Tembok bangunan Perak Darul Ridzuan yang turut dikenali sebagai bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Ipoh runtuh selepas hujan lebat malam tadi menyebabkan sebahagian Jalan Istana ditutup kepada lalu lintas.
Kejadian yang berlaku pada kira-kira 9 malam itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa.
Datuk Bandar Ipoh Datuk Roshidi Hashim berkata sebahagian tembok sepanjang kira-kira 24 meter dan setinggi 2 meter itu dipercayai runtuh akibat tekanan air.
Bercakap kepada pemberita semasa meninjau kerja-kerja pembersihan yang dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), beliau berkata siasatan awal mendapati longkang di sebelah tembok berkenaan tersumbat dan air yang bertakung telah menolak tembok itu.
Kerugian dianggarkan kira-kira RM10,000, katanya.
Bangunan yang menempatkan Pejabat Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri dan DUN Perak itu dirasmikan pada 2000. BERNAMA
aminmenulis
Itu tanda Allah nak tunjuk siapa lebih hebat. Tak payah pakai jentolak, fru dan sebagainya nak bukak pagar SUK Perak. Cukup pakai air jer. Renung2kan dan selamat berinsaf wahai You Be End. Haha..
YAB Nizar, taknak masuk ke? Yang kat dalam tak reti2 nak keluaq? Black Matelic tak sedo ke diri lg agaknya. Huhu.. Dia rasa dia paling berkuasa gamaknya. Boleh buat apa saja..

Eh, sepatutnya tulis begini. Mengapa tidak guna fru, polis dan semua ahli mereka pertahankan tembok tu drpd runtuh? bukan ke ramai, kuat lagi penyibuk jaga bangunan tu siap dengan kawad duri, water canon dan trak2 polis? haha...
aminmenulis
November 13, 2009 at 9:30 PM