllah, lepas raya boleh je nak wat kursus lanjutan. hehe.. sebab dah boleh makan n minum. lame sket takpe.

    Farhana: Aa, bagus la tu. Tolong ajarkan akak hidayah kamu tu. Ana dah turunkan ilmu sikit, kongsi2 la. hehe..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers