Hakikat Perkahwinan Semasa Belajar

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin?

Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani hubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.
Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.
Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

“Seganlah. Nanti orang kata apa.”
“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!!

Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri.

Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.
Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.
(iluvislam.com)
* * * * * * * * * * * * * *
komen aku? hurm nak komen banyak pon tak guna, memang tak dapat ler selagi berstatus student ceceyh

Assalamualaikum wbt.

6 komen mengomen :: Hakikat Perkahwinan Semasa Belajar

  1. Betul tu, bukan semua orang berfikiran macam budak ni.

  2. Ok...Bagi Ummi,itu yg dia rasa diawal prkahwinan dn itulh yg akn dinyatakn oleh semua pasangan yg baru brkahwin.Mcm Ummi juga. Setelah hampir 20 tahun kawin,Ummi rasa mcm baru aje.Cinta Ummi pd Abah masih ttap utuh.'Cinta giler' mcm budak2 skrang ckp.Orang giler pun x cinta mcm gitu.Tp dlm melayari 'bahtera ini'pelbagai badai & taufan akn d harungi.Adakh kita akan mencampakkn sauh d tengah lautan atau terus berlabuh ke pelabuhan.Sbb kkak Ummi,brkahwin ketika belajar.Masa belajar semua diharungi brsama.Susah senang. Bila dh lebih 15 tahun brsama,keluarlh belang yg tak disangka dan yg begitu aib yg tak diduga.Bukan orang yg tak tau agama.Dari merkalh Ummi kenal apa itu berjemaah,usrah dan semuanya. Kkak Ummi bersungguh utk pertahankn perkahwinnan mereka.Nak mengadu,takut dipulang paku buah keras sbb Mak Ummi pernah brpesan"Biar puas masa bujang,jgn pikul t/jawab bila belum masa...".Orang tua bnyk pengalaman.Susah sngt ke kita nak taat??? Moga dia terus bertahan dlm apa jua ujian sbb sebuah perkahwinan umpama pelangi yg berbilang warna tp tak tahu mana penghujungnya....Wallahu'alm...

  3. Wah, terharu ummi komen. Time kasih ummi. Nasihat dan komen yang cukup terkesan. Yup, amin pun setuju, amin takkan kawin selagi mana ia tak senangkan hati ibu dengan ayah.

    Walaupun ada rasa nak kahwin masa belajar, tapi pengalaman hidup selama ni, taat dan dengar je apa yang ayah dan ibu tetapkan. Alhamdulillah, semuanya menjadi.

    Daripada kecik sampai ke besar, ibu ayah yang tetapkan. Maksudnya halatuju hidup, sekolah, aliran mana. Walaupun kadang-kadang tak suka, tapi taat je selagi mana benda tu baik. Alhamdulillah, semuanya yang terbaik natijahnya.

    InsyaAllah, hidup akan lebih berkat dan bahagia kalau senangkan hati ibu dan ayah kita.

  4. Bagi pendapat saya, kejar dulu cita-cita sebelum kejar cinta. Bukan susah pun, Habiskan Belajar Secepat Mungkin (kalau tempoh belajr 4 tahun, compress jadikan 3 tahun), Dapatkan Kerja Cepat-Cepat then Pinang la Bakal Isteri Cepat-Cepat, tak susah pun. Kalau Allah dah takdirkan itu jodoh kita, InsyaAllah takkan ke mana-mana.hehehehe

    Entry saya berkenaan tajuk ini >>>
    KAHWIN SEMASA BELAJAR DAN USIA MUDA



    Cinta : TIPS BERCINTA CARA ISLAM

  5. Camne plakk dengan yang ini,

    Belajar sampai ke liang lahad.

    Aku takkan berkahwin kerana tempoh belajarku sehingga ke liang lahad.

    Adakah tidak perlu kahwin atau berhenti belajar?

    ^_^

  6. Nadhirah:
    Silap tu, berkahwin bukan penghalang untuk kita belajar, malah perkahwinan dan alam rumah tangga itu pun satu medan daripada medan ilmu. Belajar dan ilmu itu luas, bukan hanya dengan membaca buku. Zaman ralullah ramai sahabat tidak pandai membaca, tapi mereka belajar daripada persekitaran dan sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers