Pembetulan Malam ini : Majlis Ramah Mesra Bersama Calon BP PMRAM di Rumah Terengganu.

0 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t.

InsyaAllah malam ini jam 8.00 malam bertempat di Dewan Seri Iman, Asrama Darul Iman, akan berlangsungnya Majlis Ramah Mesra bersama Calon-calon Badan Pengurus PMRAM sesi 2010/11 yang akan bertanding pada Pilihanraya Umum PMRAM sempena Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-77 nanti.

Mereka yang dijadualkan akan hadir pada malam ini adalah Bakal Presiden Ust Syahrizan b Mohd Hazimi. Calon BP Ust Solehuddin Mohd Safien (Terengganu), Ust Ahmad Huzaifah Fauzi (Syoubra/Kelantan), Ust Syeikh Muhd Mujahid (Syoubra/Pahang), Ust Mohd Al-Hidayat (Johor), Ust Firdauz (Johor)

Semua ahli yang berkelapangan dijemput hadir untuk memeriahkan acara dan bersoal jawab bersama calon-calon BP PMRAM. Minuman disediakan. Sila sebarkan kepada sahabat-sahabiah.

External Hardisk Untuk Dijual

0 komen mengomen


Assalamualaikum w.b.t.

Ada sahabat ana nak jual External Hardisk dia. Baru pakai 4 bulan. Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk membeli, bolehlah berhubung dan berunding berkenaan harga (Ust Aiman di +20117595681). Sekian untuk makluman.



Jenis : External Hardisk aData Nobility NH92 beserta sarung.
Warna : Biru muda.
Kapasiti : 320 Giga
Harga ditawarkan : LE400 (boleh runding)
Penghantaran akan dibuat terus kerumah pembeli.
Cable : 2.0
Sasaran : Sekitar Kaherah, Mesir. (Muhafazah atas budi bicara, InsyaAllah boleh dirunding)
Bayaran : Tunai
Kualiti : Dijamin baik



Gambar2 Semasa Solat Jenazah Allahyarham Ust Mohd Hafizul Husna Salehuddin

0 komen mengomen

Al-Fatihah buat Allahyarham Ust Mohd Hafizul Husna bin Salehuddin


Sahabat handai yang tiba awal menanti ketibaan jenazah.


Sementara menunggu ketibaan jenazah.


Pelajar-pelajar Malaysia memenuhi perkarangan dataran rumah negeri.


Ketibaan Van Jenazah.


Jenazah diusung ke Dataran.


Jenazah diletakkan dihadapan untuk disolatkan.


Ust Zulkifli Din, Pegawai Atase Malaysian Student Department, mengimamkan solat jenazah.


Jemaah membetulkan saf sebelum memulakan solat.


Jenazah diusung kembali ke van jenazah.


Jenazah diberi penghormatan terakhir oleh sahabat handai sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Hayyu Asyir.

Terima kasih kepada sahabat ana,Ust Abd Mu'iz Azhar atas kesudian mengambil gambar semasa proses menyembahyangkan jenazah. Ana ketika solat ini dilaksanakan masih berada di Damanhur kerana menghadiri jemputan seorang Ust disana selepas menyertai Simposium Keilmuan Damanhur (SKEDA) 2010. Waktu senja baru tiba di Hayyu Asyir. Takziah buat keluarga dan sahabat handai Allahyarham Mohd Hafizul Husna b Salehuddin. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempat dikalangan para syuhada'. Aminn.. Al-Fatihah.

Tahniah! Laman Web InfoKPT Sudah Berwajah Baru

0 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t.

Untuk makluman semua, Laman Rasmi Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu iaitu InfoKPT kini telah berwajah baru, lebih ceria dan segar serta mudah untuk digunakan oleh ahli-ahli khususnya dan untuk pembaca sekalian. Jadi untuk sebarang makluman terbaru atau info tentang KPT bolehlah melayari InfoKPT.com.

Tahniah diucapkan kepada Biro Informasi & Penebitan KPT dibawah seliaan Exco BIP. Ust Farezuan Mat Azahar dan orang penting yang bertanggungjawab menyelia iaitu Ust Mohd Nasiruddin dan seluruh AJK BIP antaranya Ust Abdullah Amir, Ust Bukhari kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi melancarkan pergerakan BIP KPT.

Laman Utama yang lebih kemas dan ceria. Terdapat video2 pilihan.

Disertakan juga link untuk Facebook KPT.


Berita-berita dipaparkan secara thumbail dan mudah untuk dibaca.

Selamat Hari Lahir Ibu Tercinta &Terima Kasih Kpd Ust Fahmi

0 komen mengomen

Alhamdulillah, semalam masa ibu transit di Kaherah dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dari Jeddah tepat jam 12.00 tengah malam 4/4/2010 sempat menelefon ana menerusi handset Ust Mohd Fahmi bin Yusof @ My Fahmi yang baik hati menelefon ana yang kebetulan satu kapal terbang dengan ibunda & ayahnada tercinta.

Grrrr... Handset bergetar, bergetar jugak jantung nih.. Haih, Tetamu Allah call tengah2 malam, dah sampai cairo la tu. Nasib baik Handset ana yang dah nazak tu hidup lagi, dari semalam tak boleh cas, dan hari ni terus meninggal tak bernyawea lagi. Huhu.. kena beli handset baru la nampaknya.


Inilah orangnyer.. USt Fahmi yang sentiasa tersenyum..

"Assalamualaikum Ust Amin.." Dah bleh bayang senyum lebar beliau yang murah.

"Waalaikumsalam w.b.t. habibullah Ust pami, ape habaq? Dah sampai cairo ka?" Ceh, cakap dalam loghat Penang, sebab beliau orang Penang, baru jer beberapa bulan pulang ke Malaysia selepas menamatkan BA Usuluddin di Universiti Al-Azhar.

Belum sempat berehat2 dah dipanggil untuk menjadi mutawif dan pengiring trip umrah pulak, yang kebetulan sama dengan perjalanan trip ibu dan yang yang singgah 3 Hari di Kaherah untuk tujuan ziarah.

"Alhamdulillah, baru sampai ni. Enta apa khabar?" balas Ust Fahmi.

"Alhamdulillah, jadi ada la dengan mak ayah ana?" Hehe.. Rindu la tu..

"Hehe.. Ni yang ana call enta ni, ayah enta ada sebelah ana, jap ana bagi kat dia."

Maka berlakulah perbualan diantar ana dan ayah. Hehe..

"Assalamualaikum ayah, baru sampai ke? Sihat semua?" Sengaja bertanya.. hehe..

"Waalaikumsalam, alhamdulillah, baru sampai, ibu pun ada kat sebelah ni. Barang yang awak dengan Aiman kirim ada dengan Mak Ndak, nanti apa2 call dia la."

"Ok, insyaAllah."

"Nak cakap dengan ibu ke? Kejap2" Terus bagi kat ibu tanpa menunggu jawapan.

"Assalamualaikum ibu, sihat?" Hehe..

"Alhamdulillah sihat jer, jubah ada dengan Mak Ndak, nanti ambil tau. Apa2 call la."

"Ok, InsyaAllah, selamat jalan la bu, jaga diri baik2."

"Ok la, takleh cakap lama2, takut abis kredit kawan awak nih. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam bu." Huhu.. tak sempat nak cakap panjang dan ucap selamat hari jadi. Wuu...~~

Buat Hajah Norizah Bte Haron, Ratu Hati Kesayanganku.. Semoga Allah panjangkan umurmu dan murahkan rezekimu. Kurniakan kesihatan, kebahgiaan dan rahmat hingga ke akhir hayat. Anakanda mohon jutaan kemaafan atas segala salah silap selama ibu menjaga amin hingga ke hari ini dan akan datang. Terima kasih yang tidak terhingga juga amin ucapkan, jasa ibu tak dapat amin balas dengan apa-apa nilaian di atas muka bumi ini.

Semoga Allah akan membalasnya dengan sebaik-baik pembalasan dan amin janji akan jadi anak yang soleh buat ibu dan ayah. Doakan perjalanan hidup amin kat sini baik2 semuanya dan dipermudahkan Allah. Kenangan kita bersama di Mesir takkan amin lupakan.

Amin sayang sangat2 kat Ibu dengan Ayah.. Semoga keluarga kita akan kekal bahagia hingga ke alam akhirat. InsyaAllah.

3 April 2010
Salam Sayang dan rindu dari anakmu di Bumi Anbiya'.
Muhammad Al-Amin bin Salleh,
Kuliah Syariah Islamiah,
Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers