Kembara Musim Sejuk Di Mesir (Damanhour)

6 komen mengomen
Musim sejuk di luar negara adalah waktu yang paling best untuk berjalan-jalan serta mengembara. Sebab cuaca yang dingin dan kering memudahkan kita untuk bergerak dengan selesa walaupun perit dalam beberapa keadaan macam nak berwudhuk, mandi, qada' hajat dan perkara yang berkaitan dengan air. Huhuhu.. Tapi yang pasti, tak mandi 2 hari itu biasa, sebab cuaca yang terlampau sejuk dan kering, badan tak berpeluh dan tak berbau.. Hehehe.. Kalau kat Malaysia, jangan kata 2 hari, sehari kalau boleh 5 kali nak mandi. Sebab Malaysia berada pada iklim khatulistiwa. Panas dan lembap sepanjang tahun. Tapi kat Mesir negara 4 musim. Walaupun tiada salji. Suhu boleh mencecah 5-7 darjah celcius. Mesir ada Musim sejuk, panas, luruh dan musim bunga. Maka, bulan Rabiul Awwal adalah bulan dimana, musim bunga baru bermula, dalam fasa untuk memasuki musim panas setelah musim sejuk.

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/407351_373131889380436_100000508851984_1460310_1163208028_n.jpg
Stesen Keretapi Damanhour.



https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/404807_372068316153460_100000508851984_1456351_753006748_n.jpg
Gambar aku atas landasan kereta api, ketika berada di Damanhour. Salah satu negeri di Mesir yang anak-anak Malaysia belajar di sana. Tapi kat sini, hanya ada pelajar lelaki atau lebih mesra dipanggil ikhwah atau ustaz. Sebab semua belajar pengajian Islam disini (Damanhour)

Perjalanan menaiki kereta api, atau dalam bahasa arab dipanggil Qitar (قطر), dalam bahasa ammiyah huruf Qof ditukar kepada Alif, menjadikan sebutannya Itar. Memakan masa hampir 2 jam daripada terminal utama di Ramsis, Kaherah. Dengan bayaran LE20 untuk gerabak ekonomi, lebih selesa dan luas. Kalau nak bajet lebih murah ada yang LE15 dan lebih murah daripada tu. Tapi, kalau naik yang murah alamatnya, bunyi bising, gerabak sempit dan kurang selesa.

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/398604_370702342956724_100000508851984_1452684_1020172391_n.jpg
Kereta api yang aku naik baru-baru ni.

Kalau tak silap kat Mesir ni ada 3 jenis. Satu yang ala-ala 1st class, bayar pun mahal. Harga tiket antara LE20 hingga LE35 ke atas. 2nd class LE15 kebawah dan gerabak paling murah dipanggil kereta api ayam. Hehe.. Itu gelaran orang lama di Mesir sebab kereta tu boleh bawak masuk kambing, ayam, sayur, dan macam-macam. Kerusi pun besi, keras, macam dalam LRT/Monorail tapi versi buruk la. Takpe, nanti aku kongsikan gambar kereta api tu, sebab nanti ada trip lagi ke Alex untuk menjadi tenaga pengisi bengkel grafik bersama Krew Komik Al-Fityan PMRAM.

Apa yang istimewanya Damanhour ni? Istimewanya, tiada pelajar perempuan atau akhowat Malizi kat sini. Semuanya ikhwah, tapi yang paling heran, walaupun takde akhowat, markaz Dewan Perwakilan Mahasiswa Damanhour antara markaz yang paling cantik dan bersih. Siap ada kolam ikan dan hiasan markaznya mengalahkan DPMahasiswi Iskandariah.(Alex) hehe..
Maaf, gambar tiada, sebab baru ni tak singgah di markaz pun. Tapi sebelum-sebelum ni pergi, memang lawa markaznya.

Paling best di Damanhour ada ladang gandum, tapi musim sejuk kali ni bukan musim gandum masak. Maka, tiadalah gambar untuk dikongsi. Orang di Damnhour ni kebanyakkannya orang kampung, ramah dan hormat kepada tetamu. Sebab kat sini jarang ada orang asing, maka bila jumpa, mereka akan speaking, bagi salam, dan ahlan wasahlan la kat kita. Memang ramah tamah.

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/421454_371277882899170_100000508851984_1453925_1009827894_n.jpg
Ini adalah Masjid Sayyid Ibrahim Ad-Disuqi, di Disuq, Kafr Syeikh. Lebih kurang dalam 30 kilometer daripada Damanhour.

Di Masjid ini terletaknya Maqam Wali Allah, Syeikh Sayyid Ibrahim, sehingga nama kampung ni diberi nama Disuq, Kafr Syeikh. Kafr bermaksud kampung kecil, dan Syeikh merujuk kepada Syeikh Sayyid Ibrahim. Disuqi pada nama Syeikh sebenarnya adalah nama tempat atau daerah kerana Syeikh dialhirkan disini. Nasab Syeikh Sayyid Ibrahim sampai kepada Al-Imam Sayyidina Hussain Radhiallahu Anhu. Cucunda kepada Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasallam. Nasab keturunannya juga bertemu dengan seorang lagi wali Allah, Syeikh Sayyid Ahmad Al-Badawi yang terletak di Muhafazah (negeri) Tanta.

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/430431_373047529388872_100000508851984_1460021_2080206795_n.jpg
Tahun ini antara tahun paling sejuk di Mesir, paling kerap hujan. Sebab Mesir negara padang pasir, dan jarang hujan, tiada sistem perparitan.

Maka, setiap kali hujan, inilah hasilnya. Air bertakung sana sini. Huhuhu.. Habis kotor seluar dan kasut kalau berjalan. Paling tak suka keadaan ni adalah ammu (pakcik) yang bawak tremco (van) sewa yang menjadi pengangkutan utama rakyat Mesir. Sebab van mereka kebanyakkan putih, kalau hujan, debu pasir akan melekat dekat kereta, jadi, kena basuh banyak kali.


https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/421783_372333386126953_100000508851984_1458317_63184682_n.jpg
Sungai Nil, dikatakan airnya mengalir dari dalam syurga turun kedunia.

Dalam kesibukan bermesyuarat dan melaksanakan tugas yang diberi, sempat juga untuk menaiki bot merentasi sungai nil. Sengaja mencari ketenangan, bersama beberapa orang teman, kami menyewa bot khas. Yang dalam gambar tu, warna putih. Sebab taknak campur dengan arab lain, sebab kalau campur dengan arab, diorang suka pasang lagu kuat-kuat dan menari gelek. Adus... pening kepala tengok. Dah la, lagu tak sedap. Kuat pulak tu pasang. Bingit telinga. Mula-mula nak sewa sampan kecik, tapi takut tak larat nak dayung, akhirnya lepas bincang dengan tokey boat, dia bagi bot kat atas ni. Dalam masa yang sama, ada sorang makcik dengan anak dia nak ikut sekali.

Kitorang mula-mula bengang jugak, sebab dah cakap nak sewa khas, tapi akhienya kami malu sendiri, sebab makcik tu yang tolong bayarkan. Hehe.. Terima kasih mama sebab belanja. Kan dah kata orang kampung kat sini baik-baik. Memang seronok jalan-jalan lepas imtihan di Mesir. Cukup tenang kalau dapat keluar daripada Kota Kaherah yang bingit dengan pekikkan hon dan kesesakkan jalan raya yang teruk. Solusinya, pergilah kengeri-negeri lain untuk menenangkan fikiran. Boleh juga mengadakan mesyuarat atau aktiviti disini, sambil kerja sambil berjalan.

Cukuplah sikit perkongsian kembara, lama dah tak menulis. Mungkin dapat semangat lepas Kursus Penulisan Azhari bersama PTS Group semalam. Hehe.. InsyaAllah, lepasni ada trip lagi ke tempat-tempat lain. Sebelum kuliah bermula, dan status baru sebagai pimpinan pelajar. InsyaAllah, akan dikongsi bersama beserta gambar. Salam Rabiul Awwal.

Tumpul..

7 komen mengomen
1. Kata orang Inggeris "You are what you read, you are what you eat" memang kena dengan jiwa aku ketika ini. Dan ia terbukti apabila blog aku ini lama suram dan kusam serta tidak mencabahkan idea. Hanya beberapa artikel 'copy and paste'. Tiada huraian dan komentar yang keluar dari jiwa. Sekadar luahan kosong aku untuk memenuhkan masa. Semuanya kerana tumpulnya idea untuk menulis disebabkan aku kurang membaca. Sehingga ke hari ini boleh dikira hanya beberapa buah buku yang telah habis dibaca.

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/396405_363672383659720_100000508851984_1425599_1960973541_n.jpg

2. Teringat arwah Tok Penghulu dikampung aku dahulu, suka mendengar bila beliau berbicara. Dan beliau galakkan untuk kita baca apa sahaja bahan bacaan. Selagi mana ia tidak melalaikan dan melanggar syariat. Aku pelik jugak pertama kali datang ke rumah beliau. Berbukit komik ujang, apo dan lain-lain genre komik. Aku tanya, siapa yang baca ni tok? Beliau jawab. "Anak saya". Beliau dapat meneka apa yang aku nak persoalkan. Cantas beliau "Tak apa baca komik, sebenarnya, kalau kita baca komik ni dia dapat aktifkan neuron dalam otak kita. Daripada kita berenang dengan baca benda-benda yang berat, lepastu lemas, lepastu mati tak baca langsung, lebih baik la kita baca walaupun nampak macam komik je."

3. Aku akui, memang kalau kita rajin membaca, tak kira apa jugak bahan bacaan. Otak kita akan sentiasa aktif dan segar. Komik antara bahan yang paling sesuai untuk menyegarkan otak. Ia bukan sekadar lukisan, tetapi lukisan itu kita imaginasikan bagaimana ia bergerak serta otak kita mengolah dialog yang ditulis dengan gaya bahasa kita sendiri dan itonasi. Hebatnya komik, begitu juga hebatnya novel. Tapi kurangnya novel terutama yang bergenre cinta, aku tak berapa nak minat sebab ia membuatkan kita khayal dalam dunia cinta yang entah kadang-kadang berqiblatkan nafsu semata. Jarang ada yang mendidik seperti Hlovate, Fatimah Syarha dan beberapa orang novalis islamik.

4. Ketumpulan aku menulis juga disebabkan dengan kemudahan facebook yang cepat dan mudah mendapat respon daripada pembaca. Tak ramai yang bukak belog jika dinisbahkan dengan pengguna facebook. Dan respon yang kita terima dapat untuk kita tau siapa, bila, dan kita tau jika ia dishare dan dikongsi. Hanya klik beberapa butang sahaja, dalam beberapa saat ia sudah tersebar, dilike dan dishare oleh puluhan, ratusan malah boleh mencecah ribuan. Fuh.. Bahaya facebook. Tapi kelemahannya ia tidak mendidik untuk kita menulis secara mendalam apa yang kita rasa. Tidak mencabar seperti menulis blog yang memerlukan daya fikir dan gaya bahasa yang tinggi.

5. Aku suka membaca buah fikiran dan gaya tulisan tokoh hebat dan terkenal tanah air seperti Tun M, Ust Nasruddin Hassan Tantawi, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Ust Tuan Ibrahim Tuan Man, Anwar Ibrahim, Saiful Islam, Ust Zaharuddin Abd Rahman dan Dr Asri Zainul Abidin serta beberapa orang lagi penulis seperti Sasterawan Negara Pak Samad. Aku sikit hairan la, kebanyakkan mereka yang kerajaan ni malas untuk menulis, menyebabkan mereka sebenarnya jauh daripada hati rakyat kebanyakkan. Kerana mereka lebih banyak berkata-kata daripada berkerja dan menyampaikan dalam bentuk tulisan yang membina dan mencapahkan idea.

6. Tak ketinggalan seorang blogger dan aktivis yang baru mendapat gelaran doktor dalam bidang sains politik di UK, Dr. Muhaimin Sulam. Aku sering singgah blognya, walaupun ringkas, bersahaja tapi penuh dalam maksudnya. InsyaAllah, aku akan cuba berkongsi dan berusaha untuk lebih giat membaca. Err.. salah satu sebab lagi aku kurang membaca, sebab fokus sudah beralih kepada dunia fotografer. So, kerja aku dah tak menulis, tapi mengambil gambar. Tapi sebenarnya gambar yang aku hasilkan itu lebih panjang berjela cerita didalamnnya.

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/402159_364679570225668_100000508851984_1430434_1757352851_n.jpg

Takut

2 komen mengomen
Kita semua tahu takut. Kita takut sakit. Kita takut kehilangan mereka yang disayangi. Kita takut dicedera atau dibunuh orang. Kita takut iman digugat. Kita takut mati. Kita takut dan kita patut takut. Sedikit sebanyak ia menyelamat kita.

Tetapi kadang-kadang kita takut kepada yang kita tidak patut takut. Kita takut gelap. Kita takut makhluk yang sebenarnya tidak wujud melainkan dalam fikiran kita atau dari cerita-cerita yang kita dengar, terutama semasa kecil. Ramai kita orang Melayu percaya ada manusia yang mempunyai kelebihan tertentu – mampu meresap, menghilangkan diri. Dan kita takut kepada mereka ini.


Semasa saya kecil saya dengar kononnya orang Siam mempunyai “ilmu” tertentu. Mereka bukan sahaja boleh meresap tetapi mereka kebal dan tidak boleh ditikam. Ada yang berkata tembak dengan peluru pun tak tembus. Mereka juga boleh membuat perempuan gila kepada mereka.

Di Kedah peperangan sering berlaku dengan Siam (Thai) di zaman dahulu. Tentera Sultan amat takut kepada askar Siam. Mereka yakin mereka tidak boleh kalahkan tentera Siam kerana mereka itu kebal, boleh meresap. Kononnya kadang-kadang mereka boleh terbang dan tiba-tiba berada di belakang.


https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/400856_364714893555469_100000508851984_1430504_1031684393_n.jpg

Maka anggota pasukan Melayu pun baca doa macam-macam. Namun mereka tidak dapat mengatasi ketakutan mereka. Belum pun bertempur dengan pasukan perang Siam, mereka sudah yakin mereka akan kalah.

Dan mereka pun kalah kerana tidak percaya mereka boleh menang. Mereka tidak pun dapat mempertahankan diri mereka. Mereka kaku disebabkan ketakutan. Dan askar Siam boleh menyembelih mereka.

Yang lain melarikan diri, tidak berani mengadap orang kebal, boleh meresap, boleh tiba-tiba berdiri di atas pokok di belakang pasukan Melayu.

Demikian apabila kita takut dengan “bayang-bayang” kepercayaan kita sendiri. Adalah mustahil sesiapa boleh kebal, atau meresap (menghilangkan diri). Sedangkan Nabi tidak kebal dan luka dalam peperangan Jabal Uhud, apakah Tuhan memberi kelebihan kepada musuh orang Melayu dan orang Islam.



Mungkinkah ada makhluk yang berkuasa seperti Allah s.w.t. Sekarang ada orang kebal apabila memakai baju kalis peluru. Tetapi askar Siam di zaman dahulu tidak pakai baju kalis peluru. Jika mereka ditikam atau ditembak mereka akan cedera dan akan mati. Tetapi mereka kebal kerana dengan ketakutan kita, kita tidak terdaya menikam atau menembak mereka. Kalau tembak pun, kerana gigil dalam ketakutan, peluru tidak kena sasaran. Ini kononnya bukti mereka kebal.

Tetapi ini cerita lama. Apa guna saya bangkit perkara ini. Sebabnya saya masih dengar askar kita ada menghadapi orang yang berpakaian serba putih yang boleh terbang. Dan mereka jadi takut. Apabila askar diserang ketakutan, mereka tidak lagi dapat menjalankan tugas mereka.

Kita juga kerap mendengar cerita orang halus, toyol, hantu, pelesit dan berbagai lagi. Kes hilang akal (hysteria) kerap berlaku di kalangan murid perempuan Melayu di asrama.

Apa yang berlaku ialah pada malam hari mereka berkumpul dan mencerita berkenaan hantu atau sesuatu yang menakutkan. Mendengar cerita mereka berasa gerun dan ternampak bayang bergerak seolah ada makhluk di samping mereka. Apabila di pandang tidak ada apa-apa. Seorang dari mereka akan menjerit ketakutan. Dan yang lain akan turut sama. Dan jadilah fenomena hysteria beramai-ramai.

Sebenarnya kita biasa melihat gerakan di hujung mata (peripheral vision) dan apabila kita beralih untuk melihat, didapati tidak ada apa-apa. Ini adalah fenomena biasa. Saya malu kenapa hysteria terjadi kepada anak Melayu yang semuanya beragama Islam. Agama kita menegah kepercayaan kepada makhluk yang mempunyai kuasa yang hampir dengan Allah s.w.t.

Diwaktu rusuhan kaum 13 Mei 1969, rami orang Melayu yang mencari ubat kebal. Di Alor Star terdapat seorang bomoh Indonesia yang kononnya boleh memberi kekebalan kepada sesiapa hanya dengan memasukan jarun “emas” ke dalam badan.

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/397235_363717580321867_100000508851984_1425929_1185843591_n.jpg

Saya pergi untuk melihat bagaimana bomoh ini dapat melakukan sesuatu yang ajaib. Seorang yang dikenali oleh saya telah “dirawat” dengan memasuk jarum “emas” kepada badannya. Selepas ini dia diuji dengan ditetak oleh bomoh dengan pedang di belakangnya. Terlihat luka yang cetek yang berdarah sedikit sahaja walaupun ditetak dengan amat kuat.

Kemudian dia ditetak dibahagian perutnya. Luka yang sama di lihat. Dia kemudian memepak kaca lampu elektrik tanpa mulutnya berdarah. Mereka yang lihat dan saya juga kagum dengan kekebalan beliau. Saya jemput supaya beliau datang ke klinik saya keesokan hari. Apabila dia datang saya bertanya bolehkah saya cucuk jarum kedalam badannya. Dia mendakwa jarum tak mungkin masuk kerana dia tidak mengizinkannya. Saya cucuk dan jarum masuk seperti biasa. Dia tidak kebal.

Tidak ada orang yang kebal. Mereka yang berjalan atas bara api dan dicucuk dengan besi tajam pun tidak kebal. Dalam Islam ada jin dan iblis. Mereka merasuk fikiran kita supaya membuat apa yang dilarang. Dalam Islam tidak disebut tentang hantu, pelesit, toyol dan sebagainya. Semua ini berasas kepada kepercayaan di zaman pra-Islam.

Kita dapati ramai yang gemar mendengar cerita seram. Menyedari akan kegemaran ini banyaklah filem yang dibuat sekitar hantu, toyol dan makhluk luar biasa yang menakutkan. Filem seperti ini sering ditunjuk di TV dan pawagam.

Mungkin pengeluar filem seram ini mendapat keuntungan. Tetapi cerita-cerita seperti ini tidak menolong remaja menolak kepercayaan kepada yang karut yang tidak membina peribadi yang baik. Kes-kes hysteria ada kaitan dengan kepercayaan yang karut.

Menjadi penakut memalukan. Bangsa yang penakut tidak boleh dibanggakan. Janganlah kita sengaja menjadikan bangsa kita bangsa penakut. Sebaliknya cubalah supaya bangsa kita jadi lebih berani. Ahli-ahli politik pun tak usahlah cari bomoh kerana ingin menang. Bukan bomoh yang boleh beri kemenangan. Budi yang baik, tingkah laku yang sopan, keperihatinan akan masalah yang dihadapi rakyat yang boleh memberi kemenangan dan kejayaan.

Melayu mempunyai banyak sebab-sebab yang menghalang kejayaan mereka. Tidaklah perlu kita tambah halangan terhadap kejayaan mereka dengan kepercayaan kepada yang karut-karut.

-Chedet-

Berteleku di Masjid Al-Azhar

5 komen mengomen

Alhamdulillah, selesai jugak imtihan fasa pertama tahun 2011/12. Fuh... Cukup tegang last paper tadi. Tauhid. Asas aqidah seorang yang mengaku dirinya beriman kepada Allah SWT. Bukan sebab tak baca, tapi banyak soalan yang tak dijangka masuk. Alhamdulillah, sebab baca 2,3 kali boleh jugak jawab.

Dah, taknak cerita sangat pasal imtihan. Tawakkal je lepas dah usaha. Lepas habis periksa tadi, terus ke Masjid Al-Azhar untuk solat asar. Lepastu taktau nak kemana, nak balik, rasa stress jawab periksa tak hilang lagi. Nasib baik la dah bajet, bawak kamera sekali. Boleh shoot sekitar Masjid Al-Azhar atau kawasan sekitar tu. Layan je lah sikit gambar ni. Yang penting mohon doa sahabat-sahabat semua untuk kejayaan kami semua di sini.

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/398016_363222390371386_100000508851984_1424571_1189847860_n.jpg

Salah satu kubah di Masjid Al-Azhar. Kebiasaannya kubah di masjid-masjid lama di Mesir ada namanya yang tersendiri. Tapi yang ni tak tau nama apa.

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/393838_363192700374355_100000508851984_1424539_668432017_n.jpg

Universiti Al-Azhar. Terletak sebelah je dengan Masjid Al-Azhar. Universiti Islam tertua didunia.

Jadi, bila habis je imtihan ni. Tak lama lagi mulalah rancak kelas-kelas pengajian, talaqqi, program dan aktiviti anak-anak negeri di Mesir. InsyaAllah, setelah puluhan tahun Masjid Al-Azhar tidak bergema dengan suara anak Melayu, bulan Februari 2012 ini bakal menyaksikan sekali lagi, anak Melayu diberi pengiktirafan oleh Masyaikh Al-Azhar untuk mengajar di dalam Masjid Al-Azhar atas permintaan Syeikh sendiri. Alfu mabruk kepada dua anak Melayu Islam Malaysia. Ustaz Hairul Nizam Mat Hussain dan Ustaz Mohd Nazrul Abd Nasir yang akan memulakan langkah awal, mengajar Usul Fiqh Dan Tauhid. Dan telah pun diberi keizinan dan diijazahkan oleh Masyaikh Al-Azhar.

Dulu didalam Masjid Al-Azhar, Syeikh Idris Al-Marbawi dan Tok Kenali (kalau tidak silap) pernah mengajar disini. Allahuakbar.. Satu bukti buat mereka yang sering menghujum anak-anak Malaysia di Mesir.

Bercakap Memang Mudah

4 komen mengomen

1. Semua orang pandai mengkritik, berfalsafah tetapi tak ramai yang mampu menterjemah. Mengaplikasi apa yang dihujah. Korang tengok, sekolah mana, universiti mana, negeri mana dan negara mana yang tidak pernah menganjurkan debat dan pidato? Pasti dicelahan ceruk kota akan ada yang menyertai atau sekurang-kurangnya suka berhujah, berdebat dan perbuatan yang berbentuk kata-kata. Tapi tak ramai yang mampu diam dan melaksana. Memang itu hakikat dunia hari ini.

2. Ramai hari ini orang nak berjaya, setiap kali tahun baru, pasti ada azam baru. Yang pasti semua orang nak berjaya dalam apa jua perkara. Belajar, bekerja, berumahtangga dan sebagainya. Pasti. Tiada yang mahukan kegagalan dalam dunia ni. Begitu juga ramai orang inginkan bahagia bukan kecewa. Tapi banyak mana usaha? Kita selalu mempertikai itu dan ini. Menyalahkan orang lain. Kecewa akibat putus cinta. Tapi jarang nak tanya, selalu lupa. Kerana apa?

3. Kerana diri kita yang malas, kerana diri kita yang tak tahu dan mahu bersyukur dengan apa yang ada. Kerana sedikit usaha. Kita selalu berangan-angan ingin segalanya sempurna. Tepati masa, berjaya dalam peperiksaan, dapat laksanakan kerja dengan baik, bahagia dalam hidup, punya kesenangan harta dan sebagainya. Tapi jarang yang berusaha bersungguh-sungguh.

4. Ah! Bercakap memang mudah. Tapi susah nak laksana. Kalau bab komen, kritik, semua juara. Tapi golongan yang mengkritik dan memberikan solusi hampa. Tiada. Kecewa. Dunia bukan tertegak dan terjadi hanya dengan berkata, tapi usaha dan laksana. Nak berjaya dalam pelajaran, study. Nak senang dalam hidup, kerja. Nak bahagia dekatlah pada Allah yang mencipta kita.



Etika dan Adab Seorang Blogger

1 komen mengomen
1. Memberi dan menyampaikan maklumat adalah kerja terpuji bagi membina dan membentuk minda para pembaca . Tetapi ianya mestilah dilakukan dengan penuh adab dan etika . Bertanggungjawab dengan tulisan dan amanah dalam meriwayat .

2. Pertama : Ikhlas , jujur dan suci niat dalam apa jua bentuk tulisan justeru ia diperhati dan dinilai oleh Allah swt sekalipun serapat mana bilik komputer kita dikunci

3. Kedua : Tulis dan riwayat perkara yang benar . Jangan berbohong atau berdusta . Menyembunyikan fakta sebenar dan menukilkan andaian yang penuh hasad dan dusta . Kerana dosa dan neraka juga boleh menerima seorang penulis blog sebagaimana pahala dan syurga juga boleh menerima mereka . Bergantung bagaimana mereka ber"blog" .

4. Ketiga : Berbahasa dan berbudi dalam tulisan tentunya menjadikan hasil karya kita lebih bermutu dan meyakinkan . Kebenaran akan ternoda dengan kalimah dan tulisan yang kesat atau celupar dan berbau fitnah .

5. Keempat : Tulisan yang bertanggungjawab ialah yang diketahui siapa penulisnya . Penulis misteri hanya meletakkan tulisannya setaraf surat layang yang tidak memiliki kredebiliti untuk dipercayai dan diyakini .

6. Kelima : Penulisan menggambarkan karektor penulis . Penampilan gaya dan cara penulisan yang tenang , ceria , jelas dan benar akan membawa pembaca merujuk kepada kehebatan peribadi penulis . Lantaran itu , menulislah dengan jiwa yang tenang dan nurani yang suci nescaya tulisan itu akan meresap dengan tenang ke segenap jiwa pembaca dan membawa ketenangan kepada semua .

7. Ramai penulis mutaakhir ini selain terjebak sebagai penulis upahan untuk menjuarai kepentingan tertentu , terdapat juga penulis picisan yang tidak punya matlamat dalam menulis kecuali menabur fitnah dan menyalakan api permusuhan . Mereka langsung tidak memiliki etika penulisan bahkan tiada juga adab dalam menulis .

8. Mereka menulis seolah - olah mereka bebas untuk berbuat apa sahaja tanpa memikirkan implikasi atau risiko yang bakal tercetus gara - gara tulisannya . Mereka hanya mementingkan diri sendiri untuk mencapai sebuah kepuasan yang tidak pasti benar atau salah . Penting bagi mereka ialah puas . Mereka tidak peduli kadang - kadang sahabat handai dan rakan taulan sendiri remuk rendam perasaan angkara tulisannya .

9. Hati - hatilah sahabat sekelian , dalam kita menulis di sana terdapat beberapa perkara yang perlu difikirkan secara mendalam sebelum kita publish sesuatu tulisan itu . Asasnya ialah bertanggungjawab terhadap tulisan tersebut dan ianya bertunjangkan kebenaran fakta dan nas .

10. Berjiwa besarlah justeru tulisan kita akan membentuk persepsi masyarakat terhadap apa jua isu yang kita bawa , jika tulisan yang kita paparkan adalah tulisan yang meyakinkan bukan menjengkelkan . Maka tulislah perkara yang baik nescaya kita akan dapat natijah yang baik .

Pun begitu , sabarlah ! terkadang tulisan yang baik dan benar ini akan diserang oleh musuh dan difitnah atau ditohmah kerana mereka tidak senang dengan kebenaran yang dibawa dan mereka cuba mengheret kita menjadi blogger seperti mereka yang penuh dengan hasad , fitnah , kata - kata kesat dan celupar serta sumpah seranah.

Oleh Ust Din Tantawi


Cinta Tak Masuk Akal.. Tak logik la..

0 komen mengomen
Seorang ayah pergi merantau ke luar negara untuk mencari rezeki meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. Dia seorang yang penyayang dan sangat dikasihi dan dihormati pula oleh ahli keluarganya.

Setelah keadaannya di rantau orang agak stabil, dia menghantar surat pertama kepada keluarganya. Mereka sangat gembira menerima surat yang sungguh bermakna dari seorang ayah yang sangat dikasihi dan disayangi. Sampul surat itu ditenung berulang kali. Masing-masing memeluk dan mengucup surat tersebut bagai tidak mahu dilepaskan. Kemudian surat yang berharga itu disimpan di dalam pembalut sutera yang indah. Sekali sekala surat itu dikeluarkan dari pembalutnya untuk dibersihkan daripada debu dan habuk. Kemudian meletakkan kembali di dalam pembalutnya.

Kemudian tiba pula surat kedua, ketiga dan seterusnya. Semuanya disimpan dan dijaga rapi seperti surat pertama.

Beberapa tahun berlalu…

Tibalah masa untuk si ayah pulang menemui keluarga tercinta. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati tiada seorangpun yang tinggal kecuali anak bongsunya. Dengan cemas dia bertanya:

- Mana ibumu?

- Ibu ditimpa sakit yang amat teruk. Kami tidak ada wang untuk membiayai rawatannya sehingga akhirnya dia meninggal dunia.
- Kenapa begitu? Apakah kamu tidak membuka suratku yang pertama? Di dalamnya terkandung sejumlah wang yang banyak untuk perbelanjaan kamu?

- Tidak!

- Di mana pula abangmu?

- Dia telah terpengaruh dengan kawan-kawan sebaya yang jahat. Selepas kematian ibu, tidak ada siapa yang mampu menasihatinya. Sekarang dia sudah jadi sebahagian daripada mereka.

- (Ayah semakin hairan) Kenapa begitu? Aku telah tulis dengan panjang lebar menasihati kamu agar berhati-hati memilih kawan. Jangan berkawan dengan orang jahat kerana lama kelamaan kita juga akan jadi jahat! Aku juga meminta agar abangmu itu mengikut aku di rantau orang. Apakah kamu tidak membaca suratku?

- Tidak!

- لا حول ولا قوة إلا بالله

- Kakakmu di mana?

- Dia pernah tulis surat kepada ayah meminta nasihat tentang seorang pemuda yang melamarnya. Sekarang dia telah berkawin dengan pemuda itu. Tapi malangnya dia tidak bahagia. Hidupnya menderita didera sepanjang masa lahir dan batin.

- Bukankah aku telah jawab surat itu menasihatinya agar jangan terima lamaran pemuda itu? Aku telah ingatkan, jangan pillih pasangan berdasarkan harta dan kedudukan. Tapi pilihlah berdasarkan agama, akhlak dan keturunan! Kamu tidak baca semua surat-suratku?

- Tidak! Kami simpan surat-surat ayah di dalam pembalut sutera yang cantik, kami usap dan cium surat itu sebagai tanda sayang dan rindu kami kepada ayah! Tetapi kami tidak membacanya…

Tidak ada siapa yang percaya akan kebenaran cerita ini. Mungkin ada yang akan berkata ia tidak masuk akal sama sekali!

Namun sedarkah kita bahawa inilah kisah benar. Kisah yang tak masuk akal inilah yang berlaku dalam kehidupan umat Islam hari ini?

Kita menerima SURAT dari Yang Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Memerhati lagi Maha Bijaksana. SURAT yang mengandungi panduan, ajaran serta petunjuk dalam segenap bidang kehidupan. Tetapi sejauh mana kita membaca, memahami dan mengikuti panduan yang diberi?

Maka jadilah apa yang terjadi! Umat Islam mati dibunuh saban hari, di sana sini. Jenayah meningkat, keruntuhan akhlak mencemaskan di semua peringkat, wanita-wanita didera dan diperkosa tanpa mengira tua atau muda, bayi-bayi yang tidak berdosa dibuang merata-rata, dan bermacam-macam kejahatan, maksiat dan kemungkaran yang menjijikkan.

Semuanya berpunca daripada tidak membaca dan mengambil pengajaran daripada SURAT yang dikirim oleh Pencipta Yang Maha Esa Yang Amat Sayang kepada makhluk-Nya!

"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.

Logik atau tak kita nilailah sendiri. Ia hakikat.

Mat Rempit Kini Pengikut Tegar Ustaz Azhar Idrus

4 komen mengomen
Jom kawan-kawan, kita fahami pengakuan mat rempit yang kembali ke pangkal jalan.

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/385512_323559260995461_195600903791298_1254948_1482197889_n.jpg

Sebagai MAT REMPIT berjaya. Aktiviti malam aku sering dipenuhi dengan aktiviti berlumba mutor dan menghuru harakan bandar kuala terengganu sambil bawak awek(minah rempit). Bagi aku itu adalah satu bentuk hiburan yang amat menyeronokkan dan kene dengan jiwa remaja. Siang malam. HIDUPKU hanyalah pada mutor 125Z meroh, no plat BGH 12**. Awek ku DENGAN free hair dan pakaian DOP cukup kain akan selalu menjadi pembonceng tetap aku setiap malam.

Namun aku bersyukur kerana tidak terjebak dengan DOSA ZINA(hampir TERJEBAK) dimana terlalu ramai saeng2 seangkatan ku tewas dengan NAFSU serakah. Mungkin Allah S.W.T masih sayangkan aku.

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/299570_295109873840400_195600903791298_1167170_50619385_n.jpg
Gambar hiasan. -Pok Mang-


SERIUS aku mengaku 24 tahun hidup, aku memang dop kenal tikor sembahyang. Apatah lagi nok gi surau bala atau majlis ilmu. JAUH. Ayoh ngan MOK aku dop tahu nok buat mende(buntu). Bebelan MOK dan penampor singgang AYOH jadi rutin harian aku. BUKAN niat aku untuk membuka AIB aku ATAU sesiapa, tapi hanya sekadar BERKONGSI dengan saeng2.

Aku mula KENAL dengan Ustaz Azhar pada awal 2008. CERITANYE.. Aku secara DOP SENGAJA terdengar kuliah Ustaz yang dipasang di VCD Player oleh AYOH. Mase tu aku dup dalam bilik. Ayoh aku sengeleng (sengaja) pasang kuat. Nok cyco aku. NOK SUH AKU DENGOR. Aku masih ingat lagi AYAT Ustaz Azhar yang MENARIK perhatian aku untuk terus mendengar kuliah beliau (padahal selama ni, dop pernah seumur hidup aku minat kuliah agama yang mengantuk dan bosan. Jiwa rempit la SANGAT)

KATA USTAZ AZHAR.
'' Mung nok jadi mat rempit, jadi artis ker, jadi mende2 pown dop SALOH.. Tapi dengan syarat kene ikut syariat Islam..Doh nok uat guane memang mung wahi bawok mutor laju...Islam dop sekat...asalkan time semayang,,mung sembahyang. time gi surau, mung gi surau. NABI pown suh ayah2 ajar anok2 nek kuda. KUDA zaman lening mutorsikal r.."

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/217592_208768685807853_195600903791298_770258_6279946_n.jpg

Satu agi..

"Mung nok bawok orang puan atah mutor dop saloh..BULEH...tapi dengan syarat...mung letok ayah orang puan tu tengoh2..."HAHA

Jadi mat rempit dop saloh!!.. Selama ni mat rempit sokmo(selalu) dicop sebagai musuh utama negara.. JAHAT... dop layok buat NATU(MENANTU).. tak dop Mase depan. PERAGUT.. Punoh.. TAPI tiba2 seorang Ustaz KABO(beritahu) bahawa jadi MAT REMPIT dop saloh...tapi kene semayang...kene gi sura bala( surau dan balai)..BULEH TAHAN GOK USTAZ NI..lawok spontan dan contoh2 hok Ustaz beri memang kena dengan situasi..MUDOH PAHAM..aku jadi ketagih..Aku CARI video Ustaz Azhar dari member2...aku bluetooth..letak dalam Nset aku (selama nim dup bluetooth B*** sokmo) .

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/264823_234287576589297_195600903791298_905363_69202_n.jpg


Aku SHARE plop dengan member2 lain. Aku share bagi ker AWEK aku...Aku dop MISS gi dengar kuliah Ustaz Azhar terutama di sekitar Kuala Terengganu...Surau Pok Tuyu, Surau Flat Gelung Bilal, Surau Ladang, surau wan esah dan lain jadi tempat wajib ( dulu kalu lepah garib(magrib)...batu burok, durian burung, wakaf beruas, jalan airpot jadi kewajipan) . Alhamdulillah, aku mula SOLAT cukup lima waktu...aku tahu mok ngan ayoh aku suke sangat tengok aku beruboh...sebab sebelum gi kuliah Ustaz Azhar..dapat duit isi minyak rm 20. Masyuk.. huhu.. Mungkin gembira bedooh(teramat) tengok aku beruboh. Siap SPONSER minyak 2T agi bulan2. Selama ni dop bau laa...

Hok paling aku suke.. awek aku pakai tudung doh. Name yer Fatin (bukan name sebenor. tapi memang COMEL r boh. tengok ayat r.. haha) siap paka baju kurung sokmo. Dop NGEPONG doh mutor ngam aku. Sebab aku kate ker dyer. "Lau mung nok nek mutor ngam aku. Mung kene ajok AYOH mung etek." hahaha..

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/293480_260079174010137_195600903791298_1014322_2502214_n.jpg

Sebab Ustaz Azhar kabo, nok couple dop saloh. Asalkan kene niat nok uat BINI. Pahtu lau jupe jangan dup pegang2 r. Jangan jupe tempat tak dop orang. Sebab mung nok uat bini kam. Kene jage ar MARUAH bakal bini mung. InsyaAllah.. 2/4/2012 aku nok nikoh dengan dia. Jeput mari belake neh. Rumah depan Keda Sabasun.. hahaha


https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/301468_262576640427057_195600903791298_1024806_7866794_n.jpg

Gitula serba sedikit kisoh aku.. PENANGAN USTAZ AZHAR.. memang sangat hebat.. Bayangkan pok sedare aku( adik ayoh) hok dulu seorang penagih dadoh tegar... Kini molek2 ade jadi pengikut setia Ustaz Azhar. Siap dapat kawin dengan ustazah agi. Dapat pulop kerje sedap. BERKAT kalu saeng ngan ULAMA'. Berapa RAMAI ARTIS yang berpusu2 berhijrah hasil penangan Ustaz Azhar.. BOB lokhman, Sham kamikaze, Iwan dandut, Bob Kuman, dan Wahid Senario(sekadar sebut beberapa nama).

Akhir kata..JOM GI KULIAH...kikikiki...

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/405786_336449486373105_195600903791298_1305396_1197136601_n.jpg


Dop seke pando gok aku uat karangan. SPM, BM cukup2 makan. Mitok maaf banyak kalu dop paham..

Ya Allah Ya Tuhanku...banyok dosaku PadaMu ya Allah...Aku Mohon Keampunanpu YaAllah...Kekalkan aku dalam Hidayahmu..janganlah engkau pesongkan hati Hambamu ini...setelah Engkau beri petunjuk.. tempatkan aku dalam kalangan orang2 yang beriman ..Ya Allah. Matikanlah aku dalam iman.. AMIN(mohon sahabat doakan)

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers