Bercakap Memang Mudah


1. Semua orang pandai mengkritik, berfalsafah tetapi tak ramai yang mampu menterjemah. Mengaplikasi apa yang dihujah. Korang tengok, sekolah mana, universiti mana, negeri mana dan negara mana yang tidak pernah menganjurkan debat dan pidato? Pasti dicelahan ceruk kota akan ada yang menyertai atau sekurang-kurangnya suka berhujah, berdebat dan perbuatan yang berbentuk kata-kata. Tapi tak ramai yang mampu diam dan melaksana. Memang itu hakikat dunia hari ini.

2. Ramai hari ini orang nak berjaya, setiap kali tahun baru, pasti ada azam baru. Yang pasti semua orang nak berjaya dalam apa jua perkara. Belajar, bekerja, berumahtangga dan sebagainya. Pasti. Tiada yang mahukan kegagalan dalam dunia ni. Begitu juga ramai orang inginkan bahagia bukan kecewa. Tapi banyak mana usaha? Kita selalu mempertikai itu dan ini. Menyalahkan orang lain. Kecewa akibat putus cinta. Tapi jarang nak tanya, selalu lupa. Kerana apa?

3. Kerana diri kita yang malas, kerana diri kita yang tak tahu dan mahu bersyukur dengan apa yang ada. Kerana sedikit usaha. Kita selalu berangan-angan ingin segalanya sempurna. Tepati masa, berjaya dalam peperiksaan, dapat laksanakan kerja dengan baik, bahagia dalam hidup, punya kesenangan harta dan sebagainya. Tapi jarang yang berusaha bersungguh-sungguh.

4. Ah! Bercakap memang mudah. Tapi susah nak laksana. Kalau bab komen, kritik, semua juara. Tapi golongan yang mengkritik dan memberikan solusi hampa. Tiada. Kecewa. Dunia bukan tertegak dan terjadi hanya dengan berkata, tapi usaha dan laksana. Nak berjaya dalam pelajaran, study. Nak senang dalam hidup, kerja. Nak bahagia dekatlah pada Allah yang mencipta kita.



4 komen mengomen :: Bercakap Memang Mudah

  1. Tersenyum..

    Berkomentar mengenai "mulut" adalah suatu perkara yg penyelesaian akhirnya adalah "diam"

    Berfikir dan terus berfikir untuk satu kritikan, bukan disebabkan mereka nak mengkritik dan nak berfalsafah, tapi, hanya nak mmberitahu satu2 tindakan itu tidak sesuai..

    Jadikanlah hidupmu sebagai latihan, latihan untuk meluruskan hatimu.

    Seorang itu tidak akan lurus hatinya jika hatinya belum lurus, oleh itu, lakukanlah latihan..:)

    Menulis entry seperti ini juga adalah boleh kita qiaskan dgn percakapan..oleh itu, mulakanlah latihanmu, wahai adikku..:)

  2. Ukhti: Err.. maksud latihan tu?

  3. he3..maksud latihan tuh, "Bersabar"..dalam bersabar, kita boleh lihat byk benda selesai..dalam bersabar, kita tak sedar, benda yg kita peram itu dah pun selesai..

    bukankah Allah dah pun mengatakan bahawa Allah bersama-sama dgn org yg bersabar..

    sebenarnyakan dik, kita takkan mmpu tutup mulut org dr berbicara, tapi, kita sendiri boleh berlatih dgn melihat ragam manusia..

    dia macam ni analoginya..burung kakak tua, pot pet pot pet, tak reti penat..memang pada awalnya kita rasa sakit, tapi, akibat dari marah kita, kita g ikat paruh burung tuh, akibat tak leh cakap, dia mati..esok dan esoknya, tetiba kita rasa sunyi..bosan..dan keseorangan..

    begitu jugalah dgn kehidupan kita..mustahil perkara "Mulut tu diikat" boleh terjadi..sedangkan di zaman Rasulullah s.a.w pun, di saat mekah dah ditawan, mulut yg tak reti berdiam tu, telah memfitnah ummul mukminin, siti aisyah, bagaimana pula kita mmpu utk menahan di zaman skrang, yg mana iman masing2 masih tipis..

    jadi, wahai adikku, buatlah kerja dan urusan masing2, jgn dipedulikan org yg mengkritik, berfalsafah, tetapi perbaikilah diri melalui setiap kata-katanya mengikut kemampuan kita sendiri..mana y kita tak mmpu, kita biarkan sahaja..

    kerana sesungguhnya kata-kata itu tidak akan keluar jika tidak diilhamkan olehNYA..cume ia akan jadi melalut bila dah syaitan masuk campur di tengah2nya..dan kita yg mudah terpengaruh, di tengah2nya, turut terpengaruh..kalau tak, masakan Hawa boleh terpengaruh dgn hasutan syaitan..bukan dia tak tahu Allah tidak mengizinkan makan buah khuldi itu, kan??...

    :)..

  4. ziarah sini :)

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers