Hukum Doa Akhir Tahun & Awal Tahun

0 komen mengomen
Permasalah Doa Akhir Zulhijjah & Awal Muharram

Isu yang selalu timbul, hukum membaca doa awal tahun dan akhir tahun. Adakah Rasulullah dan para sahabat buat? Bidaah dan lain-lain lagi persoalan. 

Bagi saya isu ini tidak perlu diperbahaskan terlalu mendalam kerana pokok asas perbincangannya adalah doa. Doa yang baik adalah harus. 



Kata Imam Hassan Al-Banna dalam kitabnya Usul 20. Pada usul yang ke-9. 

"Membincangkan masalah yang tidak jejak kepada kenyataan (tidak membuahkan amal) adalah tergolong dalam perkara yang memberat-beratkan sesuatu. Memberat-beratkan suatu masalah adalah dilarang oleh syariat. 

Sebagai contoh: Membincang cabang-cabang hukum yang masih belum berlaku, dengan membuat andaian-andaian, membincangkan penafsiran ayat-ayat al-Quran yang masih belum dicapai oleh ilmu manusia, membincangkan keistimewaan-keistimewaan para sahabat Rasulullah s.a.w atau membincangkan pendapat para sahabat. Kerana para sehabat mempunyai keistimewaan sebagai seorang sahabat. Mereka diganjari menurut niat mereka, tambahan pula masalah takwil merupakan jalan keluar."

Maka, persoalan berkenaan doa ini adalah perkara cabang dan termasuk dalam bab doa. Maka doa adalah perkara yang diharuskan dalam Islam. 

Dalam Hadith 40 Al-Imam An-Nawawi pada susunan Hadith yang ke-30. 

Dari Abi Tsa'labah Al-Khusani, Jurthum bin Nashir r.a, daripada Rasulullah SAW, yang bersabda : " Sesungguhnya Allah Ta'ala telah memfardhukan beberapa kewajipan, maka janganlah kamu mengabaikannya. Dan ia telah menetapkan beberapa hudud ( batasan ), maka janganlah kamu melampauinya. Dia telah mengharamkan beberapa benda maka janganlah kamu melanggarnya. Dan Dia telah mendiamkan beberapa pekara sebagai suatu rahmat terhadap kamu, bukan kerana lupa maka janganlah kamu membahas mengenainya."


Allah Azza wa Jalla juga berfirman:
وَإذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنّي قَرِيْبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونِ 
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu mendapat petunjuk (berada dalam kebenaran).” (Al-Baqarah: 186)

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers