Bilamana kita tersesat, atau kita tidak tahu jalan yang mana harus dilalui, maka seharusnya kita bertanya orang yang lebih arif. Ini dapat mengelakkan kita terus atau makin jauh tersesat.
Akhirnya ana singgah di satu kedai 7Eleven untuk membeli top up. Lalu bertanyakan cashier stesen Putra LRT dekat mana. Beliau pun tidak tahu lalu bertanyakan sahabatnya (bagus la, kalau tak tahu cakap la tak tahu. itu lebih baik daripada tak tahu buat2 tahu, akhirnya menyebabkan org tersesat lebih teruk)
"Stesen putra, awak terus jer, pastu belok kanan" "ok, terima kasih"
Maka ana pun teruslah berjalan mengikut arah yang di tunjukkan, ternyata itulah tempat yang ana mula-mula pergi selepas turun daripada STAR LRT td. Tempat yang dekat boleh menjadi jauh apabila tidak tahu jalan yang mana harus ditempuhi. (DBKL ni pun satu, bukan nak letak MAP or Sign BOard, Dua2 nampak sama STAR & PUTRA, Hampeh tol)
Akhirnya sampailah di stesen KL Sentral.. Lalu ana mula mempertimbangkan kembali. Adakah masa selama 6jam ini inginku habiskan dirumah kawan tersebut. Lalu ana pun turun walaupun belum sampai ke destinasi yang dituju. Akhirnya ana call balik kawan ana bagitau ana tak jadi nak pegi rumah dia. Alhamdulillah, dia pun nak pegi keja petang tu, ana taknak la menyusahkan dia.
Ana pun tak tahulah, tiket tu boleh tak guna kalau bukan stesen dia. Tawakkal jelah.. Tak cuba tak tau. Turun je kat bawah, ada pintu yang guard jaga, jadi tak payah la puch card tersebut. Hehe.. alhamdulillah, selesai masalah. Lalu ana ambil keputusan balik rumah di Bangi.
Bersambung kepada tadi, cakap soal asbab (sebab2). Jadi sebab2 yang boleh membawa kita kepada kesesatan itulah perlu di jauhi. Sekiranya kita kita sudah menrancang, berjaga-jaga agar tidak mendekati asbab itu, dengan membawa petunjuk (PETA,GPS dan sebagainya) dalam konteks ini ialah Al-quran dan sunnah.
Ramai yang tidak sedar sebenarnya pergaulan yang rosak dan komunikasi yang negatif adalah antara asbab yang menyumbang kepada kesesatan atau penyimpangan tersebut. Masalah ini tentunya lebih parah apabila kita mempunyai aqidah yang lemah (ana la tu) hingga terumbang ambing hidupnya.
Inilah yang kita bimbangkan kesan jangka panjang terhadap cari hidup anak-anak remaja sekarang.
Adalah amat payah dan compleks untuk diperbetulkan, untuk menjauhi atau meninggalkan sesuatu kejahatan dan kemaksiatan yang sudah menjadi tabiat, sebati dan mendarah daing dalam diri seseorang. Jalan kembali kepada Alalh kini diselumuti dan dikelilingi oleh hutan yang tebal. Dibendung awan mendung yang hitam pekat! Nauzubillahiminzalik. Kecuali orang-orang yang Allah kehendaki, maka berjumpalah ia dengan jalan pulang. Beruntunglah orang-orang yang hatinya sentiasa dekat dengan al-quran. Apatah lagi menghafaz Al-Quran. Cemburu juga di hati ini apabila ada kawan2 yang sudah khatam menghafaz al-quran. Bukan title yang ana mahukan, bukan kerana nama. tetapi kerana disitulah ada ketenangan, hati menjadi takut kepada Allah. Hidup sentiasa terarah walaupun ada sesekali tersalah arah.
Syariat Islam sangat menitikberatkan siapa kawan dan siapa teman. Kawan dan teman sesuatu yang berbeza. maka kita perlulah teliti siapa kawan dan yang paling penting adalah teman yang melingkungi kita. Tak kira teman seperjuangan, sekerja, sekelas, sebilik, serumah, atau sekampung. Demikian juga kawan dalam berpolitik, dalam berparti, dalam berpesatuan, dalam jemaah dalam berhibur dan sebagainya.
Pengaruh kawan2 sangat kuat dalam pembentukan akhlak dan aqidah dan sakhsiayyah. Benarlah sabara Nabi S.A.W:" seseorang itu adalah menurut adama temannya. Maka perhatikan siapakah teman kamu." (Riwayat at-Tirmizi)
0 komen mengomen :: Surat dari amin.. part II
Post a Comment