Mahasiswa Mesir Maut Dilanggar Lari.. Al-Fatihah.


Dipetik daripada laman Pegawai Hal Ehwal Pelajar Selangor Mesir.



Nama : Haizrul Azizy bin Idros
No. Pasport : A19917513
No. KP : 810102-10-5423
Tarikh Kejadian : 7 September 2011
Waktu Kejadian : Antara pukul 7.30pm-8.00pm
Tempat Kejadian : Jalan Solah Salem, Madinat Nasr

A. MAKLUMAT KEJADIAN

1. Sewaktu kejadian, Allahyarham saudara Haizrul Azizy Idros berada di sekitar kawasan Panorama di Solah Salim sejurus sebelum sebuah kenderaan Nissan berwarna Merah merempuh tubuh mangsa.
2. Kejadian tersebut telah disaksikan oleh dua orang warga arab yang berada di kawasan tersebut pada waktu kejadian yang bertindak segera menghubungi pihak kedutaan Malaysia dan Pegawai Selangor melalui nombor perhubungan yang ada di dalam telefon bimbit arwah. Saksi telah memaklumkan bahawa mangsa telah dihantar ke Hospital Ta’min Sihhi di Raba’ah.

TINDAKAN PEGAWAI HEP SELANGOR

1. Sejurus menerima panggilan tersebut, saya bersama YDP Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dan beberapa AJKT telah pergi ke Pusat Rawatan Ta’min Sihhi di Rabaah untuk mengenalpasti identiti sebenar mangsa berdasar kepada maklumat saksi tersebut.

2. Saya juga telah memaklumkan kejadian ini kepada Encik Shaiful Anuar bin Mohamad, Ketua Canseri Kedutaan Besar Malaysia ke Kaherah(KBMK) untuk makluman awal pihak kedutaan.


3. Identiti mangsa telah dapat dikenalpasti berdasar barang-barang seperti kad pelajar, beg, telefoN bimbit dan kasut mangsa


4. Saya telah memohon untuk berjumpa dan melihat mangsa di Unit Rawatan Rapi(ICU) hospital berkenaan namun tidak diizin memandangkan keadaan mangsa yang amat kritikal.


5. Saya telah dibawa bertemu dengan doktor yang menguruskan rawatan mangsa untuk mendapatkan maklumat terkini keadaan dirinya. Beliau(doktor) memaklumkan :


* Mangsa ketika ini berada dalam keadaan koma tahap ke 3(deep coma) dan menggunakan alat sokongan hayat untuk terus bernafas.
* Akibat daripada kemalangan tersebut tengkorak sebelah atas mangsa telah pecah, kaki di sebelah kirinya patah, berlaku pendarahan yang banyak dan degupan jantungnya amat tidak stabil.
* Doktor tidak dapat memberi jaminan peratus harapan untuk terus hidup melainkan memberi pesan secara berulang-kali agar perbanyakkan doa.
* Pihak doktor memberi cadangan agar hadir pada keesokan hari iaitu sekitar pukul 4pm – 4.30pm untuk melawat dan melihat mangsa.

6. Saya telah memberikan nombor telefon bimbit kepada pihak hospital agar segera
menghubungi saya sekiranya ada maklumat baru atau kecemasan sepanjang tempoh
mangsa di rawat.

7. Saya bersama pengiring pelajar telah pergi ke balai polis(Shurtah) di Qismu Thani, Madinat Nasr bertujuan untuk mendapatkan salinan laporan polis yang telah dibuat oleh 2 orang saksi kejadian. Setelah selesai urusan tersebut, kami pulang ke asrama sekitar pukul 12 tengah malam.

8. Saya terus menghubungi keluarga mangsa di Malaysia pada pukul 1 pagi(waktu Mesir) untuk memaklumkan kejadian yang berlaku pada diri mangsa. Puan Aini binti Abdullah, ibu mangsa telah menerima maklum situasi yang berlaku.

B. MAKLUMAT KEMATIAN MANGSA

1. Pada esok harinya, Rabu 8 September 2011, jam 4.00 petang, apabila saya bersama YDP BKASM dan beberapa orang pelajar pergi ke hospital berkenaan untuk melihat keadaan terkini mangsa, saya telah dimaklumkan oleh attendan hospital bahawa mangsa telah meninggal dunia pada pukul 12 tengah malam.

2. Saya telah mempersoalkan tentang kelewatan memaklumkan kematian mangsa dan mengapa tiada yang menghubungi saya pada waktu tersebut sedangkan mereka telah menerima maklumat nombor perhubungan saya. Namun alasan yang diberikan tidak munasabah.

TINDAKAN PEGAWAI HEP SELANGOR MESIR

1. Saya telah memaklumkan kepada pihak kedutaan Malaysia tentang perkembangan sebut. TYT Dato’ Duta bersama Encik Shaiful dan Encik Latif Abdul Samad telah datang ke hospital berkenaan untuk mendapat gambaran sebenar.
2. Saya juga telah menghubungi keluarga arwah di Malaysia memaklumkan tentang kematian arwah. Namun saya gagal untuk memaklumkan kepada ibu dan bapa arwah kerana mereka berdua telah menaiki penerbangan ke Mesir untuk menziarahi anaknya.
3. Saya bersama kakitangan kedutaan dan EME serta BKASM dan PMRAM telah membuat mesyuarat khas bertujuan menyusun gerakkerja dan pembahagian tugas.
4. Saya telah menjemput ibu bapa arwah yang tiba di Lapangan terbang Antarabangsa Kaherah pada pukul 6.00 pagi. Saya telah memaklumkan kedudukan arwah sejurus bertemu dengan mereka.
5. Saya telah mengadakan perbincangan dengan ibu dan bapa arwah berkenaan urusan pengkebumian. Pihak keluarga bersetuju untuk arwah dikebumikan di Mesir.
6. Saya telah membawa mereka menziarahi arwah di bilik mayat hospital dan melihat urusan pemandian dan mengkafan jenazah.
7. Arwah telah di bawa ke Masjid Musa bin Nusair, Hayyu Sabek untuk di solatkan selepas selesai solat Jumaat. Arwah juga telah disolatkan sekali lagi sebanyak dua(2) di dataran Asyir bersama para pelajar Malaysia.
8. Saya telah membawa bapa arwah ke tanah perkuburan untuk urusan pengkebumian.
9. Sepanjang tempoh mereka berada di Mesir, kedua ibu bapa arwah ditempatkan bersama saya di rumah pegawai dan segala urusan kebajikan ditanggung sepenuhnya oleh Pejabat HEP Selangor Mesir.

Kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Haizrul Azizy bin Idros,AL-FATIHAH.


Daripada,

MOHD FARYZAN BIN SUBKHI
Pegawai HEP Selangor Mesir

3 komen mengomen :: Mahasiswa Mesir Maut Dilanggar Lari.. Al-Fatihah.

  1. alhamdullulah..terima kasih atas jasa baik tuan kerana menolong segala urusan jenazah saudara saya - Jiji dan menjaga kebajikan Pak Long & Mak long saya disana.. Semoga allah menempatkan arwah Jiji ditempat orang-orang yg beriman. Amin.

    shafinas - kota damansara

    September 12, 2011 at 7:57 AM

  2. Innalillah wainna ilaihi roji'un.

    semoga Allahyarham dihimpunkan di kalangan orang-orang yang di kasihi-Nya.. dan semoga kedua ibubapanya serta seluruh ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang rapat diberikan kekuatan dan kesabaran oleh Allah swt dalam menghadapi musibah ini. ameen ya rabb.

    (sebak sangat!!)

  3. Syafinaz: Dah jadi tanggungjawab sahabat dan kami yang berada disini.

    Humaira' : amin..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers