Woi Study Woi!! : Ragam Bila Imtihan Menjelma..

3 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,

Hmm.. Bila time nak imtihan ni macam-macam ragam dapat dilihat. Maaflah, tak reti nak lukis kartun. Niat nak buat, tapi tak menjadi. InsyaAllah, lepas ikut bengkel melukis dengan Sahabat Al-Fityan lepas imtihan nanti bleh la nak hasilkan kartun. Huhu.. Jadi, nama pun amin menulis. Tulisan dah la yer.. (^_^)

1. Ada yang study macam esok jer nak exam.. Wah, memang tabik la. Bagus2, teruskan semangat tersebut. Hehe.. mengadap buku sampai tak hingat dunia. Huhu.. memang stress giler tengok. Kita plak yang stress. Huhu.. Tapi, terbakar gak semangat bila tengok orang duk ngadap buku jer.. Bikin panas...

2. Ada plak yang study sederhana, study macam biasa. Rilek2. Sempat lagi buat kek tengah-tengah malam. Akhirnya tak jadi. Haha.. Sapekah beliau? Rahsia..( Jiran sebelah umah ni.)

3. Ada plak yang tak nampak pun study, asik2 duk ngadap komputer. Haish.. Masih lagi selamber, walaupun tarikh imtihan tinggal 3minggu lagi. Huuhu..

3.5. Ada plak yang masih nyenyak dalam mimpi. huhu.. Yang ni memang something wrong la.

4. Ada plak yang terpengaruh dengan kengkawan, macam aku la. Kuang3.. Yela, Dah simpan elok2 laptop, kemas jer. Aleh-aleh ada orang wat keluar. Huhu.. "menyesal" aku install buat pertama kali dengan game. Huhu.. Sebelum ni takder pun, jadi takde orang nak sentuh sebab yang ada lam tu Adobe Photoshop, Power Director & Sony Vegas. (Semua software berkaitan designer dan video maker) dan dengan teman baru. Kamera Compact FujiFilm.

Maka sebab tu la aku dilantik jadi AJK Biro Informasi & Penerbitan (BIP) KPT dan yang terbaru Wartawan PMRAM khusus bahagian Phothografer kira cam paparazi la. Hehe.. Terima kasih atas kepercayan kalian yang telah melantik al-faqir yang tidak seberapa nih.

Nak citer, bila dah buat keluar laptop tu, mula-mula tengok jer. Last-last sentuh jugak akhirnya. Huhu.. Takleh jadi, kena delete pasni. Ya Allah, kuatkanlah hati kami dan berilah kami semangat untuk menuntut ilmu.

5. Ada plak yang tiba-tiba sawan macam orang tak siuman, kehulu kehilir, tak tahu nak watper. Otak jadi blank and blur. Huhu.. Kesian, kuat sangat study, sampai nak giler. Haha.. Macam-macam. Pastu mula nak jerit, nak buat tu, buat ni. Kaco orang.. Haha..

Maka, dengan itu aku ingin memaklumkan jadual Imtihan Kuliah Syariah Islamiah Tahun Satu Dhur Thani.

Dimulakan dengan Imtihan Tahriri [Bertulis]

31 Mei[5] 2010 : Al-Quran

3 Jun[6] 2010 : Fiqh Muqoron

7 Jun[6] 2010 : Fiqh

10 Jun[6] 2010 : Qaah Bahsi Usul Fiqh

14 Jun[6] 2010 : Usul Fiqh

17 Jun[6] 2010 : Tauhid

21 Jun[6] 2010 : Qodoya

Maka, doakanlah kejayaan kami disini. Semoga dapat "ala tuul" dan berjaya dengan cemerlang agar dapat naik tahun 2 tahun depan. Insyaallah aminn.. Doakanlah kejayaan kami serta dimudahkan dalam menuntut ilmu serta mengamalkannya untuk menjadi pengganti para nabi. Dan tergolong dalam golongan ulama' akhirah. Yang akan mengislah ummat, terutama ummat Islam yang semakin sakit dan tenat masa kini.

Amin!! Dari tadi lagi ngadap!!

Haa.. Kan dah kena sound!! huhu.. Berasap telinga. Emm.. Baiklah Ust.. huhu.. Kan dah kena sound dengan Naqib. Terima kasih Ust Syafizi. Wuuu... Nak pergi study la ni. Waa.. lama orang tak ngadap internet nih.. Huhu..

Mesir yang panas!! Maka..

0 komen mengomen

Assalamualaikum,

Sekarang ni cuaca cukup panas sekali. Ditambah dengan beberapa isu panas di Mesir. Maka, makin bertambah-tambah panas. Tapi bukan itu yang saya nak bicarakan. Tetapi bagaimana keadaan musim panas di Mesir.

Bila musim panas ni, maka akan bertambahlah bilangan lalat yang akan berlegar-legar disekeliling kita. Hingga jika nak tidur disiang hari terpaksa menggunakan selimut. Sebab lalat ni bikin panas jer hinggap kat muka dan serata badan..

Maka, saya dah pun beli pemukul lalat yang baru, setelah yang lama patah. Haha.. Ganas giler..

Nak keluar pun fikir dulu, kalau penting sangat baru keluar. Kalau kelas tu banyak dah tawaquf sebab nak imtihan. Alhamdulillah..

Dan disana sini pasti anda terdengar bunyi batuk disekeliling anda. Biasalah bila musim panas ia juga adalah musim batuk dan selsema.

Sewaktu membelek akhbar semalam, saya terbaca satu artikel tentang pentingnya untuk minum air dihari bercuaca panas sebagai cara untuk menyejukkan badan.

Menurut artikel yang saya baca tu, minum banyak air merupakan cara terbaik untuk menyejukkan badan dimusim panas. Malahan pakar pemakanan dan kesihatan menyarankan agar air diminum sebelum anda mula rasa dahaga. Oleh itu sebaiknya dimusim panas begini anda membawa sebotol air sebagai bekalan setiap kali keluar rumah. Jika dirumah pula, sediakan sebotol air dan letak ditempat yang mudah dilihat agar mudah untuk anda ingat dan minum setiap kali perlu.

Selain dari minum air secara terus, cara lain bagi menyejukkan badan ialah dengan cara mengambil minuman dan makanan berikut :

1. Ambil buah-buahan dan sayuran yang mengandungi banyak air

Antara buah-buahan yang mengandungi banyak air ialah tembikai cina yang mengandungi 90% air, tembikai susu (honeydew), betik (mengandungi 91% air) dan nenas (84% air). Kesemua buah-buahan ini adalah buah-buahan tropika yang memang mudah untuk kita dapatkan dan beli dimana-mana.

Bagi sayur-sayuran pula, timun, tomato dan lobak adalah baik untuk menyejukkan badan kerana ia mengandungi lebih dari 90% kandungan air. Anda juga digalakkan mengambil salad sebagai menu dihari panas bagi tujuan menyejukkan badan. Dan yang tidak kurang penting juga sayur-sayuran ini sememangnya bagus untuk diet yang sihat.

2. Minum jus buah-buahan

Kalau tengok gambar ni musim panas, memang terliut jer kalau tak dapat. huhu..

Bukan jus buah-buahan yang dah ditambah gula ye… tapi jus buah-buahan asli. Sebaiknya elakkan dari mengambil minuman bergas, beralkohol dan mengandungi gula yang tinggi.

3. Makan yogurt

Selain dari kaya dengan kalsium dan probiotik (untuk usus dan sistem penghadaman) yogurt juga sebenarnya boleh membantu menyejukkan badan anda.

Dan jangan lupa cuaca panas juga boleh menyebabkan anda sakit kepala. Bagi mereka yang ada migrain pula, waktu cuaca panas macam ni lah mudah untuk anda terkena serangan.

Bila JPMK Menuduh, Pelajar Menjawab!!

0 komen mengomen
Sumber : Web Rasmi PMRAM Cawangan Mansurah (link)
dan Web Rasmi PMRAM Cawangan Syoubra (link)

Jawapan Balas Terhadap Kenyataan Rasmi Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK)

Berikut merupakan jawapan balas terhadap kenyataan rasmi Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) berhubung isu kenaikan nama mahasiswa/wi Qiraat Mansurah dan Shoubra.

Beberapa punca masalah telah dilampirkan oleh pihak JPMK antaranya :

1. Pelajar lewat sampai ke Mesir.

Buat makluman, mahasiswa/si tidak pernah sebarang makluman daripada pihak JPMK berkenaan ketetapan tarikh untuk tiba di Mesir.

2. Pelajar lewat menyerahkan keputusan pemeriksaan kesihatan iaitu pada 22 November 2009 sedangkan tarikh tutup 30 Oktober 2009.

Mahasiswa/wi tidak pernah mendapat makluman tarikh tutup penyerahan segala dokumen pada 30 Oktober 2009 daripada pihak JPMK melalui sebarang saluran. Wakil pelajar hanya dimaklumkan tentang tarikh tutup tersebut ketika pertemuan rasmi dengan Atase Akademik JPMK pada 3 Mei 2010.

3. Visa telah tamat tempoh dan ada sebahagian pelajar tidak membuat visa. Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) menerima salinan visa yang terakhir pada 26 Disember 2009.

Masalah visa adalah rentetan daripada masalah yang pertama dan mahasiswa/wi Qiraat menghadapi masalah memperbaharuinya untuk kali kedua .

4. Wakil pelajar tidak mengikut prosedur yang diberikan oleh pegawai JPMK. Pelajar yang menguruskan sendiri visa dan pemeriksaan kesihatan dapat menyerahkan kepada JPMK sebelum 30 Oktober 2009.

Kami menafikan pihak JPMK mengeluarkan sebarang prosedur bagi isu ini untuk dipatuhi

Dalam kenyataan tersebut, berhubung tindakan yang diambil oleh pihak JPMK wujud kekeliruan fakta yang jelas:

29 April 2010 - Idaratul Wafidin memulangkan semua fail pelajar kepada JPMK

Kenyataan ini bercanggah dengan tulisan Atase Pendidikan JPMK di dalam blog rasminya yang menyatakan:

“Untuk makluman, fail pelajar masih lagi di Idaratul Wafidin al-Azhar, hanya menunggu tandatangan dan persetujuan Syeikh al-Azhar. ”.

Sila rujuk blog Rasmi Atase Pendidikan bertarikh 30 April 2010 (lihat), atau lihat pada gambarajah di bawah




Berikutan ini, kami membuat kesimpulan bahawa :

1. JPMK membuat tuduhan tidak berasas terhadap pelajar.

2. JPMK cuba lepas tangan terhadap masalah ini.

3. JPMK lambat dalam bertindak menyelesaikan masalah ini.

4. JPMK memutar belitkan fakta.

Disediakan oleh :

Mohd Zahimi bin Mohd Dzahid,
Ketua Unit Pengetahuan dan Pendidikan,
PMRAM cawangan Mansurah.

Md Saifullah bin Nik Abdullah,
Ketua Unit Pengetahuan dan Pendidikan,
PMRAM cawangan Shoubra.

Fakta yang cuba JPMK nafikan

0 komen mengomen

Sumber : Web Rasmi PMRAM Cawangan Mansurah (link)dan Web Rasmi PMRAM Cawangan Syoubra (link)

Kronologi Masalah Kenaikan Nama Pelajar Baru Qiraat sesi 2009/2010

1 Oktober 2009

Rombongan terakhir mahasiswa Qiraat Shoubra tiba.

4 Oktober 2009

Pihak DPM Shoubra mengambil borang pendaftaran di Kedutaan Malaysia.

5-13 Oktober 2009

Pihak DPM Shoubra menyelesaikan urusan pemeriksaan kesihatan di Hospital Hussin.

6 Oktober 2009

Ketibaan kumpulan terakhir mahasiswi Qiraat ke Mansurah

15 Oktober 2009

Pihak Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi (DPMM) telah menguruskan urusan pemeriksaan kesihatan mahasiswi Qiraat baru di Hospita Zahra, Kaherah.

22 November 2009

Urusan visa mahasisiwi Qiraat Mansurah telah dibuat di Tahrir

Pihak DPM Shoubra telah menghantar boang pendaftran mahasisiwa-mahasiswi Qiraat baru kepada pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah. Dokumen diserahkan kepada Encik Sulaiman Zaki.

29 November 2009

Perjumpaan DPMM dengan pihak Maahad bagi membincangkan masalah mahasisiwi baru.

5-19 Disember 2009

Pihak DPM Shoubra menyelesaikan urusan visa mahasiswa Shoubra di Mujamma’ Tahrir.

26 Disember 2009

Pihak DPM Shoubra telah menghantar salinan visa mahasiswa Qiraat Shoubra kepada JPMK.

Januari 2010

Pihak DPM Shoubra telah mengadakan pertemuan dengan Encik Sulaiman bagi mengetahui perkembangan terbaru kenaikan nama mahasiswa-mahasiswi baru qiraat.

7 Mac 2010

Ketua Unit Pengetahun HEWI DPMM telah berjumpa pegawai JPMK. Hasil dari perjumpaan berikut :

1. Pihak JPMK menyatakan urusan kenaikan nama akan selesai selepas tempoh 10 hari

2. Kelewatan urusan ini berpunca daripada kehadiran mahasiswi Qiraat baru yang datang secara berperingkat, dan tarikh tamat visa yang berbeza

1 April 2010

Pihak DPM Shoubra berjumpa dengan pegawai JPMK bagi mengetahui perkembangan terkini.

7 April 2010

Perbincangan antara wakil Badan Pengurus PMRAM, pihak DPM Shoubra dan pihak DPM Mansurah bersama Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK). Maklum balas yang diterima seperti berikut:

1- JPMK akan berbincang dengan pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bagi mempercepatkan dan menyelaraskan tarikh kedatangan mahasiswa/wi Qiraat bagi sesi yang akan datang.

2- Mengeluarkan surat perlepasan khas kepada pihak Maahad Qiraat bagi membolehkan mahasiswa/wi dapat menduduki peperiksaan. Sekiranya permohonan ini tidak diterima, wakil pihak JPMK akan turun ke Maahad Qiraat Shoubra dan Mansurah untuk menyelesaikan masalah ini.

8 April 2010

Pihak DPM Shoubra berjumpa dengan Pengetua Maahad Shoubra dan menyerahkan surat perlepasan khas dari JPMK

11 April 2010

Pengetua Ma’ahad Qiraat Shoubra membalas surat JPMK dan bersetuju membenarkan mahasiswa Qiraat tahun satu menduduki Imtihan Syafawi

Jadual peperiksaan mahasisiwi Qiraat Mansurah tahun satu dan dua dikeluarkan secara rasmi oleh pihak Maahad Mansurah.

19 April 2010

Mahasiswa Qiraat tahun satu Shoubra menduduki Imtihan Syafawi

26 April 2010

Wakil DPMM telah berjumpa dengan pihak Maahad Mansurah bagi mengetahui perkembangan terkini. Maklum balas yang diterima dokumen masih lagi belum sampai.

27 April 2010

Ketua Unit Pengetahuan dan Pendidikan DPMM telah membuat perjumpaan susulan dengan pihak Maahad Mansurah. Pihak Maahad bertegas dengan keputusan tidak membenarkan mahasisiwi Qiraat tahun satu menduduki peperiksaan.

Pihak DPM Shoubra berjumpa dengan Pegawai Bahagian Peperiksaan di Pejabat Pentadbiran Maahad Al-Azhar dan Pegawai Bahagian Urusan Pelajar Luar Negara di Mujamma’ Buhus. Maklum balas yang diterima adalah semua fail pelajar qiraat sesi kemasukan 2009 belum sampai.

28 April 2010

Wakil DPM Shoubra, berjumpa pegawai negeri Pegawai Kedah, Selangor dan Pahang bagi menmbincangkan masalah ini.

29 April 2010

Wakil Badan Pengurus PMRAM dan pihak DPMM berjumpa dengan pihak Al-Azhar cawangan Mansurah bagi mendapat keizinan menduduki peperiksaan syafawi. Jawapan yang diterima urusan ini di luar bidang tugas mereka.

2 Mei 2010

Pihak DPM Shoubra telah pergi ke Bahagian Urusan Pelajar Luar Negara untuk bertanyakan maklumat terkini berkaitan hal ini.Maklum balas yang diterima adalah dokumen mahasiswa-mahasiswi Qiraat masih belum sampai.

3 Mei 2010

Perjumpaan DPM Shoubra dan DPMM bersama Atase Akademik JPMK membincangkan isu ini

4 Mei 2010

Perjumpaan Atase Akademik JPMK bersama Al-Imam Al- Akbar Syeikh Al-Azhar As-Syarif Dr. Ahmad Tayyib

Majlis Solat Hajat Perdana & Penerangan Isu Semasa

0 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t.


Semalam Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKSAM) telah menganjurkan Malam Solat Hajat Perdana & Penerangan Isu Semasa bertempat di Dataran Rumah Negeri, Hayyu Asyir. Majlis tersebut telah dihadiri oleh hampir seluruh ahli dan mahasiswa/wi Malaysia di Mesir.

Tujuan utama diadakan majlis ini adalah untuk memohon kepada Allah agar mempermudahkan urusan pelajar mahasiswa/wi Malaysia terutama pelajar qiraat di Syoubra dan Mansurah yang tidak naik nama untuk menduduki imtihan. Saya juga melahirkan kekesalan atas ketidakprofesionalan pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) kerana mengambil sikap berlepas tangan pada mulanya, namun setelah didesak, barulah mengaku dan mahu menyelesaikan perkara ini secepat mungkin. Setelah berbulan-bulan perkara ini disuarakan, namun baru sekarang hendak bertindak. Apa yang JMPK buat selama ini?

Perkara ini bukan baru sebulan dua, dan JPMK bukan baru dalam menguruskan hal elwal pelajar. Mengapa masih berlaku masalah-masalah sebegini? Jika hendak katakan, pertukaran pegawai baru, JPMK sepatutnya sudah pasti mempunyai garis panduan serta prosedur tetap dalam menguruskan kenaikkan nama pelajar.

Ini yang menjadi kemusykilan, apa sebenarnya peranan dan tanggungjawab JPMK?

Program yang bermula dengan solat maghrib secara berjemaah tersebut kemudiannya disusuli dengan zikir munajat sebelum solat hajat secara berjemaah agar urusan serta kebajikan pelajar Malaysia di Mesir dipermudahkan dan dipelihara oleh Allah. Serta memohon agar mereka yang menzalimi pelajar-pelajar ini diberi hidayah oleh Allah s.w.t.


Ust Alang panas memberi komen dan cadangan.

Suasana semakin hangat dengan soalan-soalan panas dan cadangan serta penjelasan daripada pimpinan yang mempersoalkan kredibiliti pegawai-pegawai JPMK yang hanya tahu menyalahkan pelajar tetapi tidak mahu menyelesaikan masalah.

Presiden PMRAM, USt Shahrizan turut menyeru agar semua mahasiswa Islam supaya menjaga keselamatan diri dengan memastikan visa/iqamah sentiasa diperbaharui. Kerana beberapa kes yang berlaku hari ini melibatkan pelajar Malaysia disabitkan dengan iqamah atau tiada pengenalan/pasport ketika ditahan atau visa yang telah mati.


Saya tertarik dengan luahan oleh Mantan BP PMRAM, USt Jamal yang menyeru agar ahli tidak hanya membebankan pimpinan kerana Pimpinan juga dikalangan pelajar yang akan menduduki peperiksaan seperti pelajar lain. Maka, seharusnya kita sama-sama bantu-membantu dalam menyelesaikan masalah ini dan bukan menyerahkan kepada pimpinan 100%. Dengan cara menghantar surat aduan serta menunjukkan satu tekanan dan desakan kepada pihak JPMK agar lebih profesional dalam menguruskan hal ehwal pelajar.

Menurut pimpinan PMRAM smlm, makluman terbaru yang diperolehi ialah, Mahasiswa/wi Qiraat di Syoubra dan Mansurah akan dibenarkan untuk menduduki imtihan dhur thani setelah desakan demi desakan serta perbincangan yang diadakan dengan pihak JPMK dan Al-Azhar. Dan ini merupakan kejayaan awal kita semua dalam menghadapi isu ini secara bersama.

Ayuh, sama-sama kita gembeling tenaga bersatu menyatakan dan membela suara mahasiswa.
Ust Abd Mu'izz selaku Mantan Presiden ketika ditemuramah semalam turut menyatkan hal yang sama. "Bahawa PMRAM telah lama diuji sebegini, dan usaha yang telah dilakukan oleh PMRAM dalam menangani isu ini adalah ditahap maksimum sesuai dengan kapisiti sebuah Pertubuhan Pelajar." Maka, tidak perlu timbul suara-suara menyalahkan pimpinan kerana pimpinan telah melakukan tugas mereka sebaik mungkin.

Dan sebagai satu pertubuhan yang telah lama, seharusnya ahli juga menunjukkan kematangan dalam mengutara serta menangani sesuatu isu. Tidak cepat melatah dan menyerang secara membuta tuli. Namun, kesabaran ada juga tahapnya. Maka, jangan mencabar kesabaran mahasiswa/wi sehingga menimbulkan suasana tegang antara kedua belah pihak.

Hadiran & Hadirat yang memenuhi ruang dataran.

Penerangan oleh Ust Azlan (Naib Presiden 2)




Ust Hairul, Ust Jamal turut tidak ketinggalan untuk mendengar penjelasan isu semasa.

BP & Mantan BP yang hadir. (Dari Kanan : Ust Faizuddin, Ust Labib & Ust Jamal)

Ust Abd Mu'iz, YDP Selangor.

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Halimah Ali.

Presiden PMRAM, USt Sharizan Mohd Hazime.

Antara kepimpinan yang hadir. (Dari kiri YDP Terengganu, USt Riduan, BP Ust Firdauz & Ust Syeikh Mujahid)

Ahli panel & tetamu jemputan.

Siswi turut tidak ketinggalan bertanya soalan sekaligus menerangan permasalahan sebenar yang berlaku di Mansurah.

Mantan Presiden PMRAM, Ust Abd Mu'izz, ketika ditemuramah oleh wartawan PMRAM.

Ust Shah mencabar sesiapa yang sanggup untuk bersama-sama PMRAM memperjuangkan hak mahasiswa/wi Malaysia di Mesir.




Ust Mujahid (Ibnuirfadzil) tidak ketinggalan memberi cadangan dan persoalan.

Ust Zuhaili (Timb. Pres) & Ust Azlan (Naib Pres. 2) sempat menyuruh ana menembak wajah mereka berdua. Hehe..

Menunggu ketibaan hidangan. Ust Farkhan sempat lg menjawab mesej yang masuk kedalam inbox tidak henti2. Hehe.. Sibuk la katakan, masa makan pun jd.

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers