PANDUAN PERSEDIAAN PELAJAR KE LUAR NEGARA (‪#‎MESIR‬).

2 komen mengomen

Bagi mereka yang buat kali pertama belajar di luar negara khususnya Mesir, berikut beberapa tip yang boleh dijadikan panduan sebelum berangkat ke sana.

Jika 5,6 tahun lepas mungkin keperluannya berbeza. Namun berikut perkara biasa yang perlu diberikan perhatian.

1. Buat persediaan mental dan fizikal.
Kerana bila sampai di sana, ia ternyata berbeza dengan apa yang kita fikirkan.
Jadi jangka apa yang tidak dijangka. Kerana berada di tempat orang perlu berhadapan dengan suasana baru dan bahasa yang berlainan. Namun jangan risau, persatuan pelajar negeri dan senior ada di sana untuk menguruskan kebajikan anda.

2. Bawa kelengkapan diri dan belajar secukupnya.
Kerana anda akan berhadapan dengan dunia kampus, dan perlu lebih berdikari. Kamus antara perkara wajib walaupun ada di jual. Jika sudah ada baik bawak sahaja daripada Malaysia.
Pakaian juga penting kerana mungkin disana ia tidak kena dengan cita rasa kita atau mungkin sukar untuk mencari saiz yang kita perlukan.

Suasana dalam bilik kuliah dan peperiksaan Universiti Al-Azhar Banin (Lelaki)

3. Bawa makanan kegemaran kita.
Bawalah sedikit rempah ratus, durian, dodol, ulam raja, budu dan sebagainya. Walaupun kita pergi untuk belajar, kita pasti akan rindu untuk makan makanan Malaysia.
Walaupun terdapat cafe dan restoran makanan asia, tapi mengapa perlu bayar lebih jika kita boleh masak sendiri, jimat dan diyakini bersih.

4. Buka akaun bank antarabangsa.
Jika dahulu semasa saya ingin ke Mesir, ramai senior yang menasihatkan untuk membuka akaun HSBC, kerana cawangannya yang banyak dan kadar cas yang agak rendah.
Namun, bila timbul isu boikot HSBC, jangan risau. Banyak lagi bank alternatif lain yang boleh kita gunakan seperti Maybank, BSN dll.
Yang paling penting rujuklah bank yang anda sering berurusan, dan tanyakan mereka adakah mudah untuk anda atau anak anda mengeluarkan duit ketika di sana.

5. Bagaimana penempatan rumah sewa dan pengangkutan ke kuliah?
Untuk tahun pertama, kebiasaannya pelajar baru akan diuruskan kedatangannya oleh persatuan pelajar negeri masing-masing.
Jika anda pelajar pengajian Islam, anda akan disambut oleh Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).
Jika anda pelajar sains kesihatan (Farmasi, Pergigian, Medik) anda akan disambut dan diuruskan oleh Persatuan Pelajar Sains Kesihatan Malaysia Mesir (PERUBATAN).

Kenangan bersama Ust Don dan isteri ketika beliau datang menziarahi pejabat PMRAM.

6. Pasakkan niat.
Tanamkan niat dalam diri bahawa anda pergi musafir ini untuk menuntut ilmu kerana Allah (fi sabilillah) dan aku ingin berjaya untuk Islam.
Sering orang sebut Mesir dengan nama bumi anbiya dan ardul kinanah (bumi sumpahan / anak panah). Oleh kerana itu niat yang betul dan kukuh penting ketika kali pertama anda menjejakkan kaki di sana.

7. Sabar.
Kesabaran yang tinggi perlu ketika berada di tempat orang kerana kita berjauhan dengan keluarga.
Sesuai dengan nama Mesir yang terdiri daripada tiga huruf (Mim, Sod, Ro' مصر) pasti anda akan bertemu dengan Mim (Mehnah, musibah atau cabaran) maka apa yang perlu dilakukan yang pertama adalah Sod (Sobr / sabar) dan selepas itu hendaklah Ro' (Redha) dengan setiap ketentuan Allah untuk kita.
Carilah sahabat yang baik untuk bersama kita sepanjang permusafiran. Insyaallah kejayaan menanti kita di sana.

8. Bagaimana berhubungan dengan keluarga?
Jangan risau, setibanya anda disana anda akan diuruskan oleh persatuan pelajar, sim kad baru biasanya akan dibelikan oleh senior yang menguruskan.
Internet disana murah dan mudah. Hanya perlu bawa telepon bimbit kita dan jika mampu bawalah laptop bersama, kemudahan broadband boleh dilanggan dengan harga yang berpatutan, lebih murah daripada Malaysia.

9. Berdaftar melalui saluran yang betul.
Tidak kira anda daripada pengajian Islam atau Sains Kesihatan, pastikan prosedur pendaftaran kuliah anda melalui saluran yang betul, samada Majlis Agama Islam Negeri, agensi kerajaan seperti yayasan negeri atau terus kepada Kementerian Pengajian Tinggi.
Pastikan anda sah dan layak untuk meneruskan pengajian. Kerana telah banyak kes tidak dapat masuk ke kuliah atau kampus kerana tidak melalui saluran yang betul, samada ada datang sendiri atau melalui ejen.

10. Kos sara hidup?
Jangan sedih atau risau jika anda tidak mendapat tajaan atau bantuan daripada institusi zakat. Kerana kos sara hidup di sana agak rendah.
Jika keluarga kurang berkemampuan, insyaallah cukup jika wang bulanan sebanyak RM300 - RM500 sebulan. Bergantung kepada keperluan dan bagaimana kita menguruskan.
Mungkin peringkat awal sahaja kita perlu berbelanja lebih.

Pemandangan daripada rumah sewa anak-anak Johor di Hayyu Asyir.

Moga bermanfaat.

+ bawak la bantal busuk anda tu kalau rasa tak boleh berpisah. Hehehe

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers