FIFA World Cup & Olimpik yang penuh dengan unsur Zionisme

0 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, lega rasanya baru lepas peperiksaan. Walaupun belum habis. Tinggal 3 kertas sahaja lagi ditambah dengan syafawi. Sekurang-kurangnya tekanan peperiksaan semakin berkurang.

2,3 hari ini saya ada mendengar ura-ura yang mengatakan bahawa pada logo FIFA Worl Cup Afrika Selatan tahun ini terdapat unsur-unsur freemason dan zionisme. Namun, hari ini baru saya sempat melihat dan mendapatkan maklumat yang diperlukan. Sedang membaca di blog Ust Shaari saya membuka video tersebut di youtube, dan terdapat video yang berkaitan dengan Fifa. Jadi saya sertakan sekali beberapa maklumat tambahan yang saya perolehi hasil cari di Internet.

Dan beberepa penemuan agak mengejutkan namun sudah boleh dijangka kerana saya telah menonton dokumentari The Arrival yang telah membongkar unsur anti-tuhan dan gerakan freemason yang telah menguasai dunia dan sedang belegar-legar disekeliling kita dan tanpa kita sedari ia boleh juga berada didalam dan pada pakaian kita. JAdi berhati-hati dengan setiap tingkah laku dan barangan yang kita gunakan.




World Cup 2010 pujaan dunia bermula 11 Jun ini. Saya sendiri sedang tercari-cari pasukan pilihan. Yang penting, dalam keghairahan menonton dan demam bolasepak, saya mengingatkan diri saya dan rakan-rakan teman peminat bolasepak supaya jangan sampai tanggungjawab mengambil berat isu-isu ummah turut demam sama kerana saya bimbang ada agenda 'turning point' musuh-musuh Allah khususnya Secret Societies dan The Committee of 300 ketika dunia menumpu pada South Africa.

Seperti UMNO dan BN yang sering mengalihkan tumpuan petugas-petugas pilihanraya setiap kali menjelang Pilihanraya Umum dan Kecil dengan menghantar berpuluh-puluh bas yang dikatakan pengundi hantu. Maka, zionis @ Israel laknatullah lebih-lebih lagi mahu mengalihkan tumpuan ummat manusia dan ummat Islam kepada bola daripada melakukan kerja-kerja yang lebih berfaedah.

Jahbulon was a ritual freemasonic god. Jahbulon represents the devil.

Horus was a popular Egyptian god who was the son of Osiris and Isis. Osiris and Horus were both solar deities. Osiris was the setting sun, Horus the rising sun. The Pharoah was considered to be an incarnation of Horus (also known as “Amen-Ra,” the sun god). The story of Horus can be found in “The Egyptian Book of the Dead (also known as the “Papyrus of Ani”) written over 3,000 years before the birth of Jesus.







2012 = 2102 = ZION = ZION + IS + REAL = ZIONIS ISRAEL. Serangan ke atas Freedom Flotilla adalah 'presented' plan proksi Dajjal utk memerintah dunia, berpindah dr AS ke Israel sebagaimana pandangan Shekh Imron Hussein. Konspirasi Allah akan musnahkan konspirasi Yahudi.



The Global Voice of the Jewish Community desak Amerika putuskan hubungan dengan Anwar krn isu APCO. Ini bererti, DSAI perlu 'bersedia' dgn risiko nyawa krn mata2 Mossad sdg memburu.


Ini pandangan saya yang logo olimpik jika dibaca mengikut turutan boleh juga menghasilkan perkataan ZION.


Sumber Asal : Ust Shaari.

Kentang dan Ketam makhluk berbeza.

1 komen mengomen
Sekadar celoteh pendek di musim imtihan,

Suatu petang selepas solat Jumaat, Muhammad pulang ke rumah sewanya. Cuaca agak panas terik, ditambah dengan angin bahang yang mengeluarkan keringat.

Sampai di hadapan rumah, terlihat kelibat beberapa rakannya. Lalu beliau menyapa Ahmad.

"Mad, aku dah beli kentang 2 kilo lebih pagi tadi."

"Berapa harga?"

"2 kilo LE4.00 je."

"aik, murah beno?, biar betul?"

"Betul la."

"Beli kat mana?"

"kat belakang bangunan tu jer, ada ammu datang naik lori jual."

"aik, ketam jual belakang bangunan? Rasanya dia jual sayur jer."

"Abistu, ko ingat dia jual ape?"

"dah, tadi kata beli ketam?"

"Bila masa plak aku beli KETAM? aku beli UBI KENTANG!"

Haha..

"Cis, cakap la Ubi.. "

Mungkin tersalah dengar agaknya, disebut kentang mungkin didengar ketam.

haha.. itulah perbualan yang berlaku. Muhammad orang Selangor, manakala Ahmad orang Terengganu. Bila dua negeri dan loghat yang berbeza bertemu. Maka akan berlaku khilaf disitu.

Orang Terengganu biasanya akan menggunakan istilah Ubi untuk Kentang, manakala orang di Selangor dan negeri-negeri yang berdekatan akan menggunakan istilah kentang. Jadi, kalau berbeza negeri sudah berlaku khilaf dari segi bahasa.

Lazimnya orang Terengganu jarang menggunakan perkataan Kentang kecuali yang terdekat bunyi sebutannya adalah ketam dan loghat terengganu tidak menyebut kentang dengan makhraj yang betul K E N T A N G tetapi diidghamkan sebutan N kedalam T dan samar-samar sebutan N maka menjadi K E nT A N G. Kalau disebut laju-laju akan kedengaran seperti KETANG = KETAM. dan Ketam juga jarang disebut dengan betul, KETAM tetapi KETAMG. Pasti bunyi G dibelakang masih kedengaran.

Namun kita meraikan lahjah dan loghat setiap negeri. dan setiap negeri ada keistimewaan dan nilai bahasanya yang tinggi dan tersendiri.

Maka lebih-lebih aula akan berlaku khilaf dikalangan Ulama' dalam membahaskan sesuatu hukum hakam agama. Tidak pelik bila ada ulama' membolehkan [sah] mengambil wudhuk hanya menyapu pada stokin dan tidak perlu menanggalkannya. Sesetengah ulama' pulamengatakan tidak sah. Ia bergantung kepada maslahah umum (waqi') keadaan sesuatu tempat ataupun negara dan bergantung kepada kefahaman setiap ulama'.

Wallahua'lam. Esok pekse Qaah Bahas. Gabungan madah [subjek] Fiqh Syafie [Nassi] dan Usul Fiqh [Nassi] Doakan, hamba yang hina ini.

Menjawab Persoalan umur Sayyidatina Aisyah ketika berkahwin dengan Rasulullah s.a.w.

0 komen mengomen

Oleh : Us Nazrul (link)

Beberapa orang sahabat meminta untuk saya menilai sebuah penulisan berkaitan dengan umur Saidatina Aisyah radhiyallahu anha ketika berkahwin dengan Baginda sallallahu alaihi wasallam. Saya bukanlah orang yang terbaik untuk memberikan komentar terhadap penulisan Syeikh Habiburrahman al-Siddiqie al-Kandahlawi rahimahullah. Namun sedikit pengetahuan yang Allah taala berikan akan saya gunakan bagi mempertahankan kredebiliti para ulama terdahulu yang telah diperlekehkan dengan secara halus oleh penulis ini.

Sepanjang pembacaan saya terhadap risalah kecil penulisan tersebut yang bertajuk “Umer-e-Aishah” (Umur ‘Aishah), yang asalnya ditulis dalam Bahasa Urdu kemudiannya diterjemahkan ke Bahasa Melayu dan Inggeris , memperlihatkan kepada niat asal penulis tersebut adalah baik iaitu ingin mempertahankan Baginda sallallahu alaihi wasallam daripada tohmahan golongan penjajah Inggeris serta Oreantalis ketika itu yang menghina Baginda sallallahu alaihi wasallam seolah-olah Baginda menyukai kanak-kanak kecil jika Baginda sallallahu alaihi wasallam berkahwin dengan Saidatina Aisyah ketika beliau berumur 6 tahun dan bersama dengan Baginda sallallahu alaihi wasallam ketika berumur 9 tahun. Namun kontranya ialah dengan sikap beliau seolah-olah mengatakan bahawa para ulama terdahulu semuanya tidak mahu mengkaji dengan baik tentang perkara tersebut.

Pertamanya saya ingin menyatakan bahawa golongan Oreantalis dan pembenci risalah Islam pasti akan sentiasa mencari-cari kelemahan Islam sedang hakikatnya Islam langsung tiada kelemahannya.Maka sudah pasti mereka akan sentiasa mencipta persoalan-persoalan sebegitu bagi memeningkan umat Islam yang kekurangan ilmu pengetahuan malah menyebabkan orang yang tidak mengenal Islam akan mengatakan bahawa Islam adalah agama yang tidak benar.

Sikap ingin mempertahankan Islam dan kesuciannya sangat dipuji namun adakah perlu bagi kita untuk mencela para ulama mengatakan bahawa mereka semua terpengaruh dengan sirah yang dicipta oleh golongan Syiah? Seolah-olah menjadi satu trend pada zaman sekarang, sesuatu yang bertentangan dengan fahaman mereka maka akan dituduh golongan ini sebagai pengikut al-Ahbash dan pengikut Syiah.

Seolah-olah juga bahawa al-Imam Ibn Hajar al-Asqallani , al-Imam al-Nawawi, al-Imam al-Zahabi, al-Imam Abu Nu’aim, al-Imam Ibn Saad, al-Imam Tabari dan lain-lain pakar di dalam bidang sejarah Islam tidak mengetahui sirah sebenar dan mereka terpengaruh dengan Syiah.

Tiba-tiba datang seorang ulama daripada Pakistan mengaku bahawa semua ulama tersebut salah dan pendapat yang sebenar adalah yang dipegang olehnya setelah “kajian” terperinci yang dijalankan. Ulama-ulama terdahulu tidak mengkajikah tentang perkara ini? Benarlah kata para ulama seperti yang disebutkan oleh al-Imam Ibn Khaldun rahimahullah : “ Kamu buat perkara yang berbeza dengan orang lain, maka kamu akan terkenal”.

Malah saya rasa cukup lucu dengan umat mutaakhir ini. Seolah-olah sudah hilang kepercayaan kepada para ulama terdahulu, dan meletakkan sangka buruk kepada mereka.

Saya akan cuba menjawab mana-mana hujah yang saya rasakan perlu untuk menjawabnya. Tidak perlu kepada para ulama untuk menjawabnya, cukuplah saya sebagai khadam kepada para ulama menjawab persoalan-persoalan tersebut. Saya akan nukilkan semula penulisan daripada al-Syeikh Habiburrahman al-Siddiqie al-Kandahlawi di dalam bentuk hujah beliau, kemudian saya akan tulis pandangan dan komentar para ulama dan komentar saya sendiri berkenaan pendapat-pendapat beliau.

Semoga semua dapat menilai dengan baik setiap komentar yang saya berikan. Mana-mana kenyataan beliau yang tidak bersalahan dengan sejarah saya akan mempersetujuinya . Tidaklah semua yang dikatakan itu salah. Apa yang benar kita katakan benar, mana yang perlu diperbetulkan sama-sama kita muhasabah semula..

Berikut adalah hujah-hujah beliau dan komentar daripada saya:

HUJAH PERTAMA – BERTENTANGAN DENGAN FITRAH MANUSIA

Riwayat ini bertentangan dengan pengalaman dan fitrah manusia. Adalah mustahil ia dilakukan oleh Nabi s.a.w. dan ia sebenarnya tidak pernah berlaku. Jika peristiwa sedemikian pernah terjadi, maka musuh-musuh Islam dan juga musuh-musuh Nabi Muhammad s.a.w. pada waktu itu sudah tentu telah mengambil kesempatan untuk mempermainkan dan menghina baginda s.a.w. Dan, apabila tiada apa-apa serangan terhadap peribadi Rasulullah s.a.w. oleh musuh-musuh Islam pada masa itu , ianya membuktikan bahawa peristiwa tersebut tidak pernah berlaku. Sekiranya tidak, ianya adalah peluang keemasan kepada musuh Islam untuk menyerang Islam dan rasulnya.

Tidak syak lagi riwayat ini adalah tidak benar. Sumber utama riwayat ini ialah Hisham dan perawi-perawi yang menukilkan darinya; oleh itu keraguan berkisar hanya sekitar Hisham.

( Komen Saya : Mengapa perlu dibangkitkan masalah fitrah? Adakah ini boleh dikira sebagai hujah yang benar dan ikhlas? Mendakwa bahawa ianya bertentangan dengan fitrah tidaklah boleh diambil kira tanpa didatangkan dalil bahawa berkahwin dan bersama dengan kanak-kanak wanita ketika berumur 9 tahun adalah perkara yang mustahil dan bertentangan dengan fitrah.

Apakah masalahnya jika berumur 9 tahun tetapi bentuk tubuh seperti orang berumur 18 tahun? Adakah mustahil bagi Allah taala untuk menciptakan sedemikian? Saya lebih mendatangkan bentuk persoalan kerana tidak semua jawapan perlu didatangkan dengan bentuk jawapan pernyataan. Malah bentu soalan juga sebenarnya sudah mampu untuk menjawab perkara tersebut.

Berkenaan perkataan penulis : [Tidak syak lagi riwayat ini adalah tidak benar. Sumber utama riwayat ini ialah Hisham dan perawi-perawi yang menukilkan darinya; oleh itu keraguan berkisar hanya sekitar Hisham] saya akan jawab di dalam perbahasan berkenaan Saidina Hisyam bin Urwah rahimahumallah.)

HUJAH KEDUA – BERTENTANGAN DENGAN AKAL YANG WARAS

Suatu riwayat yang bertentangan dengan akal adalah palsu dan dongeng. Ibnu Jauzi, salah satu nama besar dalam lapangan pengkritikan hadis, ialah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan prinsip ini. Riwayat oleh Hisham ini adalah bercanggah dengan akal dan akal yang waras tidak dapat menerimanya . Apa sudah jadi dengan kewarasan dan kebijaksanaan kita ? Amat aneh bila kita dapati tidak ramai cendiakawan yang samada menolak atau meragui riwayat ini.

(Komen Saya : Allahu Allah.. sekali lagi ingin saya bertanya, adakah bertentangan dengan akal yang waras perkara ini? Ini masalahnya jika istilah bercampur aduk. Terdapat dua istilah yang patut dibezakan, istilah bertentangan dengan akal serta bertentangan dengan adat.

Maksud bertentang dengan akal adalah : Sesuatu yang tidak boleh tidak mesti berlaku tanpa pengecualian malah mustahil jika bercanggah dengannya. Contohnya seperti anak lahir terlebih dahulu daripada ayah, maka ini barulah dipanggil bertentangan dengan akal kerana tidak mungkin anak lahir terlebih dahulu daripada ayahnya.

Manakala maksud bertentangan dengan adat adalah : Sesuatu yang mungkin boleh berlaku pengecualian daripada kebiasaannya . Contohnya adalah seperti api yang pada kebiasaannya adalah panas dan membakar, namun pada peristiwa dibakar Nabi Allah Ibrahim alaihi al-salam, api yang pada kebiasaannya membakar tiba-tiba tidak membakar, maka kerana itulah ianya dipanggil bertentangan dengan adat.

Penulis mengatakan bahawa perkara ini bertentangan dengan akal, saya sekali lagi ingin bertanya, adakah perkara sebegini mustahil akal? Malah jika kita ingin mengatakan bahawa ianya bertentangan dengan adat sekalipun tetap boleh dipertikaikan. Adakah terdapat kajian bahawa pada zaman Baginda sallallahu alaihi wasallam , semua para sahabat dan penduduk ketika tersebut tidak pernah berkahwin dengan wanita berumur 9 tahun, tiba-tiba Baginda sallallahu alaihi wasallam mencarik adat tersebut? Adakah terdapat kajian tersebut? Jika ada barulah kita boleh mengatakan bahawa ianya mencarik adat, namun jika tidak ada maka jauh sekali kita akan mengatakan bahawa ianya mencarik adat. Jika mencarik adat sudah tidak dapat kita terima , apatah lagi ingin mengatakan bahawa ianya bertentangan dengan akal?

Seperkara lagi, jika penulis menggunakan nama al-Imam Ibn Jauzi sebagai ulama yang memperkenalkan kaedah tersebut, saya juga ingin menggunakan nama al-Imam Ibn Jauzi rahimahullah (508 – 597 H). Al-Imam Ibn Jauzi rahimahullah sendiri di dalam kitabnya yang bertajuk Sifatul Safwah pada juzuk pertama mukasurat 259 menyatakan bahawa Saidatina Aisyah radhiyallahu anha berkahwin dengan Baginda sallallahu alaihi wasallam ketika berumur 6 tahun dan bersama dengan Baginda sallallahu alaihi wasallam pada ketika berumur 9 tahun.

Adalah mustahil jika seorang yang dikatakan sangat keras di dalam melakukan pengkritikan hadis tiba-tiba tidak mengkritik mengatakan bahawa riwayat yang mengatakan bahawa umur Saidatina Aisyah ketika berkahwin dengan Baginda sallallahu alaihi wasallam adalah hadis yang maudhu’ dan merupakan rekaan golongan Syiah? Siapa yang aneh dan pelik sekarang? Ulama terdahulu atau orang yang mengatakan bahawa ulama terdahulu aneh? Mengapa mengambil satu pendapat dan melemparkan pendapat lain ke tepi tanpa membuat penilaian yang baik? )

HUJAH KETIGA – TIADA CONTOH DITEMUI DI NEGERI ARAB ATAU DI NEGERI-NEGERI PANAS

Sehingga hari ini tidak ditemui kes seperti ini di Semenanjung Arab dan negara-negara beriklim panas yang lain. Jika sekiranya ia menjadi amalan masyarakat ini nescaya kita akan dapati wujud beribu-ribu contoh seumpamanya dalam catatan sejarah..

Sebaliknya, sekiranya peristiwa begini berlaku pada hari ini, ianya akan menjadi berita sensasi, contohnya, seorang lelaki gila merogol seorang kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun dan orang yang melakukan perbuatan sedemikian digelar sebagai orang gila.

Ulama kita dan para pencinta Nabi s.a.w. tidak menunjukkan keberanian untuk menyangkal riwayat ini dan yang sedihnya sebahagian daripada mereka tidak dapat menjadi contoh kepada ummah bila mereka sendiri mengahwinkan anak dara sunti mereka yang berumur sembilan tahun, atas nama sunnah dan berbangga kerana menghidupkan sunnah !! Kami adalah ‘orang bodoh’ dan berdosa. Ulama sepatutnya menunjukkan contoh yang praktikal supaya kami dapat mengikuti contoh tersebut.

Mungkin anda tidak akan percaya bahawa ulama kita pada suatu ketika dahulu telah menolak penemuan saintifik yang bertentangan dengan pendapat mereka, malah sebaliknya tidak mengiktiraf hasil kajian saintifik tersebut . Contoh klasik ialah, ramai daripada mereka yang berpendapat matahari mengelilingi bumi, tetapi apabila kajian saintifik mengatakan sebaliknya mereka berkeras dengan pendapat mereka. Dalam bahasa yang mudah mereka berkata, ‘ Saya tidak akan menerimanya dalam apa pun keadaan’.

Beginilah sikap mereka dalam hal ini , iaitu , tentang umur Aishah r.a. semasa berkahwin dengan Rasulullah s.a.w.

Dengan hanya berkata “kami tidak menerima fakta sejarah”, tidak memberi apa-apa makna kepada ummah.

Berkenaan ‘sejarah’, di satu pihak mereka mendakwa bahawa mereka tidak menerima ‘sejarah’, tetapi pada masa yang sama mereka melaung-laungkan cerita “Yazid yang jahat’ dari mimbar-mimbar khutbah ( walaupun ianya cerita sejarah yang direka). Bahkan cerita berkenaan Karbala telah diulas oleh ulama kita lebih hebat daripada ahli sejarah.

Kami akan menyentuh tentang aspek sejarah di bahagian kedua kertas ini. Buat masa ini kami akan membentangkan hujah berdasarkan hadis, usul hadis, biografi perawi ( ilmu rijal) dan illal hadis kerana ulama kita mengiktiraf ilmu-ilmu ini. Adalah tujuan kami untuk menarik perhatian mereka dalam aspek ini.

( Komen Saya : Setiap zaman pasti berlaku perubahan, perkara yang tidak pelik pada zaman dahulu kemungkinan akan menjadi pelik pada zaman sekarang begitulah sebaliknya. Contohnya pada zaman dahulu tidak menjadi sesuatu yang pelik jika seseorang itu keluar daripada rumahnya menuju ke pekan dengan bersenjatakan pedang dan senjata yang lain. Manakala pada zaman sekarang, sudah tentu akan menjadi kekecohan jika seseorang keluar bersama keluarga membeli belah di pasaraya bersenjatakan pedang dan parang panjang. Begitulah juga sebaliknya, pada zaman dahulu sudah tentu akan menjadi satu keajaiban kepada mereka jika seseorang tersebut dapat terbang di angkasa. Namun pada zaman sekarang perkara tersebut sudah tidak lagi menjadi sesuatu yang pelik dan ajaib.

Maka hujah pelik dan tiada contoh pada zaman sekarang tidak boleh dikatakan sebagai hujah.Ini adalah dakwaan semata-mata.

Berkenaan dengan cerita “Yazid yang jahat” yang dikatakan oleh penulis bahawa ianya cerita yang direka-reka. Saya ingin mengemukakan satu pendapat yang dikeluarkan oleh al-Imam al-Muhaddis al-Allamah Syaikhul Akbar Jamaluddin Abu Muhammad Abdullah bin Muhammad bin A’mir al-Syibrawi rahimahullah ( 1091-1171H) . Beliau merupakan Syaikhul Azhar ketika itu . Beliau menyebutkan di dalam kitabnya al-Ithaf Bi Hubbil al-Asyraf pada mukasurat 71 berkenaan hukum melaknat Yazid bin Mua’wiyah.

Para ulama berbeza pendapat di dalam masalah tersebut. Ada sebahagian mengatakan bahawa Yazid adalah kafir, sebahagian mengatakan tidak kafir dan sebahagian lagi mengatakan berpegang dengan pendapat tidak mengeluarkan apa-apa pendapat berkenaan dengan Yazid dan menyerahkan urusan tersebut kepada Allah taala.Ini juga disebutkan di dalam kitab al-Musamarah Fi al-Syarhi al-Musayarah oleh al-Allamah Kamaluddin Ibn Abi Syaraf rahimahullah ( wafat 905 H) dan di dalam kitab Jawahir al-Aqdain oleh al-Allamah al-Muarrikh Sayyid Samhudi rahimahullah (wafat 911 H) .

Malah al-Imam Ibn Jauzi pernah berkata : Seseorang pernah bertanya kepada aku berkenaan Yazid bin Mua’wiyah . Aku menjawab : Cukuplah seperti apa yang diperlakukan olehnya. Lelaki tersebut bertanya lagi : Adakah dibenarkan untuk seseorang melaknatnya? Aku menjawab: Sebahagian ulama yang sangat warak seperti al-Imam Ahmad bin Hanbal mengharuskannya malah Saidina al-Imam Ahmad bilamana berbicara tentang Yazid maka beliau akan mengatakan sesuatu yang lebih daripada laknat.

Al-Imam Ibn Jauzi mengatakan bahawa al-Imam al-Qadhi Abu Ya’la rahimahullah telah menulis sebuah kitab yang menyebutkan nama-nama seseorang yang patut dilaknat , dan beliau memasukkan nama Yazid di dalam senarai tersebut. Malah beliau meletakkan sebuah hadis Baginda sallallahu alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad ( 4/65) dan al-Imam Thabrani di dalam Mu’jam al-Kabir ( 7/144) :

Al-Imam Abu Ya’la mengatakan, tidak dapat dinafikan lagi bahawa ketika Yazid memasuki kota Madinah memimpin tentera Muslim bin Uqbah , dia telah menakutkan penduduk Madinah.

Al-Allamah Sayyid Samhudi rahimahullah telah menyebutkan di dalam kitabnya Jawahir al-Naqdain bahawa berita yang disampaikan oleh al-Qadhi Abu Ya’la itu adalah benar dan perkara tersebut terlalu popular.

Persoalan saya adalah : Dimanakah palsunya cerita ini? Siapakah yang mengatakan bahawa ianya palsu? Saya pelik dengan golongan ini, terlalu membenci sesuatu puak sehingga sanggup melakukan fitnah kepada umat seluruhnya.. Seolah-olah kita semua sekarang sedang terpengaruh dengan Syiah..

Kami mengatakan bahawa sesungguhnya kami juga tidak bersetuju dengan golongan Syiah. Namun janganlah menuduh umat Islam lain juga terpengaruh dengan Syiah. )


******

Saya akan sambung semula perbahasan ini setelah peperiksaan saya tamat beberapa hari lagi. Terus terang saya katakan, saya bukanlah ingin mendabik dada membantah pernyataan Syeikh Habiburrahman al-Siddiqie al-Kandahlawi, namun setelah saya amati hujah yang dikeluarkannya ternyata bercanggah dengan hujah ilmiyah yang dikeluarkan oleh para ulama ummah. Malah ternyata tiga hujah pertamanya sudah membuktikan bahawa penulisnya punya maksud tertentu dan meletakkan sangka buruk kepada ulama ummah seluruhnya. Malah tiga hujah pertama ini juga mampu membuktikan bahawa ianya bukanlah ilmu yang benar malah tidak salah saya katakan bahawa ianya nafsu dan prasangka semata-mata.

Semoga Allah taala memberikan petunjuk kepada kita untuk membawa kebenaran dengan sebenar-benarnya.

p/s : Nantikan jawapan saya seterusnya..

Rujukan :

1. صفة الصفوة karangan al-Imam Ibn Jauzi ditahqiq oleh Thariq Muhammad Abdul Mun’im , jilid pertama cetakan Darul Ibn Khaldun

2. الإتحاف بحب الأشراف karangan al-Imam al-Akbar al-Allamah Jamaluddin Abu Muhammad Abdullah bin Muhammad bin A’mir al-Syibrawi rahimahullah cetakan Darul Minhaj

Mohd Nazrul Abd Nasir,
Penuntut Masjid al-Azhar al-Syarif & Masjid al-Asyraff,
Rumah Kedah Transit Hayyu 7 ,
Kaherah, Mesir

Hiduplah Untuk Memberi Orang Lain Hidup

0 komen mengomen
Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamuaalaikum w.b.t.

Biar siapa pun mereka, biar dimana pun kita, biar sekecil mana pun ia. Dia tetap makhluk Allah s.w.t. Ini sebenarnya bukan ujian yang Allah timpakan untuk si kecil mahupun ibu bapa, tetapi untuk kita. Allah sebenarnya mahu melihat kita, adakah nikmat yang Allah berikan kepada kita berupa kesenangan, wang ringgit dan sebagainya kita gunakan untuk membantu sesama saudara seagama kita.

Maksud firman Allah s.w.t. "Sekiranya kamu bersyukur, nescaya akan Aku tambahkan nikmatku, dan sekiranya kamu kufur, sesungguhnya, azabku Amatlah pedih."



Sumbangan derma kilat ke atas bayi yang baru lahir bagi sahabat kita daripada Indonesia, Saudara Ahmad Mufiti Hamdani yang akan menjalani pembedahan kerana menghidapi simptom kompilasi jantung AMAT DIPERLUKAN DENGAN SEGERA.

Pembedahan tersebut terpaksa dilakukan di Arab Saudi ekoran doktor pakar di Mesir tiada di dalam negera sehinggalah bulan Julai nanti. Sedangkan pembedahan tersebut perlu dilakukan dengan segera dan mesti dilakukan pada bulan Jun ini. Sehingga kini, sahabat saya, BP Farkhan menyatakan bahawa kos bagi kutipan derma kilat tersebut masih sedikit dan agak terbantut ekoran musim peperiksaan.

Harap, kepada sesiapa yang sudi membantu anak sahabat kita ini boleh terus disalurkan kepada :

unit kebajikan BKAN dan DPM masing-masing. atau

BP Farkhan di talian +20142900215
Hewi Hasyimah di talian +20141344093

atau

mana-mana BP atau HEWI PMRAM

keterangan lanjut melalui berita tersebut terus kepada laman rasmi PMRAM di : www.pmram.org

Isu Duit Ditelan Bank & PMRAM Badan Kebajikan bukan Kuli.. : Surat dari ahli

0 komen mengomen


Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t.

Kes kehilangan wang ketika melakukan transaksi pengeluaran di bank sering berlaku di kalangan mahasiswa/wi Mesir yang kebanyakkan menggunakan khidmat Bank HSBC. Dan terbaru 2 orang sahabat kita daripada Terengganu, seorang kehilangan LE1700 dan seorang lagi LE1500. Offline message yang saya terima selepas jumaat tadi mengatakan bahawa jumlah tertinggi setakat ini adalah LE2500.

Isunya adalah ketika melakukan transaksi pengeluaran, jumlah wang tunai yang ditekan tidak keluar, tetapi tertulis di resit bahawa transaksi pengeluaran telah berlaku. Hakikatnya, duit tidak diperolehi. Kejadian ini berlaku baik di furuq [cawangan] mahupun di pusat bank itu sendiri, ia tetap menzalimi mangsa. Dan sudah ramai khabarnya yang menjadi mangsa.

http://nimg.sulekha.com/others/original700/britain-hsbc-2009-3-2-10-3-16.jpg

Bermakna kejadian ini bukan melibatkan jumlah wang yang sedikit tetapi mencecah ribuan ringgit. Dan saya sendiri telah terkena walaupun tidak dalam jumlah yang besar. Namun, seandainya seorang kehilangan LE100 jika 10 orang bermakna sudah LE1000, dan ini bukanlah jumlah yang sedikit jika purata setiap hari lebih daripada 10 orang mengeluarkan duit dan berlaku kejadian yang sama.

Kejadian demi kejadian terus berlaku, namun hanya mulut ke mulut yang kita dengar dan ramai mangsa yang hanya redha dan pasrah dengan qada' dan qada' Allah s.w.t. tersebut. Namun tidak kurang juga mereka yang kecewa dan melatah tidak tentu hala. Bank menipu, Mesir mengamalkan sistem Kapitalis [memang benar] dan sebagainya. Dan sehingga kini tiada tindakan yang saya lihat diambil oleh mana-mana pihak.


"Bagi meneruskan kesinambungan pelaksanaan Usul Muktamar Sanawi PMRAM, pihak Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan hari ini telah melancarkan `Borang Aduan Hak Mahasiswa’ bagi memberi ruang kepada seluruh mahsiswa/wi untuk mengaju sebarang aduan berkaitan hak mereka. Borang tersebut boleh digunapakai untuk sebarang aduan mengenai pencabulan hak mahasiswa terhadap pihak yang terlibat. Borang tersebut bolehlah didapati melalui Unit Kebajikan PMRAM Cawangan masing-masing untuk diisi. Untuk teknikal pula, borang tersebut akan dicop rasmi apabila pihak PMRAM Pusat menerima aduan tersebut. PMRAM berharap semua ahli berani tampil untuk mengambil kesempatan ini mengajukan sebarang aduan pencabulan hak mahasiswa agar ianya terbela."
- Mohd Farkhan Md Zain Naib Presiden 3 (Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan) Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2010


Persoalan yang mahu saya timbulkan disini ialah mahasiswa/wi kita terlalu pasif dan hanya mahu disorongkan bantal disuapkan nasi kemulut. Mereka langsung tidak faham bahawa mereka sebenarnya tidak keseorangan, mereka tidak faham apa sebenarnya yang disebut dengan persatuan ataupun jemaah.

Bila di sebut sebuah persatuan, organisasi atau jemaah. Sudah pasti disana ada seorang yang akan memimpin, tidak kira apa panggilannya [Presiden, Amir, Khalifah, Perdana Menteri, Ketua, dll] yang akan bertanggungjawab menangani masalah yang dihadapi oleh ahli/orang yang dipimpinnya. Dalam konteks ini, saya menyatakan dengan jelas bahawa PMRAM adalah sebuah badan kebajikan yang akan menjaga kebajikan seluruh mahasiswa/wi Malaysia di Mesir. Tidak kira mereka mendaftar sebagai ahli mahupun tidak. PMRAM mengambilnya sebagai satu tanggungjawab yang perlu dipikul.

Memandangkan ketidakprofesionalan serta ketidak merakyatkan diri beberapa orang pegawai di Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK). Maka, menjadi tugas yang amat berat buat PMRAM bagi memastikan kelangsungan serta kebajikan ahli terus dijaga.

Tugas seorang ayah tidak hanya memerhati dan menjaga anaknya sepenuh masa semenjak lahir hinggalah mati. Sampai satu ketika anak itu tahu berjalan dan pandai berdikari, maka ketika itu si ayah hanya memberikan nasihat dan panduan, arah mana yang harus dilalui, denai mana yang perlu diikuti. Tetapi akhirnya, pilihan ditangan si anak. Samaada mahu ke kanan mahupun kekiri. Seorang ayah yang baik pasti akan menunjukkan jalan yang terbaik buat anak yang dikasihi. Bekalan telah diberi, ilmu telah dicurahi. Anak yang soleh anak yang berbakti, bukan menjadikan kedua orang tuanya kuli. -aminmenulis

http://farm4.static.flickr.com/3658/3341175414_35918b3f41.jpg

Maka saya hanya mahu memberi sedikit kesedaran bahawa PMRAM telah wujudkan Borang Aduan Hak Mahasiswa. Maka, saya berpendapat bahawa mahasiswa/wi kita tidak menggunakan peluang yang ada untuk membela diri mereka sendiri [jika dilihat pada laman web PMRAM, hanya 43 orang yang mendownload borang aduan tersebut]. Dan saya telah bertanya kepada BP PMRAM tentang isu ini, maka beliau menjawab bahawa tiada maklumat yang diterima setakat ini. Bukanlah bermakna PMRAM tidak melaksanakan tanggungjawab, bahkan mereka telah memberikan khidmat yang terbaik.

Sedarlah bahawa mereka juga seperti Mahasiswa/wi lain seperti kita. Mereka ke bumi anbiya' ini untuk menuntut Ilmu. Sudah pasti mereka juga menghadapi peperiksaan dan pelbagai urusan lain untuk diselesaikan. Tetapi atas dasar kefahaman yang jelas, komitmen yang tinggi, serta fikrah yang mantap tentang perlunya melibatkan diri dengan sebuah jemaah Islam, maka mereka sanggup mengorbankan diri mereka [masa,tenaga,wang dan sebagainya] untuk menjaga kebajikan dan kesenangan ahli, mereka tidak diberi gaji, bahkan menghabiskan duit sendiri.

Oleh yang demikian, jangan hanya membebankan dan menyakitkan telinga pimpinan kita, jangan terus menyerang dan menyalahkan pimpinan hanya kerana masalah kita seorang, habis semua yang lain tergendala. Mereka mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, maka kita sebagai ahli perlu sedar akan tanggungjawab kita adalah membantu dan bukan menyusahkan. Mereka bukan kuli kita, tetapi mereka sukarelawan yang mahu menolong dan menunjukkan kita arah dan kaedah yang sepatutnya kita lakukan bila berlaku sesuatu. Mereka bukan kuli, tetapi hanya mahu menabur bakti buat ahli yang disayangi.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgayvYlhNHWZhxQcbbSB2fnYz2dJWnyOca_iiyfe-lDBnIYakb3yaFXhMcgGHjfAlaZsgM3EVbEFUDqz_MC_9sors27105uSkK_HY634h1arNeyrZpIA9k7inxtvagIMXsf8LvlRFQuq6k/s1600-r/pmram.png
Kemantapan Fikrah, Membina Syakhsiah.
Satu Fikrah, Satu Amal, Kita PMRAM.

Muhammad Al-Amin bin Salleh,
Hayyu Asyir, Kaherah, Mesir.
5 Jun 2010.

Introduction

Aku hanya insan biasa yang ingin berkongsi sedikit ilmu dan buah fikiran. "Ballighu anni walau ayat" "wazakkir fainnna zikra tanfaul mukminin" InsyaAllah.

LinkWithin

.

Al-Faqir

My photo
Nama Muhammad Al-Amin Hj Salleh. Dilahirkan di Kluang, Johor. Kemudian dibesarkan di Kulai, Johor sebelum berhijrah ke Kuala Terengganu selama 10 Tahun. Kini menetap di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Saya sekarang merantau ke bumi Anbiya' Mesir untuk menuntut dengan para Ulama'. Mengambil jurusan di Jabatan Syariah & Undang-undang, Kuliah Syariah Islamiah, Uni. Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Moga pelaburan yang Ibu & Ayah lakukan ini akan berjaya menjadi saham didunia dan akhirat. InsyaAllah. Perantau di Bumi Allah. Johor - Terengganu - Selangor - Mesir

Followers