Air mata Mansurah

0 komen mengomen

Pada jam 2 petang tadi (5 Mei 2010), di Dewan Persada Jazirah al Ward, PMRAM Cawangan Mansurah telah mengadakan perjumpaan bersama mahasiswa untuk mengumpul tandatangan, dan berusaha untuk membuat jawatankuasa khas sepertimana yang telah dibuat oleh Mahasiswa Tahun 1 Syoubra.

Perjumpaan tersebut telah diketuai oleh Pengerusi Mansurah sendiri, Ustaz Amirul, dan seramai 3 orang AJK HEWI PMRAM turut menghadiri perjumpaan tersebut, mereka ialah :

1. Naib Pengerusi HEWI 1 (Ketua Unit Perancang Dan Panitia), Ustazah Ibtisam binti Mohamad

2. Naib Pengerusi HEWI 3 (Ketua Unit Muhafazah), Ustazah Samihah binti Abdullah

3. Ketua Unit Penerangan Dan Penerbitan, Ustazah Noor Akmaizan binti Yusof

Di dalam perjumpaan tersebut, beberapa aduan diterima, ada yang mengatakan bahawa ibu bapa mereka meminta supaya mereka pulang sahaja ke Malaysia kerana kepayahan untuk menyambung pengajian.

Dalam masa yang sama, ada juga yang menitiskan air mata mengenangkan nasib mereka di bumi Mesir. Dalam masa yang sama, JPMK boleh lagi melengah-lengahkan tugasnya, sambil berdalih itu dan ini. Kemudian, sibuk berpolitik.

Bayangkan, mereka yang tiba di sini dalam keadaan diakui dan disahkan oleh pusat pengajian masing-masing di Malaysia. Tetapi, apabila diberi kelayakan untuk sambung ke Mesir, JPMK di sini pulak menyusahkan. Inikah perkhidmatan cemerlang 2010 yang dijanjikan itu?

Saya dimaklumkan juga, selepas Asar ini, sebanyak 5 buah tramco dari Mansurah akan bertolak ke Kaherah bagi menghadiri program Solat Hajat dan Menjawab Isu Semasa pada malam ini, yang diadakan di Dataran Hayyu Asyir.

Sumber : IbnuIrFadzil

Posting buat Sahabat berkaitan Perpindahan Pelajar Muhafazah

0 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t.

Merujuk kepada komen di Shoutbox oleh Sahabat : Sahabat Boleh tak tolong update mengenai Wafidin Muhafazah akan dipindahkan ke Kaherah ?..adik saya study di Mansurah..harap bagi info selengkapnya. Tq

Maka saya suka untuk berkongsi sedikit maklumat berkaitan perpindahan tersebut yang diambil daripada beberapa sumber.

Sumber : DPM Mansurah (link)

Perjumpaan bersama amid telah diadakan bersama beberapa mahasiswa/wi wafidin dari Malaysia, Juzur Qamar dan Turkistan pada 27 April 2010 jam 1:30 petang di pejabat amid kuliah banat. Perjumpaan sekitar 45 minit ini telah memberikan pelbagai input berkenaan pemusatan mahasiswa/wi wafidin di Kaherah.

Apabila diteliti dengan jelas apa yang telah di perbincangkan di muktamar bercanggah dengan apa yang dikemukakan di pihak amid. Antaranya seperti berikut :-

1- Rabitah Alamiah menegaskan bahawa perpindahan mahasiswa/wi ke Kaherah merupakan satu ketetapan yang mesti diikuti oleh mahasiswa/wi wafidin namun, pihak amid menegaskan bahawa ianya masih lagi dikaji dan diperbincangkan di peringkat atasan.

2- Rabitah Alamiah menyatakan perpindahan mahasiswa/wi wafidin akan dilaksanakan pada tahun hadapan namun amid menyatakan bahawa qarar ini masih lagi diperbincangkan dan ianya hanya berdasarkan lisan semata-mata.

3- Rabitah Alamiah memberi jaminan penempatan wafidin yang akan disediakan mencukupi, tetapi amid tidak dapat memberikan kata putus tentang penyediaan sempurna pembinaan tersebut.

4- Rabitah Alamiah menegaskan bahawa mahasiswa/wi wafidin mesti dipindahkan ke Kaherah tetapi Amid menyatakan bahawa ianya bergantung pada maslahat mereka.

Memandangkan qarar ini masih lagi tidak dapat dibentangkan secara bertulis, pihak amid memohon agar semua mahasiswa/wi wafidin tidak tergesa-gesa dalam membuat sesuatu tindakan.

Maklumat tambahan yang kami perolehi adalah seperti berikut :-

1- Tiada perubahan bentuk pengajian yang akan dilaksanakan di Kaherah nanti sama ada pengkhususan kuliah mahupun kenaikan tahun. Perkara ini telah ditegaskan oleh amid sendiri bahawa sistem pengajian di Kaherah sama sahaja seperti di muhafazah.

2- Pengeluaran sijil pula akan dikeluarkan oleh pihak Al-Azhar sendiri tanpa sebarang campur tangan luar.

Kami akan membincangkan dari semasa ke semasa bersama pihak PMRAM Pusat, wakil-wakil negara lain dan Amid-amid kuliah serta mereka yang terlibat bagi mendapatkan penyelesaian terbaik dalam menyelesaikan isu ini.

Harapan kami agar masalah ini tidak diperbesar-besarkan sebelum mendapat penjelasan secara tepat dari pihak yang bertanggungjawab dalam mendepani isu ini. Segala masalah boleh berhubung terus dengan Pengerusi DPMM di talian 0101489131.

Pihak kami juga memohon maaf sekiranya terdapat sebarang pindaan terhadap isu ini disebabkan perubahan maklumat yang kami perolehi.

Semoga kita semua terus berdoa agar diberikan sesuatu yang terbaik dalam menjalani kehidupan di sini. Selamat menghadapi imtihan yang bakal menjelma.

“ KEMANTAPAN FIKRAH, MEMBINA SYAKHSIAH ”

Muhamad Amirul bin Hasim
Pengerusi,
PMRAM cawangan Mansurah sesi 2009/2010.

"Mafia" Ditangkap Di Mat'am Selangor

1 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t.

"Dan pencuri lelaki dan pencuri wanita, hendaklah dipotongan tangan keduanya sebagai balasan daripada Allah" Surah al-Maaidah.

Maaf, atas kelewatan mengupdate berita yang berlaku semalam.

Semalam berlaku kes kecurian di Darul Ehsan Cafe (D.E. Cafe) atau Mat'am Selangor. Dimana seorang arab mahu mencuri di kaunter membayar makanan. Perkara tersebut disedari oleh pengunjung iaitu mahasiswa yang sedang menjamu selera di luar restoran. Kejadian dikatan berlaku jam 10.30 malam.

Tindakan pantas mereka yang berada disitu, berjaya mengepung harami/"Mafia" tersebut daripada melarikan diri. Namun, harami tersebut mengacah untuk mencederakan orang ramai dengan mengacukan tombol pintu. Suasana kecoh, lalu mereka yang berada disitu terus menjatuhkan suspek dan berlaku pergelutan.

Suspek diakatan bergerak dengan rakannya. Namun, rakan suspek berjaya melarikan diri. Menurut berita yang didengar, suspek dikatakan telah memeras ugut beberapa orang mahasiswa Pahang sebelum cuba untuk mencuri di mat'am selangor.

Akhirnya suspek berjaya ditahan dan diikat oleh pengunjung. Badan Pengurus PMRAM, termasuk Tuan Presiden, Ust Shahrizan MOhd Hazime tidak lama kemudian tiba di tempat kejadian. Dan terus menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Sehingga jam 1.30 polis masih belum tiba, dan akhirnya atas inisiatif PMRAM telah membawa suspek ke balai polis berdekatan menaiki tremco.

Kelihatan Ust Aziz cuba menyorongkan bantal untuk harami.

Ihsan sebagai manusia, bagi jugak minum air..

Tercungap2 meneran kesakitan.

Kepala harami tersebut berdarah, mungkin semasa pergelutan tadi.

Ust Alang, menunjukkan bahan bukti.

Ust Zuhaili, Ust Farkhan & Ust Shahrizan

Ust Nik termenung..

BP Ust Azlan sedang memperkatakan sesuatu.

Takut sampai terk.....

Orang ramai mengerumi harami tersebut.

Ust Shah sedang menelefon Amin Daulah. (Ketua Polis) untuk laporan mengenai kejadian tersebut.

Presiden, USt Shahrizan dan seorang mahasiswa sedang melihat bahan bukti yang dipegang Ust Alang.

Ust Along sedang cuba menelefon pihak berkuasa kerana sudah hampir 2 jam, polis masih belum tiba.

Ust Alang dan Ust Along sedang berbincang mengenai insiden tersebut.

Inilah Mafia yang saya maksudkan. (Biarkan dia hidup atau bunuh dia). Maka, kami memilih untuk dia hidup. Hehe..

Kita berbangga dengan simbol syaitan tanpa kita sedari!

0 komen mengomen
Mungkin ramai yang sudah mengetahui tentang perkara ini, namun ada juga yang tidak sedar, perlakuan mereka sehari-harian sebenarnya telah mengikut telunjuk dan budaya golongan yang bertuhankan syaitan. Mungkin anda pernah mendengar perkataan Freemason, Illmunati dan pastinya Yahudi.


Seringkali hari ini, kita melihat dalam kebanyakan acara terutama apabila bergambar beramai-ramai. Pasti akan ada yang membuat lambang tangan seperti di bawah. Mereka sebenarnya hanya mengikut budaya yang dibawa oleh artis-artis pujaan mereka. Namun, hakikatnya lambang/perbuatan tersebut merupakan tanda seorang ahli Illuminati/Freemason. Dimana, mereka memuja ketua mereka syaitan. Jika, kita teliti dan kaji simbol tersebut menyerupai kepala kambing.

800--2008-608-bushsatan.jpg image by badshahalam

Dan Bekas Presiden Amerika Bush merupakan ahlinya. Sedar ataupun tidak, dalam filem spiderman, setiap kali mahu mengeluarkan benang putihnya dia akan melakukan aksi sebegitu. Dan Inilah perancangan Freemason untuk menyebarkan fahaman mereka. Disini saya sertakan link yang wajib anda lihat dan kunjungi. The Arrivals. Mereka telah membongkar rahsia siapa itu Freemason, siapa dan mengapa setiap bangunan utama didunia diciptakan sebegitu rupa.
Ia mungkin kita boleh katakan tidak sengaja, namun sebenarnya ia sudah dirancang tanpa kita sedari.

http://www.burjdubaiskyscraper.com/2006/diagram/world-tallest-skyscrapers.jpg

Dan yang terkini bangunan tertinggi di Dunia, Burj Dubai merupakan satu daripada simbol Freemason.

Merajuk perkara biasa, tapi memujuk orang yang merajuk membuang masa!

1 komen mengomen
Kenapa merajuk?

Seringkali orang merajuk kerana dia kecil hati orang lain tidak mengindahkannya. Sama ada orang tidak memuliakannya dengan memberikannya satu kedudukan atau tempat yang istimewa, atau tidak menerima pandangannya, atau tidak menunaikan permintaannya.

Penyakit merajuk ini boleh kena pada siapa-siapa sahaja. Tidak kira lelaki atau perempuan. Tidak kira tua atau pun muda. Orang yang besar atau pun kecil. Anak boleh merajuk dengan emak, emak boleh merajuk dengan anak.

Merajuk berlaku bila hatinya marah kerana tidak diberi perhatian. Tetapi mungkin kerana malu atau tidak ada kuasa, ataupun mungkin kerana beranggapan yang marah-marah itu satu sikap yang lebih tidak baik, marahnya pun tidak dilepaskan. Sebaliknya, dia mengalihkan marahnya kepada merajuk. Dengan merajuk, orang akan faham yang dia sebenarnya marah walaupun dia sekadar mendiamkan diri sahaja.

Sebagai hamba, kita juga merasakan yang diri kita banyak berdosa. Justeru itu, layak sangatlah kalau hati kita disakiti, moga-moga dengan kita bersabar, Tuhan akan hapuskan dosa-dosa kita. Kita juga mungkin sudah lebih banyak menyakiti hati orang lain. Lantaran itu, kita patutlah bersabar bila hati kita sedikit sebanyak disakitkan pula…

Namun, dalam sesebuah gerakan atau organisasi. Merajuk merupakan sesuatu yang akan melambatkan pergerakan tersebut, lebih-lebih lagi jika ia sebuah gerakan Islam. Maka, ia merupakan satu sebab yang melambatkan kemenangan Islam.

Sebagai seorang ahli yang bekerja atas dasar kefaham yang jelas iaitu bekerja untuk Islam. Seorang ahli atau gerakan sepatutnya tidak mempunyai sifat seperti ini. Jika adapun, sepatutnya ia segera dipulihkan. Kerana lumrah seorang yang berjuang untuk agama Allah pasti akan menempuh kesusahan sepertimana nabi-nabi dan rasul-rasul alaihimussolatuwassalam terdahulu.

Kerap kali berlaku dalam sesuatu mesyuarat atau program ada ahli/jawatankuasa yang merajuk hanya kerana beberapa perkara kecil. Seeolaknya ia perlu dielakkan, namun bukanlah menjadi alasan untuk pemimpin membiarkan mereka terus-terusan merajuk. Dan seandainya perkara tersebut memang patut untuk dirajukkan. Sebaiknya, dicari jalan penyelesaian terbaik agar semuanya berpuas hati.

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers