Muslim Rohingya

0 komen mengomen

Apa yang perlu kita tahu?

1. Terdapat kira-kira 8 juta umat Islam di Burma. Mereka didiskriminasi dan dianiaya daripada pelbagai sudut. Sekarang, keganasan dilakukan oleh mereka yang Anti-Islam manakala propaganda perkauman telah meningkat terhadap umat Islam secara amnya dan orang-orang Rohingya khususnya.

2. Rohingya Islam telah dinafikan kewarganegaraan walaupun tinggal di Myanmar untuk sekian generasi yang mempunyai sejarah yang panjang. Disebabkan kepada penganiayaan besar-besaran ini, kira-kira 1.5 juta Rohingya Islam sama ada telah diusir atau telah terpaksa meninggalkan tanah air mereka untuk meneruskan kehidupan.

Pembunuhan beramai-ramai pada 3 jun 2012. 

3. Lapan orang rakyat Burma Muslim dalam misi jemaah Tabligh ke bandar Sandoway telah dibunuh dengan kejam beramai-ramai oleh pelampau Rakhine (Arakanese Buddha) di salah satu tempat pemeriksaan di bandar Taunggup di selatan Arakan, Burma, semasa mereka ingin kembali ke Rangoon menaiki sebuah bas. Seorang penyelia wanita Islam dan seorang pemandu Islam adalah di kalangan mereka yang telah dibunuh dengan kejam.

4. Pengganas/pelampau ini telah meraikan kemenangan tersebut dengan meludah dan membaling arak dan alkohol ke atas mayat yang  terbaring di jalan raya. Apa yang menyedihkan, pembunuhan ngeri ini berlaku betul-betul di depan mata pasukan keselamatan yang hanya menonton pembunuhan tersebut.

5. Di Maungdaw, Akyab (Sittwe) dan Rambree pula orang Islam dibunuh dan dibakar hidup-hidup. Pada 8 Jun lalu, Pasukan keselamatan Lun Htin dan Nasaka telah membunuh sekurang-kurangnya 2 orang Islam di Bandar Maungdaw ketika mana umat Islam secara aman berarak untuk menunaikan solat jenazah bagi mangsa pembunuhan di Taunggup selepas Jumaat.

Pembunuhan Diteruskan



6. Sejak 9 Jun lalu, imat Islam terus dibunuh, pelampau Buddha Rakhine dengan pasukan keselamatan telah menyerang dan membakar beberapa kampung Muslim di Akyab dan di Rambree dan merompak kedai Islam dan barang-barang milik mereka. Sekurang-kurangnya 200 orang Islam terbunuh manakala ramai yang lain cedera di beberapa bahagian Arakan. Mayat telah ditahan oleh pasukan keselamatan dan bilangan kematian tidak boleh disahkan lagi. Beratus-ratus orang Islam yang cedera tanpa rawatan perubatan, manakala beribu-ribu daripada mereka telah disekat makanan, air dan barang keperluan lain oleh angkatan tentera dan polis Myanmar.

Pasukan keselamatan dan polis yang melakukan pembunuhan. 

7. Golongan pelampau Rakhine yang dilengkapi dengan senjata menyertai mereka untuk membunuh umat Islam. Disebabkan perintah berkurung, tiada siapa berani untuk pergi keluar, dan dalam ketiadaan saksi tersebut, pelampau mengambil kesempatan membakar rumah dan kampung-kampung orang Islam manakala pasukan keselamatan sekadar menonton. Dalam masa yang sama, mereka menyerang melalui media, termasuk media kerajaan, membekalkan berita palsu. Apa yang pasti, peristiwa tragik ini telah dirancang sejak sekian lama.

Siapa yang bertanggungjawab?


8.  Sudah pastilah kerajaan Burma perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya ke atas pembunuhan dan ketegangan kaum ini. Ia mempunyai tanggungjawab penuh untuk mengawal keadaan undang-undang dan perintah dan melindungi hak, kehormatan dan maruah umat Islam dan orang lain. Sama-samalah kita mendoakan agar saudara-saudara kita disana terus diberi kekuatan oleh Allah SWT dan berharap agar dunia membuka mata seluas-luasnya dalam isu ini.

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers