Terkini: Kenyataan Media Ustaz Nasharudin Mat Isa

Saya terpanggil untuk berkongsi kenyataan media dalam isu terkini melibatkan Ustaz Nasharudin Mat Isa kerana sepanjang hayat saya mengenal beliau, beliau bukan orang mudah menggadaikan prinsip dan aqidah perjuangannya. Beliau antara kader dakwah dan keluaran PAS yang berkualiti. Tetap adanya orang didalam PAS cuba menggunakan kesempatan ketiadaan Tuan Guru Presiden PAS yang ketika ini berada di Turki untuk menjatuhkan serta memburukkan Ustaz Nasha dan Dr Hassan Ali.

Ittaqillah!! Takutlah kepada Allah wahai musuh-musuh yang berada di dalam PAS yang mempunyai agenda tersendiri. Kamu tunggulah balasan daripada Allah andai kamu memfitnah sesama orang Islam, sesama pejuang Islam.

Kenyataan Media

YB Nasharudin Mat Isa

Berikutan beberapa dakwaan, tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan secara langsung oleh beberapa pihak terhadap saya sejak kebelakangan ini menerusi media massa, blog dan laman sosial seperti Facebook dan Twitter, saya berasa perlu untuk mengeluarkan kenyataan media ringkas sebagai penjelasan.

Sebagai seorang yang terdidik dalam dua dunia dan latar belakang berbeza iaitu bukan agama dan kemudiannya berpindah kepada pengajian Syari’ah dan Perbandingan Undang-Undang, saya menyedari sepenuhnya bahawa pembabitan langsung saya di pentas politik nasional pasti mengundang seribu satu macam cabaran dan dugaan.

Dalam dunia dakwah, kita dididik dengan hakikat bahawa laluan dakwah ini tidak dibentang dengan hamparan permaidani merah, jauh sekali untuk sentiasa direnjis dengan wangian bunga. Saya akur sepenuhnya dengan Tariqud-Dakwah (Jalan Dakwah) yang saya lalui ketika ini telah lebih awal disusuri oleh para anbiya’, sahabat dan ulamak terdahulu daripada kami yang memilih PAS sebagai pentas perjuangan politik dalam konteks sistem demokrasi berparlimen sedia ada di Malaysia.

Dakwaan kononnya saya “terperangkap dalam agenda permainan musuh politik PAS iaitu UMNO" adalah sesuatu yang terlalu jauh menyimpang daripada kebenaran dan langsung tidak berasas. Sepanjang pembabitan saya dalam PAS yang saya terima sebagai wadah menyampaikan suara Islam kepada umat di Malaysia, belum pernah saya ungkapkan bahawa saya akan menyertai UMNO. Justeru, buat kesekian kalinya saya tegaskan bahawa saya tidak mempunyai niat sebesar zarah sekalipun untuk menyertai UMNO. Janganlah gunakan alasan mudah seperti ini untuk menyimpulkan tindakan, pandangan atau perhitungan politik saya pada ketika kita mengharung gelombang percaturan politik yang jauh lebih mencabar.

Saya harap penjelasan ringkas ini memadai dalam mengukur kesetiaan saya terhadap perjuangan PAS. Saya tegaskan di sini bahawa saya adalah adalah ahli PAS, dan perjuangan saya kekal bersama PAS untuk menjunjung risalah Islam menyumbang kepada ummah dalam apa juga keadaan.

Nasharudin Mat Isa
Kuala Lumpur
21 Disember 2011

1 komen mengomen :: Terkini: Kenyataan Media Ustaz Nasharudin Mat Isa

  1. memang banyak cabaran disaat-saat yang macam ni bahang PRU dah terasa...

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers