Menulislah walaupun satu baris..


Aku dah lama tak menulis, bermakna lama jugaklah aku tak serius membaca. Sebab kemampuan seseorang untuk menulis adalah berdasarkan apa yang dia baca. Yelah, mana mungkin, kita nak menulis sedangkan kita tiada input untuk ditulis. Kalau nak membebel, banyak. Tapi nak menulis secara ilmiah, jangan harap la.




Empat tahun lepas, aku boleh kata, kalau nak menulis tu senang je. Sebabnya aku rajin membaca, tapi sekarang ni, mintak maaf la. Tepu kepala. Sebabnya? Malas dan tak luangkan masa untuk membaca. Rugilah, memang rugi sangat-sangat kalau kita malas membaca.

Antara tokoh-tokoh yang aku kagum dalam dunia ilmu ini adalah Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang, penulisan dan ceramahnya kemas, teratur, padat dengan isi, fakta dan sejarah. Setiap kali membaca atau mendengar ceramah dan kuliah beliau, pasti teruja dan terfikir, bagaimana seorang yang sudah berusia, dapat menyusun kata-kata dan huraian yang begitu mantap. Setelah diselidik, kuncinya beliau begitu kuat membaca.

Kalau bidang penulisan pastinya yang aku minat Pak Latip, novelis sejarah terkenal di Malaysia. Setiap karya beliau, pasti terasa seperti kita berada pada situasi dan keadaan sejarah yang telah ribuan tahun berlalu. Hidup dan menyegarkan.

Dan sememangnya payah untuk menjadikan pemimpin negara orang yang kita kagum dalam bidang ilmu dan penulisannya kecuali Tun Dr. Mahathir Mohammad. Beliau juga seorang yang kuat membaca, dan setiap penulisannya kemas dan ringkas.


Tapi dalam banyak-banyak karya atas dunia ni, satu je manusia tak boleh nak lawan, walaupun hebat dan tinggi mana IQ dia. Pastilah dia kalah dengan Al-Quran yang wajib kita baca. Susunan kata, ayat dan tatabahasanya cukup mengagumkan. Pendekatan yang Allah SWT guna, sampaikan kita baca setiap hari pun takkan pernah bosan, malah bertambah-tambah rasa ingin membaca.

Apa poin sebenarnya aku nak cerita? Takde apa sangat pun, sekadar ingin mengasah kembali kemahiran menulis dan memaksa diri untuk membaca. Tapi alang-alang korang dah baca, suka aku bawak satu cerita, ringkas tapi tak ramai yang mampu nak lakukannya.

Kata Nabi Muhammad SAW kepada seorang lelaki apabila beliau meminta wasiat daripada Rasulullah "Janganlah kamu marah" atau dalam bahasa arabnya "لا تغضب";La taghdob. dan lelaki tersebut berulang kali mendesak nabi agar wasiatkanlah sesuatu kepadanya, lalu Rasulullah mengulangi perkataan yang sama. "Janganlah kamu marah."

Maka, ambillah kata-kata nasihat daripada nabi ini, sebabnya kemarahan itu datangnya daripada nafsu dan syaitan. Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita agar menahan marah, dan sekiranya marah, hendaklah duduk, jika tidak hilang juga perasaan marah tersebut, berbaring, dan jika tidak mampu jugak, ambillah air sembahyang/wudhuk.

0 komen mengomen :: Menulislah walaupun satu baris..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers