Alhamdulillahirabbil alamin, wassolatu wassalamu ala asyrafil anbiya' wal mursalin wa ala alihi wasohbihi ajmain.
Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar semua? Semoga sentiasa berada dibawah lindungan dan rahmah Allah s.w.t. INsyaAllah. aminn..
Subuh tadi, kelas pembacaan Hadith, Kitab Sunan Abi Daud oleh Syeikhuna Al-Allamah Dr. Yusri Rushdi di Masjid Asyraf, Jabal Muqottom penuh, macam solat Jumaat plak rasa. Dengan kebanjiran pelajar-pelajar Malaysia (Asia Tenggara) serta anak-anak murid arab Syeikh. Semua lengkap dengan beg dan kelengkapan untuk mengembara.
Tepat jam 6.30 pagi, selepas menamatkan pembacaan dan solat dhuha, semua peserta Rehlah Sidi Abu Hassan As-Syazuli berkumpul di luar Masjid untuk last chek dan taklimat daripada mas'ul Ust Faisal. Peserta akan dibahagikan kepada 5 buah bas. Dan akan naik mengikut senarai nama yang telah disediakan. Hampir 150 peserta menyertai Rehlah kali ini. Ramai giler..
Namun agak menyedihkan
Rehlah kali ini dijangka selama 4 hari bermula hari ini. Bermakna kelas akan ditangguhkan selama 4 hari.. Wuhuuu~ Sedeyh2.. Sehari perjalanan untuk pergi & balik manakala 2 hari lagi berada di Aswan dan sekitarnya. Aku taklah arif mengenai Aswan serta program2 yang dijalankan sebab tak pernah join dan sampai ke Aswan. Cuma sekadar menumpang gembira dan berkat mereka-mereka yang kesana.
Sedikit yang aku ketahui mengenai Aswan, gurun berbukit dan jarak perjalanan memakan masa hampir 10 Jam atau lebih. Dengan jarak dari Kaherah ke sana sekitar


Ustaz B : Eh, bukan saya ke yang mengajar awak?
Ust A : Banyak la darjahnyer.. Kita kan nak pergi Aswan, bukan nak masuk kelas nih. Huhu..
(Peserta perlu menyemak semakan daftar pemilih sebelum menaiki bas, adakah mereka pengundi hantu? huhuhu..)


Pilihlah saya sebagai Presiden, saya akan pastikan awak semua dapat makan tokmiah tiap-tiap hari. Ngeh3..

