Terkini : Alhamdulillah, Jenazah selamat di kebumikan. Catatan penuh.

0 komen mengomen
( 8.30 pg ) Tiba di Hospital Zahra bersama ahli keluarga jenazah ( 8.42 ) Semua dibenarkan masuk setelah berurusan dengan pihak polis ( 8.55 ) Semua dibenarkan melihat jenazah di bilik mayat yang disimpan di dalam peti mayat ( 9.24 ) Semua selesai melihat mayat dan menunggu di luar ( 9.45 ) Ketibaan pegawai JPMK dan meminta 2 orang wakil KPIPM untuk ke balai polis membuat laporan ( 9.54 ) Beberapa orang ahli KPIPM yang lain tiba ( 9.56 ) Ketibaan Presiden dan beberapa orang Badan Pengurus PMRAM ( 10.10 ) Ketibaan pegawai hospital dan seorang ahli KPIPM yang membuat laporan tadi ( 10.14 ) Semua ahli dan keluarga jenazah dibenarkan melihat untuk kali kedua sebelum dimandikan ( 10.22 ) Proses mandi dimulakan sehingga catatan ini ditulis. - Catatan Mujahid. Sila rujuk blog KPIPM selepas ini untuk mengetahui berita.



( 10.52 ) Jenazah telah selesai dimandikan. Antara yang terlibat ialah Us Abdul Muizz, Us Shahrizan Hazime, Us Amin Abd Rahman, Us Azizuddin Aznan dan Us Azuan Kamaruddin. Tetapi jenazah tidak dapat dikeluarkan lagi kerana tasrih daripada pihak polis untuk kebenaran mengeluarkan jenazah belum diperolehi. Doakan supaya ia dimudahkan. Di Dataran Hayyu Asyir, beberapa orang sudah menunggu jenazah tiba.

( 11.12 ) Beberapa orang ahli dan Badan Pengurus PMRAM sudah mula meninggalkan Hospital Zahra, dan bergerak ke Hayyu Asyir untuk membuat persiapan untuk Solat Jenazah. Beberapa orang termasuk saya, YDP, us Zulfadli dan ahli keluarga masih menanti di hospital bagi mengiringi jenazah. ( 11.22 ) Pegawai safarah tiba bersama us Ridwan Kadri dari Balai Polis untuk mendapatkan tasrih. Alhamdulillah, tasrih berjaya dikeluarkan ( 11.28 ) Jenazah sedang diusung ke dalam van mayat.

( 11.48 ) Tiba di Dataran Hayyu Asyir dengan 4 kenderaan yang mengiringi. ( 12.01 ) Azan zohor berkumandang dan jemaah mendirikan Solat Fardhu Zohor ( 12.12 ) Jemaah mendirikan solat jenazah ( 12.22 ) Jenazah diusung ke dalam van mayat dan kenderaan mula bergerak ke tempat pengebumian jenazah. Sekarang ini masih dalam perjalanan ke sana.

( 12.31 ) Tiba di tanah perkuburan dan jenazah dibawa keluar dari van lalu diusung ke tanah perkuburan ( 12.35 ) Liang lahad dibuka dan jenazah diangkat dari keranda ( 12.37 ) Jenazah dibawa masuk ke dalam liang lahad. Sehingga kini, masih lagi dalam proses menempatkan jenazah di dalam liang.

Sumber Ehsan : Ibnu Ir Fadzil

Berikut adalah gambar ketika solat jenazah berjemaah di Dataran Haiyyu Asyir, Kaherah Mesir:






" SESUNGGUHNYA DARI ALLAH KITA DATANG DAN KEPADANYA KITA KEMBALI"
-peringatan untuk kita yang masih menghidu udara kurniaan Allah..

Gambar2 dari Blog Ustzh Ummul Syabinar

Jenazah akan disolatkan Jam 10 pagi ini di Dataran Rumah Negeri Hayyu Asyir.

0 komen mengomen


Bismillah, Alhamdulillah, Takziah kepada Keluarga Allahyarham Mohd Hafizul Husna bin Salehuddin diatas pemergian Allahyarham ke rahmatullah semalam dan marilah sama-sama kita menyedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan bersama para Syuhada'. Kepada pelajar-pelajar Malaysia yang berkelapangan dijemput untuk Solat jenazah bersa dijangka akan diadakan di Dataran Hayyu Asyir. Ketika ini saya masih lagi di Damanhur dan dalam perjalanan pulang ke Kaherah.




4 APRIL - Yang Dipertua KPIPM, Ustaz Khairul Asyraf bin Mohd Khir memberitahu bahawa pengurusan untuk mengeluarkan jenazah daripada pihak Hospital Zahra mengalami masalah.

"Semua urusan jenazah dan pengebumian akan ditangguhkan esok" katanya.

Kemalangan yang berlaku pada 11.10 pagi tadi, berakhir dengan kematian Allahyarham Muhammad Hafizul Husna bin Salehuddin, mahasiswa Kuliah Bahasa Arab, tahun 3, Universiti al Azhar, Kaherah.

Sehingga jam 7 malam tadi, tasrih daripada pihak polis untuk mengeluarkan jenazah masih lagi belum dapat dikeluarkan, menyebabkan ia terpaksa ditangguhkan esok.

Selepas maghrib tadi, di Wisma Darul Ridzuan telah diadakan Majlis Bacaan Yassin dengan dikendalikan oleh Ustaz Ibnu Abbas bin Azizuddin, Ketua Biro Dakwah dan Tarbiah.

Pada jam 9 malam, beberapa orang saksi telah dipanggil oleh Yang Dipertua KPIPM, Ustaz Khairul Asyraf bin Mohd Khir untuk pihak persatuan membuat laporan, untuk diserahkan ke Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir dan Jabatan Pendaftaran Malaysia.

Sumber KPIPM

Pelajar Perak Meninggal Dunia Akibat Kemalangan Di Mesir

0 komen mengomen
Bismillah, walhamdulillah.

Assalamualaikum w.b.t.

Saya sedang mengikuti Simposium Keilmuan Damanhur (SKEDA) 2010 ketika ini. Dan berita yang diterima daripada Al-Fadhil Ust Mohd Mujahid bin Fadzil yang membentangkan kertas Kerja "Kewujudan Allah" mengkhabarkan berita sedih ini dalam slot pembentangannya. Takziah diucapkan kepada keluarga Mangsa Mohd Hafizul Husna bin Salehuddin. Gambar2 mugnkin tidak dapat saya upload untuk tatapan semua kerana keberadaan saya ketika ini jauh dari Kota Kaherah. Kemungkinan esok sekiranya sempat, saya akan turut serta menyolatkan jenazah InsyaAllah.

Berita dipetik dari Blog Al-Fadhil Ust Mohd Mujahid Fadzil. Ibnu Ir Fadzil

12.15 tengahari Yang Dipertua KPIPM, memberitahu tentang kemalangan yang berlaku di Hayyu Zohor, atau berhampiran dengan Imarah Syurtah. Sebuah motor hancur relai, dan mangsa ketika itu mengalami cedera parah, dan ketika ini ambulan dalam perjalanan ke hospital.

Pada jam 12.45 tadi, telefon berbunyi lagi, mengesahkan bahawa beliau sudah meningggal dunia. Sekarang ini YDP sedang berurusan dengan pihak polis untuk membuat laporan, dan Presiden PMRAM dalam perjalanan untuk menguruskan jenazah.

Antara yang berada di tempat kejadian, Ustaz Muhammad Amin bin Abd Rahman, Timbalan YDP.

Sama-sama kita doakan supaya Roh Allahyarham, Muhammad Hafizul Husna, dirahmati Allah SWT. Sebarang laporan, atau berita yang lebih tepat, sila rujuk dalam web PMRAM dan KPIPM, selepas ini, insya Allah. Sama-sama kita doakan untuk roh Allahyarham.

Jam 3.15 petang : Jenazah yang sedang berada di bawah jagaan pihak hospital, dan belum dimandikan lagi. Ketika ini, pihak KPIPM, Presiden PMRAM dan JPMK sedang berada di Balai Polis untuk membuat laporan terlebih dahulu, bagi mendapat kebenaran untuk mengeluarkan jenazah.

"Insya Allah, setelah selesai semuanya nanti, akan diadakan solat jenazah", kata Ustaz Muhammad Amin bin Abd Rahman kepada saya ketika saya sedang dalam pembentangan.

Solat jenazah masih belum dirancang lagi untuk dilakukan di lokasi mana. Mungkin di dataran, atau tempat yang lebih sesuai, waLlahua'lam. Kita tunggu laporan seterusnya nanti. Insya Allah.

Sekali lagi, saya menghubungi YDP untuk mengetahui perkembangan semasa. Jenazah dikatakan "belum" dibenarkan untuk dikeluarkan daripada Hospital pada hari ini. Surat kebenaran daripada pihak polis masih belum diberikan.

"Mungkin pengebumian dan solat jenazah akan dibuat esok" katanya ringkas. Saya dan isteri sudah pun merancang untuk bergegas ke Kaherah petang ini, insya Allah. Pembentangan di Damanhur telah diselesaikan sepenuhnya. Semoga pembentangan yang bertajuk "Kewujudan Allah" ini memberi manfaat kepada semua.

Saya harap, para sahabat tidak lupa untuk mensedekahkan doa untuk Allahyarham Mohd Hafizul Husna bin Salehuddin, mahasiswa al Azhar Kaherah, kuliah Bahasa Arab.

Diskusi Kitab Ta'lim Mutaallim bersama Ust Azrul

0 komen mengomen

InsyaAllah, sama-samalah kita menjayakan dan berada didalam taman diantara taman-taman Syurga. Dijemput kepada semua Ikhwan dan Akhwat Mesir yang berkelapangan. Moga2 ada manfaat. Sila sebarkan iklan ini. InsyaAllah akan dihantar ke rumah2 negeri.

Ijtima' Usbu'ie, SKEDA, Rumah Sewa & Pergaduhan Di Hayyu Asyir

6 komen mengomen

Ijtima' Usbu'ie Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu.

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, harini dah hari Jumaat, Sayyidul Ayyam. Namun aku masih belum dapat ke Damanhur untuk menyertai Simposium Keilmuan Damanhur (SKEDA) 2010 Menyelusuri Manhaj Pemikiran Imam Yusuf Al-Qardawi. Maaf kepada Ust Muzani yang teringin nak pergi tapi takde teman. InsyaAllah, esok lepas Jumaat kita bertolak kesana yer..

Keterlewatan untuk menyertai itu Atas sebab-sebab beberapa tugasan yang diberi menjelang Muktamar Sanawi PMRAM yang bakal menjelang kurang 2 minggu daripada sekarang. Huhu.. Namun itu baru sedikit jika hendak dibandingkan dengan orang lain yang lebih banyak bekorban untuk Islam.
Halaqah Al-Quran dan Tazkirah.

Ulasan dan kupasan yang cukup bernas daripada Ust Abd Mu'iz.


Teguran dan Muhasabah daripada Ust Ubaidillah. Jazakallahu khairan.



Kesimpulan daripada Ust Kamal Hafizullah.



Dan semalam, Khamis malam Jumaat, berjaya diadakan Perhimpunan Mingguan, Ijtima' Usbu'ie Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu. Alhamdulillah, walaupun tidak ramai yang menyertai Ijtima' kali ini, namun ia diisi sepenuhnya dengan pengisian yang mantap. Kompleks lengang kerana ahli-ahli ramai yang keluar, ada yang mengikuti Rehlah bersama Syeikh Yusri Hafizahullah ke Aswan. Dan lebih ramai sahabat2 yang ke Damanhur untuk menyertai SKEDA. AJKT & HEWI baru pulang dari Jaulah Ke Muhafazah.

Ust Riduan, YDP Terengganu. Walaupun penat baru balik dari jaulah. Tetap sempat bersama menjayakan Ijtima' Usbu'ie.


Sunyi sepi, namun tugas yang diberi tidak berhenti. Sentiasa ada.. Perlu bahagi masa dengan lebih sistematik. Imtihan bakal menjelang tidak lama lagi. Masih banyak yang belum dibaca dan difahami. Allahuakbar.. Moga semangat itu kembali menyegarkan diri.

Masa sembang2 bersama Dr. Azhan. Ketua Perubatan Tanta. Tiba-tiba dia tanya soalan. Camne Ust Amin boleh duduk kat Kompleks KPT ni? Huhu.. Soalan maut, kalau dengan orang lain selamber jer jawab, biasa la tu. Sebab belajar kat Terengganu lama tanpa ada sebarang rasa bersalah. Tapi bila dengan Dr Azhan, rasa malu lah plak. Baru sedar yang aku ni menumpang jer, huhu.. Dahla tak daftar pun sebab bukan anak Terengganu dan tak Iystirak lagi..

Dalam semakan daftar pemilih chek nama ada kat negeri Selangor. huhu..

Nak cari rumah sewa la. Dr. Afuza, rumah enta ada kosong lagi tak. Ana nak join.. Huhu.. Tak malu betul.. Tapi itu yang sepatutnya. Buat sementara waktu ni merempat dulu la kat KPT. Kua3..

Nak duduk rumah Johor kat Rab'ah jauh sangat dan tak berapa kenal. Cuma ada sorang kawan lama masa sekolah rendah. Ana ni ok jer duduk mana-mana pun. Cuma hati ni lagi best duduk kat Terengganu. Ramai kawan2 dan suka dengan biah solehah kat sini. Tambahan Dekat dengan kelas Syeikh Yusri, Habib Zain, dan banyak kelas tutorial.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Selepas Isya' tadi, tengah sembang dengan Ust Ubai & Abg HAlim, tiba-tiba riuh rendah kat Dataran Rumah Negeri Hayyu Asyir, rasanya macam ada orang gaduh jer. Cepat2 tengok dari tingkap. Memang sah ada org gaduh.

(Budak arab yang mengamuk tu dalam bulatan merah)

Cepat2 turun bawah, kebetulan kamera ada ditangan. Snap beberapa gambar kejadian. Dan hasilnya kena tengking dengan budak arab tuh.. Sabar je la. Orang tengah marah jangan dilawan dengan marah. Sebaiknya lawan ia dengan kelembutan. Keras dengan keras bisa patah. Namun sebaliknya.

Kesnya, seorang Ust menegur budak2 arab (usia belasan, mungkin 20-an berdasar raut wajah dan perangai mereka) yang main di dataran. Sudah banyak kali kami larang agar tidak bermain disitu kerana mengganggu mereka yang makan di Mat'am Selangor dan menganggu ketenteraman pelajar-pelajar waktu malam. Lalu budak arab itu tolak Ust tadi. Andaian aku mungkin terjadi sedikit tolak-menolak dan mungkin bergaduh. Maka budak arab tu buat kecoh nak bertumbuk.
Ust yang cuba dilarikan, namun dihalang oleh sahabat2 yang berada ditempat kejadian.

Lalu, ramai pelajar-pelajar Malaysia yang berada berhampiran cuba meleraikan. Dan setelah berlaku pertenkaran mulut dan jalan diplomasi, tidak juga berhasil. Budak arab tu tetap nak mengamuk jugak. Hasilnya berlaku pergelutan antara arab dengan ust2.

Pelajar2 Malaysia mengejar mereka sampai ke sebelah belakang rumah Pahang.

Budak2 arab ni nak bertumbuk jugak dengan USt tu. Tapi dihalang oleh kami. Setelah kami mengepung mereka, akhirnya mereka lari dan beralah jugak. Tensyen betul.. Dah main kat tempat orang, nak berlagak plak.

Masih belum selesai namun pertengkaran semakin surut dan cuba dileraikan.

Nasib baik la ni negara diorang, malas nak cari pasal dengan arab. Bergaduh ni tak selesai urusan, makin panjang ada la. Sabda nabi s.a.w. "Lelaki yang paling kuat adalah mereka yang mampu menahan rasa marahnya." Wallahua'lam. Aku ni slalu emosional gak.. Huhu..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers