Makan Malam PMRAM Bersama Inteam

Alhamdulillah, inilah antara keseronokan keterlibatan dalam gerakan mahasiswa khususnya Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Kami seringkali diundang dan diajak untuk mengadakan kerjasama dan perbincangan daripada pelbagai pihak, tidak kira daripada dalam dan luar negara, baik di Mesir ataupun diluar Mesir. (Apa ayat ni? hehe..)

Baru-baru ini berkesempatan untuk meluangkan masa makan malam bersama dengan kumpulan nasyid Inteam yang kebetulan berada di Mesir untuk beberapa hari mengadakan persembahan dan sekaligus dalam pembikinan video klip Kembara Selawat Musical Documentary yang melibatkan negara Turki dan Mesir.

Lokasi kami malam tersebut. Restoran Farahat.

Badan Pengurus PMRAM turut diundang khas makan malam di Restoran Farahat, Madinah Nasr, Kaherah, Mesir. Pelan awalnya ingin makan malam di Sungai Nil terpaksa diubah ke sini kerana waktu yang tidak mengizinkan selain lokasinya yang jauh daripada penginapan. Tujuan utama kami dijemput adalah untuk beramah mesra, dan mengadakan sedikit perbincangan tentang kumpulan Nasyid di bawah PMRAM sendiri, iaitu Al-Wadi PMRAM. Untuk pengetahuan, Al-Wadi dalam proses dan sebahagiannya telahpun merakam beberapa buah lagu bersama Inteam Record.

Khusyuk makan burung merpati bakar. (Hamam Masywi).

Presiden PMRAM, saudara Abdul Aziz Ali sempat merakam kenangan bersama Inteam.

Menu utama kami malam tersebut. Merpati panggang. Daging dan kebab.

Walaupun hajat Inteam ingin makan nasi arab dan ayam panggang, tapi oleh kerana kesuntukan waktu untuk mecari lokasi yang sesuai dan dapat menampung kapasiti yang ramai. Inilah tempat yang sempat diatur pada malam tersebut. 

Ketika makan, saya sempat bertanyakan kepada Abg Amin, pendapatan Inteam Record. Kata beliau, persembahan yang dibuat di Mesir atau di Malaysia, kebanyakkannya Inteam tidak mengambil bayaran yang terlalu mahal, terutama di kampus atau anjuran persatuan pelajar. Kerana bagi mereka rezeki Allah ada ditempat-tempat lain, dan lebih-lebih lagi jika mempermudahkan orang yang menuntut ilmu. Allah, terkesan rasa.  

Inteam dan Krew, tiada dalam gambar pengurus. Abang Fairuz.

Apapun kumpulan inteam, Abang Shah, Abang Rahim, Abg Amin, Abg Hafiz (percussion) dan krew memang sempoi dan amat-amat mesra. Dan krew TheVIDEOGRAPHERZ pun cukup aktif menjalankan tugas mereka. 24 jam berkepit dengan kamera tidak kira dimana berada. Wow.. teruja dengan mereka. Sebab saya pun kameraman jugak. Saksikan beberapa gambar yang saya muat turun daripada laman facebook Kembara Selawat : Musical Documentary.


Nantikan video promo Muktamar Sanawi PMRAM yang akan diterbitkan tidak lama lagi. :) 



Moga perkenalan dan hubungan yang terbina khususnya diantara PMRAM dan Inteam akan terus erat. Di akhir pertemuan, Abg Shahril sempat berpesan agar pertemuan dan ukhuwwah yang dibina ini bukan setakat disini bahkan untuk sampai ke akhir hayat. Insha-Allah. Terima kasih, jazakumullahkhairan keada Inteam dan krew kerana sudi mengundang dan membelanja kami makan pada malam tersebut. 

0 komen mengomen :: Makan Malam PMRAM Bersama Inteam

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers