PRISMA Edisi Ke-2

0 komen mengomen

Prisma edisi 2 telah terbit baru-baru ini.. Cuma saja nak kempen di dalam blog ini. Siapa nak download, klik pada link di bawah ini. Baca, jangan tak baca..

Boleh tak melewatkan Solat Isya'?

0 komen mengomen
Hadith-hadith yang berkaitan

Abdullah bin Umar ra berkata:

مكثنا ذات ليلة ننتظر رسول الله صلى الله عليه وسلم لصلاة العشاء الآخرة فخرج إلينا حين ذهب ثلث الليل أو بعده فلا ندري أشيء شغله في أهله أو غير ذلك فقال حين خرج

إنكم لتنتظرون صلاة ما ينتظرما أهل دين غيركم ولو لا أن يثقل على أمتي لصليت بهم هذه الساعة.

ثم أمر المؤذن فأقام الصلاة وصلى

“ Suatu malam kami duduk menanti Rasulullah saw untuk menunaikan solat Isya. Lalu Nabi saw keluar dari rumahnya semasa sudah berlalu sepertiga malam yang awal atau selepas itu. Kami tidak mengetahui Nabi saw lambat disebabkan urusannya dengan isteri atau yang lain. Baginda saw bersabda semasa keluar:

“Sesungguhnya kamu semua telah menantikan solat yang tidak dinantikan oleh mana-mana penganut-penganut agama selain kamu . Kalaulah tidak memberati terhadap umatku nescaya aku akan solat pada masa ini.”

Kemudian baginda saw menyuruh supaya tukang azan untuk iqamah dan beliau pun solat.

Hadis sahih Bukhari (570) dan Muslim (639)

2. Jabir bin Abdullah ra berkata:

والعشاء أحيانا يؤخرها وأحيانا يعجل كان إذا رأهم قد اجتمعوا عجل وإذا رأوهم قد أبطأوا أخر

“ Rasulullah saw kadang-kadang melewatkan solat Isya dan kadang-kadang menyegerakannya. Apabila melihat para sahabat sudah berhimpun maka baginda akan mneyegerakan. Apabila baginda melihat mereka lambat datang maka Nabi saw melewatkannya.”

Hadis sahih riwayat Bukhari (565) dan Muslim (646)

3. Zaid bin Khalid mendengar Rasulullah saw bersabda:

لو لا أن أشق على أمتي لأمرتهم بالسواك عند كل صلاة ولأخرت صلاة العشاء إلى ثلث الليل

“ Kalaulah tidak menyusahkan ummatku nescaya aku akan wajibkan mereka untuk bersiwak setiap kali solat dan melewatkan isya ke sepertiga malam yang pertama.”

Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi.

PANDANGAN ULAMA

Para Ulama telah berselisih pendapat terhadap perkara ini seperti berikut:

Pendapat pertama:

Disunatkan melewatkan solat isya sehingga sepertiga malam yang awal. Ini adalah pendapat Mazhab Hambali, Hanafi , sebahagian ulama mazhab Maliki dan pendapat lemah dalam mazhab Syafie.

Ulama mazhab Hambali mensyaratkan keredaan para makmum sekaliannya atau sebahgiannya. Imam Ibnu Quddamah berkata:

“Adapun sekiranya melewatkan solat isya itu memayahkan sekalian makmum atau sebahgiannya maka tidak disunatkan lewatkan isya bahkan ianya adalah makruh.”


Pendapat kedua:

Disunatkan menyegerakan solat isya seperti solat-solat yang lain. Ini adalah mazhab Maliki mengikut pendapat yang masyhur dan mazhab Syafie mengikut pendapat yang kuat mereka.

Pendapat ini menyatakan bahawa kebiasaan yang dilakukan oleh Nabi saw adalah di awal waktu. Hadis-hadis yang menunjukkan perlu dilewatkan adalah perkara yang bukannya selalu Nabi saw buat. Pendapat ini menggunakan dalil secara umum berkenaan dengan kelebihan solat awal waktu.

PENDAPAT TERPILIH

Imam Nawawi berpendapat dalil-dalil pendapat pertama lebih kuat. Beliau berkata dalam kitabnya majmuk:

“ az-Zubairi memilih pendapat yang menyatakan lebih baik melewatkan isya dalam kitabnya (al-Kafi). Pendapat ini adalah pendpaat yang lebih kuat dari segi dalil.”

Disunatkan cepat atau lambat solat isya bergantung kepada perkara-perkara berikut:

1. Ia bergantung kepada berkumpulnya para jemaah. Sekiranya mereka cepat berkumpul maka sunat dicepatkan. Jika para jemaah lambat sampai maka sunat dilewatkan . Realitinya pada masa sekarang adalah jemaah dibuat awal waktu jadi bagi orang lelaki sunat untuk solat Isya di awal waktu berjemaah di masjid.
2. Ia bergantung kepada keredaan para jemaah. Sekiranya sebahgiannya tidak reda maka disunat disegerakan solat Isya.
3. Bagi orang yang solat bersendirian disunat melewatkan solat ke sepertiga malam yang awal sekiranya dia tidak tertewas dengan sikap malas atau tertidur hingga menyebabkan dia solat terlewat sangat.

Waktu yang sunat:

Perlu difahami para pembaca sekalian, waktu yang sunat dilakukan isya adalah setelah sepertiga malam yang awal. Iaitu dengan kita bahagikan malam tiga bahagian. Bila habis waktu sepertiga malam yang pertama dan masuk waktu sepertiga malam yang kedua itulah waktu yang sunat. Kalau untuk di mesir untuk tarikh hari ini 12/5/2010 adalah lebih kurang pukul 10.30 malam.

Iman Nawawi berkata dalam syarh sahih Muslim:

" Melewatkan isya yang disebut dalam hadis tidak lebih dari tengah malam."

"Tidak seorang Ulama pun yang menyatakan afdal melewatkan isya sehingga melebihi pertengahan malam."

Oleh itu tidur lepas magrib sehingga lepas tengah malam baru bangun untuk solat isya adalah tidak afdal menurut semua ulama dan ditambah lagi makruh tidur lepas magrib seperti disebut dalam hadis lain.

Rujukan: Mawaqit al-Ibadah al-Makaniah waz Zamaniah oleh Dr Nizar Mahmud dan Majmuk oleh Imam Nawawi.

Sumber : Ust Salman Maskuri

Saya jadi kaunter pertanyaan ..

0 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t.Justify Full

Berita perkahwinan sahabat baik ana [Ust Muzani] semakin hangat dan bertambah hangit hehe..

Ramai yang bertanyakan ana itu dengan ini..

"Eh, betul ke min? Dengan sape?"

"Ish.. biar betul. Cepatnyer?"

"Angin takde, ribut takde, tiba2 nak kawen?"

"Eh, amin. Betul ke Muzani nak kawen? Tak jemput pun? huhu.."

Hoish... Macam kaunter pertanyaan plak. Dan beberapa persoalan yang macam-macam. Terutama sahabat-sahabat lepasan KOSTAQ & IMTIAZ Dungun. Adeh..

Maka, dengan ini saya memaklumkan berita terbaru. Majlis akad Nikah akan berlangsung pada 20 Mei 2010 pada hari Khamis. Detail insyaallah akan dimaklumkan semula.

Manakala kenduri kesyukuran atau Majlis Walimah akan diadakan selepas musim peperiksaan iaitu pada bulan 7 nanti InsyaAllah.

Ramai yang terkejut, terkesima, [opss..] terkecewa, tak senang duduk, tak senang berdiri, tak senang makan, tak tenang nak study akibat daripada kejutan ini. Ades.. Terutama senior-senior. Kepada ''Abang-abang snior'' Redha jelah, nak wat macamana, semua Allah dah tetapkan. Kena la kawen cepat-cepat. Hehe..

Lebih mengejutkan ia dibuat ketika peperiksaan bakal diadakan akhir bulan ini. Semua orang sibuk nak tau pasal berita ni. Padahal tuan empunya [Ust Muzani] kata kat ana "Tenang jer rasa nak kawen.." Haha.. Memang ramai yang jeles. Harap semua dapat bersabar.

Sebelum-sebelum ni ramai yang memberi komentar terutama Badan Pengurus [BP] PMRAM dan orang luar dari Terengganu. "Eh, Jeles betul tengok, Ust-ust [pelajar-pelajar] Terengganu ni mudah jer nak kawen. Tolong carikan orang Terengganu jugak lah" Hehe.. Luahan ikhlas dari mereka-mereka yang masih membujang.

Jadi harap kepada sahabat-sahabat, jangan kecewa mahupun kecil hati kerana belum dijemput. InsyaAllah sampailah nanti kad jemputan. Ust Muzani pun sibuk untuk persediaan imtihan. Mungkin Majlis akad nikah dibuat secara sederhana. Dan Acara besar-besar bulan 7 nanti. Sekian, Harap Maklum.

Akad Nikah Khamis Ini

1 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah dan bersyukur kepada Allah s.w.t. Setelah lama berusaha untuk mendirikan sebuah 'Masjid" dalam memenuhi keperluan fitrah seorang manusia dan mengikut jejak sunnah Rasulullah s.a.w. Akhirnya, Majlis Akad Nikah yang telah lama dirancang akan berlangsung pada 20-05-2010.

Setelah pelbagai cabaran dan dugaan datang menempuh, akhirnya hari bahagia itu akan tiba jua. Syukur kepada Allah s.w.t. kerana mengurniakan nikmat yang amat besar ini. Namun, ujian itu tidak pernah mundur dari menerjah menguji ketabahan diri. Hanya Allah yang tahu betapa berat menanggung rindu dan derita untuk merealiti dalam menjalinkan sebuah ikatan dan perhubungan yang dihalalkan oleh Islam dan digalakkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Tahniah kepada sahabat baik ana Ust Ahmad Muzani bin Abd Rahman yang bakal melangsungkan perkahwinan/majlis akad nikah dengan pasangannya Ustzh Siti Norul Aini Hasmidar bt Md Razali. Kedua-kedua mereka sahabat ana sejak sekolah lagi. Ust Muzani merupakan sahabat baik ana sejak tingkatan 1 lagi di Kolej Sains & Teknologi Al-Quran Yayasan Terengganu Besut, kemudian di Imtiaz Dungun dan sama-sama berpindah mengambil jurusan agama di Sek. Men. Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) Batu Burok, Kuala Terengganu, sehinggalah menamatkan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di sekolah yang sama dan kini sama-sama melanjutkan pelajaran di dalam bidang Syariah di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.
Ni la Aisya,ololo..ngantuk ye..


Comelnyer die..cak!!


'Ammu saayang Aisya..mmmuah..


Manakala pasangan beliau merupakan rakan sekelas semasa sekolah rendah (Darjah 6) di Sek. Keb. Durian Burong. Kemudian sekali lagi menjadi rakan sekelas semasa di SMA(A)SZA. Apapun tahniah kepada antum berdua, semoga bahagia hingga ke syurga. Aminn.. Doakan pula sahabat-sahabat lain akan menurut jejak langkah yang sama. Mungkin 4 tahun akan datang InsyaAllah. Hehe..

Kepada sahabat-sahabat dan rakan-rakan di Malaysia. Mohon maaf kerana tidak memaklumkan terlebih dahulu berita ini, bukan hendak berahsia, sekadar amanah dengan tuan empunya. Tadi, baru beliau mengeluarkan posting di blog beliau secara rasmi. Maka, ana pun buatlah kenyataan rasmi. Takkan nak lebih sudu dari kuah kan? Biarlah tuan badan yang maklumkan dulu, walaupun diri ini telah mengetahui lebih awal. Hehe..

Mentaliti masyarakat sekarang memandang kepada status pendidikan dan kewangan. Memandang kepada status umur sebagai kayu ukur untuk melangkah ke gerbang perkahwinan. Namun mengabaikan satu aspek yang lebih besar iaitu tuntutan fitrah sebagai seorang manusia yang mempunyai hawa nafsu dan keinginan syahwat untuk salin berkasih sayang dan memerlukan diantara lelaki dan wanita.

Ramai ibu bapa sekarang lebih rela anak mereka menjalinkan hubungan sebagai kekasih yang tidak halal daripada menggalakkan mereka untuk berhubung dengan cara yang halal iaitu dengan bernikah. Kerana mereka bimbang anak mereka belum mampu untuk menanggung anak orang, belum mampu memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga. Tetapi tidakkah mereka berfikir adakah dengan cara itu anak mereka mampu menahan hawa nafsu mereka daripada melakukan perkara yang haram? Tak sama sekali, bahkan menambahkan lagi syahwat dan keinginan untuk melakukan hubungan zina.

Firman Allah s.w.t. " Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu membawa kepada kerosakan dan kemungkaran"

Ini yang perlu mereka sedar, dalam masa yang sama mereka sebenarnya menggalakkan anak mereka hampir kepada zina. Tidakkah mereka sedar, dengan cara menghalalkan hubungan yang tidak halal membuatkan anak-anak ini merasakan hubungan yang mereka jalinkan tidak salah.
Berkepit dan berpeluk dikhalayak umum, berdua-duaan dianggap bukan sesuatu yang hina dan buruk pada pandangan mata. Kerana ia telah dihalalkan oleh kedua ibu bapa dan masyarakat.

Dalam suasana hari ini yang tersangat teruk dengan masalah sosial, kes buang anak, rogol, zina dan segala macam ibu kepada maksiat ia tersangat-sangat menuntut untuk golongan muda berkahwin awal. Dengan cara ini, dapat menghindar anak-anak muda daripada melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya.

Yakinlah sekiranya, pilihan yang dibuat berdasarkan kreteria yang telah Nabi s.a.w. gariskan, InsyaAllah, makan minum, rumah dan sebagainya Allah telah sediakan.

Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara : 1. Harta. 2. Nasab. 3. Paras Rupa 4. Agama. Maka sabda Nabi s.a.w. barangsiapa yang berkahwin kerana agama sesungguhnya dia akan bahagia dunia dan akhirat.

Pernah sabahat mengadu kepada Rasulullah tentang kemiskinan yang dihadapinya. Maka, Nabi menyuruhnya agar berkahwin. Kemudian dia datang pula kepada nabi setelah berkahwin mengadukan hal yang sama. Lalu Rasulullah s.a.w. menyuruhnya untuk berkahwin lagi. Sehingga beliau berkahwin denga isterinya yang keempat. Dan beliau bebas daripada belenggu kemiskinan kerana kepintaran isterinya yang keempat dalam bidang jahitan dan mengajarkan kepada isteri-isteri yang lain membuatkan beliau menjadi seorang usahawan dalam bidang tersebut. Maka, benarlah janji Rasulullah s.a.w.

Renung-renungkan bersama.

p/s : InsyaAllah, gambar-gambar semasa majlis akad nikah nanti akan ana siarkan buat tatapan bersama. Doakan semoga semuanya berjalan lancar dan diberkati Allah.

Relaks-relaks.. Video Meniru Dalam Exam..

2 komen mengomen
2..

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers