
Apa Itu Khurafat? Masyarakat kita ni seringkali mengaitkan sesuatu yang bertentangan dengan Islam sebagai khurafat. Dan aku juga memegang kepercayaan seperti itu sejak dari kecil sampai ke hari ini. Bahawa amalan2 yang songsang sesetengah orang memanggilnya dengan amalan khurafat. Tetapi kepercayaan itu berubah, bilamana aku membaca sebuah kitab Hadith, berkenaan keperibadian Rasulullah SAW. Kitab As-Syamail Al-Muhammadiah.
Aku percaya, ramai daripada pembaca sekalian pun memegang kefahaman makna khurafat dalam konteks yang hampir sama. Walhal hakikat sebenarnya tidak. Ia bukanlah satu amalan tetapi khurafat adalah nama seorang lelaki daripada kabilah 'Udzrah. Kisahnya seperti dibawah.
Pada suatu malam, Rasulullah SAW berbual-bual dengan isteri-isteri baginda. Seorang daripada mereka berkata: 'Perbualan ini seperti perbualan khurafat.' Rasulullah SAW membalas: "Adakah kamu semua tahu apa itu khurafat?.
Khurafat/khurafah adalah nama seorang lelaki daripada kabilah 'Udzrah yang ditawan oleh jin pada zaman jahiliyah. Dia tinggal bersama-sama jin dalam jangka masa yang lama. Kemudian, apabila jin mengembalikannya semula ke alam manusia, Khurafah menceritakan kepada manusia mengenai perkara-perkara yang ajaib yang dia lihat di alam jin. Oleh itu, manusia menyebut 'itu cerita khurafat' ".
(As-Syamail Al-Muhammadiah : 243 Diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi dan Imam Ahmad)
Aku percaya, ramai yang baru mengetahui pasal khurafat ni atau mungkin aku sorang je. Sebab tu la aku nak berkongsi kat sini. Biar setiap kepercayaan kita itu ada dalil dan ilmu.
| KAHERAH, 14 April - Satu kejadian cubaan samun berlaku sekali lagi pada warga Malaysia di Mesir. Semalam, seorang pelajar Selangor Mohamed Salman Mohd Azam (15 tahun) cuba disamun oleh beberapa warga tempatan arab Mesir.
Kejadian berlaku pada waktu tengah hari, ketika pelajar terbabit baru pulang dari kelas pengajian secara bersendirian. Dia kemudian dihampiri sebuah kereta dan 2 orang warga tempatan tersebut berpura-pura menyatakan dirinya sebagai perisik polis (mabahis) lalu mengajak pelajar terbabit ke dalam kereta tersebut.
Tiba-tiba, kereta terbabit memecut laju akibat terkejut apabila cermin belakang keretanya dilempar dengan batu oleh individu tidak dikenali. Pelajar tersebut kemudian cuba untuk melarikan diri tetapi ditahan beberapa kali oleh penyamun terbabit dan akhirnya menurunkan pelajar tersebut di Suq Sayyarat.
Saudara Mohd Yazid Ahmad, YDP BKASM sejurus mendapat maklumat tersebut daripada PMRAM terus ke rumah mangsa yang terletak di Walidain, Hayyu ‘Asyir. Turut bersama beliau ialah Pegawai HEP Selangor, En Mohd Faryzan Subkhi, TYDP 1 BKASM, saudara Abdul Hakim Sazali dan TSU 1, saudara Mohd Saifullah Abu Bakar.
Dalam masa yang sama, turut kelihatan di rumah mangsa ialah Presiden PMRAM, saudara Shahrizan Mohd Hazimie, Timb. Presiden saudara Muhammad Zuhaili Saiman dan Naib Presiden 1, saudara Mohd Adlan Mokhtarudin, YDP Badan Kebajikan Anak Wilayah Mesir (BKAWM) saudara Mohd Adly Bohari serta ahli BKASM yang lain.
YDP BKASM, saudara Mohd Yazid mengingatkan agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada terhadap individu tempatan yang mengaku sebagai perisik polis agar tidak menjadi mangsa samun.
Dalam pada itu, Presiden PMRAM juga turut mengingatkan agar mahasiswa Malaysia di Mesir supaya sentiasa mengambil cakna tentang keselamatan diri dan supaya dapat berhubung terus kepada Presiden PMRAM, YDP BKAN atau Pegawai Anak Negeri sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini.
Selesai melawat mangsa, Pegawai HEP Selangor diiringi saudara Mohd Yazid serta beberapa AJKT BKASM dan Badan Pengurus PMRAM bersama mangsa terbabit ke pejabat polis di Madinah Nasr untuk membuat laporan pada jam 4 petang.
Terima kasih diucapkan kepada PMRAM dan BKASM serta Pegawai HEP Selangor Mesir, En Mohd Faryzan Subkhi atas keprihatinan mereka dalam isu-isu kebajikan ahli khususnya Selangor di Mesir.
Berita diatas dipetik daripada Laman Web Rasmi Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.
Berita AminMenulis: Semalam (Jumaat, 15 April 2011) Kompleks Asrama Pelajar Terengganu Mesir pula dipecah masuk oleh 2 orang warga arab Mesir. Menyebabkan kehilangan sebuah telefon bimbit dan kamera digital. Kejadian berlaku ketika pelajar-pelajar lelaki sedang bersiap untuk menunaikan solat Jumaat. Kejadian yang berlaku di tingkap 5 tersebut disedari oleh seorang pelajar lelaki ,lalu menyergah kedua-dua penyamun tersebut yang sedang menggeladah salah sebuah rumah di kompleks tersebut.
|
Akibat terlalu panik, penyamun tersebut terus melarikan diri dan hanya sempat melarikan sebuah telefon bimbit dan kamera digital. Manakala, satu beg galas yang disyaki digunakan untuk mengumpulkan barangan yang dicuri ditinggalkan. Selepas diperiksa, beg tersebut merupakan beg salah seorang mangsa dan didalamnya terdapat external hardisk dan beberapa barangan yang cuba dicuri.
Pihak persatuan pelajar, Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir, menyeru agar semua ahli meningkatkan tahap keselamatan rumah penginapan masing-masing dan memastikan pintu utama ditutup 24jam. Walaupun sudah ada pengawal keselamatan yang ditugaskan untuk menjaga bangunan tersebut. Pihak KPT Mesir juga mengingatkan ahli supaya berhati-hati dalam membuat kunci pendua dikedai-kedai yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Kedai yang disyaki adalah disekitar (gami'). Kerana sudah ada kes yang melibatkan Asrama Pelajar Sarawak baru-baru ini, penyamun yang cuba melarikan diri tercicir sejambak kunci, dan setelah diperiksa, ternyata kunci tersebut boleh membuka hampir keseluruhan rumah di bangunan tersebut.
Diingatkan kepada semua mahasiswa Malaysia, agar lebih berhati-hati selepas ini kerana dalam fatrah Mesir yang masih berada dibawah pentadbiran tentera. Kes jenayah meningkat hampir 200% kerana had kuasa polis terhad dan untuk menangani kes-kes jenayah dalam masa yang singkat amat mustahil. Terutama kepada mahasiswi agar tidak berjalan sendirian walaupun disiang hari. Juga disarankan agar semua mahasiswa mendaftarkan diri dengan persatuan anak negeri masing-masing agar sebarang maklumat dan tindakan pantas dapat diambil sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
Tindakan pantas Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) baru-baru ini, dengan segera dapat mengesan dan menyelamatkan ahli mereka yang cuba disamun dan dilarikan(diculik). Maka, kerjasama daripada semua pihak amat diharapkan agar mendaftar dengan persatuan anak negeri masing-masing sesegera yang mungkin. Pastikan juga anda memberitahu rakan terdekat destinasi yang dituju jika hendak keluar dan memberikan nombor telefon yang boleh dihubungi jika berlaku kecemasan. Sentiasa membawa kad pelajar atau passport ketika keluar daripada rumah.

Tadi bila terbaca status seorang sahabat pasal handphone, teringat plak mula-mula pakai handset dulu. Mula dengan handset warisan nokia model ape tah. Besar jgk la, ada kat rumah.Lepastu guna Nokia 3315. Handset tu dah jual kat kawan. Samsung handset ke-3. Rosak sbb jatuh n anak sedara main, skali jumpe dalam mesin basuh. Haha.. Basuh... baju skali dengan handset tu. Tp masih bernyawa.
Hanset ke-4: Nokia Express Music 5800 Special Edition. Rosak jugak sebab jatuh. Beli lepas SPM sbb dpt result cemerlang. Hehe..Handset ke5: Myiman. Handset Al-Quran. Sbb masa tu ada offer n tengah cari handset yg memudahkan utk baca Al-Quran. Rosak jgk sebab banyak kali jatuh. Sudah tak bernyawa. Tengok dah terkopak housing dia. Beli sebelum pergi Mesir.
Handset ke-6. Sony Ericsson W205. Yang ni beli kat Mesir. Murah je. Harga dia LE400. Lebih kurang RM200 je. Tu pun dah tak berapa betul sangat.
Handset terkini, Alhamdulillah, biasa je. Nokia C3. Kekasih hati bg masa balik Malaysia evakuasi baru-baru ni.
Yang tak sangkanya, semua masih disimpan dan tak tertinggal kat mana2. Hehe.. Siap bawak ke Mesir lagi. Adeh.. Persamaan semua handset ni adalah ianya tidak pernah melebihi harga RM400 ringgit. Kelemahan sy adalah malas nak bawak handset ke mana2. Hehe.. Tp tabiat tu dah berubah sikit demi sikit sbb keperluan.
Apa yang penting, handset yg sy guna ni boleh call masuk n keluar, boleh hantar mesej. Itu tujuan utama handphone dicipta kan? Hehe.. Internet pe sume tambahan tu len cita.
Saya tidaklah kaya ttp bersyukur dan senang dengan apa yang ada. Walaupun ada jgk keinginan nak pakai blackberry/ipad/iphone.
Itu semua tak perlu kita kejar, kalau Allah nak bagi bila2 masa je. Kan Allah dah kata, Kalau kita bersyukur nescaya Allah akan tambah nikmatnya. ^^,. Ceria dan senyumlah dalam menghayati dan mentadabbur nikmatnya. Pasti kita akan bahagia. (n_n)

Bokeh Pah Cerohs. Menggunakan Canon EOS 550D.
Dalam dunia fotografi, ada satu istilah yang dipanggil bokeh. Perkataan bokeh pula berasal daripada Jepun (Read>Boke). Ia terhasil apabila cahaya2 halus yang berada dibelakang sesuatu objek terkeluar daripada titik fokus (out of focus). Maka akan terhasillah satu imej yang kabur(blur) tetapi mempunyai bentuk dan corak ...(bulat, 6segi, 5segi dll). Ia adalah satu seni dan mempunyai nilai estetika yang tersendiri dalam dunia fotografi. Ramai dari kalangan ahli baru dalam dunia fotografi tidak memahami istilah ini. Bokeh amat berbeza dengan blur. Blur hanya sekadar blur(kabur) tetapi tidak mempunyai bentuk seperti bokeh.
Bokeh yang terhasil berbeza mengikut titik kedudukan cahaya tersebut dan lens yang digunakan dalam sesebuah gambar. Bokeh hanya terhasil apabila cahaya yang ada dibelakang objek tersebut memancar secara tidak langsung. Seperti gambar diatas, bokeh terhasil apabila cahaya matahari terpancar dicelah-celah daun pokok. Dan ia menghasilkan warna dan corak yang cantik.
Anda mahu tahu lebih lanjut? Search di google > Bokeh.
Alhamdulillah, tadi berkesempatan lagi untuk bersama dengan Fadhilatul Syeikh Usamah Syed Mahmud Al-Azhari untuk mengikuti daurah/majlis pembacaan kitab Syamail Muhammadiah. Hari ni masuk hari kedua Syeikh membacakan kitab tersebut. Untuk sama-sama kita kenali dan hayati sifat keperibadian Rasulullah s.a.w. Kepada siapa yang ada kelapangan masa, dijemput untuk sama-sama menghadirkan diri ke kelas pengajian ini.


Syeikh Usamah Syed Mahmud Al-Azhari, ketika sesi soal jawab selepas membacakan matan dan sanad sempena daurah Syamail Muhammadiah di ruwak Al-Atrak, Masjid Al-Azhar pagi tadi. InsyaAllah, syeikh akan menyambung bacaan Syamail Muhammadiah esok jam 7.30-9.30 pagi.

Syeikh Usamah Syed Mahmud Al-Azhari sedang menghuraikan persoalan yang diajukan anak muridnya Ibrahim.