Prosedur Kemasukan Pelajar Ke Universiti Al-Azhar

Bismillahirrahmanirrahim, terpanggil untuk berkongsi sedikit info tentang prosedur atau cara kemasukkan pelajar Malaysia ke Universiti Al-Azhar, Mesir.

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/407363_363525257007766_100000508851984_1425209_1122677046_n.jpg

Pertama sekali syarat umum bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran bagi Ijazah Sarjana Muda (B.A) dalam jurusan :
1. Syariah Islamiah.
2. Syariah Undang-undang
3. Usuluddin (Tafsir, Hadith, Aqidah Falsafah, dll)
4. Bahasa Arab.

Bagi mereka yang berminat untuk mengambil atau menyambung pengajian seperti yang dinyatakan diatas. Syarat wajib bagi mereka adalah seperti berikut:

1. Setiap pemohon yang ingin mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar perlu memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan seperti berikut:

i. Mempunyai Sijil Tinggi Agama Malaysia
(STAM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya pangkat MAQBUL

ii. Memenuhi semua syarat yang ditetapkan oleh Universiti Al-Azhar.

2. Tawaran kemasukan dan penetapan tempat pengajian adalah di bawah bidang kuasa pihak Universiti Al-Azhar sepenuhnya.

3. Terjemahan Cabutan Sijil Lahir perlu diterjem ahkan dalam Bahasa Arab oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia di alamat berikut:

Institut Terjemahan Negara Malaysia
Wisma ITNM
No. 2, Jalan 2/27E
Wangsa Maju, Seksyen 10
53300 KUAL A LUMPUR
No.Tel : 03-4149 7210
No. Faks : 03-4149 1535

4. Sijil asal STAM/Diploma dan terjemahan Cabutan Sijil Lahir perlu disahkan oleh Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri di alamat berikut:

Ketua Setiausaha
Kementerian Luar Negeri
Bahagian Konsular, Wisma Putra
No.1, Jalan Wisma Putra
Presint 2
62602 PUTRAJAYA
No. Tel : 03-8887 4159
No. Faks : 03-8889 2923


SYARAT PERMOHONAN

5. Bayaran pengurusan dan pendaftaran sebanyak USD 65.00 bagi lepasan STAM/Diploma. Bayaran hendaklah dibuat melalui bank draf atas nama Director, Education Malaysia Egypt.

6. Borang permohonan yang telah lengkap serta dokumen sokongan lain hendaklah dihantar pada atau sebelum 1 Jun 2012
di alamat berikut:

Pengarah
Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 PUTRAJAYA

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh menghubungi Bahagian Education Malaysia,
Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi di talian 03-8870 6627/6611.


“Bagi pelajar lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang berminat untuk mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar dalam bidang pengajian islam perlulah mengikuti peperiksaan
kemasukan Universiti Al-Azhar iaitu Imtihan Qabul. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi pihak Yayasan Sofa seperti butiran di bawah :

Kolej Islam As-Sofa,
Blok D-1-03 Jalan 16 A, Desa Permai,
Taman Dato’ Ahmad Razali,
68000 Ampang Selangor
Malaysia

Tel: 03-42664408
Fax: 03-42665408
Hp: 6019-6072093, 6019-9040669, 6010-4001019, 6016-3482399

Email: asasialazhar@gmail.com
Laman Web : http://www.yayasansofa.com

Dokumen-dokumen sokongan berikut perlu disahkan oleh Pegawai Kanan Kerajaan (Kumpulan A)/Ahli Dewan Undangan Negeri/Pesuruhjaya Sumpah/Pengetua/Guru Besar/Ketua Kampung/Penggawa/Penghulu sebelum 1 Jun 2012.

SENARAI SEMAK PERMOHONAN KE UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR

1) Dua (2) salinan borang KPT/AL-AZHAR/2012 (SILA KLIK DI SINI)
(Borang Permohonan dan Pendaftaran Pelajar ke Universiti Al-Azhar, Mesir)
2) Satu (1) Cabutan Sijil Lahir Asal. (Cabutan Sijil Lahir boleh diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara/Negeri);
3) Terjemahan Cabutan Sijil Lahir Asal dalam (Bahasa Arab). Terjemahan perlu dibuat di Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), Wangsa Maju sahaja;
(SILA RUJUK ALAMAT DISERTAKAN)
*Cabutan Sijil Lahir Asal (Bahasa Arab) dan terjemahan Sijil Asal (STAM) tersebut
WAJIB disahkan di Bahagian Konsular, Wisma Putra, PUTRAJAYA.
4) Empat (4) salinan Cabutan Sijil Lahir Asal yang telah disahkan;
Bagi pemohon yang lahir di Luar Negara/Sabah/Sarawak perlu membuat salinan dan
disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah dan diterjemahkan oleh (ITNM).
5) Empat (4) salinan Sijil Asal (STAM) atau Diploma Qiraat yang telah disahkan; (Sijil Asal STAM tidak boleh dilaminate)
6) Tujuh (7) keping gambar berukuran passport.
7) Empat (4) salinan passport Malaysia yang disahkan.
8) Tiga (3) salinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir yang disahkan
9) Bank Draf sebanyak USD 65.00 atas nama Director, Education Malaysia Egypt.
10) Sampul surat bersaiz 11 cm x 22 cm beralamat sendiri dan bersetem RM 0.60

Sebarang kemusykilan boleh rujuk terus ke Laman Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Disini


10 komen mengomen :: Prosedur Kemasukan Pelajar Ke Universiti Al-Azhar

  1. Tak sabarlaaa nak habis sekolah.. masuk U. Allah ..

  2. InsyaAllah, tak lama pun. Zaman sekolah best. Lakar dan hasilkan sejarah serta pengalaman tersendiri sebelum meninggalkan alam persekolahan. Rugi kalau hidup di alam persekolah hanya jadi ulat buku.

  3. Next buat entry guidelines to those yg nak further on tahfiz pulak kayyyy! :))

  4. Humaira': InsyaAllah... boleh je takde masalah..

  5. Allah...stam dah hbes nie...tak sabarnye nk mlnjotkan plajaran ke u .al-azhar....minat sngat dlm bdang syariah undang2....

  6. Best nye jika dapat jejak kesana.....

  7. Assalamualaikm w.b.t

    Saya ingin bertanya cara2 utk saya melanjutkan palajaran ke mana2 universiti di mesir atau jordan. Sekarang sy adalah pelajar diploma dalam kos sains dan matematik.. apakah syarat2 untuk sy mlnjutkan pngajian ke universiti di mesir @ jordan dlm program ijazah? terima kasih..

  8. assalamualaikum,saya merupakan lepasan SPM aliran sains tulen di sekolah menengah kebangsaan harian, pertanyaan saya adakah saya berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti al-azhar? terima kasih :)

  9. salam alaikh.. sgt berminat nak sambung ke mesir.. tapi tiada asas arab. blh tuan explain skit?

  10. assalamualaikum ust... maaf bertanya ...bagaimana cara untuk masuk universiti al azhar dengan menggunakan sijil diploma usuludin? ..mohon penjelasan ...syukran

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers