Hari ini hilang sebutir lagi bintang, daripada berjuta-juta bintang dilangit..
Bintang-bintang serta permata yang menerangii ummah selama ini. Hidupnya banyak dihabiskan dengan ilmu dan kitab. Sifat tawadhuknya mengambarkan keperibadian yang mulia serta ketinggian ilmu dan adab.
Namun lumrah seorang pejuang Islam. Hidupnya pasti tidak pernah lekang dan bebas dari ditojmah dan dicerca oleh musuh-musuh Islam. Ada saja kenyataan beliau yang sering disilap erti dan dipesongkan oleh akhbar-akhbar untuk menunjukkan betapa buruknya keperibadian beliau. Maka hari ini bergembiralah musuh2 Islam.
Ia, merupakan satu kehilangan besar buat umat Islam khususnya pelajar-pelajar di Al-Azhar. Sayang sungguh kerana aku bukan dari kalangan mereka yang sempat bertemu dan belajar daripada beliau.
Hari ini baru aku kenal dan tahu bahawa tarikh lahir aku sama dengan Syeikhuna Prof. Dr. Mohammed Sayyid at-Tantawi Rahimahullah wa hafizahullah taala. Semoga rohnya dicucuri Rahmah dan ditempatkan dikalangan para Auliya' Alaihimussalatuwassalam. Al-Fatihah..
Kematian itu sudah pasti. Yang belum pasti siapakah yang bakal menggantikan para alim ulama' ini. Pasti ramai yang akan menjawab, tentulah pelajar-pelajar agama. Mengapa kita selalu menyempitkan skop agamawan ini kepada mereka yang belajar atau mengaji ilmu agama secara khusus semata-mata.
Kepada tidak diri kita? Kenapa kita selalu meletakkan tanggungjawab agama itu kepada orang lain dan tidak meletakkan diri kita sebagai pengganti kepada Ulama'. ini? Walhal, agama itu bukan untuk sesetengah pihak sahaja. Bahkan Agama Islam itu untuk semua. Tidak pernah satu ayat yang keluar dari mulut junjungan mulia Baginda Nabi Muhammad s.aw. bahawasanya Islam itu untuk mereka yang belajar agama, untuk orang arab sahaja, untuk Masyaikh sahaja.. Tidak.
Maka sama-samalah kita mengambil tanggungjawab ini demi menegakkan Kalimah La ilaha Illallah, Muhammadurrasulullah ditempat yang paling tinggi iaitu ia dilaksanakan dalam seluruh kehidupan manusia. Daripada sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara.
Jangan hanya mengambil Islam dalam urusan perkahwinan, perniagaan dan perubatan semata-mata. Bahkan Islam itu mencakupi seluruh aspek kehidupan dan tidak ada satu pun yang terlepas dari pandangan Islam. Jadilah seperti Dr Harun Yahya. Jadilah seperti Ibnu Sina. Jadilah seperti para sahabat dan auliya' yang tidak hanya mahir dalam sesuatu bidang. Bahkan terlalu banyak disiplin Ilmu yang mereka Kuasai.
Biar suatu hari nanti orang akan berkata. Jadilah seperti beliau (merujuk kepada diri kita). Bukan lagi orang lain.. Wallahua'lam.
0 komen mengomen :: Perginya Permata Ummah, siapa bakal pengganti?
Post a Comment