Kaherah, 15 Oktober – Salah sebuah rumah ahli Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) telah dipecah masuk pada waktu senja semalam. Kejadian berlaku sekitar waktu Maghrib. Pada ketika itu, penghuni rumah berada di ruangan bilik tidur rumah tersebut. Menurut mangsa, Ust Mohd Sabri Yamin menyatakan pencuri tersebut menyelinap masuk melalui geriji besi yang terdapat di bahagian dapur rumah tersebut.
Walau bagaimanapun pencuri tersebut gagal untuk masuk ke bahagian ruang tamu kerana terserempak dengan penghuni rumah. Setelah merasakan dirinya tidak selamat, pencuri itu terus bergegas meninggalkan rumah tersebut untuk menyelamatkan diri tanpa sempat membawa sebarang barangan yang berharga.Sebagai langkah berjaga-jaga mangsa telah memasang kunci baru di bahagian pintu dapur rumah tersebut.
Mangsa juga mengharapkan agar ahli-ahli KPT yang tinggal di luar kompleks lebih berhati-hati dalam aspek keselamatan rumah yang dihuni. Yang Di Pertua KPT yang melawat tempat kejadian juga mengingatkan ahli KPT yang tinggal di luar Kompleks Penuntut Terengganu, mengambil langkah serius tentang pengawalan keselamatan rumah yang dihuni, agar kejadian seperti ini tidak lagi berulang pada masa yang akan datang.
0 komen mengomen :: Rumah Ahli KPT dipecah masuk..
Post a Comment