Utusan Perlu Bertindak Matang!!-Presiden PMRAM


Akhbar adalah teman setia bagi golongan marhen dalam sesebuah negara. Ianya sebuah jambatan dalam menyebarkan segala isu yang sedang melanda. Justeru akhbar perlu dikemudikan dengan sebaik-baiknya agar ianya bukan bersifat tangkap muat, fitnah, penghasutan dan provokasi yang boleh mencetuskan suasana huru-hara dalam negara.

Melihat kepada paparan utama akhbar Utusan Malaysia  bertarikh 2 Mei 2012, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) amat kesal dengan paparan tersebut yang jelas mencerminkan integriti yang rendah bagi sebuah akhbar yang menjadi nadi penyebar maklumat kepada rakyat, lebih-lebih lagi Utusan Malaysia tersenarai di kedudukan tangga yang ke-32 dalam senarai The top 500 sites in Malaysia yang dikeluarkan oleh Alexa, The Global Leader in Analytics ( tarikh 2 mei 2012).

Keratan akhbar hari ini yang tidak bermaruah dan bermoral.

Justeru sebagai sebuah akhbar yang menjadi rujukan umum, Utusan Malaysia sewajarnya memainkan peranan yang terbaik dan bersikap matang dalam menyaring berita sebelum disebarkan kepada masyarakat. Peranan akhbar bukanlah semat-mata untuk menyebarkan maklumat bahkan maklumat yang dipaparkan dan disebarkan itu mestilah jelas, benar dan tepat faktanya.

Tindakan akhbar Utusan Malaysia yang memaparkan laporan dan berita berunsurkan lucah ini perlu dilihat sebagai suatu perkara yang besar lebih-lebih lagi ini bukanlah kali pertama paparan seperti ini disiarkan oleh Utusan Malaysia yang menjadi lidah rasmi kepada kerajaan Malaysia. Berita yang dipaparkan itu jelas mengaibkan imej peribadi individu tertentu tanpa asas yang kukuh. Bukan itu saja, bahkan ianya juga menambahkan lagi suasana dan polemik yang kurang enak dalam masyarakat Malaysia sejak mutakhir ini. Selain menjadi guru tidak formal kanak-kanak dibawah umur.

Pelbagai tohmahan yang mula timbul sudah pasti menambah buruk imej Utusan Malaysia sekaligus mencemarkan lagi kualiti kerja yang di amanahkan oleh kerajaan Malaysia. PMRAM mengharapkan agar setiap isu yang ingin dipaparkan oleh mana-mana akhbar termasuk Utusan Malaysia diteliti dan dikaji terlebih dahulu sebelum penerbitan dilakukan. Apatah lagi seandainya isu tersebut melibatkan aib dan maruah diri seseorang yang boleh mengundang pelbagai fitnah dan persepsi masyarakat.

Peranan akhbar adalah menjelaskan isu yang melanda, mengukuhkan perpaduan bangsa, dan mengharmonikan suasana negara, bukan mengotorkan lagi nilai murni pemikiran anak bangsa.


2 komen mengomen :: Utusan Perlu Bertindak Matang!!-Presiden PMRAM

  1. Assalam..

    Dear Ustaz Amin,
    Appreciates should you not attach the said Paper's photo related to the said article..Regards we're not much different with the Paper's author, dear Ustaz.. Well, cheers! May your exam run smoothly. Ameen3x...ya Robb!

    Thanks...
    -Sincerely Regards-

    for you to read:
    http://muhdkamil.org/blog/2012/05/03/pada-pendapat-saya/

  2. Wassalam Miss Humaira,

    Thank you for the suggestion and consideration. :)

    Aamiin ya rob. Thank fot the dua's.

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers