Wallpapers & Kebangkitan Islam

8 komen mengomen
Klik gambar untuk paparan lebih jelas.

Klik gambar untuk paparan lebih jelas.

Klik gambar untuk paparan lebih jelas.

Klik gambar untuk paparan lebih jelas.

Klik gambar untuk paparan lebih jelas.

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, 2,3 hari ini saya terasa banyak idea yang datang untuk membuat wallpaper. Mungkin sebab banyak bahan-bahan serta alatan baru yang saya perolehi. Semuanya hanya Adobe Photoshop. Ada jugak yang ingat saya guna Adobe Ilustrator [AI, K.Ngah yang tanya, hehe..]

Tapi, betullah, bila kerja yang kita lakukan ikhlas. Tentu hasilnya cantik. Saya juga ditugaskan untuk membuat poster sempena Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM [KEKAL] dan Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan namun hasilnya tidak seberapa.

Klik poster untuk paparan lebih jelas.

Mungkin ia bukan datang dari hati. Hehe.. Berbeza dengan Poster untuk Karnival Damai 2010 seperti posting sebelum ini. Ia sebenarnya hasil daripada percubaan saya untuk menghasilkan tulisan 3D dan ia bukanlah tugasan atau tanggungjawab saya. Maka, hasilnya agak bagus. Namun, masih dalam proses penambahbaikan. Saya masih belajar untuk menghasilkan karya yang bermutu.

Alhamdulillah, tadi selesai mengikuti Diskusi Kitab Sohwatul Islamiah [Kebangkitan Islam] yang dibentangkan oleh Ust Razi di Rumah Terengganu. Dan ia banyak ditujukan kepada pemuda Islam hari ini tentang tanggungjawab kita mendepani masyarakat dan musuh-musuh Islam.

Namun, hanya sedikit yang saya ingin kongsikan disini iaitu, kata-kata seorang orientalis barat bahawasanya untuk menghancurkan Islam ada 4 halangan.

Pertama : Al-Quran [kerana kandungannya menyatukan fikrah umat Islam]
Kedua : Kaabah [Ia menjadi tanda kesatuan umat Islam]
Ketiga : Al-Azhar [Universiti Al-Azhar, kerana ia menimbulkan kesedaran kepada Ilmu, Dakwah , Tarbiyyah dan Jihad fisabilillah]
Keempat : Solat Jumaat [Kerana ia merupakan medan untuk memberi kesedaran kepada umat Islam]

Al-Quran
Namun apa yang kita lihat hari ini, kesemuanya itu hampir sahaja dihapuskan dan perancangan musuh-musuh Islam ini hampir berjaya. Kita lihat Al-Quran hanya sekadar dibacakan tetapi tidak diamalkan. Dan hari ini ramai umat Islam tidak tahu membaca Al-Quran. Mereka telah disajikan dengan hiburan dan media massa. Malah, lebih teruk bilamana orang yang berminat untuk mempelajari bidang agama dilabel sebagai militan. Walhal, perkara yang lebih besar daripada itu tidak diendahkan. Kes peningkatan jenayah, zina, perjudian, dan sebagainya tidak diambil langkah yang sepatutnya dengan menutup jalan-jalan yang membawa kepada perkara tersebut.

Al-Azhar
Al-Azhar kini sudah gagal untuk berfungsi sebagai penasihat kepada kerajaan-kerajaan Islam. Kuasa dan kekebalannya sudah lumpuh dibawah tekanan kerajaan. Pelajar-pelajar yang ingin belajar di Al-Azhar pula disekat, pinjaman tidak diberi, zakat ditarik dan sebagainya. Sedar ataupun tidak, inilah yang sememangnya dikehendaki oleh Yahudi.

Solat Jumaat
Solat Jumaat, memang ramai umat Islam yang menunaikan kewajipan ini. Namun adakah ia berkesan melaksanakan fungsinya? Kita lahit ini di Malaysia terutamanya, medium khutbah dipolitikkan atau cuba memperbodohkan jemaah yang hadir.

Khutbah bukan lagi medan untuk memberi kesedaran kepada jiwa tetapi kepada penyampaian maklumat. Sebagai contoh yang saya sendiri pernah alami Khutbah bertajuk "Makanlah buah-buahan tempat." "Berhati-hati dijalan raya" dan beberapa tajuk yang tidak sepatutnya dibicarakan oleh khatib. Sudah jadi seperti ceramah kesihatan pulak. Khatib sudah boleh menjadi pegawai JPJ atau Pegawai di Kementerian Pelancongan untuk mempromosikan buah-buahan tempatan.

Inilah matlamat yang ingin dicapai oleh orientalis, yahudi dan musuh-musuh Islam. Jika, medium ini tidak dapat dihapuskan cukuplah ia gagal berfungsi sebagai senjata umat Islam.

Maka, kita sebagai pemuda-pemudi Islam harus sedar kembali tujuan kita serta tanggungjawab kita dalam menghadapi serangan orientalis ini.

Damai

0 komen mengomen

Assalamualaikum w.b.t.

Kepada anda semua, Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu [KPT] bersama Badan Kebajikan Mahasiswa Islam Pahang [BKMIP] Mesir akan menganjurkan Karnival Damai 2010 bertempat di Dataran Rumah Negeri, Hayyu Asyir, Kaherah, Mesir.

Pada 18,19,20 & 21 Julai 2010. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan, antaranya Pertandingan sepak takraw, Kuiz, Malam Kesenian Islam, Gerai jualan, Pameran, Sambutan Ulangtahun KPT & BKMIP, serta turut disajikan dengan pengisian Ilmiah, Sejam Bersama Habib Umar Zain.

Kepada anda semua, dijemput hadir untuk memeriahkan acara. Tender untuk gerai jualan masih dibuka sehingga 13 Julai ini. Boleh dapatkan borang permohonan di pejabat KPT ataupun BKMIP atau anda juga boleh download di sini.

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.infokpt.com / www.infohewikpt.blogspot.com

Posting tertangguh : Cairo Khan Hotel

0 komen mengomen
Bermalam di Bilik Suite Hotel Cairo Khan.

Baru pulang daripada Ramsis atau lebih tepat Down Town [Tengah bandar] yang terletak berhampiran pasar rakyat iaitu Medan Atabah. Lebih kurang 10 minit perjalanan menaiki teksi daripada Masjid Al-Azhar.

Bermalam di Hotel Cairo Khan bersama ayah dan Ust Syed Anis merupakan pengalaman yang cukup bermakna. Alhamdulillah, dapat tidur di bilik suite bernombor 707. Walaupun hanya menumpang tidur di bilik berharga USD170 atau LE869 untuk semalam. Bermakna 2 malam mencecah USD340 atau lebih kurang LE1800. Sebagai ketua rombongan ayah diberi kelebihan untuk tidur di bilik tersebut bersama Ust Syed Anis.

Trip umrah kali ini membawa Pimpinan MLM Shaklee sebagai hadiah kepada mereka yang berjaya mencapai target yang disasarkan. Namun, disana ada jugak rungutan daripada beberapa individu atas beberapa faktor.

Namun apa yang dimaklumlan ini berpunca daripada travel ejen arab yang mahu mengaut untung berlebihan dengan mengutarakan masalah itu dan ini. Hingga hampir saja membatalkan beberapa destina yang bebrbayar. Mujur ada Ust Ibrahim Jamin, yang pernah belajar di Mesir. Sudah masak dengan perangai arab dan boleh berbahasa ammi dengan baik.

Setelah bergaduh dengan wakil ejen tersebut [Husem] akhirnya beliau bersetuju untuk ke semua destinasi yang telah dirancang dan dipersetujui dengan Syarikat Shahid Travel & Tours di Malaysia.

Hari pertama, jemaah dibawa melawat tempat-tempat bersejarah di sekitar Kaherah. Namun, saya tidak dapat menyertai kerana sedang menghadapi imtihan syafawi ketika itu.

Imtihan Syafawi

Alhamdulillah, sejak pagi saya sudah bersiap untuk menuju ke Masjid Al-Azhar yang jarak perjalananan memakan masa 45minit jika trafik berjalan lancar. Kebiasaannya kami akan memilih untuk menaiki teksi.

Masing-masing tenang, saya Ust Muzani, Amir, Aiman, Azidi, Azuwan, Akim, Bukhari dan beberapa orang sahabat lagi menyusuri tepian suq sayyarah atau pasar kereta. Entah kenapa, masing-masing memberi reaksi spontan macam tak periksa jer. Sama macam hari-hari ke kuliah.

Sempat Ust Muzani bercakap sendirian "Eh, semua buat rilek je macam tak periksa.." Semua kelu dan saya sekadar tersenyum. Bagi saya, saya hanya memberikan tumpuan untuk menghafaz qarar Al-Quran yang telah ditetapkan pihak Al-Azhar.

Dan Alhamdulillah, selepas zohor. Kami bergegas ke bangunan kuliah Syariah. Mudah mencari dewan peperiksaan. Satu aras dengan dewan kuliah. Semua pelajar bagi lajnah 77 dipanggil masuk oleh Doktor.

Sudah ada 3 orang doktor yang menunggu didalam. Seorang demi seorang dipanggil, dan akhirnya nama saya diseru. Namun, agak berbeza dengan syafawi semasa mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia dahulu. Jika STAM, seorang demi seorang akan disoal. Namun disini 3 orang sekaligus. Saya bersama Ust Abd Mu'iz dan Ust Faiz dari Selangor.

Kami diajukan soalan Al-Quran bermula dengan Ust Faiz, kemudian Ust Abd Mu'iz pula menyambung ayat berikutnya sehingalah tiba giliran saya dan bergitulah untuk soalan seterusnnya. Alhamdulillah, semua dapat dijawab dengan baik.

Usai sahaja imtihan, saya terus bergegas pulang ke Hayyu Asyir kerana petang ini mungkin saya akan ke Hotel Cairo Khan yang tereletak di Ramsis. Lokasinya dimana saya tidak pasti.

Rezeki

Dipendekkan cerita, sampai saja di Hayyu Asyir, saya mendapat panggilan daripada Ust Sabri. Beliau bertanya, bila saya akan bertemu dengan ayah. Kerana ayah membawa barang kiriman untuk beliau. Selepas membuat comfirmation ada akan berehat dihotel petang ini. Kami terus bergerak menuju ke ramsis menaiki Toyota Avanza. Maka, tidak perlu saya bersusah payah mencari pengangkutan awam di musim panas ini.

Dalam perjalanan, terfikir-fikir dimana mahu mencari Barakah Habbatussauda. Kerana Hj Shukor, seorang sahabat karib ayah yang saya kenali sejak sekolah rendah minta dikirimkan ke Malaysia. Puas mencari, akhirnya saya call BP PMRAM Ust Soleh, kalau ada rezeki, Barakah masih ada dijual di Pejabat PMRAM.

Alhamdulillah, masih ada. Mudah sungguh andai Allah sudah tetapkan.

P/s : Saya rasa ayat yang saya tulis agak pening utnuk difahami.. Haha..

Esok...

0 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,

Futur @ Malas? Korang rasa? Hehe.. Sori la sebab lama tak update. Ada jugak sahabat-sahabat yang tanya dan memaksa agar blog ini di updatekan. Ntahla, mungkin sebab imtihan kot.. Hehe.. Buat malu jer letak nama aminmenulis. Tak menulis pun..

http://www.smart-villages.com/assets/images/tomorrow.jpg

Alhamdulillah la, imtihan dah nak habis. Tinggal satu jer lagi. Iaitu syafawi [4 Julai] Esok la maknanya. Study pun tak habis lagi. Nak sentuh buku pun terasa macam nak patah jer tangan nih. Astaghfirullah. Sikap yang tidak sepatutnya ada pada seorang penuntut ilmu. Alhamdulillah dan tahniah kepada Ustaz Muzani yang selamat mengadakan Walimatul urus dan kenduri kesyukuran pada 1 Julai baru-baru ni. Asif yer, gambar tak sempat nak upload lagi.

Esok jugak bermakna Ayah akan tiba ke Mesir buat kali ke-2 dalam masa 2 bulan. Insyaalah, selamat sampai subuh esok jam 4/5 pagi waktu Mesir. Dalam perjalanan umrah yang entah kali ke berapa, sebab banyak kali dah ayah pergi. Namun ini buat kali ke dua ayah singgah di Mesir. Alhamdulillah. Semalam, dalam perjalanan pulang daripada mengembara di Hussin dan Attabah. Ayah call daripada Malaysia. Huhu.. Mesti mahal bill kena bayar lepasni. Apa punya anak da.. Malas nak call parent. Wuu... Ampun pak. Broadbandnya lambat dan malas nak sewa. Selalu main curi-curi jer kat laptop orang.



Dalam perbualan dalam bas mini yang tiketnya berharga 1.50 Genih [Junaih] jam 10.15 malam, ayah tanya la takde barang ke nak kirim? Ntah la, nak kirim apa pun tak tau. Rasa macam semuanya cukup. Kalau nak kirim, kirim tiket balik Malaysia la. Haha.. Dalam perjalan semalam jugak, sampai di pintu pagar Masjid Al-Azhar sempat bertemu dengan orang kampung. Muar, Johor. Namanya En. Shaman bin Bakar. Sempat bersuai kenal, yela. Orang Parit Keroma jugak rupanya. Dia kata rumah dia tepi Masjid Parit Koma. Tapi maklumla, tak selalu duduk kampung, aku pun tak berapa kenal orang kampung. Tau jiran-jiran sebelah rumah Tok Mak tu jer.. Waa. rindu la plak nak blik kampung. huhu..

Esok jugak bermakna jadual cuti panas akan menjadi padat. Beberapa program mega PMRAM akan berlangsung. Dan beberapa tanggungjawab sudah menanti didepan mata. 14hb Julai sudah ada jemputan daripada Al-Fityan untuk mengadakan pertemuan bersama krew-krew Al-Fityan. Aku yang pada mulanya hanya di tag iklan tersebut, akhirnya dilantik menjadi krew.. Walaweh.. Rezeki takkan nak tolak kan? Bukanlah niat untuk mengejar populariti ataupun jawatan. Cuma aku memang berminat dalam bidang designing dan artwork. Jadi, dengan rendah hati menerima pelawaan daripada Ust Nasrul atau nama penanya Lagendaseni.

http://www.toothpastefordinner.com/032805/before-the-meeting-tomorrow.gif

BP PMRAM Ust Faiz yang memegang unit Penerbitan juga sudah mula mencari-cari tarikh yang sesuai untuk diadakan pertemuan buat semua Wartawan PMRAM. Bermakna akan ada kerja baru yang bakal dipikul.

Ketua BIP aku, Ust Farezuan sudah mengugut untuk mengupah spy-spy mencari aku dimana-mana sekiranya mahu melarikan diri. Sebab semua AJK BIP dijangka pulang bercuti ke Malaysia kecuali aku. Waa.. tidakk... Kejam sungguh mereka.. huhu..

Selepas esok jugak bermakna, aku perlu melaksanakan tugas untuk mempromosikan KEKAL 2010 dan Majlis Peringatan Hari Kebangsaan [Kalau tak silap la] atau nama biasa disebut Ekspo Gempak PMRAM bagi mengingati hari kemerdekaan tanah air Malaysia.

http://www.mp3boo.com/cover-album/There%20For%20Tomorrow%20-%20There%20For%20Tomorrow%20Cover.jpg

Walaupun berat rasanya mahu memikul bebanan, namun apakan daya. Kalau bukan kita siapa lagi? Inilah masa yang terbaik untuk aku bermasyarakat dan menjalinkan hubungan persahabatan dalam masa yang sama menimbal ilmu dan softskill dalam melakukan gerak kerja berpasukan. Yang tiada didewan kuliah mahupun didalam kitab.


Perjalanan Dakwah Siri I

0 komen mengomen

Jalan Pendakwah

Tunggak kepada setiap dakwah yang sebanar ialah seseorang itu mestilah beriman dengannya dengan keimanan yang dapat menguasai perasaannya dan dapat mengawal semangatnya serta dapat dilihat kesan keimanan tersebut dalam tindak-tanduk kehidupan seharian dimana dia menjadi contoh kepimpinan yang terbaik. Apabila telah sempurna dalam jiwanya semua faktor-faktor keimanan tersebut lantas dia berdakwah dan membimibing keluarga yang hampir. Kemudian barulah beralih untuk menyeru rakan-rakan dan jiran tetangga dan seterusnya meliputi manusia seluruhnya dengan kemampuan dakwah yang telah ditentukan di dalam ilmu Allah.

Begitulah gambaran sebenar dakwah yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda dijanjikan oleh Allah s.w.t. untuk mendidik dan mengajar manusia hingga sampai kepada tahap kesempurnaan, keimanan dan keyakinan yang kukuh. Rasulullah s.a.w. sendiri pernah bersabda :

"ادبني ربي فاحسن تاديبي"

Ertinya : Tuhanku telah mengajarkanku dengan sebaik-baik pengajaran.

Begitulah cara dakwah Rasulullah s.a.w. dimana baginda diperintahkan oleh Allah s.w.t. untuk memulakan dari diri sendiri dengan melipat gandakan usaha dan ketaatan sebagai persediaan untuk bangkit menghadapai masyarakat, dengan tujuan untuk menyampaikan segala hukum dan perundangan daripada Allah s.w.t.

Allah s.w.t. berfirman :

"اقرأ باسم ربك الذى خلق. خلق الانسان من علق. اقرأ وربك الاكرام. الذى علم بالقلم. علم الانسان م لم يعلم.."

Ertinya : Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah, kerana Tuhanmu itu amat mulia. Yang mengajar dengan perantaraan kalam. Ia mengajar manusia apa yang mereka tidak ketahui. [Surah Al-Alak, ayat 1-5]

Kemudian diikuti pula dengan firmanNya :

"يا ايها المزمل. قم الليل الا قليلا. نصفه او انقس منه قليلا. او زد عليه ورتل القران ترتيلا. انا سنلقى عليك قولا ثقيلا."

Ertinya : Wahai orang yang berselimut, bangunlah pada malam hari, kecuali sedikit daripadanya iaitu setengahnya atau kurangkan sedikit daripadanya atau lebihkan keatasnya. Dan bacalah Al-Quran itu dengan sungguh-sungguh tartil. Sesungguhnya Kami akan turunkan kepadamu perkataan yang berat. [Surah Al-Muzammil, ayat 1-5]



Dakwah kepada Ilmu Pengetahuan

Di dalam ayat yang pertama ia adalah dakwah dan seruan kepada membaca dan belajar. Walaupun ayat ditujukan hanya kepada Rasulullah s.a.w. akan tetapi mencakupi – malah lebih utama ditujukan kepada sesiapa jua yang mahu bangkit berdakwah. Dia haruslah tahu dan memahami segala rahsia dan hikmah uslub dakwah agar dia terhindar dari kejahilan uslub tersebut yang mana kejahilan adalah batu penghalang bagi penyebaran dakwah. Kejahilan juga akan menyebabkan kesesatan diri sendiri dan orang lain yang bersama-sama dengannya.

Maka seharusnya, seorang pendakwah perlu melengkapkan diri dengan pelbagai lapangan ilmu baik ilmu duniawi dan ukhrawi. Agar tidak menimbulkan fitnah dikemudian hari. Tidak timbul isu pendakwah hanya tahu berdakwah tetapi tidak tahu melaksanakan sesuatu tugasan yang diberi seperti melaksanakan program dan pentadbiran.

Dakwah kepada Bangun Diwaktu Malam

Dalam ayat yang kedua pula, ia merupakan seruan supaya bangun bersembahyang pada waktu malam keseluruhannya atau sebahagian daripadanya dan arahan supaya membaca Al-Quran. Sesungguhnya itu adalah antara perkara yang dapat membantu para pendakwah memikul tanggungjawabnya sebagai penyeru kejalan Allah. Oleh itu, dia mesti menghampirkan diri kepada Allah s.w.t. dan memohon pertolongan-Nya bagi memperolehi kekuatan roh, kejernihan jiwa dan kecerdasan tubuh badan dan juga mengharapkan ganjaran daripada Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

" ينزل الله عزوجل الى سماء الدنيا كل ليلة, حين يمضى ثلث الليل الاول فيقول : انا الملك.. اتا الملك, من ذا الذى يدعونى فاستجيب له, من ذا الذى يسالنى فاعطيه. من ذا الذى يستغفرنى فاغفر له. خلا يزال كذالك حتى يضئ الفجر"

Ertinya : Allah menurunkan rahmat-Nya ke langit dunia setiap malam ketika berlalu sepertiga malam dengan Dia berfirman ; Akulah Raja, Akulah Raja. Kepada sesiapa yang bermohon kepada-Ku nescaya akan-Ku berikan. Sesiapa yang meminta keampunan dariapda-Ku nescaya akan-Ku ampunkan dan teruslah begitu hingga terbit fajar.

Dakwah kepada kebersihan

Nabi Muhammad s.a.w. telah menghabiskan masa setahun genap dengan mematuhi perintah Allah s.w.t. bangun bersembahyang pada setiap malam – sepanjang malam atau sebahagian daripadanya sahaja – sehingga baginda mempunyai persediaan roh dan kekuatan untuk menyampaikan dakwah kepada keluarga yang hampir dan masyarakat keseluruhannya.

Allah s.w.t. berfirman :

" يا ايها المدثر. قم فانذر. وربك فكبر. وثيابك فطهر. والرجز فاهجر. ولا تمنن تستكثر. ولربك فاصبر.."

Ertinya : Wahai orang yang berselimut, bangunlah lalu berilah peringatan. Dan agungkanlah Tuhanmu. Dan bersihkanlah pakaianmu. Dan tinggalah segala perbuatan yang keji. Dan janglah engkau memberi dengan harapan untuk medapat balasan yang lebih banyak. Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah. [Surah Al-Mudassir, ayat 1-7]

Jelas daripada ayat-ayat diatas bahawa sebahagian daripada sifat-sifat yang mesti ada kepada para da’ie ialah dia sanggup untuk tampil kehadapan, memberi ingatan kepada manusia, membesarkan perintah Allah dan percaya dengan takdir-Nya. Dia mestilah, teguh pendirian dan bersih hati serta ikhlas, menjauhkan diri daripada segala dosa dan maksiat, merendahkan diri kepada Allah dan manusia, tidak mengharapkan balasan kurnia yang banyak daripada Allah s.w.t dengan sebab menjalankan tugas dakwah.

Dia mestilah mempunyai semangat jihad dalam menyeru dan membimbing manusia ke jalan Allah s.w.t. dan mestilah mempunyai kesabaran dan sanggup menghadapi segala ranjau dan halangan kera itulah jalan-jalan yang telah dilalui oleh Rasul-rasul Ulul Azmi, [yang mempunyai keazaman yang tinggi dan tahan diuji] yang terdahulu dalam memikul tanggungjawab kenabian dan beban risalah.

Saf Pertama Bagi Dakwah Kebenaran

Begitulah Allah s.w.t memerintahkan Rasul-Nya supaya menyampai dan memberikan ingatan kepada manusia. Dengan himah-Nya pula telah memberikan ilham supaya melakukan dengan penuh taat. Dakwah nabi s.a.w. bermula dengan secara senyap-senyap [rahsia] yang mana seruan itu kepada kaum keluarga yang hampir.

Orang pertama yang diserunya ialah Sayyidatina Khadijah isterinya. Dialah orang pertama yang mula-mula menyahut dan mengimani ajaran Rasulullah s.a.w. Kemudian diikuti oleh Sayyidina Ali bin Abi Talin yang ketika itu baru berusia sepuluh tahun.

Kemudian diikuti oleh Sayyidina Zaid bin Harithah, bekas hamba dan anak angkatnya. Dengan ini jelaslah bahawa Nabi s.a.w. memulakan dakwahnya kepada orang yang hampir dengannya disamping Allah mengurniakan hidayah dan petunjuk-Nya kepada orang-orang yang berkenaan.

Setelah itu Rasulullah s.a.w. pun memilih dari kalangan mereka yang bersih hatinya dan ikhlas untuk diajak memeluk agama Allah yang suci dalam menuju kebenaran.

Laman Nuqaba'

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers