Imanku Telah Mati

2 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillahirrabbilalamin, Hmm..

Handset saya yang saya gunakan atau namanya MyIman telahpun rosak dan meninggal dunia tidak berherak lagi hampir sebulan lalu. Huhu.. Sedekahkan duit untuk tuan beliau membeli handset baru. Wuhuu.. Jadi, kepada mana-mana yang menghantar Sistem pesanan ringkas (SMS) tidak berbalas, telefon tidak berbunyi. itu tandanya handset saya telah nazak.

http://1.bp.blogspot.com/_Ha7j6dhpIb0/Sl8xLBQvwnI/AAAAAAAAAJg/DIvh1wwLxu8/s400/myiman6-cam.jpg

Yang ada sekarang ni pun, pinjam orang punyer. Mujurlah ada walaupun keypad nombor 5 tidak berfungsi. Bermakna huruf JKL5 tidak berfungsi. Maaf kepada mereka-mereka yang menghantar mesej, bukan taknak jawab salam. Tapi ayat jadi tak cukup sifat. Jika saya jawab ia akan menjadi Sa_am dan begitu juga perkataan yang mengandungi huruf-huruf tersebut.

http://www.mobile-review.com/review/image/sonyeric/k550i/pic02.jpg

Dan kepada yang membuat miscall, maaf sekali lagi kerana handset yang ada ini tidak dapat mengesan siapakah yang membuat panggilan hangit tersebut. huhu.. Tak tahulah apa masalahnya. Tunggulah ye, kalau ada rezeki, dapat la handset baru. Mana la tahu, ada orang nak hadiahkan. Hehe..

http://2.bp.blogspot.com/_Ha7j6dhpIb0/Sl8wvmQ6C3I/AAAAAAAAAJY/kGvPz3ISnh4/s400/myiman7-usb.jpg
Arwah Handsetku..

Arwah Handset lama saya dulu boleh Dwi Simcard, bermakna sebelum ini saya On Simcard Celcom dan Etisalat. Maka, dengan pemergian handset tersebut, saya hanya dapat mengaktifkan simkad Etisalat sahaja. Huhu.. Dan dengan itu, bermakna no telefon sahabat2 telah hilang dari pandangan. Kepada sahabat yang membaca posting ini, sila email no anda ke aminislamic@yahoo.com @ boleh komen terus diposting ini. InsyaAllah, no anda tidak akan tersebar luas kerana komen disini perlu di approve oleh Admin sebelum disiarkan. Sekian, harap Maklum.

Lagi kes Terbaru Melibatkan Akhowat Malaysia

0 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum wbt.

Hayyu Asyir, Keselamatan pelajar Malaysia terutama akhowat semakin terancam. Kes terbaru berlaku petang tadi menjadi bukti bahawa keselamatan pelajar Malaysia terutamanya Akhowat perlu diperketatkan.

Dalam entri sebelum ini sudah saya perkatakan, Ilmu pertama yang perlu dipelajari oleh Akhowat kita ialah Menjerit, Menumbuk dan Menyepak. Jika disiang hari akhowat boleh diperlakukan sedemikian, maka pada waktu malam lebih-lebih lagi. Kejadian berlaku hampir dengan rumah akhowat tersebut. Hish.. nasib baik tak sempat nak kejar. Kalau tidak nahaslah kena kerjakan.

Atas inisiatif agak pantas, Akhowat tersebut telah menelefon Unit Hisbah untuk tindakan lanjut sejurus beberapa saat selepas berlaku kejadian. Beberapa orang Ikhwah yang mendapat makluman terus bertindak mencari remaja terbabit. Namun, mungkin agak terlambat untuk mengejar penjenayah tersebut atas sedikit kelewatan maklumat. Andai saja, Akhowat tersebut menjerit, mungkin penjenayah tersebut sudah dapat ditangkap. Kerana kawasan tempat kejadian, kawasan yang ramai orang.

Saranan saya, walaupun disiang hari. Elakkan berjalan sendirian. Saya ingatkan selagi lagi, jangan perkara yang sama berlaku seperti Akhowat Indonesia baru-baru ini. Di harap kepada semua mahasiswi lebih berhati2 dlm perjalanan. Hubungi pihak yang terbabit seandai berlaku sebarang perkara yang tidak di ingini. Hargai keselamatan dan maruah anda. Ketua Operasi HISBAH PMRAM. 010-3799695


Isu Pelajar Azhar Cawangan2 Dipaksa Pindah Ke Kaherah! Satu Isu yang perlu ditangani bersama!

0 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t.

Baru-baru ini timbul isu yang cukup panas dikalangan Mahasiswa/wi Al-Azhar, terutama mereka yang berada di cawangan (Tanta, Zagazig, Mansurah, Alex, Syibin El-Kom, Dumyat, Damanhur) di mana mereka dipaksa untuk berpindah ke Kaherah tanpa sebarang sebab musabab dan penerangan yang jelas berkaitan isu ini.

Saya hampir saja menitiskan air mata bila menonton video Muktamar Wafidin di Mansurah baru-baru ini. Dimana, tiada penyelesaian yang terbaik berjaya dicapai. Seolah-olah Muktamar itu hanya untuk memperbodohkan Mahasiswa Al-Azhar terutama Pengajian Islam bilamana mereka yang bertanggungjawab hanya mengulas tentang pentingnya menguasai bahasa arab fushah dan perkara yang berkaitan dengan pelajaran.

Sedangkan pelajar-pelajar yang hadir adalah untuk mengetahui sebab sebenar mengapa mereka dipindahkan..



Saya melihat bahawa terdapatnya tangan-tangan ghaib dibelakang isu ini dan beberapa perkara yang pelik untuk kita fikirkan bersama.

Pertamanya mengapa secara tiba-tiba seluruh wafidin (Pelajar asing) dipindahkan secara mendadak tanpa dilakukan perbincangan denga para pelajar?

Kedua dimana pelajar ini mahu ditempatkan? Kerana tempat/bangunan kuliah yang sedia ada sudah padat dengan jumlah pelajar Kaherah sahaja.

Ketiga Ia melibatkan seluruh pelajar asing termasuklah Malaysia. Bermakna ia melibatkan jumlah yang besar. Cuba bayangkan pelajar Malaysia di semua cawangan sahaja berjumlah hampir 9000 orang. Belum ditambah dengan pelajar-pelajar dari negara lain. Jika dipindahkan ke Kaherah, ini bakal mencetuskan satu kejutan buat mereka dan pelajar-pelajar di Kaherah kerana suasana pembelajaran, qarar dan sistem di Kaherah dan Muhafazah berbeza.

Keempat Sara hidup yang tinggi. Di Kaherah sara hidup sangat tinggi berbanding di Muhafazah. Jika sewa di Kaherah sewa sebuah rumah sekitar 700-1000 sebulan. Berbanding Di Muhafazah yang baru mencecah 300-450 sebulan. Bermakna pelajar ini perlu menyediakan perbelanjaan sekali ganda daripada perbelanjaan biasa. Ini sudah tentu menyukarkan mereka untuk meneruskan pembelajaran disini.

Kelima Kos yang besar terutama Mutazawwijin. (Mereka yang sudah berkahwin). Perlu diketahui bahawa bukan pelajar Malaysia sahaja ada yang sudah berkahwin, tetapi pelajar dari negara lain juga ramai yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Maka mereka akan mengalami kesukaran dan kos yang besar untuk berpindah dari Muhafazah ke Kaherah.

Kesukaran mencari rumah sewa Di Kaherah, bagi pelajar-pelajar yang datang secara persendirian/ejen biasanya akan tinggal dirumah-rumah sewa. Dengan situasi yang sedia ada sekarang pun, amat sukar untuk menemukan rumah sewa yang murah dan berpatutan. Maka lebih-lebih dan teramat sukar bagi pelajar dari muhafazah yang jumlahnya ribuan orang.

Peningkatan masalah Hisbah di Muhafazah. Bila semua Pelajar Pengajian Islam dipindahkan ke Kaherah, bermakna PMRAM di Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) yang kebanyakkannya dipimpin oleh pelajar Pengajian Islam akan lumpuh dan lemah. Maka, peratusan masalah sosial dan Hisbah yang sekarang ini sudah dianggap kritikal akan bertambah parah dengan lambakkan dan kebanjiran pelajar Perubatan. Bukanlah saya mahu menuduh dan melabel Pelajar Perubatan. Maafkan saya, namun itulah hakikat pahit yang wujud hari ini.


Mungkin banyak lagi sudut dan skop yang boleh kita lihat namun terlepas dari pandangan. Jadi marilah sama-samalah kita doakan dan adakan solat hajat bagi mengelakkan saudara dan sahabat-sahabiah kita daripada dipindahkan ke Kaherah. Kepada sahabat2 di Muhafazah, terutamanya Mansurah. Tunjukkan pendirian kamu demi mempertahankan Al-Azhar dari dilemahkan oleh musuh-musuh Islam.

Kemungkinan esok akan diadakan lagi Muktamar Wafidin sambungan daripada yang lepas.

Untuk Maklumat Berkenaan Isu ini boleh lawati blog Al-Jauhary dan dibawah ini artikel atau ulasan yang saya ambil dari Blog Ust Adham.


Mahasiswa/wi Al-Azhar yang hadir

Amid-amid dan wakil-wakil kuliyyah





Firman Allah SWT:

وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَڪُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. (113)


[HUD:113]


Bagi pendirian kebanyakan mahasiswa/wi Malaysia di Mansurah amat menentang keras dengan isu ini. Kerana isu ini akan menimbulkan permasalahan yang cukup besar pada masa akan datang. Antara faktor yang disepakati kebanyakan mahasiswa/wi :

1) Ekonomi dan penempatan.

Bagi mahasiswa/wi Melayu di Al Azhar Mansurah terdapat lebih kurang 27 pasangan yang telah berkhawin. Keadaan ini tentu akan bersangkut paut dengan permasalahan ekonomi dan penempatan. Bagi mahasiswa/wi yang belum mendirikan rumah tangga tentu permasalahan ini boleh ditangani walaupun terdapat sedikit kepahitan. Bagi mereka yang sudah berumahtangga ini merupakan cabaran yang terbesar terhadap mereka. Selain itu , sebahagian mahasiswa/wi Al Azhar tidak mendapat bantuan kewangan yang kukuh dan stabil. Kebanyakan dari mereka hanya mengharap saluran kewangan dari ibubapa.

Selain itu, penempatan yang sukar diperolehi di Kaherah serta mahal dan akan memberi masalah yang besar kepada rumah-rumah negeri dan Badan Kebajikan Anak Negeri kerana isu perpindahan ini bukan hanya berlaku kepada muhafazah (cawangan) Mansurah sahaja tetapi di seluruh 7 muhafazah yang lain yang terdapat mahasiswa/wi Melayu Al Azhar. Kaherah akan padat dengan pelajar wafidin (luar negara) dari seluruh dunia

2)Silibus dan Takhasus

Sebelum ini mahasiswa/wi wafidin (luar negara) Al Azhar diberikan pilihan untuk mengikuti bentuk takhasus (fakulti) yang di tawarkan . Seperti Fakulti Bahasa Arab, Fakulti Usuludin dan Fakulti Syariah . Di dalam cabang Fakulti Usuludin terdapat beberapa takhasus, seperti Aqidah Falsafah, Dakwah, Hadis serta Tafsir. Mengikut maklumat yang diperolehi. Perpindahan semua mahasiswa/wi wafidin (luar negara) untuk ditempatkan di satu fakulti akan menjejaskan sistem pembelajaran dan tiada pilihan bagi mengikuti bidang yang diminati.

Silibus pembalajaran akan berubah. Bagi mereka yang berada di tahun 4 pengajian , bagaimana nasib mereka? Adakah mereka terpaksa memulakan pembelajaran mereka dari mula?

3) Qiraat di Mansurah

Mansurah adalah satu-satunya tempat yang terdapat pelajar qiraat bagi mahasiswi . Jika perpindahan pengajian ini diteruskan , akan memberi kesan dalam isu keselamatan . Selama ini kes kecurian dan pecah rumah kerap berlaku.

Maka pihak pengurusan Al Azhar Mansurah telah mengadakan Majlis Muktamar Wafidin bagi menjelaskan isu ini. Antara pihak pengurusan yang hadir :

1- Amid Kuliyyah Ususludin dan Dakwah Universiti Al Azhar Mansurah
2- Amid Kuliyyah Bahasa Arab Universiti Al Azhar Mansurah
3- Amid Kuliyyah Dirasat Dan Islamiyyah Dan Bahasa Arab (Mahasisiwi)
4- Semua Wakil Kuliyyah
5- Rais Syuun Wafidin
6- Mudir Tahrir
7- Doktor dan Doktorah

Hari ini amat menggemparkan apabila Muktamar Wafidin yang berlangsung dengan penuh panas. Namun apa yang saya mahu ulas di sini setelah mana selesai Muktamar Wafidin tadi, saya sempat bertanya pandangan dari salah seorang Rais Qisim Lughah Al-Arabiyah iaitu Al-Fadhil Al-Ustaz Doktor Syaikh Ali Luqom.

Di mana beliau menampakkan kekecewaan pada Muktamar ini. Dan sempat saya mendengar ungkapan beliau: "Saya tidak redha dengan mujtama' hari ini, jika berlaku perpindahan lebih baik kamu semua pulang ke Malaysia, sebab mereka ini tidak mahukan Islam". Namun beliau sempat mencadangkan kepada kami Wafidin supaya berpakat dengan semua furuk Muhafazah berkerjasama menyatakan pandangan dengan menghantar surat kepada Rais Al-Azhar untuk menyatakan bantahan.

Sebelum itu saya tergamam dengan kalam Amid Kuliyah Usuluddin Wad Da'wah iaitu Al-Fadhil Al-Ustaz Doktor Ismail Hammad dalam ucapannya yang menyatakan: "Saya harap pelajar-pelajar Usuluddin ada di sini untuk menyatakan hak kamu. Dan harap Wafidin harus bergaul dengan masyarakat arab Mesir supaya dapat menguasai Bahasa Arab dengan baik dan kemudian bahasa ini boleh di bawa balik ke tempat kamu".

Begitu juga Wakil Amid Kuliyah Al-Lughah Al-Arabiyah Al-Fadhil Al-Ustaz Mun'im juga secara jelas menyatakan ketidaksetujuan beliau.

Namun apa yang menyedihkan apabila Ustaz Usman Al-Amani yang hanya dapat bercakap sedikit setelah mana pembesar suara yang dipegangnya dirampas. Termasuk beberapa persoalannya yang tidak dapat penjelasan yang jelas oleh pihak Rais Syuun Wafidin apabila ditanya tentang siapakah yang menetapkan Qarar perpindahan ini dan apakah puncanya?

Apa yang pasti Ustaz Usman Al-Amani salah seorang wakil Malaysia yang dapat bercakap menunjukkan pendirian kami yang enggan berpindah kerana kami begitu puas hati dengan pembelajaran di Universiti Al-Azhar As-Syarif cawangan Mansurah. Juga rampasan pembesar suara oleh seorang lelaki Mesir yang tidak dikenali ketika mana seorang rakan kita dari Senegal sedang bercakap. Beliau sempat menyatakan tentang ketenangan yang kami rasai belajar di sini sebelum rampasan alat pembesar suara dibuat. Dan pada masa yang sama seluruh wafidin mengetuk-ngetuk meja ketika itu. Dan senantiasa bertepuk tangan menyokong 2 orang wakil Wafidin Malaysia dan Senegal.

Saya di antara orang yang ingin menyatakan pandangan, tetapi saya dijelaskan oleh pihak pengurusan yang ada di situ supaya cukup untuk seorang sahaja pelajar kamu bercakap. Setelah Al-Fadhil Ustaz Usman selesai bercakap, tiba-tiba beliau ditegur oleh pihak pengurusan di situ bahawa pihak kita tidak ada adab dalam bercakap.

Apa yang pasti kita mempunyai peluang lagi pada hari Selasa ini. Mungkin peluang yang tipis. Namun kebebasan suara kita di Al-Azhar mesti ada. Terima kasih kepada para ahli DPMM semua yang dapat sama-sama menunjukkan pendirian kita semua. Waallahu'alam.

Sumber : Blog Ust Adham


Kejohanan Futsal Inter Usrah & Musyrif

1 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, Sabtu lepas berjaya jugak memperbaharui visa setelah tertangguh selama dua bulan dari tarikh ia ditaqdimkan. Huhu.. Tak sedar, kejap je masa berlalu. Imtihan pun semakin dekat, tinggal sebulan saje lagi. Ala kulli hal, semangat semakin pulih untuk mengorak langkah menuntut ilmu. Selepas maghrib semalam, sempat mengikuti taklimat Musyrif, dan ianya sebagai satu panduan kepada Musyrif bagaimana untuk melaksanakan tanggungjawab dengan baik. Hadaf utama seorang Musyrif adalah untuk menjaga keselamatan Akhowat serta mengelakkan berlakunya Ikhtilat (pergaulan bebas Ikhwah dan Akhowat)


Peserta berkumpul didataran untuk mendengar taklimat sebelum permainan.

Setelah beberapa kejadian buruk yang berlaku melibatkan akhowat, maka peranan Musyrif perlu ditingkatkan bagi mengelakkan masalah ini berulang. Pelbagai tips dan panduan telah diberikan. Namun perlu diingat bahawa, Musyrif bukanlah satu bentuk kongkongan tetapi sebagai satu langkah pencegahan daripada berlakunya Ikhtilat dan kejadian yang tidak diingini.

Dan ia bukanlah satu lesen untuk akhowat lebih kerap keluar, kerana tujuan utama diadakah sistem musyrif adalah untuk keadaan yang darurah (sangat memerlukan) sebagai contoh, ada pelajar akhowat yang baru tiba dari Muhafazah lewat senja di Ramsis, setelah tidak dapat mengelakkan untuk balik lebih awal, maka menjadi tanggungjawab seorang musyrif untuk memastikan mereka selamat pulang ke destinasi yang dituju.

Juga untuk tujuan-tujuan penting seperti ingin ke kelas pengajian pada waktu malam, maka ia termasuk dibawah bidang tugas seorang musyrif. Antara garis panduan yang diberikan ialah, Musyrif hendaklah mereka-mereka yang dilantik oleh BKAN masing-masing. Tidak boleh memilih Musyrif yang mereka suka kerana jadual telah disediakan, ini untuk mengelakkan timbulnya fitnah. Yela, kalau dah main pilih-pilih mesti ada sesuatu yang tak kena kan.

Berbaris mengikut Usrah masing-masing.

Antara persoalan yang ditimbulkan juga adalah berkaitan kekerapan akhowat keluar dan keadaan yang menyulitkan musyrif sebagai contoh, ada akhowat yang ingin pulang daripada ARMA untuk ke BKAN mereka pada waktu malam seorang diri. Keadaan ini sekiranya tidak dapat dielakkan dan akhowat tersebut perlu pulang juga malam itu tidak menjadi masaalah. Tetapi sekiranya boleh bermalam disana dan tidak ada darurat untuk pulang segera baik sekiranya ia ditunda ke esok pagi. Kerana etika seorang musyrif tidak boleh berdua-duaan. Iaitu Seorang musyrif dan seorang akhowat. Maka tidak dapat tidak musyrif perlu membawa 2 orang akhowat untuk mengambil akhowat tadi bagi untuk mengelakkan daripada masalah tadi.

Semalam, sempena cuti Tahrir Sinai, KPT melalui Biro Dakwah telah menganjurkan Kejohanan Futsal Inter Usrah. Sangat seronok tapi penat. Walaupun permainan hanya 10 minit setiap perlawanan, tetapi menyeronokkan. Lawak jugak bila tengok orang yang tak rajin main bola bermain, huhu..

Ust Ucop sedang menyampaikan tazkirah ringkas.

Setiap kumpulan perlu menyempurnakan 4 perlawanan. Dan Alhamdulillah semua berjaya walaupun tidak semua menang. Huhu.. Kumpulan aku la tu, Kalah 3 perlawan, seri 1. Hua3.. Dan Kejohanan ini juga diselitkan dengan sesi tazkirah oleh Badan Pengurus Angkat Terengganu, Ust Yusuf (Ucop).

Alhamdulillah, walaupun ringkas dan sekejap cuba membekas dijiwa, menaikkan semangat untuk terus belajar. Kata beliau "Imtihan ini adalah untuk melihat, adakah kita betul-betul melaksanakan amanah dan tanggungjawab kita sebagai penuntut ilmu. Juga amanah ibu bapa kita yang hantar kita ke Mesir."

Fuh, walaupun selamber tapi memang terkesan. Saya belum sempat mengenali siapa beliau, dan inilah kali pertama saya mendengar ucapan beliau. Huhu.. Bertuah Terengganu dapat BP Angkat Ust Ucop. Alhamdulillah..





Sesi regakan/streching.



Nama-nama Kumpulan.

Jadual perlawanan.

Tiga abang Botak. (^_^)

Bergambar dulu sebelum bermain.

Mengambil sepakan kedalam.

Tendangan menarik dari Ust Tengku Khairul Idham.

Gaya seorang Pengurus yang sememangnya kurus..

Main pun pakai kopiah jugak ke? huhu.. (^_^)

Peserta perlawan akhir.

Tendangan maut daripada Ust Halim Zakaria kite..


Exco Dakwah KPT. Ust Abdul Mannan.

YDP. Ust Riduan.

Turut bermain sebagai pemain simpanan, budak comel Aisya Nurul Ain.

Videoman KPT, Ust Abdullah Amir

Abg Ballack @ Abg Botak? hehe.. (^_^)

Ust Amir & Dr. Fahmi

Ust Ucop menyampaikan tazkirah.

Terkini dari PRK Hulu Selangor

0 komen mengomen
Hulu S'gor: 57 peratus mengundi sehingga jam 1
Apr 25, 10 8:18am
Jumlah pengundi: 64,500 - Melayu (34,020 - 52.7%), Cina (16,964 - 26.3%), India (12,453 - 19.3%), Orang Asli (1,000). [Klik 'Refresh' atau 'Reload' untuk mendapat maklumat terkini]

GALERI FOTO


Proses mengundi pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor bermula sebaik sahaja 48 pusat mengundi dengan 136 saluran dibuka di 47 sekolah dan dewan masyarakat mulai jam 8 pagi ini.

1.30 tengahari:Sehingga jam 1 tengahari ini, 56.82 peratus atau 36,650 sudah keluar mengundi.

12.42tengahari: Pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor berjalan lancar sehingga kini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.

12.30pm: Menurut petugas PKR, di Sekolah Kebangsaan Hulu Yam Baru, 765 daripada 1,749 pemilih telah keluar mengundi.

Manakala anggota polis ditempatkan mengawal di antara penyokong PKR dan BN.

Penyokong BN, sebahagian besarnya terdiri daripada remaja Melayu, India dan Cina, melaungkan "kaki judi" "lumba kuda" - merujuk kepada calon PKR.

12.30 tengahari: Sehingga jam 12 tengahari ini, 49.4 peratus atau 31,632 sudah keluar mengundi.

12.05tengahari: Menteri Besar Selangor, Tan Seri Khalid Ibrahim melawat pusat mengundi di Sekolah Rendah Agama Hulu Bernam. Penyokong PKR menyambut beliau dengan laungan "Reformasi", manakala Pemuda Umno melaungkan "tauke babi)". Penyokong PKR membalas dengan laungan "Altantuya" dan "rasuah".

12 tengahari: Exco Selangor, Elizabeth Wong mengesahkan 'halangan' di dua kampung Orang Asli telah dibuang selepas jam 3 pagi tadi, setelah laporan polis dibuat mengenainya.

11.53pagi: Menurut petugas PKR, pondok maklumat parti itu di SRJK (C) Khing Ming di robohkkan oleh SPR.

11.48pagi: P Kamalanathan dan isteri S Shobana melawat Sekolah Kebangsaan Ulu Yam Baru.

11.30pagi: Menurut SPR, sehingga jam 11 pagi tadi, 38.21 peratus atau 24,645 sudah keluar mengundi.

Menurut petugas PKR, kadar pengundian di Sekolah Agama Serendah setakat ini kira-kira 25 peratus daripada 1,898 pengundi.

Terdapat juga laporan mengenai pengundi, terutama warga emas, yang pergi ke pusat pengundian yang salah kerana tidak tahu yang nama mereka telah dipindah ke tempat lain.

Warga emas yang pergi ke SRJK (C) khususnya, tidak tahu yang nama mereka telah dipindahkan ke pusat mengundi yang lain dalam daerah mengundi Kampung Baharu Serendah.

Seorang warga emas yang pergi ke Sekolah Agama Serendah medapati namanya didaftar mengundi di SRJK (C) Serendah.

11.15pagi: Berlaku ketegangan di luar Sekolah Rendah Agama Hulu Bernam selepas anggota Pemuda Umno membaling satu objek ke arah penyokong PKR. Ketegangan itu reda selepas trak polis diletakkan di tengah jalan bagi memisahkan penyokong kedua belah pihak.


11.00pagi: Ketegangan meningkatkan di Sekolah Rendah Kebangsaan Hulu Bernam, iaitu pusat mengundi majoriti Melayu. Pergaduhan hampir tercetus apabila sekumpulan penyokong BN yang m

emakai baju-T hitam 'Pemuda Umno' memprovokasi sekumpulan penyokong PKR. Anggota polis dapat mengawal dan menenangkan penyokong kedua belah pihak.

10.50pagi: Kira-kira 350 difahamkan telah mengundi di SRJKC Rasa. Pusat mengundi itu mempunyai kira-kira 1,700 pengundi berdaftarl.

10.49pagi: Para penyokong BN dilihat mengedarkan poster di pusat mengundi di Sekolah Agama Serendah, yang memaparkan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim minum bir.

10.44pagi: Kira-kira 100 penyokong kedua belah pihak berada di SRJKC Khing Ming - kawasan majoriti pengundi Cina. Memandangkan mereka tidak memakai baju parti, maka sukar untuk menentukan sama ada mereka penyokong BN atau Pakatan.

10.43pagi: Kawasan majoriti Melayu Sungai Selisek, 248 daripada 793 pemilih sudah keluar mengundi.

10:34pagi: Pergelutan kecil berlaku di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali antara penyokong Pakatan dan BN. Polis bertindak memisahkan kedua belah pihak.

Keadaan bagaimanapun tenang. Ada yang membawa poster foto calon, manakala segelintirnya kelihatan membawa poster Teoh Beng Hock.

10.40pagi: Menurut SPR, sehingga jam 10 pagi tadi, seramai 16,932 atau 26.25 peratus sudah keluar mengundi.

10.25pagi: Suasana di Sekolah Kebangsaan Kerling tenang. Kedua pihak menyediakan 'pondok panas' tanpa diganggu pihak SPR.

Akhbar Berita Harian dan New Straits Times diedarkan percuma kepada orang ramai di situ.

10.22am: Di Batang Kali, penyokong Pakatan dan BN, bersorak dan mengejek satu sama lain. Penyokong BN memanggil penyokong Pakatan "bodoh, gemuk" dan melaungkan "liwat", manakala penyokong Pakatan membalas “Umno rasuah" dan “Apco-Umno, "Umno-Yahudi”.

10.10pagi: Di Rasa, Kuala Kubu Bahru, penyokong BN dan Pakatan hampir berentap. Sepasukan anggota polis yang lengkap dengan cota, perisai dan pemancar gas pemedih mata, bergegas ke situ.

Ahli parlimen Batu, Tian Chua berusaha menenangkan penyokong Pakatan. Seorang anggota polis mengawal di sebelah penyokong Pakatan manakala enam lagi mengawal di sebelah BN. Tian Chua memberitahu penyokongnya bahawa pihak BN sengaja bertindak memprovokosi mereka.

9.55pagi: Di Rasa, Kuala Kubu Bharu, exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu menasihatkan penyokong Pakatan supaya jangan termakan provokasi pihak BN.

Beliau memberi nasihat tersebut sejurus selepas berlaku pertengkaran antara penyokong kedua belah pihak di mana seorang penyokong BN melaungkan perkataan 'lucah' terhadap at Pakatan.

9.45pagi: Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tiba di kawasan majoriti pengundi Cina di Baru Kelompang. Penyokong Pakatan di hadapan 'pondok panas' MCA mengusik beliau sambil melaungkan "Dato, marilah sini ambil gambar."

Chua hanya tersenyum dan melambai tangannya. Katanya, beliau yakin BN akan menang. "Saya yakin BN akan menang, tapi dari segi peratus tak tau."

Beliau mengaku bahawa strategi kempen MCA yang hanya ditumpukan kepada isu kampung baru dan pembangunan setempatan, tidak mampu menarik sokongan pengundi muda Cina dan pengundi yang tinggal di luar kawasan itu.

9.42pagi: Penyokong BN di Rasa, Kuala Kubu Bahru (kawasan majoriti pengundi Cina) lebih ramai daripada penyokong Pakatan. Mereka kelihatan 'mengejek' kenderaan yang membawa bendera PKR. Ada sesetengahnya cuba menutup tingkap kenderaan yang bergerak perlahan itu dengan bendera BN.

Penyokong kedua belah pihak yang berjumlah sekitar 70 orang, hampir bergaduh apabila seorang yang memprotes pembinaan menara TNB di Rawang naik angin dan mahu berdepan dengan penyokong di sebelah BN. Bagaimanapun anggota polis berjaya menenangkan keadaan.

Penyokong Pakatan melaungkan "Reformasi" manakala penyokong BN menjawab "Sudah Basi".

9.30pagi: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat 'pondok panas' BN di kawasan majoriti Melayu di Sungai Buaya. Kelihatan sekitar 100 penyokong BN dan Pakatan berdiri di kiri kanan jalan mencari undi bagi calon masing-masing.

9.24pagi: BN sediakan 'pondok panas' di sebuah rumah berhadapn dengan pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan KKB, kawasan majoriti Melayu. Tiada kelihatan 'pondok panas' PKR di situ.

9.10pagi: Calon BN P Kamalanathan beredar dari pusat mengundi Sungai Choh untuk meninjau pusat mengundi yang lain. Beliau menyifatkan sambutan para penugndi sebagai 'fantastik'.

Agak ramai pengundi yang beratur untuk membuang undi, sebahagian besarnya wanita dan warga emas. Kelihatan kira-kira 20 penyokong BN dan Pakatan berdiri di kedua belah jalan, sambil memujuk pengundi yang lalu lalang di situ supaya mengundi calon mereka.

Beberapa kenderaan yang lalu di situ membunyikan hon masing-masing sebagai tanda sokongan.

8.42pagi: Di Kuala Kubu Bahru, walaupun SPR telah memberi amaran semalam, namun PKR telah menyediakan tempat untuk pengundi menyemak pusat mereka mengundi.

Tetapi petugas yang memperkenalkan dirinya sebagai Mr Siaw berkata SPR, yang turut menyediakan tempat yang sama, telah mengarahkan mereka supaya menutupnya.

Seorang pengundi mendapati namanya telah dipindahkan ke Bukit Sentosa dan akan dibawa ke sana oleh petugas PKR.

Sementara itu,

Pusat pengundian tersebut menyediakan 136 saluran di 47 sekolah dan dewan masyarakat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyelia proses pengundian hari ini, dengan diketuai oleh pegawai pengurus pilihan raya, Nor Hisham Ahmad Dahlan. Parlimen Hulu Selangor mempunyai seramai 63,701 pengundi.

Nor Hisham yang juga pegawai daerah Hulu Selangor menasihatkan mereka supaya datang ke pusat mengundi awal kerana tengah hari dijangka hujan.

Pilihan raya kecil ini diadakan ekoran kematian penyandingnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia bulan lalu akibat barah otak.

Ia menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara ketua penerangan MIC P.Kamalanathan dari BN dan bekas ahli parlimen Kota Bharu Datuk Zaid

Polis pula menggerakkan lebih 1,000 petugas dan beberapa helikopter bagi memastikan proses mengundi berjalan lancar.

Proses mengundi akan tamat jam 5 petang dan semua undi itu kemudiannya akan dikumpulkan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Hulu Selangor.

Keputusan pengundian dijangka paling awal dapat diketahui sekitar jam 9.30 malam.

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers