Beradablah..

1 komen mengomen

Lakukanlah sesuatu dengan ilmu bukan hawa nafsu..

Islam mengajar kita perlu saling hormat-meghormati hatta dengan pihak musuh sekalipun. Dalam peperangan Islam mengajar etika dan adab peperangan, antaranya Islam menegah daripada membunuh wanita, kanak2, orang tua, orang yang kurang upaya, mereka yang berlindung di rumah-rumah ibadat dan melarang merosakkan tananam yang sedang berbuah serta binatang ternakan

.

Jika dalam peperangan yang melibatkan nyawa, Islam mengajar kita beradab. Maka dalam keadaan biasa lebih2 lagi dituntut untuk beradab. Baik sesama Islam mahupun dengan mereka yang bukan Islam. Jangan kerana hawa nafsu kita menjadi fitnah kepada Islam.

Jangan lepaskan peluang..

0 komen mengomen
Peluang untuk semua rakyat Malaysia bersama ulama' murabbi, Ad-Da'ieyatul Al-Islamiyy Al-'Alim Al-'Allamah Al-Habib Umar bin Muhammad Salim bin Hafidz Hafizohullah;

24 Muharram 1431H bersamaan 10 Januari 2010 (Ahad):

-> Masjid Sultan Ahmad Shah Universiti Islam Antarabangsa; Jam 6 pagi
-> Masjid Al-Falah USJ 9, Subang Jaya, Selangor; Jam 6 ptg - 10 mlm

26 Muharram 1431H bersamaan 12 Januari 2010 (Selasa):

-> Pondok Baitul Qurra', Kg Payasum, Sg Udang, Melaka; 6.30 ptg - 10 mlm

Ziarah Maqam Auliya'

1 komen mengomen
Berita ni dah lama dah, tapi takpelah, kebetulan ada masa ni. Saje nak upload gambar jaulah sekitar Kaher'ah haritu, seramai 70 orang peserta daripada Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Ikhwah dan Mutazawwijin telah mengadakan Ziarah Maqam Auliya'.


Penerangan daripada Ust Nazrul di hadapan Maqam Syeikh Solah Jaafari. Al-Imam Syeikh dikatakan semasa hidupnya setiap malam bertemu Nabi s.a.w. secara yaqazoh di Masjid Al-Azhar. Dan Ini diceritakan oleh khadam kepada Syeikh.
Kata Ulama'
Untuk melihat Sayyidina Husain perlu buang 3 hijab dalam hati, dan Untuk melihat Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasalam perlu membuang 70Hijab dalam hati, manakala untuk melihat Allah perlu membuang 70 000 hijab dalam hati.

Depan Maqam Ibnu Hisyam. Kata Ust Nazrul. Al-Imam Ibnu Hisyam merupakan orang yang paling faqih dalam bidang nahu sehingga menghasilkan sebuah buku teka-teki dalam bidang nahu. Yela, bila dah abis mengaji kitab, takdak pa dah nak buat, dia buat teka-teki la plak.


Sempat bergambar kenangan dengan Ust Nazrul


Musyrif yang membawa kami tidak lain Ust Nazrul Nasir dan Ust Hairul Nizam.


Masjid Sultan Hanafi.


Masjid Sayyidah Nafisah


Dihadapan Maqam Imam Lais


Maqam Imam Lais





Dihadapan Maqam Assyahid Imam Hassan Al-Banna



Maqam wali Shoghir


Ust Hairul yang keletihan seharian berjalan bersama kami, walaupun terpaksa memikul kitab, laptop dan video camera dari pagi sampai ke maghrib, kemudian berkejar ke Masjid Azhar untuk bertalaqqi dengan Syeikh Syaltut. Allahuakbar. Sungguh istiqamah Ust dengan kelas Syeikh.


Ust Nazrul sedang memikirkan sesuatu



Maqam Sayyidah Nafisah. Ramai yang mengatakan bahawa, disini antara tempat yang afdhal untuk berdoa, dan kepada yang nak bertemu jodoh amat2 digalakkan.. hehe..


Maqam Imam Ibnu Sirin, pengarang Kitab Tafsir Ahlam (Tafsir Mimpi). anda pendapat mengatakan ini hanya maqam al-Imam Ibnu Sirin sahaja bukan kuburnya. Wallahua'lam.


Tremco2 yg mengangkut kami ke maqam para Auliya',,


Maqam Syeikhul Islam, Al-Imam Ibnu Hajar Al-Asqolani.

Masjid Imam Ahmad Ibnu Attoillah Assakandari


Depan maqam As-Syahid Imam Hassan Al-Banna. Buat pertama kalinya, pelajar Malaysia/orang awam dibenarkan bergambar didepan maqam ni.

Jadual Imtihan Kuliah Syariah Islamiah Tahun 1 Fasa 1

1 komen mengomen
Sekadar makluman Jadual Imtihan Fasa 1 Syariah Islamiah Tahun 1:

Hari Ahad - 17/1/09 : Tafsir Ayat Ahkam

Hari Rabu - 20/1/09 : Nahu & Sorof

Hari Ahad - 24/1/09 : Ulum Hadith

Hari Ahad - 31/1/09 : Tarikh Tasyrie'

Sakit perut, Pasport tercicir dan tazkirah yg menginsafkan..

0 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim..

Pagi tadi sebelum subuh bangun sakit perut, (tu pun nak citer jugak ke? huhu..) sukati la. Biar ibu, ayah kat sana tau dan menjadi sejarah dalam blog ni.. So, biasa la sakit perut kat sini. Kadang2 takut jugak bila terfikir, sebab baru beberapa jam lalu saudara kita dari kalangan azhari, Ust Hidayatussaufi meninggal dunia akibat masalah kesihatan dan antaranya jangkitan kuman pada usus. Nauzubillahiminzalik. Boleh baca disini. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Allahyarham dan memberi kesedaran serta keinsafan kepada kita semua bahawa mati tidak mengira usia, waktu dan ketika.

Pagi tadi jugak, sedang menahan perut yang sakit Ust Abd Rahman datang menyergah kat bilik..

"Amin, dengar kata pasport enta hilang, betul ke?"

"Haa!! Pasport ana hilang? Enta tau mana? Jap ana g chek.."

Masa pun berlalu dan sambil mencari sempat Ust Deraman mencerita betapa penting pasport bila diluar negeri. Walaupun aku dah tau, tapi dia sekadar mengingatkan.

"eh, entau tau x, pasport ni ibarat nyawa enta kat sini. Kalau hilang, habisla enta.. dah la nak buat baru satu hal. Kat mesir ni macam2 boleh jadi.. Takut mabahit datang wat spotchek. Abisla enta.."

huhu.. Aku dah cuak tahap gaban sebab tak jumpa pasport aku.

Semalam memang aku perasan beg aku macam kosong jer. Dan semasa buat urusan kat Kuliah gambar yang aku kena bagi kat syuun hilang. Aku ingatkan tertinggal kat kompleks, pastu perasan kad bank pun hilang jugak.. Aduhai.. mmg sah la, mesti pasport aku pun hilang sekali. Tapi buat rilek je, sebab ingatkan tertinggal. huhu..

"Min, baik enta siap cepat. Pergi kedutaan, buat laporan dan urusan yang patut.. Jangan tunggu lama-lama, takut berlaku apa-apa, susah enta.."

Huhu.. aku semakin kecut perut walaupun muka masih bertenang dan macam takde perasaan.

Akhirnya..

"Ni ha pasport enta. Enta tau tak jumpa kat mana?"

"ha.. Alhamdulillah, fuh lega.. Jumpa kat mana?"

"Dalam tremco, ammu driver tu bagi kat kawan ana dari pahang. Dia jumpa ana td. Dia kata dah dua hari pasport tu hilang.. berat sungguh enta nih.."

Huhu.. cuai giler aku, sampai pasport pun aku tak perasan tercicir.

Aku ingatkan orang curi kad bank jer, sebab semalam pergi cari jubah dekat Husain.. Sampai kat kuliah tengok beg dah terbukak.. Huhu.. dan yang aku perasan gambar dengan kad bank jer. pasport ingatkan dah simpan..

Alhamdulillah, dah dapat balik.. Selamat daripada menjadi pendatang tanpa izin.. huhu..

Tadi lepas solat Isya', Ust Kamal Hafizullah memberikan sedikit tazkirah di Musolla Darul Iman, walaupun pendek tapi padat.. Aku tak tau kenapa, bila sampai kat mesir ni jadi speachless. Kalau bg tazkirah tu, tak sampai apa yg nak disampaikan.. ayat berterabur sekali, mengarut meraban.. Bak kata Ust Ulwan, kalau duduk depan bagi tazkirah akan terpamirlah kebodohan kita.

Tapi aku sokong kata2 Ust Ulwan dengan penambahan sedikit, biarlah kita kelihatan bodoh dihadapan kawan2 kita daripada kita bodoh dihadapan masyarakat nnt. Bila agaknya aku akan mula berbicara? Entah kenapa, kat sini aku lebih suka mendiamkan diri dan tidak mahu menonjol.. aku lebih selesa begitu. Mungkin belum sampai masanya lagi..

Aku ingin menulis artikel yang ilmiah, namun sampai ke saat ini, belum terhasil.. Doakan agar dipermudahkan.

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers